Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Isnin, 31 Disember 2012

Sesuatu Yang Tak Terduga

Salam semua,

Salam Tahun 2013. Esok dah nak masuk tahun baru masihi. Sekejap je masa berlalu kan. Cukup lama saya ambil masa nak menulis kali ni. Saya nak kongsi satu pengalaman yang cukup berat untuk saya lalui. Berat sangat sampai saya hampir rebah sewaktu melalui ujian ni. Harap dapat jadi pengajaran kat semua. Ini kisah cinta terlarang di antara suami orang dan anak dara. Bahasa kasar orang sebut skandal dengan suami orang. Saya tak pernah terfikir akan lalui pengalaman sebegini sebabnya saya cukup menjaga adab pergaulan saya dengan lelaki terutamanya suami orang. Tapi kisah ni bukan kisah saya cuma ianya berlaku di ofis saya. Apa perasaan kamu bila orang yang baik dan rapat dengan kamu ada skandal dan buat seperti biasa di depan kamu dan kawan-kawan? Perasaan saya sungguh-sungguh terkilan dan marah. Saya ada sebab dan alasan tersendiri kenapa tersentap dengan skandal tersebut. Saya rasa seolah-olah saya dianiayai dan dipergunakan di atas kebaikan saya pada pasangan skandal tersebut. Patut atau tidak kalau saya marah? Jujur cakap saya amat terkejut dengan kiriman ujian istimewa dari Allah untuk saya. Tiada kata yang mampu saya ucap melainkan kalimah keramat ALHAMDULILLAH dan menangis seperti empangan air yang pecah dilanda tsunami. Kenapa saya menangis biarlah rahsia antara saya dan Dia sahaja tahu. Saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Mungkin saya pun ada salah silap di mana-mana tanpa disedari. Tapi terus terang saya cakap ujian skandal tersebut banyak membuka mata saya tentang lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami orang. Sepanjang tempoh saya menangis saya banyak berfikir dan muhasabah diri serta semakin mendekatkan diri padaNya. Tiada sebaik tempat mengadu melainkanNya. Saya rasa lega selepas menangis. Saya pujuk hati bahawa ujian merupakan satu anugerah. Kalau kamu pernah berdepan masalah skandal ni jangan mudah melenting ye. Saya ambil masa jugak nak menangis sebab dapat gerak hati dari awal lagi. Cuma bila dengar pengakuan daripada suami orang tersebut membuatkan saya rasa marah sangat. Saya dah bagi gambaran apa tindakan isteri dia bila tahu hal ini. Tepat sekali jangkaan saya. Sekarang pihak-pihak yang terlibat dalam skandal terlarang ni dah mula jadi huru-hara walaupun mereka telah putuskan hubungan cinta terlarang ini. Memang patut masing-masing merasa kesakitan. Saya dah jadi kejam sekarang ni. Kejam sebab nak sedarkan mereka dan sedarkan si suami orang ni tentang tanggungjawab dia pada isteri dan anak-anak. Bila keadaan semakin teruk pandai pulak dia nak cari saya dan luahkan segalanya. Masa tengah angau dan kemaruk asmara tak fikir kesan daripada cinta terlarang mereka ni. Dah pecah tembelang baru nak betulkan keadaan. Keputusan untuk berhenti kerja bukanlah satu tindakan yang bijak. Apatah lagi kalau nak bercerai. Tak berbaloi pun kalau bertindak sedemikian. Kita masih ada Dia yang satu. Seharusnya kita kembali padaNya untuk menyesali apa doasa-dosa lalu. Bukan bertindak sebarangan yang menampakkan kita ni mempunyai pemikiran yang singkat. Ujian tanda disayangi. Walaupun pahit untuk dihadapi tapi kemanisannya pasti terasa bila kita sabar. Ayat pujuk hati yang terluka. Jadikan pengajaran ye kisah skandal ni. Alhamdulillah atas apa yang berlaku.

p/s : berterima kasih sangat pada seseorang yang sudi pinjamkan telinga dan memujuk hati yang terluka..huhuhu..malu rase

Isnin, 22 Oktober 2012

Mencari Ketenangan Hati

Salam semua,

saya baru saja balik dari bercuti di rumah sewa kak long saya di Lumut, Perak. Percutian yang tak dirancang datang spontan saja. Dua hari masa saya habiskan di sana dengan berjalan-jalan di Pulau Pangkor dan Teluk Batik. Alhamdulillah cuaca seakan memahami perasaan saya yang mendung sejak akhir-akhir ni. Tujuan saya keluar dari Lembah Klang ni untuk mencari ketenangan dan rehatkan otak. Saya rasa penat sangat-sangat dengan apa yang berlaku. Saya perlu menikmati keindahan alam tanpa gangguan. Saya cuma inginkan kegembiraan yang berterusan. Bertemu kak long sememangnya membuatkan saya rasa tenang dan gembira. Macam-macam kami bercerita dan gelak ketawa merupakan aktiviti wajib bila bersama. Abang ipar pula sporting habis dan membawa saya ke mana-mana sahaja. Seronok tak terkira. Syukur ya Allah. Tak lupa juga cinta hati saya sentiasa di sisi. Akhirnya saya dapat habiskan ILUS dan menghayati watak Firman dan Iris dengan sebaiknya. Rasa seolah-olah saya adalah Iris dan Firman adalah sahabat saya. Sebabnya saya asyik terbayangkan wajah dia je sepanjang baca ILUS. Mungkin ini satu kebetulan. Sebab utama saya bercuti pun ada kena mengena dengan sahabat saya sorang ni. Tapi sepanjang saya di sana saya sentiasa teringat kat dia. Rindu bertandang di hati walaupun sudah dihalau pergi. Sewaktu saya, kak long dan abang ipar saya ke Pulau Pangkor saya begitu teruja sekali almaklumlah ini kali pertama saya ke sana. Banyak baju yang saya beli untuk adik-adik dan juga diri saya. Ada sehelai baju yang cukup mengusik jiwa raga saya. Semestinya ada warna ungu pada gambar pada t-shirt tersebut. Gambar orang lidi lelaki dan perempuan berbalas telefon guna tin dan tali. Kelakar sangat. Dalam fikiran nak beli untuk sahabat saya tapi bimbang ade salah faham nanti. Kak long tegur suruh belikan je untuk sahabat saya tapi saya gelengkan kepala. Akhirnya saya beli dua helai tshirt untuk diri sendiri. Key chain untuk kawan-kawan ada jugak tapi masih ada yang tertinggal. Saya fikir akan belikan untuk mereka bila pergi lagi ke Lumut. Jangan risau ye kawan-kawan. Saya sentiasa ingat pada kamu. Sakan saya dan kak long bergambar di sana sini. Macam-macam posing maut, nazak dan santai kami gayakan. Memang gembiralah saya sepanjang dua hari di sana. Hilang segala kesedihan. Cuma semalam seharian hujan di sana. Mula la saya cuak siapa yang nak ambil saya di Pudu Sentral nanti. Tiket bus jam 6.30 petang dan dijangka sampai KL jam 11 malam. Nak tak nak saya telefon sahabat saya ni minta jasa baik dia ambil saya di Pudu. Seperti biasa dia tidak akan berkata tidak pada saya. Oh terharunya saya. Tengok...saya datang Lumut untuk lupakan dia tapi bila balik dia orang pertama yang saya jumpa. Apa kesss ni??? Tu la shoping tak ingat dunia. Macam-macam beli untuk rakan-rakan di ofis, baju untuk anak-anak angkat dan adik-adik. Tu pun masih banyak lagi tak beli.hehehehe. Sempat beli seluar jeans dua helai untuk persediaan ke Cameron Highlands pulak selepas raya haji. Seronoknya jalan-jalan. Dalam perjalanan balik saya tidur je sepanjang jalan sambil layan lagu-lagu. Dah sampai Pudu Sentral, sahabat saya dah berdiri di sebelah blacky C dia sambil senyum-senyum. Siap gelakkan saya lagi dengan beg baju dan plastik makanan. Sebelum tu mesej saya tanya kat mana dah sebab dia dah sampai Pudu dan menunggu saya. Aduhhhh caring la pulak. Ni yang saya terharu sangat dengan dia. Ting Tong dah. Suka sangat menyakat saya. Masuk dalam kereta kepala saya terhantuk la pulak. Sebelum tu dah terhantuk di kereta abang ipar saya. Semalam hari terhantuk sedunia kot. Adoiiii la sakit kepalaku. Lame kami tak berjumpa semalam baru bertemu semula dan bertanya khabar macam baru berkenalan pulak. Sambil memandu dia bercerita perkembangan diri dia yang banyak sertai seminar dan tunjuk saya tempat seminar tu. Banyak cakap pulak dia kali ni. Biasa saya yang suke bercerita. Tak berani sangat nak pandang muka dia kali ni. Cuma satu berita yang dia maklumkan yang buat saya teruja dan gembira sangat-sangat dampai hampir lupa diri. hehehehehe. Dia dapat offer buat kajian di Madinah selama dua bulan. Nama dia dah termasuk dalam senarai dan disahkan akan ke sana. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Doa saya depan Kaabah dulu dimakbulkan. Syukur ya Allah. Nanti dia akan maklumkan pada saya tarikh sebenar berangkat ke Madinah. Saya nak hantar dia ke KLIA. Tak sia-sia dia hantar saya semalam. Kami selalu macam tu. Perkara penting akan dimaklumkan dengan pertemuan secara tak sengaja. Apapun saya doakan sahabat saya dipermudahkan segala urusannya sepanjang berada di Madinah nanti. Ukhuwah fillah abadan abada ya sohabi. Thanks a lot for your. 

p/s : berangan nak pergi Mekah dengan dia la. nak buat haji sama-sama. berangan je la..

Jumaat, 19 Oktober 2012

Cinta Hati Saya

Salam Jumaat yang penuh barakah semua,

Sejak CINTA HATI saya sampai di tangan ni, saya seolah-olah berada terawang-awang. Sebelum ni saya telah mengalami keadaan yang amat mendukacitakan di mana saya berada dalam zon sendu di hati. Macam-macam kesedihan bertamu di jiwa sehinggakan saya rasa seperti patung tak bernyawayang tidak berperasaan. Pada saat itu saya hanya mahu menitiskan air mata sahaja. Berat sangat takungan air mata di hati selama ni. Saya amat payah untuk mengalirkan air mata tapi kali ni saya terpaksa buang ego saya demi kesihatan jiwa dan rohani saya. Keadaan menjadi semakin parah apabila saya melihat satu gambar di FB dan terlihat juga nama yang ditag. Terkedu sekejap emosi saya dan terus menjadi lemah. Atas sebuah persahabatan yang saya sayangi tu membuatkan hati saya terluka. Punya la hiba sehingga membawa hati yang duka nestapa ni berlarian di Putrajaya. Saya suka lihat cahaya lampu di waktu malam. Di situlah tempat yang sesuai untuk saya menenangkan diri. Lokasi yang dipilih adalah di tepi tasik bersebelahan masjid. Sebelum keluar ofis, saya dah solat Isyak siap-siap kerana saya tahu pasti malam tu menjadi hari yang paling memenatkan fizikal, mentak dan emosi saya. Tak pernah-pernah buat macam tu. Memang drastik keputusan yang saya ambil. Kedukaan masih menemani saya sepanjang hari tersebut. Air mata bercucuran macam empangan pecah mengalir laju di pipi saya. Waktu itu saya hanya fikir nak menangis sahaja. Saya BENCI sangat sesiapa yang membuatkan saya mengalirkan air mata. Tapi saya tak memBENCI dia. Kenapa ye????? Selama ni orang nampak saya kuat di luar tetapi dalam hati tak siapa yang tahu. Senyuman manis dan gelak ketawa saya mengaburi mata orang ramai. Tapi saya memang suka gelak tau. Emmmmm betul orang kata air mata dapat memberi kekuatan luar biasa pada kita selepas menangis. Mengalir air mata tak bermakna seseorang itu lemah. Sebaliknya terapi untuk mengumpul kekuatan. Terima kasih ya Allah kerana masih memberi peluang kepada ku untuk mengalirkan air mata. Saya hanya seorang perempuan yang tak dapat lari dari bertemankan  air mata apabila bersedih. Cuma keadaan ni sangat-sangat jarang berlaku. Ajaib bukan. Pada saya bila bersedih jangan bazirkan air mata tapi apabila saya terluka pasti air mata menjadi pengubat duka lara. Betul ke prinsip saya ni?..hehehehehehe. Sekurang-kurangnya saya masih disayangiNya dan tersentak dari lena keegoaan yang panjang. Alhamdulillah. Oh ye lupa pulak kisah cinta hati saya. Baru beberapa hari saya dapat cinta hati saya ni. Bukanlah seorang manusia tapi hanyalah sebuah novel yang penuh dengan nilai kemanusiaan dan kasih sayang. I Love You, Stupid cinta hati saya sekarang ni. Tiba disaat yang sesuai dan tepat pada waktunya. Pasti peneman setia saya lagi. Tebal tau novel Melur Jelita kali ni. Jenuh saya nak habiskan khatam CINTA HATI saya. Jadi saya sentiasa mengusung cinta hati saya ni ke mana sahaja saya pergi. Tak dapat tahan bila perangai giler-giler saya mula ditonjolkan bila novel di tangan. Tak kira di mana pasti saya akan gelak dan senyum sorang-sorang diri. Dah macam mereng je jadinya. Tapi saya peduli apa kan. Saya adalah saya si Senyuman Manis yang teramat comey bila menguntumkan senyuman ikhlas tapi amat berbahaya apabila senyum direntap kasar. Jangan main-main dengan saya. hahahahahaha.   

ini la 'cinta hati' saya

Watak Firman a.k Abg Pedas dan Iris amat menyentuh hati dan naluri kasih sayang saya. Novel ni memnag banyak unsur keagamaan dan kemanusia serta kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Try baca. Ala-ala macam Awak Suka Saya Tak jugak. Tapi ILUS lagi touching la. Ishhhhh nape la dua2 novel ni menyentuh perkara-perkara pasal dia..........Adakah sekadar kebetulan atau takdir untuk saya walaupun payah nak diterima??..Saya tak mahu jawab. Tapi saya akan baca ILUS tanpa bayangan sesiapa walaupun payah. Oh CINTA HATIku. Selamat membaca semua..:)   

p/s : Membawa diri berjumpa dengan Kak Long di luar Lembah Klang petang ni..Selamat berpuasa sunat Zulhijjah semua. Saya nak rebut keberkatan awal Zulhijjah (1-9)..peace no war

Rabu, 10 Oktober 2012

Cemburu Seorang Isteri

Salam semua,

Semalam saya menziarah anak driver bos yang demam panas. Saya pergi bertiga dengan Mar dan Misha dengan menaiki teksi. Hujan renyai-renyai masa tu. Lalu-lintas juga agak lapang tak sibuk macam biasa. Kami sampai di Wad Pediatrik dalam lima minit perjalanan je. Sampai di sana kami terus mencari wad KK6 katil 22. Pada mulanya saya pelik juga kenapa saudara driver bos tu ramai sangat. Segan saya nak tegur jadi saya suruh Mar yang tegur. Tapi masih pelik lagi sebab anak driver bos perempuan. Baby tu lelaki. nasib baik la Misha bagitau dah tukar katil no. 14. Fuhhh lega. Saya pon menonong la pergi ke katil no. 14  yang tercorot di hujung situ. Dah bagi salam tapi isteri driver bos x bagi respon. Perlahan sangat ke suara saya ni? Soal saya dalam hati. Dua kali bagi salam tetap tiada sambutan terus saya minta Mar pula yang bagi salam. Barulah isteri driver bos bagi respon. Kelihatan anak dia dah sihat sikit. Lasak budaknya. Lepas salam dengan akak tu (tak tau name pe), saya terus rase dahi si anak. Namanya Nur Farah Fatini. Panggil Fatini. Alhamdulillah..suhu badan dah semakin kurang. Cuma masih panas lagi dahi dan badannya. Tak la panas dengan suhu 40 darjah celsius sebelum ni. Pada mulanya Fatini menangis bila saya nak dukung. Ye la kan, budak yang demam panas memang la akan merengek je. Pulak tu jarang jumpa kami memang la tak mahu didukung. Saya tanya macam-macam kat akak tu pasal anak dia la. Sebabnya, kebetulan masa kami baru sampai driver bos sampai juga. Name pun kebetulan kan. Masa bersembang tu terdetik di hati kenapa akak ni tak jawab ape yang saya tanye. Dia duk bercerita dengan Mar. Kecik hati la jugak sebab kita datang nak ziarah anaknya yang demam tapi dilayan sebaliknya. Agak sinis la pada mulanya. Ingatkan saya seorang saje berperasaan macam tu. Rupe-rupenya Misha pun rase sama apa yang saya rasa. Bukan prejudis atau bersangka buruk tapi memang rase macam tu. Dalam hati saya dah bermonolog seorang diri. Saya terfikir akak ni mesti tak senang hati bila tengok muke saya dan Misha kot. ye la almaklumlah kami berdua ni masih lagi bujang trang tang tang. Mesti akak ni terfikir sesuatu. Ya Allah..saya dan Misha hanya mendiamkan diri je pada awalnya. Kemudian barulah saya tanya macam-macam pasal kesihatan Fatini. Barulah akak tu menjawab apa yang saya tanye. Mata akak tu agak "tajam" la. Saya bukan pandang suami dia pun. Hanya duk main-main dengan anak dia je. Macam ni la kan cemburu seorang wanita bergelar isteri. Kalau saya pun tak mahu suami saya dikacau oleh perempuan lain. Tapi agak-agak la kan. Kami rakan sekerja dan beza umur kami jauh tu. Antara memahami hati wanita dan kecik hati, saya buang perasaan negatif tu jauh-jauh. Saya cuba letakkan saya dalam keadaan akak tu. Mungkin saya akan bertindak macam tu jugak. Seram sejuk jugak la saya semalam. Tak pernah berdepan dengan situasi sinis macam tu sebab saya bukan jenis yang menggoda suami orang. Driver bos sendiri kate saya garang jadi macam tak patut la akak tu layan kami macam tu. saya pun sedar diri saya ni yang masih single and available. Bukan tak laku tau tapi belum sampai masa lagi nak berumahtangga. Keinginan ada dan persiapan ke arah tu pun saya dah prepare. Tunggu calon bakal suami je. Sedih tau bila ade sesetengah wanita yang pandang sinis pada kami yang masih bujang ni. Kalau betul saya nak goda suami orang tu dari dulu lagi saya buat. Macam-macam lelaki hensem n baik tapi suami orang yang saya jumpa. Saya masih ada maruah dan harga diri yang pegang pada prinsip bukan peruntuh rumahtangga orang. Moga semalam pengalaman pertama dan terakhir saya la. Semoga akak tu dapat menjalinkan ukhuwah dengan saya sebaiknya selepas ini. Semoga Fatini cepat sembuh ye..:)

p/s : sejak akhir-akhir ni saya sedar saya juga terjebak dengan virus cemburu. kenapa ni????

Selasa, 9 Oktober 2012

Dugaan Datang dan Pergi

Salam semua,

Minggu ni cukup mencemaskan dan mendebarkan jantung saya dan warga ofis. Mana taknya kan tetiba isteri bos pengsan semasa pemeriksaan jantung di IJN. Cemas dan sedih sangat-sangat bos saya. Nasib la minggu ni kes hanya hari Khamis. Tu pun saya yang akan pergi Mahkamah. Takde masalah sebab saya memang dah bersiap sedia dengan fail-fail tersebut. Malam semalam pula, saya dikejutkan dengan berita anak driver n despatch bos masuk wad sebab demam panas. Aduhhh..jantung saya ni cemas pulak. Betul-betul dugaan buat kami semua. Walaupun tiada pertalian darah tapi kerana atas sikap prihatin terase seperti cubit peha kanan peha kiri pun terasa. Lagi haru bila saya dapat tahu yang mak ayah saya demam. Ayah saya cirit birit lagi. Ya Allah..berikanlah ketabahan dan ketenangan hati ini di atas segala ujianMu ini. Saya memang mudah gelabah bila dengar berita pasal sakit. Selagi tak tengok depan mata memang tak senang duduk. Saya dah pergi ziarah isteri bos di IJN tengahari semalam. Balik kerja petang ni nak ziarah anak driver bos pulak. Esok baru saya ziarah isterio bos lagi. Kebetulan pulak mak saya akan datang KL Jumaat ni. Tak sabar nak jumpa mak. Ayah jumpa masa balik raya haji nanti. Malam ni saya akan telefon ayah lagi tanya perkembangan semasa. Macam ni la perasaan anak di perantauan bila mak ayah sakit di kampung. Tak tergambar kerisauannya. Alhamdulillah semua pesakit dalam keadaan stabil. Syukur padaMu ya Allah. Semoga mereka cepat sembuh termasuklah mak ayah saya. 


p/s : sekarang saya sangat2 peka dengan kesihatan saya..:)

Jumaat, 14 September 2012

Makan-makan Raya

Salam Jumaat semua,

Tengahari tadi saya hadiri jamuan raya anjuran Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) di kafetaria Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kebetulan saya teman klien baca iqrar untuk kes cerai seksyen 47. Maklumlah hari ni jamuan raya terakhir sebelum Syawal menutup tirai. Kat kawasan rumah sewa saya pun ade buat jamuan raya juga. Siap pasang kanopi warna ungu lagi.hehehehehe. Saya rasa seronok sangat-sangat berkumpul dengan rakan-rakan sekerja dan orang-orang Mahkamah. YA Hakim Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi semua datang. Apatah lagi kehadiran khas YAA Dato Haji Mohamah bin Abdullah ke jamuan raya kali ini. Meriah abis la dengan makanan-makanan yang sedap dan menyelerakan serta bergema lagu-lagu raya. Kira sakan la para peguam syarie beraya dengan baju raya dan kuih raya masing-masing. Saya duduk satu meja dengan ex-coursemate ms di UM dulu. Apa lagi havoc dan meriah la kami bercerita dan gelak ketawa. Dah la mamat ni memang riuh orangnya. Jarang sangat kami berjumpa di Mahkamah sejak akhir-akhir ni. Bila dah berjumpa dah macam pesta bunga api jadinya. Macam-macam cerita dan kisah diselongkar dan diselidik. Usik mengusik dah macam makanan tambahan bila berjumpa. Seronok la dapat jumpa junior, senior dan superduper senior. Bila saya berpakaian berwarna-warni ni orang ramai mungkin tak percaya dengan kerjaya saya sekarang ni. Saya pasti YA Hakim juga pun berfikiran sama. Betul ke dia ni peguam syarie? atau dia ni masih praktikal. Klien saya tadi pun ingat saya ni baru berusia suku abad. Padahal saya ni dah nak mencecah usia 30an. Waaaaa dah semakin tua pulak rasa. Kawan-kawan satu geng dulu masa kat UM pun duk tanya je bila nak makan nasi minyak saya. Adoiiii la. Sampai saya tak tau nak cakap apa dah. Paling-paling bagi jawapan selamat diri je la.hehehehe. Tapi kan.. saya tetibe rindu nak berkumpul dengan kawan-kawan satu jabatan syariah undang-undang (JSU) dulu. Macam mana agaknya nanti bila kami semua berjumpa?Berapa kerat yang masih bujang trang tang tang cam saya ek..Pasti riuh dengan suara kami dan anak-anak masing-masing. Saya rindu kamu semua. Harap-harap majlis bahagia saya nanti merupakan reunion kita semua ye. Jangan tanya bila ye.

p/s : tergamam jap semalam pertama kali tengok kemalangan jalanraya depan mata..mujur takde kematian..

Khamis, 30 Ogos 2012

Bila Sayang Hilang di Hati


Amir dan Amirah menghadapi masalah rumahtangga yang rumit dan rasa tawar hati untuk meneruskan perkahwinan mereka. Sedangkan mereka berkahwin atas dasar cinta serta direstu kedua-dua pihak keluarga. Usia perkahwinan mereka hampir masuk 10 tahun. Walau bagaimanapun, Amirah masih dalam dilema untuk membuat permohonan cerai di Mahkamah. Ikutkan hati Amirah memang ingin bercerai tetapi apabila memikirkan nasib dua orang anak mereka menyebabkan beliau tangguh dulu hasrat hati. Apatah lagi Amir tidak mahu melafazkan talaq kepada Amirah secara baik. Oleh itu, Amirah telah pergi ke Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, Selangor dan menceritakan masalah rumahtangganya dengan Amir kepada seorang pekerja  Mahkamah yang bertugas di kaunter. Dalam sesi rundingcara tersebut, petugas Mahkamah tersebut telah menasihatkan Amirah untuk memohon perceraian melalui fasakh kerana berdasarkan cerita beliau, Amir yakni suami Amirah telah memenuhi alasan-alasan dalam peruntukkan undang-undang. Alasan yang digunakan oleh Amirah adalah Amir cuai memberi nafkah lebih dari tiga bulan, Amir lazim menyakiti dan menjadikan kehidupan beliau menderita dari segi emosi dan fizikal dan juga Amir berperangai keji apabila mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.


Fasakh bermaksud pembubaran perkahwinan disebabkan oleh kecacatan yang wujud pada pasangan sama ada pada lelaki (suami) mahupun kecacatan pada wanita (isteri).

Langkah pertama yang perlu diambil oleh Amirah ialah beliau hendaklah mengisi borang permohonan perceraian melalui fasakh yang diperuntukkan di bawah seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah. Borang permohonan tersebut merangkumi saman dan penyata tuntutan dan perlu dibuat dalam tiga (3) salinan iaitu satu salinan untuk Mahkamah, Amir dan Amirah. Setiap salinan borang permohonan tersebut juga hendaklah dilampirkan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan Amirah, sijil nikah Amirah dan Amir, sijil kelahiran anak-anak, laporan polis, laporan perubatan sekiranya ada. Bayaran bagi set lengkap permohonan fasakh tersebut adalah sebanyak RM25.00.

Kemudiannya, Amirah diberi pilihan untuk menyerahkan permohonan  tersebut kepada Amir secara kediri ataupun melalui Mahkamah yang mana penghantar notis Mahkamah yang akan menyerahkan saman permohonan tersebut kepada Defendan. Cuma bayaran akan dikenakan sekiranya penyerahan dibuat oleh Mahkamah dan masa yang diambil agak lama. Sekiranya Amir tinggal di luar kawasan Selangor maka Amirah hendaklah membuat permohonan saman luar bidangkuasa terdahulu di Mahkamah sebelum membuat serahan kepada Amir.

Setelah Saman dan Penyata Tuntutan fasakh tersebut berjaya diserahkan kepada Amir maka Mahkamah akan menyiapkan Afidavit Penyampaian sebagai bukti serahan saman telah berjaya dan Amir tahu tarikh sebutan pertama kali di Mahkamah. Pada tarikh sebagaimana yang tercatat dalam saman tersebut, Amirah dan Amir hendaklah datang ke Mahkamah. Amir juga perlu menjawab tuntutan fasakh oleh Amirah secara bertulis. Kemudiannya, Amirah pula diberi peluang untuk menjawab Pembelaan Amir yang dipanggil Jawapan Kepada Pembelaan. Setelah lengkap pliding-pliding tersebut (Saman dan Penyata Tuntutan, Pembelaan dan Jawapan Kepada Pembelaan) barulah hakim akan bagi satu tarikh untuk perbicaraan. Namun, kebiasaannya hakim akan mengarahkan pihak-pihak melantik Peguam Syarie kerana perjalanan prosiding fasakh amatlah sukar bagi yang tidak tahu prosedur Mahkamah dan perjalanan kes dalam jangka masa yang panjang.

Semasa peringkat sebutan bagi menyempurnakan pliding, sekiranya Amir tidak hadir sebanyak tiga kali Amirah boleh mohon kepada Mahkamah untuk perbicaraan secara sebelah pihak. Prosiding masih sama di mana bermula dengan keterangan Amirah yang akan disoal oleh peguam Syarie yang dilantik dan Mahkamah juga akan menyoal Amirah sekiranya perlu. Kemudiannya diteruskan dengan keterangan saksi-saksi Amirah yang akan disoal oleh Peguam Syarie Amirah dan Mahkamah. Cuma kelebihan perbicaraan sebelah pihak ini tidak ada soalan soalbalas dari pihak Amir atau Peguam Syarienya dan menjimatkan masa Mahkamah untuk membuat keputusan setelah Peguam Syarie Amirah menfailkan hujah penggulungan secara bertulis.

Kemudiannya, Hakim akan menetapkan satu tarikh untuk keputusan. Pada hari keputusan ini Amirah diwajibkan hadir kerana Hakim akan perintah beliau untuk bersumpah yang dipanggil sebagai Sumpah Istizhar. Sumpah ini perlu bagi menguatkan keterangan Amirah kerana tanpa kehadiran Amir.

Kesan daripada perceraian secara fasakh ini adalah apabila Mahkamah mensabitkan fasakh ke atas Amirah maka beliau dan Amir tidak boleh ruju’ atau berbaik semula. Namun, mereka boleh berkahwin semula dengan akad baru walaupun ianya dilangsungkan semasa tempoh menunggu (eddah).

p/s: kisah ini mungkin boleh menjadi pedoman dan panduan buat mereka yang menghadapi situasi seperti di atas..selamat membaca dan saya sedia menerima komen-komen anda..;)

Rabu, 29 Ogos 2012

Bila Peguam Mula Menulis

Salam semua,

Pagi-pagi lagi saya dah memulakan perjalananan ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam untuk menfailkan satu kes baru iaitu cerai dengan kebenaran Mahkamah. Mesti korang pelik kan kenapa failkan cerai di Mahkamah Tinggi Syariah bukannya Mahkamah Rendah Syariah?..jawapannya kerana ada persetujuan tentang Harta Sepencarian yang mana di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah. Sebab itulah saya failkan kes cerai tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah untuk merekodkan terus persetujuan tersebut. Lama betul saya tak melangkah masuk ke Mahkamah setelah bercuti raya di kampung. Bulan September ni saya banyak perbicaraan. Mau rasa nak termuntah pergi Mahkamah hari-hari. Ish..ish..ish..Berbalik semula kisah failkan kes cerai tadi tu. Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan walaupun saya terpaksa menfailkan semula pliding berkaitan Harta Sepencarian berasingan dengan kes cerai tersebut. Prosedur di Negeri Selangor berbeza dengan Wilayah Persekutuan. Negeri Selangor agak strict dalam urusan pemfailan. Tengoklah nak failkan kes cerai sekiranya ada persetujuan bersama berkaitan apa-apa kes lain kena buat secara berasingan. Contohnya kalau perceraian yang ada persetujuan tentang nafkah eddah, mutaah, nafkah anak, hadhanah dan harta sepencarian terpaksalah failkan pliding bagi setiap persetujuan tersebut. Leceh kan?..Memanglah kod bagi kes-kes tersebut berasingan tetapi amat membebankan kami para Peguam Syarie yang bijaksana dan bijaksinun untuk memfailkan semua tu. Itulah yang terjadi pada saya tadi tapi orang yang jaga kaunter tadi bagi kelonggaran pada saya untuk failkan pliding tertinggal tu secepat yang mungkin. Terima kasih Pia. hehehehehe. Hari inilah paling seronok saya menjalankan kerja pemfailan di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam. Biasanya muka ni dan macam asam kecut menunggu giliran dan selesai urusan pemfailan. Hari ni lain sangat. Bahagia rasa hidup. Mood pun ceria je. Senyum je saya sepanjang hari. Bagi sedekah yang paling mudah kat semua orang. Kan nama saya pun senyuman manis. Jadi kenalah senyum sokmo kan. Betul betul betul bak kata Upin Ipin tu. Pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie Negeri Selangor saya pun dah siap. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur padaMu ya Allah. Awal bulan Oktober dah kena guna sijil amalan baru. Yang lama dah tamat tempoh sah laku. Selesai semua urusan di Mahkamah saya terus ke bangunan sebelah iaitu bangunan JAbatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk ziarah Kak Nizma dan berhari raya sekali. Rupanya ada berita gembira untuk saya di sana. Cuba teka apa berita gembira tu? Ada kaitan dengan tajuk entri di atas. Fikir jangan tak fikir ye. hehehehehe. Kegembiraan berganda hari ni. Syukur alhamdulillah. Hasil penulisan pertama saya pasal undang-undang berbentuk cerita disiarkan dalam majalah JAIS. Satu Selangor akan baca nurkilan saya tu. Semoga kisah tersebut menjadi pendoman dan ikhtibar untuk mereka. Saya baru berjinak-jinak dalam penulisan berkaitan undang-undang Syariah. Ini satu permulaan yang baik untuk saya. Terpampang gambar dan nama saya dalam majalah tersebut. Tajuk penulisan saya "Bila Sayang Hilang di Hati". Spontan idea tajuk tu. Bila tengok dalam majalah tu nampak menarik pulak. Syukur sangat. Lepas ni bolehlah saya terus menulis lagi untuk berkongsi ilmu undang-undang dengan orang ramai. Saje suke-suke menulis. hehehehehe. Doakan saya berjaya ye.. cewahhhh..Nanti saya update nurkilan saya dalam entri selanjutnya secara detail. Sabar ye.

p/s : baru je kongsi kegembiraan ni dengan seseorang. nak bagitau mak ayah pulak..;)  . 

Isnin, 27 Ogos 2012

Ceritera di Hari Raya

Salam Syawal semua,

Lama betul tak berceloteh. Rindunya. Saya sungguh sibuk sebelum raya baru ni. Tambahan pula, demam teruk sebelum balik raya. Dapat la MC dua hari. Dasyat betul raya kali ni. Tu yang lama menyepi. Ada sesiapa rindu saya? Hahhh..Pasti ada yang merindu dalam diam kan..hahahaha.. gurau je. Saya baru je mula bekerja semula setelah cuti panjang. Semalam bertolak balik KL dari kampung jam 7.00 malam bertemankan kawan sekolah saya, Huda. Niat asal nak balik awal tetapi berlaku kecemasan semalam. Adik sepupu saya, Ayie jatuh motor. Luka teruk juga di kaki, lutut dan siku dia. Alhamdulillah saya tergerak hati nak ziarah pakcik saya sebelum balik. Terus saya dan Kimi (adik Ayie) bawa Ayie ke klinik tempat kakak diorang keje. Ya Allah, masa saya ambil Ayie di Klinik 1 Malaysia Batu 2 1/2 tu rase kesian sangat kat Ayie. Dalam kesakitan dia masih lagi fikir bimbang kereta saya kotor dengan darah dia. Sabo je la saya ni. Lepas selesai cuci luka dan hantar Ayie n Kimi balik semula, saya balik ke rumah sambung mengemas kain baju. Kelam kabut jugak saya masa tu. Mesej-mesej yang masuk saya biarkan je. Mak saya mesej bimbang saya tak balik rumah lagi. Lepas tu tanya pasal Ayie. Dugaan lagi buat keluarga dia. Sebelum raya ayahnya masuk ICU kena serangan stroke. Semalam dia pulak jatuh motor. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itulah kata-kata saya pada Ayie semalam. Bila saya diuji saya pun selalu pujuk hati dengan kata-kata tu. Ermmmm..pagi semalam saya sempat ziarah atuk sedara saya. Rupa-rupanya atuk sedara saya yang saya panggil tokcik sakit. Bila saya datang berziarah gembira air muka tokcik sebab saya satu-satunya cucu sedara yang selalu datang ziarah dan bertanya khabar. Saya sayang sangat tokcik. Banyak ilmu agama yang diajar pada saya. Tokcik selalu nasihat saya supaya pergi ke Tanah Suci. Saya akan ingat nasihat tokcik dan pegang kata-kata dan ajaran dia. Seronok semalam kami bersembang pengalaman di Tanah Suci dan juga ilmu agama. Banyak juga kata-kata nasihat yang saya dapat. Alhamdulillah. Saya ni cucu yang suke menjawab setiap kata-kata dia. Tapi saya jugak suke gelak ketawa walaupun kene marah. Itulah saya. Setiap kali balik kampung pasti saya akan pergi rumah tokcik. Suatu hari nanti saya nak bawa bakal IMAM saya ke rumah tokcik. Itupun kalau berkesempatan la. Saya tau tokcik sentiasa doakan jodoh yang terbaik buat saya dan dia dapat rasa siapa jodoh saya. hehehehehe. Petang saya sempat ziarah Che Ngoh saya dan dukung si kecik Danish. Bukan main gembira dia. Siap duk gelak lagi Che Ngoh junior dia dukung. Nenek pulak bawa jalan kat luar rumah.

Oh ye.. saya nak cerita pengalaman sepanjang raya baru ni. Tahun ni saya demam masa hari raya. Pergi beraya naik kereta ayah je. Tinggallah si putih kat rumah. Biasanya saya teman mak membeli belah di pasar sehari sebelum raya tapi kali ni Ayah Teh saya yang teman sebab saya terbaring je di katil sebelum raya. Seperti yang saya jangkakan bila pergi pasar pasti berjumpa dengan seseorang. Tepat jangkaan saya bila sahabat saya tegur mak saya masa di pasar. Dia cam muke mak saya la. Sempat jugak mak bagitau saya demam. 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Amboi..amboi..amboi..bukan nak mesej saya pun kan tanye khabar. Saya terkejut jugak bila balik mak cerita apa yang berlaku di pasar. Gelihati saya dengar. Masih ada yang ambil berat rupenya. Ye la..saya ni kawan yang banyak songehnya. Mane tau kot-kot dia menyampah dan bosan dengan karenah saya. hohohoho. Itu cerita sebelum raya. Pagi raya saya demam lagi. Tak teruk mane pun. Cuma badan masih lemah lagi la. Nak drive pun kepala masih ting tong. Tapi sempat la beraya umah sedara mara. Raya keempat kami sekeluarga buat rumah terbuka. Mak masak mi kari. Ramai yang suke mi kari air tangan mak saya. Ada yang bertambah bermangkuk-mangkuk. Sehari sebelum tu, saya mula mesej kawan-kawan jemput datang makan mi kari. Dalam banyak-banyak mesej ada satu mesej yang cukup mengharukan. Terharu la bila ada yang tanya pasal kesihatan saya. Malam tu saya berbalas mesej dan senyum sorang-sorang. Mula balik tabiat lame. hehehehehe. Mesej je dulu esok baru jumpa jugak kan. Rumah terbuka kali ni memang ramai sangat orang yang datang. Di luar jangkaan. Tapi mak memang dah masak banyak guna periuk besar lagi. Puas hati saya tengok tetamu yang bertambah. Saya pun jadi kenyang. Bila sahabat saya datang kecoh jap rumah saya. Bukan main masing-masing duk mengusik. Nasib baik saya dah kalih dengan usikan tu. Takde keje lain ke nak bergosip. Pelik betul la. Padahal sebelum ni pun memang kawan-kawan lelaki yang datang beraya rumah saya tiap-tiap tahun. Kawan-kawan perempuan boleh bilang dengan jari je. Tak paham saya dengan diorang ni. Saya sambut sahabat saya macam biasa dengan senyuman manis saya la. Nak jadi cerita, kebetulan pulak masa dia sampai ramai sedara mara saya sampai jugak. Saya macam biasa la berlagak selamber je. Sembang-sembang jugak tapi masih sempat melayan sedara mara yang datang. Lagi best bila dapat jumpa si kecik Danish. Masa saya dukung si kecik tu terlupa jap saya ada tetamu. hehehehehe. Syok sangat jumpa anak buah. Yang kelakar si kecik tu tengok je kat sahabat saya. Lepas tu boleh senyum-senyum pulak. Aikkkk kecik-kecik lagi dah pandai usik-usik orang ye. Mungkin juga budak kecik boleh tahu seseorang tu baik atau tak, ikhlas atau tak kot. Ajaib kan kekuasaan Allah. Subhanallah. Tapi saya memang suka sangat budak-budak. Walaupun saya garang dan digelar "singa betina" tapi budak-budak baik dengan saya. Tu cerita di hari rumah terbuka. 

Sekarang masuk pula cerita di majlis pernikahan dan perkahwinan adik sepupu saya, Nadia. Hari yang sama jugak kawan saya, Apis buat majlis sambut menantu. Mula-mula saya pergi majlis pernikahan Nadia. Lepas tu, baru saya ambil Huda dan pergi ke majlis Apis. Kami dah berjanji dengan Azrul dan sahabat saya ni nak berjumpa di Masjid Sultan Ahmad. Macam rombongan nak hantar pengantin pulak. Tapi disebabkan kat kawasan masjid penuh dengan kereta dan ramai orang, saya dan Huda terus tunggu diorang berdua di rumah Apis. Saya dan Azrul datang berlenggang je tanpa bawa hadiah. Huda dan sahabat saya bagus tau diorang bawa hadiah. Saya tak sempat beli la. Nak bagi hadiah tu kat KL je la. Alih-alih sahabat saya suruh saya bawa hadiah dia tu dan bagi kat Apis. Sabo je la dia ni. Masuk-masuk rumah Apis tetiba masa bersalaman dengan isteri dia, Rini kata "ooo ni la .... selama ni hanya dengar nama je. Apis selalu cerita pasal .....". terkejut saya. Apa la yang Apis cerita pasal saya. Tak lama kemudian, mak Apis pula datang. Dah bersalaman dibawanya saya ke dapur tuk diperkenalkan pada sedara mara. Adoiiiiii segan betul la saya masa tu. Terpinga-pinga jap saya. Tak tahu nak terjemah apa yang berlaku hari tu. Nasib la isteri Apis ramah bersembang dengan saya dan Huda. Masa tu berjumpa juga dengan kawan sekolah menengah yang lame dah tak jumpa. Tapi kami sempat bersembang kejap je. Janji berjumpa kan. Meraikan hari bahagia kawan. Masa tu la nak berjumpa pun. Masing-masing kerja jauh. Teknologi je la mengeratkan persahabatan. Betul tak?

Rindu kenangan beraya zaman kanak-kanak rebina

Bila tiba masa nak balik semula ke kota rasa malas je. Cuti seminggu macam cuti sehari je. Berat je hati nak drive balik. Mengemas pun malas je. Apatah lagi bila berlaku kecemasan Ayie jatuh motor. Ayah De saya punya la bagi pesanan penaja berkali supaya bawa kereta hati-hati. Saya angguk dan senyum je. Berdebar jugak kan. Kalau nak berlaku sesuatu tu bukan dapat ditahan-tahan. Berserah dan bertawakal je la. Alhamdulillah perjalanan saya dan Huda dipermudahkan. Lebih-lebih lagi dapat mesej yang sejuk hati bila orang ambil berat pasal kita. Terharu lagi. Tapi tak syok sendiri ek. Dalam perjalanan duk bersembang, bergelak ketawa, luahan perasaan, berdiskusi dan berkaroke sambil dengar Suria Cinta. Kami dalam mood jiwang la semalam. Saya pun drive slow je. Kereta banyak jugak. Masing-masing bawak laju. Saya malas nak memotong silau mata dengan cahaya lampu kereta. Ada tinggi, ada terang, ada malap macam-macam ada. Baik saya ambil langkah berhati-hati dan memandu dengan berhemah je la. Dalam hati sempat berangan syok jugak kalau ada driver kan. Bolehlah bermalasan di kerusi sebelah. Lagi syok bercerita dan bergelak ketawa. Berangan je la dulu. Alhamdulillah saya dan Huda selamat sampai ke rumah masing-masing. Masih terasa kepenatan semalam. Hari ni saya nak balik awal la. Malam ni tidur awal jugak. Kerja banyak menanti esok.

p/s : suka duka di Aidilfitri tak siapa sangka dan duga..semoga Aidiladha nanti ada berita gembira buatku..;)

Rabu, 11 Julai 2012

Larian Olimpik 2012

Salam semua,

Baru-baru ini, saya telah menyertai satu larian bersempena sukan Olimpik yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini di London. Larian tersebut diadakan pada 8hb Julai, 2012 jam 7.45 pagi bertempat di Dataran Merdeka anjuran McDonald. Saya bangun seawal jam 5.30 pagi. Waktu itu hujan lebat menncurah ke bumi. Malam tu saya tidur di Wangsa Maju di rumah Kak Siti selepas pulang dari kenduri kahwin di Kelab Darul Ehsan. Jam 6.30 pagi, saya dan Kak Siti memulakan perjalanan kami ke Dataran Merdeka. Bunyi macam jauh je kan tapi sebenarnya dekat je. Kami menaiki tren dari stesen Wangsa Maju sehingga ke stesen Masjid Jamek. Ramai betul rakyat Malaysia yang menyertai aktiviti larian ini. Masing-masing memakai t-shirt yang telah diberi. Saya dan Kak Siti memakai t-shirt bewarna kuning. Macam nak sertai perhimpunan BERSIH pulak. ayoyoyoyo. Setelah sampai di Dataran Merdeka, kami mencari kawan-kawan Kak Siti kerana kami menyertai larian berkumpulan. Nombor larian kami adalah K 2184 dan saya memegang nombor larian K 2184 D. Kebetulan pulak la. hehehehehe. Jam 7.50 pagi, tembakan dibunyikan menandakan larian bermula. Kami berlari sejauh 5 km bermula dari Dataran Merdeka melalui Bank Negara, Komplek Kerajaan, Lebuhraya Mahameru, Tugu Negara dan kembali semula ke Dataran Merdeka. Kira-kira satu jam masa yang kumpulan kami ambil untuk menamatkan larian kami. Pertama kali dalam hidup saya berlari sejauh ini tanpa rasa semput dan asma. Almaklumlah saya ni ada penyakit asma dan mudah semput bila cuaca sejuk. Kali ini saya sihat walafiat tanpa rasa sakit di mana-mana anggota badan. Sedangkan saya tak sempat nak buat latihan sebelum ni. Saya agak lama tak berjogging. Cuma banyak berjalan ke sana sini, naik turun tangga je minggu lepas. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan larian saya. Kebiasaannya, saya cepat semput dan jantung berdegup kencang di awal larian lagi tetapi tidak untuk kali ini. Saya banyak berlari dalam erti kata berjogging daripada berjalan. Ini suatu yang di luar jangkaan saya dan amat memeranjatkan apabila saya dapat menamatkan larian dengan sempurna. Cuma muka saya macam udang kena bakar dah kemerahan. Saya sungguh gembira dengan larian ini walaupun jadual saya amat padat dengan pelbagai aktiviti dan tidak cukup rehat. Tapi saya sangat berpuas hati dan ceria. Akan datang saya nak cuba sertai lagi aktiviti sebegini memandangkan saya suka aktiviti sosial yang melibatkan kemasyarakatan. Anda juga patut cuba. Inilah hobi saya yang paling menarik dan berfaedah.

p/s : Teringat zaman sekolah rendah dulu selalu sertai aktiviti mrentas desa walaupun sentiasa kalah.

Selasa, 10 Julai 2012

Jemputan Kahwin Redza & Irma

Salam semua,

7.7.2012 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Hari ini saya nak kongsi apa yang berlaku pada hujung minggu baru2 ini. Pada 7hb Julai, 2012 saya telah mengikuti satu Bengkel Penyediaan Pliding Siri 2 di Pusat Info Jakess di Jalan Othman, Petaling Jaya. Peserta yang terlibat adalah Peguam Syarie senior mahupun junior serta adik-adik chambering. Penceramah pula adalah Yang Arif Hakim Mahkamah Rendah Syariah Bandaraya Shah Alam iaitu Tuan Atras dan juga Yang Arif Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat (Kuang) iaitu Tuan Kamaruzaman. Baru saya tahu rupa-rupanya Tuan Kamaruzaman ni bujang lagi. Sungguh tak ku sangka. hahahahahaha. Bengkel ini lebih kepada latihan dalam kumpulan di mana kami dikehendaki membuat satu pliding Penyata Tuntutan berdasarkan fakta kes yang diberi pada setiap kumpulan. Saya telah diletrakkan dalam kumpulan bersama-sama dengan senior iaitu Kak Ruby dan Kak Liza. Kami bertiga dikehendaki membuat Penyata Tuntutan berkaitan Nafkah Anak. Macam-macam idea kami sewaktu menyiapkan Penyata Tuntutan tersebut. Saya telah dilantik secara rasmi untuk menaip Penyata Tuntutan mengikut format sebenar. Dalam perbincangan kami cuba untuk menyediakan pliding yang ringkas, padat dan tepat mengikut Tatacara Mal. Kemudiannya, kami dikehendaki menjawab Penyata Tuntutan kes Nafkah Eddah dari kumpulan lain dan perlu menyediakan Penyata Pembelaan. Melalui latihan berkumpulan ini membuatkan kami semua lebih peka dan faham apa kehendak Hakim dalam menyediaan pliding. Apatah lagi para Hakim amatlah sporting dan boleh bergurau. Kalau dalam Mahkamah terpaksa jaga double standard formal antara Hakim dengan Peguam Syarie dan orang ramai. Masa macam ni la kami ambil peluang mencedok segala ilmu dari para Hakim ini. Lagi pun, berkumpulan dengan senior dan otai amat berguna bagi saya kerana kami akan bertukar pendapat dan memberikan idea yang bernas bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Makanan yang disediakan pun sedap. Makan tengahari siap ada ikan cencaru besar lagi. Ada air asam dan smbal belacan kegemaran saya. Wah..syukur sangat dengan rezeki Allah. Alhamdulillah. Bengkel ini tamat jam 5.00 petang. Balik rumah saya terkocoh-kocoh bersiap untuk ke kenduri sambut menantu artis kesayangan ramai Irma Hasmie di Kelab Darul Ehsan. 

7.7.2012 (jam 8.00 malam hingga 11.00 malam)

Saya keluar rumah jam 7.45 malam selepas menunaikan solat Maghrib. Malam tu saya naik tren je ke stesen Cahaya. Kak Ana tunggu saya di sana kerana kami berjanji akan ke majlis tersebut bersama-sama. Sampai di KDE tersebut kami terus masuk ke dalam dan mencari tempat duduk. Saya dimaklumkan tetamu yang hadir terlalu ramai dan di luar jangkaan tuan rumah. Tapi alhamdulillah makanan cukup. Sedap pulak tu. Dalam majlis ini saya bertemu dengan rakan-rakan Peguam Syarie dan Peguam Sivil. Kira macam acara jejak kasih la  pulak. Paling syahdu bila dapat berkumpul semula bekas Peguam Syarie di Tetuan Radzuan Ibrahim & Co. Saya pula hanyalah seorang pelajar praktikal di ketika itu dan masih keep in touch dengan Dato Radzuan Ibrahim. Sebab tu la saya mendapat jemputan ini. Sewaktu pengantin tiba dan diarak masuk serta bersanding di pelamin nan indah, saya sempatlah bangun dan curi-curi pandang ke arah pengantin sambil mencari-cari kelibat senior saya iaitu Abg Yeop dan Kak Su serta anak-anak mereka. Cantik betulah pasangan pengantin baru ni Redza dan Irma. Sejuk mata memandang. Tak sangka pula saya salah seorang tetamu yang hadir di majlis perkahwinan yang melibatkan artis. Tak pernah terlintas di hati saya untuk melalui semua ini. Syukur padaMu ya Allah diberi kesempatan untuk merasai nikmat Mu ini. Saya sempat ke meja makan beradab pengantin dan bersembang dengan Irma. Bergambar pun ye jugak. hehehehe. Lepas tu, saya jumpa pula tuan rumah iaiti mak ayah pengantin lelaki. Dato dan Datin gembira bila ternampak kelibat saya dan tak putus-putus ucap terima kasih di atas kehadiran saya. Sebelum balik sempat bergambar demgan mereka. Niat di hati ingin pulang awal sebab pagi esoknya saya menyertai larian Olimpik. Tapi dihalang oleh tuan rumah. Datin suruh saya tunggu dahulu dan suruh kami semua bersalam dengan pengantin. Bagus jugak kan. Boleh beramah mesra dengan pengantin kan. Artis pulak tu. Sampai giliran saya dan Kak Ana, Irma tetiba bertanya saya dan Kak Ana adik beradik ke sebab kening dan mata kami nampak sama katanya. Tergelak saya dan Kak Ana. Redza bagitahu kat Irma yang Kak Ana adik Kak Hajar, Peguam di firma guaman bapa dia.Kak Ana pun Peguam Syarie jugak. Kami duk gelak dan bersembang je. Kemudiannya, bersalaman dan berlaga pipi. Baik betul la Irma ni. Beruntung kamu Redza. Saya puji Irma sebab ramah melayan tetamu yang hadir dan sentiasa murah dengan senyuman. Tak sangka dia ingat saya sebab masa makan beradap tadi saya dah beramah mesra dengan dia. Tahniah diucapkan pada tuan rumah menerima menantu yang baik walaupun bergelar artis. Tiada  yang mustahil dengan kasih sayang Allah kan. Kalau jodoh tak ke mana. Lepas ni giliran saya pula. Ambil berkat pengantin baru dulu..;)

p/s : sejak akhir-akhir ni rindu kat sahabat saya sorang tu. kenapa ye?

Jumaat, 6 Julai 2012

Kisah Suka Duka Kehidupan

Salam Jumaat semua,

Pertamanya saya nak ucapkan Salam Nisfu Syaaban dan selamat datang Ramadhan Kareem. Anda semua sudah selesaikan hutang-hutang "lama" sebelum Ramadahan yang mulia datang kembali?jangan tangguh-tangguh lagi. Hari ini saya nak kongsi sedikit kisah suka duka saya beberapa hari lalu.

3.7.2012 (Selasa)

Hari ini saya menghadiri kes Fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Saya telah dilantik oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Bahagian Syariah sebagai Peguam Panel bagi kes tersebut. Hari ini hanyalah sekadar sebutan bagi menyempurnakan semua pliding sebelum mula seisi perbicaraan. Bila tiba giliran kes saya dipanggil dengan penuh sopan santun saya ke meja depan yang telah dikhaskan untuk Peguim Syarie dan pihak-pihak. Setelah membuka bicara dengan ayat-ayat skema, saya mohon pada Yang Arif untuk memaklumkan kepada kami status fail kes tersebut. Alhamdulillah mood Yang Arif ok dan segala permintaan saya selaku Peguam Syarie Plaintif (isteri) dipenuhi dengan baik. Kemudian, saya mohon satu tarikh tangguhan untuk memfailkan Jawapan Kepada Pembelaan Pindaan pada tarikh akan datang dan terus mohon untuk mendapatkan tarikh perbicaraan. Gembira Yang Arif luluskan. Lega dengan perjalanan kes hari ini. Syukur pada-Mu ya Allah..;)

4.7.2012 (Rabu)

Hari pula saya menghadiri kes di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Ala. Kali ni depan Yang Arif yang cengil. Seawal jam 8.15 pagi lagi saya dah bertolak dari rumah sewa ke Shah Alam. Dalam perjalanan jantung saya dub dab dub dab berdegup semacam je ni. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kene hari ni.Tapi saya teruskan juga perjalanan dan optimis dengan apa-apa keadaan yang bakal berlaku. Saya sampai di Mahkamah setelah ambil masa 10 minit perjalanan. Saya tak drift tau tapi jalan raya cukup mendamaikan saya. Tu yang cepat sampai. Kebiasaannya, dewan Yang Arif yang bakal saya berdepan ni cukup tepati masa. Jam 9.00 pagi dah mula prosiding di Mahkamah. Tapi hari ini mula lambat memandangkan ada audit 5  S di Mahkamah. Audit je memanjang. Pengurusan Mahkamah teruk jugak. Kes saya dipanggil mula-mula sekali. Tapi malangnya berlaku kesilapan teknikal pihak Mahkamah menyebabkan saya dimarahi Yang Arif dalam dewan tersebut. Pada mulanya saya begitu yakin nak berhujah dengan Yang Arif tetapi memandangkan wakalah perlantikan saya mewakili anakguam saya tiada dalam fail Mahkamah. Serta merta saya gelabah. Dah la saya ni cepat gelabah. Tepu jap otak ni nak menjawab tikaman kata-kata Yang Arif. Berdesing telinga saya mendengar Yang Arif membebel pagi ni. MAlu tak payah cakap la. Muka saya dah tebal 100 inci rasanya. Geram ada malu ada sedih ada. Macam-macam rasa ada. Dah la saya pertama kali mengadap Yang Arif ni terus je kena bantai. Nasib malang lagi apabila salinan fail anakguam pulak tertinggal di ofis. Waaaaaaaa seronoklah Yang Arif bergusti dengan saya.  Kata-katanya cukup menghiris hati dan perasaan. Yang Arif..saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. Bukannya memalukan dan memarahi saya macam saya ni tunggul kayu. Saya malas nak melawan dan mohon maaf je pada Yang Arif. Macam budak-budak minta maaf kat ayah lagak saya masa  tu. Sedih sangat-sangat. Peristiwa di luar jangkaan dan tak pernah berlaku pada saya sebelum ini. Pengalaman pertama ni dalam kes pertama hari ini dan pertama kali di depan Yang Arif ni. Semuanya pertama kali. Pengajaran betullah. Nasib baik la Yang Arif tangguh jap kes saya. Terus pembantu dewan mencari wakalah saya tu. Hampessss kan. Saya mangsa keadaan hari ni. Nasib baik esoknya tu Nisfu Syaaban. Dugaan semua tu. Alhamdulillah tak putus-putus saya ucap dalam hati. Terpilih hari ni kan. Pujuk hati. dah jumpa wakalah saya tu, kes saya dipanggil untuk kali kedua. Kali ni saya bangun dengan penuh hati-hati walaupun keyakinan dah terbang tadi tapi masih boleh berhujah dengan baiklah. Alhamdulillah. Kes ini cumalah nak rekod persetujuan bersama bagi tuntutan Harta Sepencarian. Saya mewakili bekas suami. Kes simple dan mudah tapi Yang Arif saje je nak melambat-lambatkan kes saya. Tau tak apa yang berlaku kali ni? Boleh pulak Yang Arif tu tegur-tegur saya kata numbering pada perjanjian tu salah. Saya yang terkedu kene marah mula-mula tadi sampai terlupa nak betulkan depan Yang Arif. Saya biarkan je hakim membebel sorang diri. Nak sangat bercakap kan. Membebel la sorang-sorang. Pas tu siap bagi tazkirah Dhuha kat saya. Yang Arif cakap Defendan janganlah ikut je apa yang peguam buat. Peguam tak semestinya betul. Peguam duk kata Hakim yang buat keputusan salah akan masuk neraka. Peguam pun sama juga. Kalau peguam tak betul masuk neraka jugak sama-sama hakim. Tapi saya dah betulkan apa yang peguam salah buat jadi KITA MASUK SYURGA SAMA-SAMA YE. Alahai Yang Arif, ni kesalahan pertama saya yang di luar jangkaan tapi saya tetap fikir positif dan optimis. nasaib badan betul lah saya hari ni. Yang Arif boleh senyum-senyum dan sengih-sengih masa cakap macam tu. Rasa nak je menjawab "Ye la Yang Arif, nanti kita masuk syurga sama-sama ye". Agak-agak ape yang hakim balas kalau saya jawab macam tu?hehehehehe. Untuk makluman semua Yang Arif tu duda. Isterinya meninggal tahun lepas sakit rasenya. Tapi kan tak patut Yang Arif dera saya macam tu. Nasib baik juga saya ada sahabat yang sudi nak dengar luahan hati saya yang tak seberapa ni. Tapi geram jugak saya bila sahabat saya ni boleh gelak hahahaha kat saya. Adoiiii la. Mujur gak dalam gelak dia pujuk hati saya hakim cuma nak melawak dengan saya. Emmm ye la kot. Terubat hati saya dengan mesej-mesej dia. Ajaib kan..hahahahaha. Saya bersedih tak lama. Lepas tu dah boleh gelak-gelak lagi. Mals nak fikir dah. Malam ni kan Nisfu Syaaban. Jadi baik saya banyakkan amalan dan berdoa. Ini cuma dugaan kecil tuk saya kan. Semoga Yang Arif tu dapat "hidayah" dari Illahi. Sampai ofis saya buat sujud syukur macam ayah saya selalu pesan. Lega rasa hati ni. Berlapang dada bila kita dah redha dengan apa yang berlaku tak kira baik mahupun buruk. Saya akan perbaiki kelemahan diri lepas ni dan akan menjadi Peguam Syarie wanita terbaik Malaysia. Doakan saya ye. ;)

p/s : terima kasih banyak2 sahabatku yang selalu ada di kala saya sedih. awak memang baik. terharu ada sahabat sebaik awak..

5.7.2012 (Khamis)- Nisfu Syaaban

Dari semalam saya rasa sayu sangat-sangat. Entah mengapa saya pun tak ketahui. Petang semalam saya mesej mak ayah, keluarga dan kawan-kawanb peringatan tentang malam Nisfu Syaaban. Alhamdulillah saya diberi peluang dan ruang untuk sempurnakan apa yang saya nak buat. Alhamdulillah dapat habiskan tiga kali bacaan Yasin walaupun tersengguk-sengguk. Minggu ni memang memenatkan saya sebab minggu lepas saya kerja 7 hari seminggu dan balik rumah lewat malam. tapi saya gembira. Saya niat dan nekad nak bangun qiamulail sebelum sahur. Lepas solat Subuh saya dah nak gerak pergi KLIA nak hantar ayah saya akan berangkat ke Tanah Suci hari ini. Saya rasa sayu sangat-sangat hari ni. Boleh pulak saya kecik hati dengan kakak saya bila saya telefon dia tak nak layan sangat saya sebab bersembang dengan sepupu saya. Tau la ramai sedara mara datang berjumpa ayah. Saya yang di perantau ni hanya dapat berjumpa ayah saya sekejap je. Kakak saya mesej malam tu saya tak balas pun. Padahal saya tak dapat tidur malam tu. Mulut duk baca surah al-Ikhlas je. Tak tahu la cukup ke tak bacaan 1000x. Bangun sahur minum air kotak coklat je. Lepas tu saya ambil wudhuk dan buat solat sunat. lega dapat tunaikan hajat di hati. Lepas solat Subuh, saya terus bergerak ke KLIA seorang diri. Tak sabar nak jumpa ayah. Bulan lepas saya tak balik kampung. Biasa saya akan balik kampung tiap-tipa bulan. Dah sampai KLIA, saya tunggu ayah saya bila dah jumpa seronok sangat. Saya ni bila dengan ayah banyak cakap sangat-sangat. Agaknya ayah saya pun tak larat nak dengar saya bercerita.hehehehe. Nak buat macam mana dah perangai saya dengan ayah macam ni. Ayah layankan je la. Diharuskan berbuat baik pada anak perempuan. Ayah pun bercerita kat saya suasana di kampung semalam dan pagi tadi di airport Kuantan. Muka ayah saya gembira sangat-sangat. Saya faham perasaan ayah saya. Dulu pun saya macam tu jugak. Cuma saya tak suka adegan air mata masa hantar saya dulu. Bukan bermakna saya ni tiada perasaan macam dakwaan adik beradik saya. Saya tak nak emosi saya terusik. Saya hanya berserah diri saya pada Pencipta kita sepenuhnya masa tu.Tapi orang takkan faham diri saya ni. Saya tunggu di KLIA sehinggalah ayah saya berlepas. Saya hanya senyum sorang-sorang dalam kereta. Teringat pulak mesej sahabat saya semalam. Dia doakan ayah saya selamat perjalanan pergi balik dan sihat sepanjang di sana. Sejuk hati saya baca mesej tu. Nanti saya nak mesej ayah saya doakan sahabat saya ni. Buat baik akan dapat balasan baik jugak kan. Selamat menunaikan umrah Pa. Semalam ayah saya mesej bagi tau dah selamat sampai di Jeddah dan di Mekah. Selesai sudah umrah pertama.Alhamdulillah.

p/s : Pa, doakan org dikurniakan rezeki yang luar biasa dan diberkati Nya serta mendapat RahmatNya. org nak bawa family kita gi umrah sama2. doa jodoh org jugak.hehehe.

Khamis, 21 Jun 2012

Meraikan dan Diraikan

Salam semua,

Hari ini merupakan pengalaman pertama saya menjadi "mover" kepada seorang kawan saya Ifah yang ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Wilayah Persekutuan. Majlis tauliah tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Sebelum majlis penyerahan sijil amalan, mana-mana Peguam Syarie yang dirai hendaklah membuat satu Permohonan untuk ditetima masuk sebagai Peguam Syarie Wilayah Persekutuan terlebih dahulu. Permohonan ini difailkan bersama-sama dengan Afidavit yang perlu diikrarkan oleh Pemohon beserta wakalah perlantikan Peguam Syarie yang akan mewakili mereka. Tahun ini merupakan julung-julung kali diadakann majlis tauliah seumpama ini yang mana sama macam majlis pentauliahan Peguam Syarie di Selangor. Jika di awal tahun baru-baru ini saya yang diraikan dalam majlis pentauliahan Sijil Amalan Guaman Syarie Negeri Selangor tapi pada hari ini saya pula yang meraikan kawan saya dalam majlis yang sama cuma berbeza negeri sahaja. Lain pengalaman yang saya dapat hari ini. Pagi tadi saya telah memulakan prosiding permohonan kawan saya iaitu Ifah di depan Yang Arif Tuan Mohd Amran bin Mat Zain, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di Dewan 2. Macam-macam cabaran yang saya lalui pagi tadi bermula dengan jem yang teruk di Bangsar. Kemudiannya, apabila saya sampai di Mahkamah parking kereta pulak penuh. Berpusing-pusing juga la saya mencari parking. Alhamdulillah segala urusan dalam Mahkamah dipermudahkan. Lega saya. Tapi saya tak dapat nak tunggu Ifah selesai majlis penyerahan skrol sebab ade urusan kerja yang tidak dapat ditangguhkan lagi. Bergambar pun kami tak sempat. Terasa rugi pulak tapi memandangkan saya perlu masuk ofis segera terpaksalah saya terima. Banyak kerja menunggu dan klien tak putus-putus telefon. Beginilah rutin kerja saya dalam bidang ni. Papepun saya gembira dengan kerjaya saya ini. Alhamdulillah syukur nikmatMu ya Allah. Oh ye, tadi sewaktu saya membacakan permohonan Ifah sehingga selesai tetiba Yang Arif Hakim bertanya sama ada saya telahpun memaklumkan kepada Mahkamah berkaitan tahap pendidikan Ifah. Sedangkan pada "mover" lain tidak pula disoal sebegitu. Tapi saya jawab juga dengan pebuh keyakinan bahawa saya telahpun memaklumkan tadi tetapi saya tetap ulangi semula fakta tersebut. Yang Arif Hakim pun tersenyum je. Masing-masing pun pelik dan hairan dengan Yang Arif Hakim tersebut. Saya hanya senyum je la macam biasa. Hakim suke dengar suara saya kot. hahahahahahaha. Gurau je ye. Kelakar je rase pengalaman hari ini. Saya pun tak sabar-sabar nak kongsi dalam blog ni tau. ;)

p/s : bila la saya nak isi borang permohonan penerimaan masuk sebagai peguam syarie terengganu ni?  

Selasa, 19 Jun 2012

Kisah "Lara Hati"

Salam semua,

Semalam berakhir sudah drama berepisod di slot RATU TV9 yang bertajuk "Lara Hati". Saya hanya sempat ikuti drama ini beberapa kali sahaja. Tapi jalan ceritanya amat menarik dan banyak mesej yang saya pelajari. Drama ini ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 8.30 malam hingga 9.00 malam. Para pelakon pula adalah seperti Noorkhiriah, Rusdi Ramly, Sharifah Sakinah, Lydiawati, Abu Bakar Juah, Faisal Husien dan ramai lagi (yang lain tak ingat).hehehehehe. Drama ini mengisahkan seorang anak yang baik dan sering berkorban untuk keluarga terutama ibu dan adik perempuannya sehingga dia difitnah pelbagai cerita oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Swaktu di alam persekolahan, Rosalinda (lakonan Noorkhiriah) telah cuba diperkosa oleh Mail (pelakon baru dalam drama Jiwa Lara. tapi tak ingat nama. cuma cam muka je) atas alasan apa saya pun tak tahu. Dalam masa yang sama juga, bapa tiri Rosalinda (lakonan Abu Bakar Juah) pula cuba berbuat "jahat" pada anak tirinya. Bila jiwa dikuasai nafsu anak tiri pun nak dijadikan mangsa. Kemudiannya, Rosalinda telah mendapat tawaran belajar di sebuah universiti dan berkenalan dengan Hadeef (lakonan Rusdi Ramli). Mereka telah jatuh cinta dan menjadi pasangan kekasih. Tetapi malangnya, pada satu hari Rosalindah telah dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki lakonan Faizal Husien. Perkahwinan ini terjadi disebabkan mulut seorang wanita yang tidak diketahui apa sebabnya. Wanita itu yang mendesak Rosalinda menerima lelaki tersebut dan berlakulah perkahwinan tersebut. Bayangkan, pada masa tersebut Rosalinda amat menyayangi Hadeef dan terpaksa menerima lelaki lain sebagai suami. Semasa di universiti, Rosalinda telah mengandung dan ramai yang mencemuh beliau sedangkan kandungan itu adalah dari ikatan perkahwinan yang sah. Hal tersebut menimbulkan satu tohmah pada Rosalinda sehingga beliau mealrikan diri dari universiti dan juga Hadeef serta kawan-kawannya. Kesian kat Rosalinda ni. Dah la suaminya selalu marah-marah. Bukan nak bersyukur Rosalinda sudi berkahwin dengannya. Saya tidak tahu apa nasib kandungan Rosalinda. Saya kira kandungan tersebut tidak dapat diselamatkan sebab hingga di akhir cerita tidak dinyatakan pasal kandungan tersebut. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari suami Rosalinda dipatuk ular dan tidak dapat diselamatkan. Pada masa yang sama doktor yang merawat arwah suami Rosalinda adalah Dr Hadeef. Akhirnya, mereka bertemu kembali dan cuba untuk menyambung semula kisah percintaan mereka. Sisa sayang antara satu sama lain masih ada tetapi keadaan sudah berubah. Di saat yang sama Hadeef juga berkenalan dengan seorang gadis yang bernama Ros. Ros masih lagi belajar di universiti dan jatuh cinta pada Dr. Hadeef. Rosalinda yang lebih senang dipanggil Lin tidak mengetahui bahawa Ros yang dimaksudkan oleh Hadeef adalah adiknya Rosnida. Semuanya terbongkar sewaktu Hadeef dijemput untuk makan tengahari di rumah Ros. Di situlah suasana amat mengejutkan buat Hadeef dan Lin. Saya sempat membayangkan andainya saya di tempat Lin. Sakitnya rasa. Tapi Lin sungguh profesional dan layan Hadeef macam biasa. Sehinggalah Ros tahu yang perempuan yang Hadeef jumpa adalah kakaknya Lin. Berlakulah bergolakkan di antara adik dan kakak kerana seorang lelaki. Si kakak sanggup mengenepikan perasaannya demi kebahagiaan si adik tetapi si adik jadikan si kakak musuh untuk mendapatkan Hadeef. Sedih kan. Akhirnya, Ros minta Hadeef untuk percepatkan majlis pertunangan dan pernikahan mereka. Tapikan saya puji watak Lin ni sebab dia begitu profesional dan sanggup berkorban untuk adiknya walaupun keadaan renggang masa tu. Masih boleh menasihati Hadeef supaya jaga Ros dengan baik dan melayan Hadeef sebagai bakal adik ipar. Tapi takdir Allah tak siapa boleh halang. Betullah kalimah "Kalau jodoh tak ke mana". Jodoh antara Hadeef dan Lin sangat kuat dan mereka akhirnya bersatu juga. Ros akhirnya sedar akan pengorbanan kakaknya dan mengembalikan Lin pada Hadeef. Sungguh mulia hati Ros. Kiranya drama ni pengakhirannya gembira la. Alhamdulillah kan. Saya sanggup tak mandi lagi tau semata-mata nak tengok cerita ni. Pengajaran yang saya dapat dalam cerita ini adalah sesuatu yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kepahitan pada awalnya akan berakhir dengan kegembiraan. Jodoh yang telah ditetapkan pasti akan bersatu juga walaupun lambat. Cinta tidak boleh dibeli dengan kepuraan tapi hadir dalam hati dua insan yang memerlukan. Ikatan persaudaraan tidak perlu diputuskan hanya kerana seorang lelaki. Apa yang berlaku pasti memberi sejuta makna dalam kehidupan. Tiada yang mustahil dengan kasih sayang Allah..Ini je la yang dapat saya kongsikan..;)

p/s : sekali sekala melayan drama yang sarat dengan emosi.. 

Selasa, 12 Jun 2012

Indahnya Sebuah Ukhuwah

Salam semua,

Hari ini saya diberi tugas menfailkan satu kes baru yang agak "pelik" sikit la di Shah Alam. Kali ni saya pergi sana naik bus sebab saya belum lagi berkesempatan nak menyuruh agen kereta saya dulu perbaharui cukai jalan dan insurans kereta saya. Lama dah saya tak naik bas ke Shah Alam dan lama jugak saya tak ke Shah Alam. Sewaktu menunggu bas, saya sempat bertanya pada seorang amoi cina pada pandangan mata saya ke mana hala tujunya. Nasib baik la sama haluan nak ke Shah Alam. Dalam bas kami duduk bersebelahan. Apa lagi banyak la hal yang nak disembangkan. Rupa-rupanya dia bukanlah amoi cina tapi orang Sabah bah. Bersembang punya bersembang barulah saya tahu yang dia pun tinggal di Vista Angkasa juga. Blok sebelah je. Saya tinggal di blok 4 dan dia di blok 5. Suratan atau kebetulan ni? Lebih menarik lagi dia juga merupakan bekas pelajar UM dari Fakulti Perundangan. Saya pula bekas pelajar Akademi Pengajian Islam bidang Undang-undang Syariah. Kebetulan lagi. Kalau dah nama pun belajar undang-undang sudah tentulah bekerja dalam bidang perundangan jugak kan. Macam saya. Patutlah dia pakai baju hitam putih. Saya pula pakai baju berwarna. Ye la sekadar nak failkan kes je. Bila kami bertukar kad perniagaan barulah tau rupa-rupanya kami ni adalah peguam. Cuma bezanya dia merupakan Peguambela dan Peguamcara. Saya pula hanyalah seorang Peguam Syarie. Semoga ukhuwah kami akan berpanjangan dan tidak terhenti setakat hari ini sahaja. Sewaktu nak berpisah tadi rasa sedih pulak. Tapi mujurlah dah bertukar kad. Yang penting masing-masing dapat no telefon. hehehehehe. Kemudiannya, saya meneruskan tugasan saya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Alahmdulillah syukur segala urusan saya dipermudahkan. Kes 'pelik" tersebut dapat didaftarkan dan tarikh yang saya dapat mengikut tarikh cadangan yang majikan saya bagi. pasti anda semua tertanya-tanya kan apa yang "pelik" sangat dengan kes tu? Macam ni. Anakguam saya telahpun failkan satu permohonan bercerai dengan kebenaran Mahkamah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Kes telahpun disebut beberapa kali tetapi suaminya atau dipanggil Defendan dalam kes ini tidak mahu melafazkan talaq dan mahukan satu jaminan melalui Perjanjian Persetujuan Bersama untuk mengesahkan haknya ke atas seorang anak mereka tidak diketepikan. Jadi, Defendan mahukan Perjanjian tersebut direkodkan di Mahkamah dan akan berkuatkuasa selepas berlakunya perceraian. Lafaz cerai akan dibuat di depan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Itulah sebab saya mengatakan kes ini "pelik" sebab biasanya kalau permohonan cerai dengan persetujuan bersama yang melibatkan Hak Penjagaan Anak (Hadahanah) dan Harta Sepencarian akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah dan talaq akan dilafazkan depan YA Hakim Mahkamah yang sama. Tapi kes ini lain macam sikit yang mana lafaz cerai akan berpatah balik ke Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Tapi tak pe la sebab dah selesai pun pemfailan kes baru tersebut. Pelik pun peliklah. Janji tarikh dah dapat. Lepas selesai urusan kerja, saya singgah di Unit Guaman Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk berjumpa dengan Kak Nizma seorang Pegawai Syariah yang juga merupakan Peguam Syarie JAIS. Setiap kali saya ada kes atau urusan di Mahkamah Syariah Shah Alam pasti saya akan singgah bertemu dngan Kak Nizma. Saya akan bertanya khabar dan berkongsi pengalaman dalam kerjaya kami. Macam-macam perkembangan diri kami kongsikan dan juga kongsi pengalaman umrah saya. Siap dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih muih dan buah-buahan lagi. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. hehehehe. Rezeki hari ini. Alhamdulillah. Pengalaman  dan kisah hidup saya hari ini. Syukur ya Allah..;)

p/s : masalah rumahtangga orang tak pernah berkesudahan. jangan saya fobia nak kawen dah la...hehehehe

Selasa, 5 Jun 2012

Dalam Kerinduan Lagi

Salam semua,

Saya nak kongsi satu pengalaman yang menarik sepanjang saya berada di Tanah Suci baru-baru ini. Itulah sebab saya bercuti panjang di mana saya terpanggil menjadi tetamuNya lagi. Kali ini saya pergi bertiga bersama-sama Cikna dan anaknya Madi. Cikna ni kawan baik mak ayah saya. Kira macam mak angkat saya adik beradik la. Kali ni saya perlu berdikari sendiri sepenuhnya sebagaimana saya hidup merantau di tempat orang mencari sesuap rezeki. Doa saya semoga perjalanan dan urusan saya dipermudahkan di sana. Tak lupa juga kesihatan saya baik untuk menjalani ibadat dengan penuh kekusyukan dan berlapang dada. Cerita saya akan dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti berikut :

Sebelum berangkat

Seminggu sebelum berangkat ke tanah suci, saya amatlah sibuk dan menghadiri perbicaraan pada tiap-tiap hari. Balik ofis memerah otak untuk menyiapkan kerja-kerja sebelum cuti panjang. Memang mencabar la. Ada satu peristiwa yang berlaku di mana saya disaman oleh DBKl kerana parking kereta di garisan kuning. Pertama kali dalam hidup kena saman. Ayah saya kata bila kita dah terpilih jadi tetamuNya pasti ada dugaan buat kita. Ternya betul kata-kata ayah saya. Saya redha dengan dugaan tersebut. Duit boleh dicari tapi peluang dipanggil menjadi tetamunya bukan mudah diperolehi. Saya lalui dengan senang hati dengan segala dugaan sebelum cuti dan keletihan tak cukup rehat. Bayangkanlah saya pergi Mahkamah setiap hari. Balik kerja lewat dan balik kampung sehari sebelum berangkat. Dalam perjalanan balik kampung terpaksa lalui rintangan hujan lebat di waktu malam. Pengalaman pertama memandu dalam keadaan tersebut malam. Mujurlah mak ayah ada sama walaupun masing-masing kepenatan setelah berkampung dalam satu majlis perkahwinan di Shah Alam. Saya pulak tak berhenti memandu.Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan dan selamat sampai. Tiba di rumah saya baru nak kemas barang-barang nak pergi umrah.

Hari berangkat

Pagi tu, saya dan keluarga berangkat ke lapangan terbang Sultan Ahmad Shah jam 7.30 pagi. Saya hati tau bila Ayah Teh saya mengalunkan azan sebelum saya turun dari pintu utama rumah kat kampung. Bermulalah perjalanan saya sebagai seorang musafir yang bakal menjadi tetamuNya di rumah Allah. Sampai di lapangan terbang tersebut, ramai kenalan Cikna dan saudara mara saya berkumpul di sana. Terasa sayu nak tinggalkan mak ayah, adik beradik dan saudara mara selama dua minggu. Cuma mak saya faham sangat-sangat saya tak suka suasana drama airmata. Jadi mak saya tak akan mengalirkan air mata depan saya. Begitu jugak adik beradik saya. Ayah saya macam biasa takkan mengalirkan air mata.hehehehe. Saya kan keras hati. Bila melangkah dah tak pandang belakang. Saya terus pandang ke depan walaupun gelora dalam hati bak ombak tsunami lagaknya. Sampai di KLIA dah mula rasa rindu kat mak ayah. Tapi saya lawan la perasaan tu. Bukan la saya tak pernah berjauhan dengan keluarga pun kan. Pernerbangan saya delay hari tu. Sepatutnya berlepas jam 3.00 petang tapi kapal terbangnya tak sampai lagi. Jam 5.00 petang baru tiba. Saya berlepas dengan Saudi Airline terus ke Madinah dan singgah di Riyadh selama satu jam.

Sampai di Madinah al-Munawarah

Sampai di Riyadh kira-kira jam 8.45 malam. Subhanallah cantik sangat suasana malam bandar Riyadh yang bermandikan cahaya lampu. Dah la saya suka tengok cahaya lampu waktu malam. Seronok sangat-sangat saya masa tu. Duduk pulak di tepi tingkap. Memang bahagialah hidup saya. Lapangan terbang Madinah pun cantik juga. Tak ramai orang di sana. Perjalanan ke hotel pun hanya ambil masa dalam 45 minit. Di Madinah, saya tinggal di Hotel Taibah dekat je dengan Masjid Nabawi. Pergi solat waktu pun kejap je. Saya bahagia sangat masa sampai Madinah. Terubat rindu kat Rasulullah saw.  Tiga hari di sini rasa tak cukup la. Apatah lagi mutawif kat sini comel orangnya. Kecik molek je. Ustaz Helmi namanya kalau tak silap saya. suka beno dia pakai baju raihan dan jubah warna pink belacan. Warna tema kahwin kakak dan adik sepupu saya dulu. Kebetulan pulak. Masa pergi ziarah di Madinah memang seronok. Ustaz ni banyak sangat bercerita pasal sejarah tempat yang kami ziarah. Solat sunat di Masjid Quba yang mana fadhilatnya adalah pahala satu umrah. Sebab tu sesiapa yang pergi Madinah akan ziarah dan solat sunat di situ. Masjid pertama yang Rasulullah bina sewaktu berhijrah ke Madinah. Itulah sejarahnya. Lepas tu saya ke ladang kurma. Kat situ dapat minum teh dan makan kurma percuma. Macam-macam kurma saya makan. Beli tak pun. Harga kurma di sini mahal berbanding di pasar kurma. Tapi kualiti kurma amat bagus sekali. Keistimewaan Madinah adalah kurma. Mekah pula air zam-zam. Kat ladang kurma ni Ustaz Helmi banyak bercerita apa-apa berkaitan kurma. Siap cakap kat saya lagi makan la kurma banyak-banyak percuma je ni. Saya pusing kiri dia ada sebelah saya. Saya pusing kanan pun dia ada jugak. Halimunan ke apa ustaz ni. Dalam hati je la saya cakap cam tu.hehehehe. Banyak cakap pulak ustaz ni. Nampak pendiam je. Ni rasa nak menyakat orang ni. Sempat lagi tu.hahahahaha. Paling kelakar bila ustaz tu dia call bilik saya tanya "Datin ke ni?". Terkejut beruk saya bila masa pulak la saya jadi Datin ni. Macam-macam la ustaz ni. Masin mulut jadi datin la saya nanti. Betul-betul jadi nanti saya cari ustaz dan ucap bebanyak terima kasih.hehehehehe. Sewaktu di Masjid Nabawi saya terjumpa kakak senior lawyer. Masa tu saya tunggu giliran nak masuk ke Raudhah iaitu taman syurga. Jarang saya dapat jumpa akak ni kat Mahkamah tapi terjumpa di Masjid Nabawi dengan izin-Nya.Subhanallah. Sewaktu nak ke Raudhah pulak tu. Tempat mustajab doa. Alhamdulillah saya dapat berdoa lama di Raudhah tanpa gangguan dari mana-mana penjaga Arab wanita. Tapi saya cuma buat sujud syukur je dan berdoa. Saya pun dah lupa apa doa-doa saya. Banyak sangat permintaan.hehehehehe.Dipermudahkan dengan sebaiknya dan dapat berlama di situ tanpa gangguan. Syukur sangat-sangat. Sewaktu ziarah wida' kat makam Rasulullah saw, saya rasa sayu dan sedih sangat-sangat. Menitis air mata semasa baca doa selamat tinggal da melambai tangan. Saya seorang yang payah nak menitiskan air mata. Saya sanggup tahan air mata daripada menitis depan orang ramai. Tapi tidak kali ni. Saya bukan malu nak menangis tapi tidak suka pada kesedihan. Di tanah suci Madinah dan Mekah saya boleh menangis semahunya. Saya luahkan kesedihan saya sebanyak mungkin. Di sinilah saya mengeluarkan air mata dalam erti kata yang sebenarnya. Terasa lega bila dapat menangis. Saya teringin sangat-sangat nak menangis sambil bercerita pada orang yang saya percayai. Masa tu saya dah tak pikir soal malu menangis depan orang. Apa yang penting saya dapat luahkan kesedihan saya pada insan yang dipercayai tersebut. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Mereka adalah insan yang terpilih. Syukur saya masih mempunyai perasaan sedih dan dapat mengeluarkan air mata lagi. Syukur ya Allah. 

Perjalanan ke Mekah al-Mukaramah

Saya bertolak ke Mekah pada jam 9.00 pagi. Waktu di Malaysia adalah jam 2.00 petang. Beza masa di Arab Saudi dengan Malaysia adalah 5 jam. Arab Saudi lambat 5 jam dari negara kita. Saya berpakaian ihram kerana akan berniat ihram di Birr Ali nama tempat tanah halal sebelum masuk tanah haram. Bila kita dah berniat ihram barulah boleh menyempurnakan ibadat umrah iaitu towaf 7 keliling Kaabah, sa'ie tujuh kali ulang alik dari bukit Safa ke bukit Marwah sebagaimana peristiwa Siti Hajar mencari mata air untuk nabi Ismail. Selepas itu perlu bertahlul iaitu potong lebih kurang satu inci rambut. Selesai semua perbuatan tersebut bererti kita lepad dalam pantang ihram. Sewaktu dalam ihram haruslah menjaga pantang larang dalam ihram antaranya tidak boleh menutup muka bagi perempuan, tidak boleh menutup kepala dan berpakain yang berjahit bagi lelaki, potong kuku, mencabut apa-apa bulu pada anggota badan, menjadi wali bagi lelaki, bersetubuh, mencabut pokok, memburu binatang dan macam-macam lagi. Apabila kita dalam pantang larang ihram, pasti ada dugaan buat kita. Apa yang penting kita haruslah mengingat pantang larang tersebut dan berdoa moga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang di tanah suci. selepas berniat ihram, saya pun membaca talbiah sebanyak mungkin. Perjalanan ke Mekah mengambil masa 5 jam. Pertengahan jalan kami berhenti untuk solat jamak qasar Zohor dan Asar serta makan sekali. Mulut saya sentiasa dibasahi dengan talbiah Labbaikallah humma labbaik je. Sehinggalah saya tertidur pun mulut saya masih melafazkan talbiah tersebut. Sebanyak mana roh kita menjawab talbiah tu sebanyak tu la kita akan menjadi tetamuNya. Saya selalu nasihatkan orang yang nak pergi ke tanah suci basahkan lidah dengan menyebut talbiah. Mudah-mudahan terpilih menjadi tetamuNya. Inshaallah. Yang terpilih ke sini bukannya yang berduit pun tapi Allah datangkan rezeki pada mereka yang betul-betul ingin menjadi tetamuNya. Pada saat kita terpilih ke sini pasti kita akan diuji samada kita betul-betul ingin menjadi tetamuNya atau masih ragu-ragu nak tinggal sementara harta benda, kaum keluarga dan pelbagai bentuk kemewahan yang kita ada. Peluang ke tanah suci bermakna kita telah membuat pengorbanan dengan mengenepikan semua nikmat dan rezeki yang telah diberikan kepada kita. Dah menjadi ruangan tazkirah Zohor pulak.hehehehee.Itu pengalaman saya la. Lain orang lain pengalamannya dan lain bentuk ujiannya. Jangan takut dengan cerita-cerita orang tentang pengalaman mereka. Allah Lebih Maha Mengetahui segalanya. Sambung cerita lagi ye. Saya sampai di hotel di Mekah pada jam 3.30 petang. Saya menginap di hotel Qamar al-Qasr yang juga berdekatan dengan Masjidilharam. Selesai dapat kunci bilik, saya serta Cikna dan anaknya Madi terus menyelesaikan ibadat umrah kami sendiri. Kami tak tunggu mutawif untuk membawa ahli jemaah lain towaf lepas solat Maghrib. Sewaktu towaf beberapa kelilingi Kaabah, saya berpisah dengan Cikna dan anaknya. Saya meneruskan ibadat umrah saya seorang diri. Begitu juga dengan sa'ie saya buat sorang-sorang jugak. sehinggalah selesai bertahlul. Alhamdulillah selesai sudah umrah pertama saya. Selepas selesai segalanya saya terus berada di dalam Masjidilharam sehinggalah jam 12.00 tengahmalam. Untuk makluman semua malam tu merupakan malam Jumaat. Seronok sangat sebab saya dapat solat waktu mengadap pintu Kaabah. Tiada yang mustahil dengan kasih-sayang Allah. Betul kata Hilman Yong. Saya setuju. Sekali lagi alhamdulillah bila saya dapat mengucup hajaral aswad di kalangan ramai lelaki yang berebut untuk kucup. Ia merupakan batu dari syurga yang mana ramai orang berebut untuk kucup dan mengambil berkat dari kucupan tersebut. Ada hamba Allah yang tolong saya bagi memudahkan saya mengucup hajaral aswad. Syukur sangat. Bayangkanlah saya hanya seorang perempuan yang biasa sahaja tapi dipermudahkan laluan untuk saya kucup hajaral aswad. Lama saya dapat kucup sehingga lelaki-lelaki arab marah pada saya tapi saya buat slumber je. Tercapai salah satu impian saya dalam umrah kali ni. Saya balik ke hotel dengan hati yang cukup riang ibarat kanak-kanak dapat gula-gula yang diidamkan. Itu peristiwa dan pengalaman ghembira saya pada malam Jumaat pertama di Mekah. Sewaktu berada di Mekah saya ditimpa demam dan batuk-batuk. Seawal saya dalam kapal terbang lagi hidung saya dah menunjukkan tanda-tanda kesihatan terganggu. Saya mula diuji dengan kesihatan. Tapi alhamdulillah saya dapat lalui ujian ini dengan tabah dan dapat menyempurnakan beberapa kali umrah dalam keadaan demam dan berpuasa sunat 1 Rejab. Sewaktu pergi berziarah ke Jabal Rahmah, Jabal Thur, Mina, Mudzalifah, Gua Hira' saya dalam keadaan demam tapi saya hanya berdiam diri tanpa memaklumkan kepada sesiapapun keadaan saya. Cuma saya jadi pasif bila kurang sihat. Yang pasti saya menten makan aiskrim walaupun demam. Dah jadi makanan wajib saya pulak sepanjang di Mekah.hehehehe.Aktiviti ziarah seronok sangat sebab kali ini bus membawa kami semua melalui khemah-khemah jemaah haji di Mina dan Mudzalifah. Terasa bagaikan betul-betul berada di musim haji. satu perasaan yang sukar untuk saya gambarkan apa yang saya rasa sewaktu melalui kawasan tersebut. Kami juga ditunjukka khemah jemaah haji Malaysia. Rasa tak sabar nak menunaikan rukun Islam kelima pulak. sewaktu di Arafah juga saya berperasaan sedemikian. Cuma kali ini saya tak naik unta dan naik ke tanda putih Jabal Rahmah. Di sinilah tempat pertemuan semula Adam dan Hawa setelah diturunkan ke dunia setelah terpedaya dengan hasutan iblis dari syurga. Ramai jugak la yang berdoa dipertemukan jodoh yang baik kat sini. Termasuklah saya yang tak berkecuali. Kalau dulu tersebut di bibir saya nama seorang hamba Allah. Tapi kali ni saya hanya berdoa umum sahaja. Selepas berziarah kami berhenti di Ja'ranah untuk berniat ihram lagi. Ini merupakan umrah kedua saya. Begitulah juga umrah-umrah seterusnya saya lakukan dengan bermiqat di Hudhaibiyah dan juga Tana'im. Semua tempat tersebut merupakan tanah halal dan jauh lebih dari dua marhalah dari tanah haram Kota Mekah. Sewaktu bermiqat di Hudhaibiyah di mana tempat   berlakunya perjanjian Hudhaibiyyah yang memihak kepada orang Islam sehingga ke hari ini. Balik dari tempat bermiqat kami singgah di ladang unta. Hari tersebut merupakan 1 Rejab dan saya berpuasa sunat hari tersebut. Jadi, tak dapat la saya minum susu unta segar di ladang tersebut. Kawasan tersebut seperti padang pasir yang tiada apa-apa bangunan. Yang ada cumalah pokok-pokok yang renek dan ladang-ladang unta. Susu unta elok dibuat masker muka untuk awet muda. Pasti ramai golongan perempuan teruja dengar fakta ni.heheheehehe. Saya buat tau. sebelum tidur saya pakai dan minum. Sedap la susu unta ni tak hamis macam susu kambing. Yum..yum..sepanjang di Mekah, syukur saya dapat sujud syukur dalam Hijir Ismail, dapat sentuh kelambu Kaabah beberapa kali dan berdoa di bawah pancuran emas dalam Hijir Ismail. Ayah saya yang menyuruh saya berbuat demikian sejak umrah pertama saya lagi. Tapi saya hanya berkesempatan melakukan ibadat tersebut pada umrah kali ini. Syukur alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Sehinggalah sesuatu berlaku di malam Jumaat kedua saya sebelum pulang ke tanah air. Di mana malam tersebut saya bercadang untuk qiamulail di Masjidilharam dan melakukan towaf sunat dan berkhatam Quran malam tersebut. Selesai memberi salam selepas menunaikan solat sunat towaf, saya dapati beg sandang Rayhar saya tiada di sisi. Tergamam saya sekejap. Selepas berdoa saya bangun dan cari semula beg sandang tersebut tetapi tak jumpa. Alhamdulillah saya tak rasa sedih dan marah dengan kejadian tersebut. Itu merupakan ujian buat saya apabila segala harta benda yang terdapat dalam beg tersebut yang menjadi kesayangan saya termasuk minyak-minyak atar kiriman ayah saya, telefon bimbit saya, kamera, buku-buku doa dan solat sunat, Mathurat kecik saya, tasbih ungu kesayangan saya dan senaskah al-Quran pemberian sahabat baik saya sewaktu SMAKH dulu. Saya cuma rasa ralat sebab niat di hati nak khatam Quran malam mulia tersebut tapi tidak diiznkanNya. Saya redha dengan apa yang berlaku. Pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku. Tiada sebarang kenangan pada umrah kali ini. Saya hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Alhamdulillah atas apa yang berlaku. Ayah saya pesan supaya buat sujud syukur tanda kita bersyukur dengan apa yang telah berlaku. Pesanan tersebut mengingatkan saya peristiwa rumah saya yang terbakar pada tahun 1998 terdahulu sewaktu 15 Ramadhan. Di mana selepas ayah saya tahu berita musibah tersebut ayah saya lakukan sujud syukur tanda bersyukur dengan apa yang telah berlaku. Mungkin itu cara Allah menyucikan harta benda kami. Itulah yang berlaku pada saya. Jadi, saya tidak bersedih hati dan berfikir tentang hal tersebut. Sebab tu ramai yang mencari-cari saya dan tidak tahu bila saya pulang ke Malaysia. saya hanya menyepi diri seketika waktu.hehehehehehe. Jangan marah ye kawan-kawan.Saya tidak menghebohkan peristiwa tersebut dan biarlah ia menjadi kenangan terindah saya je.  Mana la tau kan nanti jodoh saya yang memulangkan kembali beg sandang ungu saya tersebut. Boleh dikatakan majoriti barang dalam beg tersebut warna ungu dan saya amat menyayangi barang-barang tersebut. Hikmah yang saya dapat daripada peristiwa tersebut adalah semua yang ada pada kita hanyalah satu pinjaman hatta nyawa kita. Jadi, trak perlulah kita terlalu menyanyangi semua itu seolah-olah hak milik kekal kita. Insaf saya dengan peristiwa tersebut. Terasa Allah memberi hidayah pada hambaNya yang bernama Hidayah ini. Subhanallah walhamdulillah wala ila ha'ilallah wallahhu akhbar..syukur padaMu ya Allah di atas ujian tersebut. Apa yang pasti sepanjang berada di Kota Mekah saya berasa sungguh berlapang dada dari persoalan jodoh, kehilangan dan macam-macam perkara lagi. Saya banyak berdoa pasal jodoh tapi tidak terlalu memikirkan hal tersebut. Saya berpegang teguh dengan jodoh yang telah ditentukan sejak di Loh Mahfuz lagi. Kenapa harus kita pertikaikan bila jodoh kita. Sepatutnya kita berusaha untuk memperbaiki diri dan mempersiapkan diri ke arah tu. Allah tidak kejam tanpa memberi kita pasangan hidup. Bukankah manusia dicipta secara berpasang-pasangan? renung-renungkanlah. Buat kawan-kawan jangalah bersedih andainya kamu belum bertemu jodoh. Kita satu kumpulan dan mempunyai kelebihan tersendiri. Hargailah kehidupan bujang sebelum melangkah ke alam rumahtangga. Kelak tidak ada kejutan apabila diduga dalam rumahtanggamu. saya juga mendapat satu pertunjuk berkaitan jodoh saya. Apa pertunjuk tersebut biarlah rahsia. Saya banyak ditayangkan dengan wajah-wajah sejuk mata memandang yang begitu dekat dengan saya. Sampaikan satu peringkat saya nampak wajah tersebut di dada Kaabah. Sungguh ajaib dan bukti kekuasaan Allah. Subhanallah. Tiada yang mustahil bila Allah kata jadilah maka jadilah ia. Kun fayakun. Saya juga nampak diri saya dikucup oleh suami saya seolah-olah dalam majlis batal air sembahyang. Saya bukan bermimpi tapi dipertontonkan kejadian tersebut. Bergenang air mata saya waktu itu. Apakah maksud di sebalik peristiwa-peristiwa tersebut? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Moga ada berita gembira buat saya nanti. tak perlu peningkan kepala memikirkan hal tersebut. Sewaktu saya melakukan towaf wida', saya rasa sayu dan sedih. Keadaan di Kaabah tidak ramai orang pada waktu itu. Seronok sangat melakukan towaf wida. Sewaktu berdoa sambil memegang kelambu Kaabah saya menitiskan air mata. Mencurah-curah ibarat empangan pecah. Pasti saya akan merindui lambaian Kaabah. Saya nak datang lagi ke tanah suci. Saya juga rindu nak solat dalam Masjid Nabawi. Rindu sangat-sangat. Sebab itu saya hanya rasakan jasad saya je berada di Malaysia tapi hati saya masih di tanah suci. Masih dalam mood kerinduan yang tidak terucap. Labbaikalllah humma labbaik. Selesai towaf wida' kami memulakan perjalan ke Terminal Haji Jeddah. Sebelum tu singgah di masjid terapung di Jeddah untuk solat Asar. Bukan di Terengganu je ade masjid terapung tau. Kerinduan saya pada Kaabah masih lagi tebal walaupun saya tersenyum di masjid terapung tersebut. Sampai di Terminal Haji Jeddah, saya mengambil peranan wakil pihak Rayhar yang tidak terlantik bagi memastikan semua ahli jemaah cukup dan tiada sebarang beg-beg yang tercicir melainkan beg sandang saya.hehehehehe. Saya rasa bertanggungjawab ke atas mereka memandangkan ramai warga veteran dalam jemaah kami sehinggakan Madi memanggil saya dengan gelaran "Kak Rayhar". Saya hanya senyum sahaja. Ahli jemaah lain sebnang beri kerjasama pada saya sehinggakan saya, Cikna dan Madi paling akhir menaiki kapal terbang. Terpancar wajah kelegaan apabila mereka nampak kami berjalan menuju ke seat masing-masing. Sekali lagi saya melemparkan senyuman paling manis buat mereka. Tak guna kita hanya mementingkan diri sendiri di tempat orang apatah lagi di tanah suci. Tolong menolong kan dituntut dalam Islam. Semoga ukhuwah kami akan berpanjangan lagi setibanya di tanah air. ;)

Tiba semula di Malaysia

Saya sampai di KLIA pada jam 1.05 petang. alhamdulillah selamat sampai. Terbayang-bayang lagi di ruangan mata Kaabah. Flight ke Kuantan adalah jam 10.05 malam. Waaaaa lambat lagi la. Sewaktu di tempat mengambil bagasi saya sekali lagi menolong wakil Rayhar untuk memastikan semua jemaah mengabil beg-beg masing-masing. Di situlah kami bersalaman dan mohon kemaafan andai terkasar bahasa dan tersilap laku. Sedih lagi. Paling tidak sangka ada seorang jemaah yang berpangkat "Datuk". Saya tahupun masa di Terminal Haji Jeddah. Kalau tak memang tak tahu langsung la. Tapi Datuk ni dan isterinya baiklah tak banyak songeh. Macam-macam dia tanya saya. Mujur tak cakap nak merisik untuk anak bujang dia. Eh Datuk ni ada anak bujang ker?hahahahahaha. Siap tolong saya turunkan beg masa dalam flight. Terharunya saya segan pun ade. Mana taknya Datuk tolong saya. Biasanya saya yang tolong orang. Rupa-rupanya datuk ni kawan bos saya. Keciknya dunia ni. hehehehehehe. Sampai di Kuantan jam 10.45 malam. Terharu mak ayah, kak long adik-adik dan adik ipar datang jemput saya. Apa lagi berpelukan la kami semua. Mak gembira bila nampak muka saya. Lepas tu suami Cikna belanja makan ikan bakar di Kuantan. Alhamdulillah syukur dengan rezekiMu ya Allah. 


p/s : syukur alhamdulillah..setiap kali adik beradik saya berkahwin saya terpilih menjadi tetamuNya. begini juga lah yang berlaku sewaktu kak long saya kawen tahun 2009 dan adik saya kawen tahun 2012 ini. Mungkin ini adalah hadiah istimewa dariNya bagi mengubati hati saya yang belum bertemu jodoh. Siapa tahu kan. Tapi saya sentiasa optimis tentang jodoh saya. Siapa yang berhajat untuk menjadikan saya permaisuri hatinya jemputlah datang berjumpa mak ayah saya. Tak perlu tanya saya sayang dia tak. Anda setuju???..hehehehe