Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com
Memaparkan catatan dengan label kembali semula. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kembali semula. Papar semua catatan

Rabu, 19 Oktober 2016

Kembali Semula

Assalammualaikum semua,

Saya kembali semula dengan senyuman paling manis untuk anda. Rindu kat blog ni tanpa apa-apa hasil nurkilan diri ini.hehehehehe. Saya makin sibuk sekarang dengan tugasan yang semakin mencabar. Bermula dengan tahun baru Hijrah 1438 H saya juga telah berhijrah. Jika kita menghayati maksud disebalik hijrah dan sejarah penghijrahan Baginda Rasulullah SAW sangat-sangat luas penghayatannya. Buang yang keruh ambil yang jernih kata orang. Sekarang saya juga berhijrah untuk aktif di blog ini semula. Moga dipermudahkan segalanya. Saya ada impian besar yang sedar dikejar. Doakan saya ye.

Salam ingatan buat semua.

p/s : menaip sambil layan lagu2 rock kapak 

Khamis, 9 Jun 2016

Salam Ramadhan Karem 1437 H

Assalamualaikum semua,

Lama betul saya menyepi diri. sekarang dan masuk 4 Ramadhan dah. Apa khabar anda semua?Moga sentiasa sihat dan dalam rahmatNya selalu.Sebenarnya banyak perkara yang terjadi pada diri yang banyak khilaf ini hingga saya berdiam diri begitu lama. In shaa Allah saya kan kongsi serba sedikit pada ruangan akan datang. Untuk hari ini cukuplah sekadar saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREM. Alhamdulillah setakat ni saya masih mampu berpuasa. Cuma pagi tadi saya x bersahur. Dah terjaga tapi pejam mata semula hinggalah dengan azan Subuh.huhuhuhuhu.Tak sampai setenggah hari perut saya dah berbunyi-bunyi manja.Selamat berbuka dan selamat menunaikan solat terawih malam ini dan sepanjang bulan mulia ini.