Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Isnin, 7 November 2016

Monday Blues

Assalam semua,

Hari ini saya hanya siapkan kerja berkaitan tuntutan Mutaah yang akan mula bicara minggu depan. Dari pagi duk layan lagu nasyid ikut kesesuaian mood. Jap lagi tukar ke mood rock kapak. heheheheheheh. Ada kes baru untuk tuntutan ganti rugi pertunangan. Satu kes yang menarik. Kos ganti rugi yang dituntut adalah tinggi dan tidak munasabah. Pihak-pihak masih muda dan campurtangan keluarga menyebabkan hubungan baik kedua-dua pihak dingin. Saya berharap kes ini dapat diselesaikan dengan baik. In shaa Allah saya akan bagi penjelasan dari aspek perundangan untuk kes putus tunang ini. Salam Zohor dari saya.

p/s : monday blues pulak hari ni

Rabu, 19 Oktober 2016

Kembali Semula

Assalammualaikum semua,

Saya kembali semula dengan senyuman paling manis untuk anda. Rindu kat blog ni tanpa apa-apa hasil nurkilan diri ini.hehehehehe. Saya makin sibuk sekarang dengan tugasan yang semakin mencabar. Bermula dengan tahun baru Hijrah 1438 H saya juga telah berhijrah. Jika kita menghayati maksud disebalik hijrah dan sejarah penghijrahan Baginda Rasulullah SAW sangat-sangat luas penghayatannya. Buang yang keruh ambil yang jernih kata orang. Sekarang saya juga berhijrah untuk aktif di blog ini semula. Moga dipermudahkan segalanya. Saya ada impian besar yang sedar dikejar. Doakan saya ye.

Salam ingatan buat semua.

p/s : menaip sambil layan lagu2 rock kapak 

Khamis, 9 Jun 2016

Salam Ramadhan Karem 1437 H

Assalamualaikum semua,

Lama betul saya menyepi diri. sekarang dan masuk 4 Ramadhan dah. Apa khabar anda semua?Moga sentiasa sihat dan dalam rahmatNya selalu.Sebenarnya banyak perkara yang terjadi pada diri yang banyak khilaf ini hingga saya berdiam diri begitu lama. In shaa Allah saya kan kongsi serba sedikit pada ruangan akan datang. Untuk hari ini cukuplah sekadar saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREM. Alhamdulillah setakat ni saya masih mampu berpuasa. Cuma pagi tadi saya x bersahur. Dah terjaga tapi pejam mata semula hinggalah dengan azan Subuh.huhuhuhuhu.Tak sampai setenggah hari perut saya dah berbunyi-bunyi manja.Selamat berbuka dan selamat menunaikan solat terawih malam ini dan sepanjang bulan mulia ini.