Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Selasa, 9 September 2014

Dulu Hilang Kini Kembali

 As salam semua,

Salam kerinduan dari saya yang lama menyepi dan menghilang diri seketika. Sekarang saya dah kembali untuk menulis dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat saya dalam perundangan Syariah. Sepanjang saya "tidur" saya banyak berdepan dengan pelbagai kes yang mencabar dan menyeramkan. Macam-macam berlaku dan saya akan menceritakan satu persatu dalam slot akan datang. macam-macam saya rasa sehinggakan saya rasa terpanggil semula untuk aktif dalam penulisan blog saya ni. Tunggu saya update lagi blog ini..bye..

Khamis, 30 Januari 2014

Januari : Hadiri Majlis Tauliah Peguam Syarie Jer

As salam semua,

Lama betol saya tak coret sesuatu di blog SENYUMAN MANIS kesayangan saya ni. Macam-macam kisah berlaku pada saya sejak dua menjak ni. Kisah tu saya akan cerita kemudian ye. Kali ni saya hanya nak fokus pada Majlis Tauliah Sijil Peguam Syarie jer. Majlis-majlis tersebut adalah seperti berikut :-

a- 16/1/2014-Khamis

Majlis Tauliah Peguam Syarie bagi Negeri Johor. Saya tak dapat pergi majlis ni sebab dah sampai di kampung halaman. Tapi nanti saya kena pergi JB gak untuk baca iqrar sebelum ambil sijil tersebut dan sekaligus renew sijil untuk tahun 2015.

b- 24/1/2014-Jumaat

Kali ni bukan saya yang terima tauliah tapi saya hanyalah sebagai mover kepada junior saya iaitu Azie. Sejak ditauliahkan sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Selangor pada 2012, saya sering dipilih untuk menjadi mover bagi Peguam Syarie junior. hehehe

c- 30/1/2014-Khamis

Hari ni saya hadiri Majlis Tauliah Peguam Syarie Negeri Sembilan dan perasmian Kompleks Mahkamah Syariah di Bandar Sendayan Baru. MAjlis tersebut telah dicemar duli perasmian oleh Yang DiPertua Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Ramai rakan-rakan bijaksana yang saya temui apatah lagi BFF saya Pn. Zakiyah hadir sama. Terubat rindu kat dia.

Itulah antara mjlis-majlis yang saya hadir untuk bulan ni. Lepas ni saya akan mula kerja sendiri dah. Sesiapa yang ada kekeliruan tentang undang-undang Syariah boleh la kongsi dengan saya di email hidayah_nur2002@yahoo.com.

wassalam.

p/s:- hati terubat bila ada yang menemani di sisi..:)