Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com
Memaparkan catatan dengan label Corat-coret. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Corat-coret. Papar semua catatan

Ahad, 5 April 2015

Bertahan Selagi Mampu

As salam dan selamat petang semua,

Hari ni cuaca mendung je dan hujan juga turun dan berhenti. Apa-apa pun hidup kena diteruskan juga. kadang-kadang saya rasa hidup ni semacam tidak adil tetapi bukan bermakna saya mempertikaikan qada dan qadar Allah cuma sekadar berfikir dan membuat kesimpulan. Kini saya rasa seolah-olah ingin terbang jauh dan menjalani kehidupan aman damai tanpa gangguan. Mana mungkin kan???..hehehehe. Bertahanlah selagi mampu.Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. PERCAYA dan YAKIN. hidup mesti enjoy kawan-kawan semua..

p/s : bekerja keras untuk kesenangan hidup dunia akhirat..

Rabu, 25 Mac 2015

Selamat Hari Polis

As salam semua,

Lama betul saya tak menulis di ruangan Senyuman Manis ni. Rindu serindu rindunya. Sekarang saya kembali semua.  yeaaahhhhhh. Nantikan macam-macam cerita yang saya nak kongsikan pada anda semua. Ohh ya, berbalik pada tajuk di atas di mana hari ni adalah Hari Polis Sedunia. SELAMAT HARI POLIS kepada semua yang bergelar anggota polis. Semoga mereka semua lebih telus, amanah dan berintergriti dalam menjalankan tugas. Pesana untuk saya juga dan anda semua.  All the best!!!!

p/s : untung la diraikan hari khas kan..pas ni wujudkan pula Hari Peguam/Peguam Syarie pulak..hehehhe

Khamis, 30 Januari 2014

Januari : Hadiri Majlis Tauliah Peguam Syarie Jer

As salam semua,

Lama betol saya tak coret sesuatu di blog SENYUMAN MANIS kesayangan saya ni. Macam-macam kisah berlaku pada saya sejak dua menjak ni. Kisah tu saya akan cerita kemudian ye. Kali ni saya hanya nak fokus pada Majlis Tauliah Sijil Peguam Syarie jer. Majlis-majlis tersebut adalah seperti berikut :-

a- 16/1/2014-Khamis

Majlis Tauliah Peguam Syarie bagi Negeri Johor. Saya tak dapat pergi majlis ni sebab dah sampai di kampung halaman. Tapi nanti saya kena pergi JB gak untuk baca iqrar sebelum ambil sijil tersebut dan sekaligus renew sijil untuk tahun 2015.

b- 24/1/2014-Jumaat

Kali ni bukan saya yang terima tauliah tapi saya hanyalah sebagai mover kepada junior saya iaitu Azie. Sejak ditauliahkan sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Selangor pada 2012, saya sering dipilih untuk menjadi mover bagi Peguam Syarie junior. hehehe

c- 30/1/2014-Khamis

Hari ni saya hadiri Majlis Tauliah Peguam Syarie Negeri Sembilan dan perasmian Kompleks Mahkamah Syariah di Bandar Sendayan Baru. MAjlis tersebut telah dicemar duli perasmian oleh Yang DiPertua Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Ramai rakan-rakan bijaksana yang saya temui apatah lagi BFF saya Pn. Zakiyah hadir sama. Terubat rindu kat dia.

Itulah antara mjlis-majlis yang saya hadir untuk bulan ni. Lepas ni saya akan mula kerja sendiri dah. Sesiapa yang ada kekeliruan tentang undang-undang Syariah boleh la kongsi dengan saya di email hidayah_nur2002@yahoo.com.

wassalam.

p/s:- hati terubat bila ada yang menemani di sisi..:)

Rabu, 18 September 2013

Meraikan Pertunangan

As salam semua,

Sebelum saya mula tumpukan perhatian pada hujah nak jugak saya bercerita pengalaman di hujung minggu lepas sempenan Hari Malaysia. Sabtu dan Isnin baru ni saya hanya lepak dan buat kerja-kerja surirumah. Macam biasa la kan bila di rumah secara automatik saya menggalas tugasan tersebut. Hanya hari Ahad je saya berjalan ke Alor Gajah, Melaka. Saya ke sana atas jemputan adik bilik saya dulu, Irma dan family dia ada buat sedikit kenduri tahlil dan kesyukuran merangkap majlis tunang Irma selepas waktu Zohor. Kebetulan saya memang free hari tu dan rancang nak ke sana dengan Kak Yan rakan serumah saya sekarang. Kami bertolak ke sana jam 10.00 pagi tapi sebelum tu singgah mandikan si Putih saya dulu. Hampir dua minggu si Putih saya comot macam saya. hahahahaha. Kira-kira dalam jam 10.30 pagi jugak la kami gerak ke Alor Gajah. Macam biasa jugak saya akan mesej mak ayah untuk bagitau saya akan travel ke luar Lembah Klang. Saya memang didik diri ni kalau nak ke mana-mana keluar dari Lembah Klang mesti mesej mak ayah sepatah dua supaya cerita-cerita dongeng dapat dijauhi. Macam biasa jugak mak saya akan bagi pesanan penaja supaya saya bawa kereta hati-hati. Jangan bawa laju (mak saya dah tau saya suka drift kat jalan raya). hehehehe. Sampai nanti mesej. Tu la antara pesanan penaja yang saya dapat. Saya nak jadi anak solehah yang menyenangkan mak ayah di dunia dan akhirat. Tu cara saya. Cara korang saya tak tahu la kan. Boleh je kalu nak ikut cara saya. Yang baik ambil yang buruk tinggalkan ye.

Saya sampai di Alor Gajah lebih kurang jam 12.00 tengahari. Sampai je terus jumpa mak Irma dan empunya badan. Untuk makluman korang kan family Irma dah jadi keluarga angkat saya sejak dahulu kala lagi. Saya dan Kak Yan makan dulu dan tunggu sehingga majlis pertunangan Irma selesai. Syok sangat kami bergambar di setiap pelosok mini pelamin. Trend sekarang bertunang ada mini pelamin. Irma kan anak sulung dan merupakan cucu sulung. Jadi, memang meriah la majlisnya walaupun hanya sedara mara terdekat dan rakan-rakan terapat macam saya yang datang. Cantik sangat Irma dalam persalinan tunang yang penuh bermanik. Subhanallah. Berseri-seri la pendek kata. Kawan dia, Nini yang mekap dan jahit manik pada baju tu. Memang kreatif. Mekap pon tak la over sangat. Nini buat part time mekapkan orang. Buat side income la. Saya hanya mekap simple je janji muka tak nampak lesu. Paling penting biar nampak awet muda. hehehehehe

Saya tumpang gembira dengan majlis pertunagan Irma. Kisah cinta dia dan tunangnya yang dua-dua junior yang rapat dengan saya sewaktu di UM. Irma di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan manakala tunang Irma pulak di Fakulti Akaun. Kami berjumpa sewaktu menjadi urusetia Debat Kemerdekaan di mana UM jadi tuan rumah. Indahnya saat-saat tu. Semoga jodoh diorang dipanjangkan hingga ke akhir hayat. KAlau dah jodoh pasti akan bersama jugak kan. Fikiran ni mula la nak menerawang cari sape jodoh saya.hahahahaha.
Gurau je la. :)

Balik dari sana saya singgah pula ke Klang, rumah rakan sekolah menengah dulu sewaktu di Alfalah. Ya Allah tak sangka kami dapat berjumpa kembali. Syukur alhamdulillah. Gembira sangat hati saya bila berjumpa kembali dapat la lepas rindu yang terpendam. Akhirnya jumpa semula dengan Zaeza dan Suaibah. Diorang kata muka saya tak berubah langsung. Lama tak jumpa masih boleh cam muka saya. Saya senyum je la kan. Seronok dapat jumpa kawan-kawan. Balik rumah baru rasa kepenatan drive je sepanjang hari. Tapi sempat lagi saya basuh baju. hehehehehe.

p/s : seronok sangat masak mi goreng basah..yummy..yummy..:)

Welcome Back

As salam semua,

Apa khabar semua? Lama betul saya tak menjenguk blog Senyuman Manis semanis senyumanku ni. Saya dilanda sindrom kebizian yang melampau sejak Ramanadhan yang lalu. Hujung minggu pula saya masuk opis untuk siapkan kerja-kerja tertangguh bila seminggu full gi Mahkamah. Alhamdulillah la semakin banyak pengalaman dalam bidang ni walaupun kadang-kadang amat mencabar kesabaran dan kewarasan saya ni. Istighfar je banyak-banyak dalam hati. Papepun saya sayang kerjaya saya ni. Sekarang ni pon duk siapkan hujah bertulis kes Fasakh. Isnin depan kena submit di MRS SA. Esok saya pergi Mahkamah lagi di MRS KL. Kes cerai seksyen 47 tapi kena bawa wakil untuk Jawatankuasa Pendamai sebab isteri tak setuju suami lafaz talaq sebelum selesai hutang-piutang kat isteri. Dua-dua polis. Sabar je la. Doakan urusan saya esok dipermudahkan ye. Jumpa lagi..:)

p/s : tiba-tiba hati rasa tercuit dan tersentuh..kenapa ye? ermmmmmmmmmm..

Jumaat, 19 April 2013

Semalam Abang Hari Ni Adik Pulak

As salam semua di hari Jumaat yang Mulia,

Dugaan lagi la. Semalam si abang yang terjah dan sembur saya. Hari ni si adik pulak yang call saya. Suara ketat dan keras semacam je. Apa masalah la diorang ni. Saya dah cakap elok-elok dengan nada lemah lembut sopan santun lagi berhemah cari pasal lagi. Takkan la sebab nak dengar suara "merdu" sya ni pulak sanggup call banyak kali. Pelik..pelik (dengan gaya geleng kepala sambil berkerut dahi). Emmmm si adik kali ni cuba nak berdebat dengan saya juga tapi saya cakap Deraf Perintah masih dalam semakan Mahkamah. Tak tahu bila akan dapat sebab tau-tau je la kan bila berurusan dengan kerajaan ni macam mana kan. Sabo je la. Lagi-lagi Mahkamah Syariah Shah Alam tu. Kena lebih banyak bersabar walaupun dah tahap meletus lava gunung berapi. Jangan la tanya saya bila akan dapat Perintah bersih tu saya mana la tau bila hakim siap semak. Saya pun bukan suka nak pending kerja apatah lagi bila keputusan dah dibuat. Lagipun hakim bukannya nak semak deraf perintah kes abang dia sorang je. Berlambak lagi kes lain yang hakim nak semak.  Mohon bersabar la ye encik. opppppsss terbebel pulak dah. hehehehehehehe.

Harap maklum ye saya hanya seorang manusia yang punya dua tangan bukan seorang robot yang boleh dikontrol dan dipaksa buat kerja walaupun tak disukai. Bagi la kerjasama bukan dengan cara nak emo je hentam orang. Saya punyalah baik nak tolong pihak-pihak dalam mendapatkan hak masing-masing sebaiknya bukan nak berat sebelah. Prinsip saya dalam bekerja adalah MEMUDAHKAN DAN MENYENANGKAN URUSAN ORANG. Sila la paham dan hormat prinsip saya tu. Nak marah tu tak salah tapi biar berpada. Bila kita marah orang tanpa sebab akhirnya kita akan malu sendiri akibat sikap gelojoh dan kurang sabar kita tu. Ni siap tanya saya bila akan sampai Perjanjian Persetujuan bersama suami isteri pasal hak jagaan anak (hadhanah) ni. Mana la saya tau. Tu kerja posmen bukan kerja saya. Takkan la nak suruh saya jadi peguam, posmen dan hakim dalam satu masa kot. Tamak haloba sangat la saya kalau macam tu. Kerja sebagai lawyer ni pun tak tergalas di bahu saya apatah nak buat kerja-kerja orang lain pulak. Tunggu dan sabar la sebab saya dah pos. 

Agaknya macam ni la kan pemikiran orang awam bila terlibat dalam kes Mahkamah tak kiralah sivil mahupun syariah kan. Lebih haru lagi kalau jenis yang tunjuk pandai dan berlagak. Ego tu tak payah cerita la memang menyampah saya tengok. Sampai tak tercerita dah pengalaman berdepan dengan mahluk spesis ni. Tapi alhamdulillah saya berjaya kontrol marah tadi dan cuba terang dan jelaskan pada si adik ni dengan sebaiknya. Alih-alih dia minta saya email. Ok boleh je. Tu hanya hal kecil saja saya memang akan bagi kerjasama. Jangan la cabar kesabaran saya lagi sebab saya bukanlah jenis yang 'bersabar" sangat tau..hehehehehe. Akhir sekali saya nasihatkan si adik ni supaya bagitahu kat si abang ni minta hantar anak sebelum jam 6.30 petang esok pada isteri si abang @ kakak ipar si adik ni la.

Kesian jugak saya pada diorang adik beradik ni kan. Demi mempertahankan hak abangnya sebagai seorang bapa kepada dua orang hero hingga marah-marah orang sesuka hati dan selazat rasa je. Ujian kecil ni kalau saya tak mampu hadapi dan handle macam mana nak berdepan dengan ujian lebih berat kan seperti ugutan bunuh dan dicederakan yang melibatkan keselamatan nyawa dan diri kan. Cik senyuman manis tak boleh terikut dengan emosi orang kena kontrol macam mana nak selesaikan sesuatu perkara dengan cara yang berhemah dan efisyen tanpa perlu merosakkan emosi sendiri kan. Setuju?????? hehehehehehe.   

Selesai satu hal..alhamdulillah..:)

p/s : nak tergelak bila lawyer umur sebaya panggil saya kak dengan alasan saya lebih berpengalaman dalam bidang ni.. hahhhhhhh????? 

Khamis, 18 April 2013

Diterjah dan Disembur Tanpa Sebab

As salam semua,

Hari ni saya lalaui pengalaman pahit sepahit hempedu la. Tengah syok saya menaip untuk baiki deraf perjanjian persetujuan bersama klien tetiba talian telefon ofis disambungkan pada saya. Ada seseorang nak bercakap dengan saya sebab saya dengar Mar sebut nama saya tadi. Dengan rasa malas saya angkat telefon tu sebab tengah banyak idea dan fokus pada perjanjian kan. Bila dah angkat panggilan tu tak semena-mena mamat ni sembur saya dengan ayat-ayat berbisa dan aura kemarahan dia yang berapi-api. Terkejut ala-ala monkey la saya masa tu. Dah la saya puasa hari ni membuatkan saya lemau sikit kat ofis. Pelik la mamat ni call sebut nama saya semata-mata nak marah-marah. Adooooiiiiiiii la. Sabar..sabar..sabar.. Astaghfirullaha'azim. Bersabar ye hati. 

Lupe nak cerita mamat ni suami klien saya. Nama dia N (bukan nama sebenar). Ni kes cerai dan berebut anak. Si N ni melarikan anak sulung lelaki dia ke Melaka. Anak tu masih menyusu badan dengan si ibu klien saya ni. Memang psiko sikit la mamat N ni. Masa si Mahkamah dulu dia bukan main terlebih ramah bila saya tanya klien mana suami dia. Ada ke patut masa tu jugak si N ni melambai-lambai tangan dia ke arah saya. Macam faham je apa yang saya tanya kat klien saya. Kiranya saya perlu bersiap sedia la dengan orang macam ni. Agresif nampak. 

Balik semula kisah pagi tadi ye. Mamat N ni marah-marah sebab ingat klien saya ni main-main dan sengaja taknak datang kes yang dia failkan di MRS Melaka. Daerah mana saya pun tak pasti la. Mamat tu failkan kes nusyuz untuk isteri dia. Kelakar betul la. Dah la diorang ni bersetuju nak bercerai dengan cara baik dan kebenaran Mahkamah. Kenapa pulak dia pergi failkan kes nusyuz tu pulak? Pening saya dengan ragam si suami yang berlagak pandai dalam undang-undang syariah ni. Pas tu nak marah-marah saya pulak sebab saya ni peguam isteri dia. Awal-awal tu saya biarkan dia sembur saya ni dulu sebab nak tahu apa kisah sebenarnya. Siap mengamuk-mengamuk marah-marah dan ugut taknak hantar anak sulung diorang kat klien saya 20hb ni. Tu perintah Mahkamah Tinggi Syariah. Kalau taknak serah memang cari nahas la. Lepas mamat tu duk pot pet pot pet..bla..bla..bla..bla..kat saya terus saya terangkan kat dia macam mana prosedur Mahkamah kalau saman nusyuz tu tak sampai pada pihak satu lagi. Jenuh saya terangkan siap ada adegan perli memerli lagi antara saya dan mamat tu. Lazimnya saya la yang perli. Berhemah cara halus tu. Degil yang amat taknak dengar sangat apa yang saya terang. Suara saya lembut macam biasa cuma tetiba jadi kuat sebab saya perasan semua orang kat ofis ni diam je bila dengar suara saya dah tinggi dari kebiasaan. Untuk makluman saya selalu ada masalah bila bercakap dengan orang kebiasaannya orang tak dengar suara saya sampai selalu kena tegur dengan hakim dalam Mahkamah. Tapi tadi saya pun rase macam suara saya terkuat sikit. 

Mamat ni berkira dia kena kelaurkan duit nak bayar filing kes nusyuz tu. Masalahnya siapa suruh dia failkan kes nusyuz tu sedangkan dah setuju nak bercerai dengan cara baik. Tak paham betul la saya dengan mamat ni. Bila saya banyak bidas apa yang dia pertikaikan dengan ayat undang-undang saya baru la dia beralah. Mula-mula panggil saya Puan lepas tu dah tukar jadi Cik lepas tu dah panggil nama je. Senyum sumbing say a masa tu. Kelakar. Terlintas gak di hati saya yang  mamat ni sengaja nak provok saya atau saje menguji kesabaran dan naikkan kemarahan saya. Isu kes dia tu simple je dan saya dah pun terangkan kat dia dengan sebaiknya. Bila lelaki bergelar suami ni  nak tunjuk ego bijak pandai macam ni la jadinya. Terjah dan sembur orang tanpa sebab. Ilmu jauh sekali la kan. Ya Allah bersyukur aku padaMu hari ini diuji sebegini. Alhamdulillah. Walaupun pedih tapi saya terima dengan senyuman. Spoil je mood saya nak siapkan perjanjian klien saya yang lain ni. Nasib hujah dah siap diderafkan semalam. Inilah cabaran saya bila bergelar peguam syarie. Berasap jugak kadang-kadang tu. Mungkin hari ni hari lelaki bergelar suami orang yang nak bercerai beremosi kot. 

Sebelum tu saya ada terima panggilan juga dari sorang klien pasal surat akuan nikah dia hanya ada satu je yang asal. Tapi saya pelik sebab biasanya surat akuan nikah akan dapat sepasang untuk suami dan isteri satu sorang. Bila nak bercerai timbul masalah pulak. Saya cakap takpe la satu pun janji ada yang asal sebab nanti hakim nak tengok surat akuan nikah asal. Lepas tu nak kena batalkan kat pejabat agama pulak. Dia nak lawan cakap pulak dengan saya. Adoiiiii la. Lama-lama ni jadi incredible hulk la saya ni tapi versi purple pulak. Lagi ganas dan garang. hahahahahahahaha. Penat tau layan karenah orang yang cam ni. Adik-adik kalau tak kuat dan mudah terasa saya nasihatkan tak payah la nak praktis jadi lawyer sivil mahupun lawyer syarie. Boleh banjir ofis kalau tak tahan dengan ragam klien ni yang ada penyakit suka maki hamun. Fikir masak-masak la ye. Bukan nak patahkan semangat tapi ni la realiti kerjaya glamer sebagai peguam. 

Ok la, saya dah cool semula ni. Nak siapkan Penyata Tuntutan kes Fasakh warga Iran pulak ni. Ada kaitan dengan Syiah jugak la. Maklumat pasal Syiah pun saya tak habis baca lagi. Tolong saya Cik Sufi.....

p/s : nak makan nasi kukus ayam berempah la tuk berbuka ni..lapar je minggu sejak berkurung dengan hujah ni..  

Rabu, 17 April 2013

Nasi Lemak

As salam semua,

Kan saya dah cakap semalam skang memang saya gian nak update blog. Ada je cerita yang saya nak kongsikan. Hari ni saya nak cerita pasal nasi lemak. Dah tiga minggu saya teringin sangat nak makan nasi lemak. Alhamdulillah pagi ni baru saya dapat menikmati nasi lemak makcik kat rumah sewa saya. Walaupun hanya berharga RM1 tapi nikmatnya dengan sambal yang ummmphhh, nasi yang ada lemak-lemak santan (biasanya nasi lemak kat KL ni nasi takde rupa nasi lemak..rasa jauh sekali). Kenyang alhamdulillah dengan pembuka rezeki saya pagi ini. Bersemangat saya nak siapkan hujah yang tak habis semalam. Bayangkanlah macam mana saya tahan selera hati nak jamah nasi lemak di pagi hari apabila setiap hari kene pergi Mahkamah je. Tau-tau je la kan bila saya pergi Mahkamah mesti saya pandu kereta jadi tak dapat la saya nak singgah dan beli nasi lemak makcik ni. Tahan je la liur nak makan nasi lemak, Macam orang mengidam dah jadinya. Nak buat macam mana kan dah selera saya nak makan nasi lemak. Cuma saya tak jumpa lagi nasi lemak lauk ikan tongkol (kat kampung panggil ikan "aye") yang menepati selera saya. Kalau nak tau selera makan saya ni cerewet jugak la seposen dua. Sebab tu saya lebih suka memasak sendiri je tapi kalau nak makan sorang-sorang diri tu macam tak berbaloi la kan nak masak. Baik saya beli je. RM1 tapi cukup mengenyangkan. Alhamdulillah sekali lagi. Tertunai sudah selera saya nak makan nasi lemak. Oh ye selingan cerita ye. Pagi-pagi lagi saya dah dapat panggilan telefon dari Hafiz pemandu bos saya. Pelik juga kenapa dia call saya pepagi. Biasa kalau nak usik-usik pun hanya mesej je. Tu pun kalau dia nak kene ikut bos pergi Penang la. Elok lepas saya mandi dia call lagi. Saya pun angkat la sebab tengok ada dua miscalled dari dia. Rupa-rupanya dia minta no telefon rumah bos. Dia tak datang kerja hari ni sebab "sakit lama" datang lagi. Suara macam orang baru lepas menangis dan tahan sakit. Betul la tu telahan saya sebab masa kami berbalas mesej dia bagitau keadaan dia. Semalam memang dia ada mengadu kat saya dia tak berapa sihat. Nak jadi cerita masa tu saya kalut nak siapkan hujah saya ni jadi tak berapa nak layan dia la. Sekadar saya bagi gula-gula hacks dan suruh dia sapu minyak angin je. Saya hanya bagi kata-kata semangat kat dia supaya banyak bersabar dengan ujian sakit ni. Pesanan penaja dari saya lagi suruh dia rehat secukupnya tanpa banyak berfikir dan makan ubat. Cewahhhh pandai je saya nasihat orang.Bila  diri sendiri sakit tang nasihat makan ubat paling syaa benci. hahahahahaha. Padam muka tuk diri saya sendiri. Tapi skang ni saya jaga kesihatan saya bebaik. Dah takmo sakit-sakit lagi nanti kerja saya tergendala. Saya jugak yang susah. Papepun semoga adik Hafiz cepat sembuh dan sihat walafiat lepas ni. Ada lagi cerita pasal sakit ni. Semalam sewaktu saya dah sampai rumah dan iron baju kerja, adik saya mesej bagitau ayah saya sakit perut sampai lembik. Masa tu saya penat sangat-sangat. Apa yang adik saya minta tolong saya buat separuh jalan sebab sambil-sambil mesej dengan adik dan sahabat-sahabat baik saya tetiba saya tertidur sambil dengan alunan ayat al-Quran. Terus belayar ntah ke benua mana saya pun tak tahu. Penat sangat-sangat dah semalam. Nasib sebelum tidur saya dah maafkan semua orang, jadi pagi ni saya rasa segar je nak pergi ofis. Sehabis boleh saya akan cuba untuk memaafkan semua kesalahan orang kat saya setiap malam sebelum tidur walaupun kadang-kadang terbabas juga pengsan terlebih dahulu. Pagi tadi pun saya masih fikir pasal ayah saya sebelum dikejutkan dengan panggilan dari Hafiz. Dalam perjalanan ke ofis saya cuba call ayah saya beberapa kali tapi tak berangkat. Nak kene call mak pulak ni. Tapi naluri hati saya kata ayah saya terslah makan atau hanya sakit perut biasa je. Walau camne pun saya tetap risau. Jap lagi saya akan call lagi sampai dapat. Bila dapat berita pasal sakit ni saya memang mudah susah hati. Hanya mampu berdoa dan sedekah al-Fatihah buat mak ayah saya sebagaimana kelaziman saya di pagi hari.  Semoga ayah saya dan Hafiz takde pape dan sihat seperti sedia kala.aamiin..:)

p/s : malam bila ntah saya mimpi fiksyen macam dalam cerita-cerita mat saleh tu..tak pernah-pernah mimpi macam tu.. dah macam jadi superstar pulak..astaghfirullah..bila diingat semula macam kelakar pun ada cemas pun ada. terasa macam saya berdebar-debar cemas masa mimpi tu..adoiiiii la..

Sabtu, 13 April 2013

Ilmu Agama : Kasih-Sayang

As salam semua,

Hari ini  saya mendapat jemputan untuk menghadiri satu majlis pencerahan ilmu agama oleh Datin Nik Noraini. Jemputan ini adalah dari salah seorang klien saya yang dipanggil Aunty Siti Zaharah. Majlis kali ini membincangkan tajuk "Kasih-Sayang". Tiba-tiba saya senyum seorang diri sebab banyak sangat kebetulan yang berlaku pagi tadi. Pertamanya, saya dan Datin Nik Noraini pakai baju kurung warna sama iaitu UNGU dan ramai yang ingat saya ni kaum kerabat Datin (aduhhhh segan saya tau). Keduanya, sewaktu dalam kereta tadi saya dan Aznah memang bercakap tentang kasih sayang dalam cerita-cerita Hindustan. Macam dapat hint tentang tajuk yang akan dibincangkan je. Selanjutnya, dalam majlis ilmu tadi diceritakan juga kisah Nabi Ibrahim a.s di mana hikmah tentang perasaan cemburu Siti Sarah terhadap siti Hajar dan Nabi Ismail. Permintaan Siti Sarah supaya Siti Hajar dan anaknya keluar dari rumah memberi hikmah yang cukup besar kepada umat Islam hingga ke hari ini. Betapa Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Setiap apa yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi. Nabi Ibrahim mendapat wahyu supaya meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Apabila Nabi Ismail menangis kelaparan di situlah bermua segalanya hikmah yang ingin diberikan kepada umat Islam apabila Siti Hajar berlari ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali.Kemudiannya, bagaimana punca air zam zam keluar apabila Nabi Ismail menghentak kaki ke bumi. Subhanallah pujian hanya untuk Mu ya Allah. Terasa betapa kerdilnya diri ini berbanding dengan segala nikmat yang telah diberikan melalui sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah. Disebabkan peristiwa tersebutlah wujudnya Kaabah dan air Zam-zam dengan hikmah Allah sehingga ke hari ini menjadi tempat yang paling mulia dan dikunjungi umat Islam. Ahhh rindunya saya nak solat depan Kaabah. Labbaikallah hummalabbaik. Saya sempat bermonolog tadi betapa perancangan Allah amat teliti dan mengandungi rahsia dan penuh kejutan untuk hambaNya yang bersabar. Yang penting kita mendapat rahmat dan berada dalam kasih sayangNya.

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud "Orang yang belas kasih, dikasihi oleh Allah (ar-rahman) kerana itu rahmatillah (kasihanilah) orang di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh yang di langit". Riwayat oleh Imam al-Qurtubi dari Anas bin Malik ra.

"Alhamdulillahi rabbil 'alamin"

Sesungguh ucapan tersebut lebih berat dan berharga dari dunia dan segala-gala yang menjadi miliknya. 

Apa yang anda faham tentang huraian ayat di atas? Perkataan Alhamdulillah amat besar fadhilat dan kesannya. Ia menunjukkan bahawa lafaz kesyukuran seorang hamba terhadap Pencipta. Tiada lafaz semulia ucapan kesyukuran padaNya di atas segala kurniaan yang diberikan tanpa dipinta. Betapa Allah amat mengasihi dan menyanyangi kita sebagai hambaNya di dunia ini sehingga kita dapat merasakan betapa Allah itu hampir dan dekat dengan kita sekiranya dihayati sepenuhnya dengan kekusyukan dan bersyukur padaNya tanpa putus. Begitu juga sesama manusia apabila kita menyayangi seseorang sudah pasti kita akan menjaga hubungan baik dan tidak menyakiti hati dia. Sentiasa membahagiakan insan yang kita sayang. Sama juga dengan hubungan kasih sayang dengan Allah di mana jika kita menyayangi Allah sejengkal Allah akan menyayangi kita sedepa. Jika kita berjalan untuk mencari kasih sayangNya maka berlari Dia mendapatkan kita. Betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Subahanallah. Beruntung sangat saya dapat hadir ke majlis ilmu pagi tadi. Itu antara pengisian yang dapat saya kongsi kali ini. Satu lagi perkara penting yang disampaikan oleh penceramah tadi bahawa kita tidak boleh mendoakan kekejaman pada manusia tak kira apa-apa bangsa dan agama sekalipun. Bukan hak kita untuk mendoakan kebinasaan seseorang. Tetapi berdoalah semoga seseorang itu diberi petunjuk dan kembali ke pangkal jalan bukan dengan cara berdoa yang buruk-buruk. Ini kerana Allah masih memberi peluang dan masih kasih terhadap hambaNya sekalipun telah melakukan kemaksiatan dan dosa-dosa besar. Taubat adalah ibu segala penyakit-penyakit hati yang mati. Inshaallah akan diterima tauibat orang yang bersungguh-sungguh untuk kelaur dari dunia kegelapan kepada cahaya. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangnya serta dilindungi dari segala kejahatan iblis dan konco-konconya. Aamiin.

nota penting !!! : saya baru tau kibas yang diganti sebagai korban Nabi Ismail adalah kepunyaan Habil yang diangkat korbannya dan disimpan di syurga..Subhanallah.

p/s : menyendiri bukan bererti tidak disayangi sebaliknya dilindungi untuk mendapat hadiah teristimewa dariNya.

Jumaat, 12 April 2013

Berkampung di MTS SA

As salam semua di hari Jumaat yang mulia,

Hari ini saya telah menghabiskan kebanyakan masa kerja saya di Shah Alam je. Dari pagi hingga ke petang saya duk berkampung di sana. Tak selesai urusan di pagi hari sambung semula selepas lunch hour. Sebelum pergi Shah Alam sempat la saya masuk ofis jap untuk berjumpa bos dan selesai pape kerja tertangguh. Hari ini memang ditetapkan untuk filing dan selesaikan kerja-kerja di MTSSA je. Alhamdulillah hanya satu kerja je tak selesai. Yang lain selamat difailkan. Fuhhhhh lega saya kerja penting selesai. Yang tak selesai tu saya sambung hari Isnin depan la. Pagi saya akan hadiri kes di MTS KL dulu. Kemudian, barulah saya akan ke MTS SA. Bos cover la kes di MTS SA tu. Sewaktu saya failkan kes baru bagi perceraian dengan kebenaran Mahkamah (seksyen 47), tiba-tiba datang YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, Dato Mukyiudin Ibrahim iaitu abang kepada allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani tegur saya. Terkejut juga sebab YAA Dato bagi salam kat saya dulu. Sangat merendah diri dan mesra orangnya. YAA Datuk tanya saya failkan kes apa. Saya jawab la dengan penuh sopan santun dan berhemah. Ye la kan orang berbudi kita berbahasa. YAA Dato juga beramah mesra dengan staf Mahkamah di kaunter yang sedang key in maklumat kes saya. Dulu YAA Ketua Hakim Wilayah Persekutuan tegur saya. Semuanya mesra dan rendah diri. YAA Hakim Rayuan juga banyak kali tegur saya. Tak sangka la kan saya yang hanya Peguam Syarie hingusan pun dikenali oleh YAA Hakim otai dan disegani. Terasa diri ini segan sangat-sangat. Tapi jujur saya cakap la saya memang tak mampu untuk pikul tanggungjawab sebagai Hakim Syarie wanita tau. Memang tak layak dan tak sesuai dengan saya. Hancus pihak-pihak nanti. hehehehehehe. Berat tu tanggungjawab sebagai hakim ni untuk berlaku adil dan saksama. Emmmmm, alhamdulillah sekali lagi bila ada orang belanja makan tengahari. Seronok sangat sebab saya dapat berjumpa dengan rakan-rakan geng futsal masa bekerja di Shah Alam dulu. Rindunya nak main futsal. Dulu setiap hari Selasa mesti kami akan berkumpul di gelanggang futsal seksyen 19, Shah Alam. Sejam bermain futsal dan mengeluarkan peluh. Seronok dan bahagia je hidup saya. Geng-geng futsal saya orang penilaian hartanah. Orang gomen. Diorang pun pelik macam mana orang yang kerja macam saya boleh minat aktiviti lasak macam tu. Saya ni memang suka bersukan dan aktiviti lasak. Cuma tak berkesempatan nak daki gunung je lagi setakat ni. Harap sebelum kahwin sempat la nak merasa dan menikmati keindahan alam di puncak mana-mana gunung. Yang pasti bukan gunung Everest la. Oh ye saya betul-betul tak sangka dapat berjumpa dengan kak Mona, jiran ofis lama saya dulu dan juga jumpa bekas majikan saya. Alhamdulillah. Terharu bila kak Mona masih ingat dan boleh sebut nama penuh saya. Memang akak kawan yang baik. Dia pun gembira jumpa saya. Rupa-rupanya saya masih lagi dikenali walau di mana-mana saya pergi. Di Mahkamah pun masih ada yang mengenali saya dan boleh bergurau senda walaupun kali pertama berjumpa terutamanya adik-adik. Aura apa ye yang saya bawa sampai boleh masuk geng la dengan sapa-sapa yang saya jumpa hatta YAA Hakim?..hehehehehehehe. Gurau je tau sebab ramai kata saya garang tapi masih lagi ada yang sudi mendekati dan tegur saya. Ok la tu kan. Tak la saya ni rasa macam kera sumbang je. syukur la saya lalui hari yang penuh barakah ni dengan penuh kegembiraan dan dimurahkan rezeki. Minggu ni memang murah rezeki dan ramai yang belanja saya makan. Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah. Semoga hidupku akan penuh dengan bungan kebahagiaan, dimurahkan rezeki selalu dan sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. aamiin. 

p/s : saya harap staf kat ofis akan lebih tabah dan cekal hadapi dugaan..:)

Khamis, 11 April 2013

Time To Skype

As salam semua,

Hari ini saya belajar satu perkara baru iaitu berskype dengan klien. Sekadar percubaan untuk membaca wakalah perlantikan peguam pada pagi esok. Klien saya sekarang berada di Thailand. Alhamdulillah line ok dan dapat berskype agak lama jugak la. Saya hanya guna akaun skype bos saya je masa tu. Lepas habis berskype dengan klien terus saya buka akaun peribadi saya di skype. Nanti senanglah nak berskype dengan mak ayah, adik beradik dan kawan-kawan. Akhirnya saya dah ada akaun skype sendiri. Teruja sungguh saya hari ini. Cuba la nak berskype sekali baru sedar komputer saya tak ada web cam la. Hayyyyyyya laaaaa. Macam mana mau skype ni. Dalam kepala dah berangan nak skype ngan seseorang yang jauh nun di sana. huhuhuhuhuhu. Tangguh dulu la hasrat di hati nampak gayanya. Apa-apa pun janji saya dah ada akaun skype.

p/s : hari ni saya amat pasif dan slow buat kerja. hanya nampak tilam dan bantal je. tidur zzzzZZZZzzz

Rabu, 10 April 2013

Bertemu dalam KeUNGUan

As salam,

Saya hampir-hampir terlupa hari ni saya ada janji temu nak makan tengahari dengan sorang adik ni. Nama dia Ikin. Nasib baik dia mesej ingatkan saya jadi ke tak nak lunch sama-sama. Pagi-pagi lagi saya dah berkejar ke MRS GT (Keramat) untuk membaca wakalah perlantikan Peguam Syarie bagi kes Cerai 47. hehehehehe kes baru ni. Harap bos tak kacau la kerja dan rezeki saya kali ni. Tapi kalau bukan rezeki saya tak pe la sebab saya redha je. Pasti ada rezeki lain untuk saya. Optimis. Berbalik pada kisah temu janji saya dengan Ikin, betapa kuatnya ukhuwah di antara kami sehingga sewaktu berjumpa tadi kami memakai baju warna UNGU kegemaran saya. Apa lagi kami duk gelak ketawa la di tangga stesen monoril Medan Tuanku. Macam janji je kan. Tapi sebenarnya itu semua hanyalah satu kebetulan. Kalau ikut kajian psikologi hari Rabu sesuai berpakaian warna UNGU atau merah jambu. Warna pakaian akan mempengaruhi mood dan kerja kita. Tak caye ke? Percaya laaaaa..Hai dah nyanyi pulak lagu Siti. Dah la hujan lebat sekarang ni. OPppppppssssss. hehehehehe. Akhirnya kami makan di tempat yang Ikin cadangkan iaitu di sebuah kedai makan di kawasan Chow Kit. Saya ikut je la selera mak buyung. Tak sampai hati pulak nak menolak. Alhamdulillah bila kedai makan tu buka. Syukur ya Allah. Saya tengok Ikin makan dengan penuh berselera. Almaklumlah mak buyung kan. hehehehehe. Oh ye saya nak ceritakan serba sedikit tentang sejarah pertemuan kami. Sebenarnya kami berjumpa secara tak sengaja di stesen komuter Kuala Lumpur pada tahun 2010 kalau tak silap saya la. Sewaktu kami sama-sama terperangkap tren delay. Sejam lebih kami bertapa di stesen tersebut sehinggalah saya ajak Ikin ni berjalan ke perhentian bus di Pasar Seni. Kami mengambil keputusan untuk balik Shah Alam naik bus je. Masa tu saya masih bekerja di Shah Alam. Ikin pula masa tu masih belajar di KLMU. Kami berkenalan secara tak sengaja tapi kemanisannya kami masih berhubung dan baik sehingga hari ini. Begitu indah aturan pertemuan yang Allah recanakan. Alhamdulillah. Syukur. Ikin kahwin pun dia masih ingat nak jemput saya dan saya dengan lapang dada menghadiri hari bahagia dia. Sekarang Ikin dan mengandung dan bergelar mum to be akhir Ogos tahun ini. Semoga dipermudahkan segalanya dan baby serta ibunya sihat walafiat...Tetiba terfikir kenapa adik-adik lelaki mahupun perempuan selalu nak dekati saya dan baik dengan saya sehingga sekarang?Muda-muda pulak tu. Eeeemmmmmmmmm..

p/s : hari ni besday my lovely pa. SELAMAT HARI LAHIR PA..:)
       hari ni jugak Cikna, Pokman n adik Mat balik dari Mekah..


Ahad, 7 April 2013

Bulu Mata Jatuh

As salam,

Sahabat baik saya tegur kata saya rajin update blog Senyuman Manis sekarang ni. Tetiba saya rasa terlampau rajin nak kongsi macam-maca cerita dan pengalaman hidup dua tiga menjak ni. Mungkin untuk menajamkan lagi hasil penulisan yang sempoi dan bersahaja saya ni. Ada kala saya suka kongsi pengalaman kerja di mana kes-kes yang saya bawa dan juga kisah realiti kejadian di Mahkamah Syariah supaya anda semua tak lah meletakkan persepsi yang antagonis tentang Mahkamah Syariah kesayangan saya. Benarlah prinsip kami sebagai pengamal undang-undang Syariah "meletakkan hak kepada yang berhak". Setuju???? Sori la ye berkobar-kobar pulak bercakap pasal undang-undang sebab saya sekarang tengah ralit menyiapkan hujah bagi kes Kembali Taat tetiba rasa tak selesa kat mata ni. Bila saya tengok kat cermin ajaib saya ni rupa-rupanya bulu mata jatuh kat mata kiri. Nasib bulu mata tu nak keluar. Dah la hujan ni nanti bertambah haru saya nak drive balik rumah sewa. Alhamdulillah sekarang mata saya dah ok. Berbalik pada tajuk di atas saya yakin dan pasti anda semua pun banyak kali hadapi bulu mata jatuh dalam mata kan? Orang tua-tua kata (sape yang kata tu saya tak pasti la) kalau bulu mata jatuh sebab ada orang rindu kita. Betul ke? Dalam fikiran saya ni ade je perkara yang nak dipertikaikan. hehehehe. Antara percaya atau tak sejak akhir-akhir ni bulu mata saya makin lebat pulak gugur tanpa dipinta. Andai benar ade yang merindui saya simpan la rasa rindu tu dalam hati kemas-kemas. Tak pun sedekah la al-Fatihah pada saya supaya saya diberi kesejahteraan hidup dan berada dalam rahmatNya selalu sebagaimana yang saya selalu buat bila rindu kat orang termasuklah mak ayah saya tau. Kesian la kat saya ni kalau hari-hari bulu mata saya jatuh pasti semakin nipis bulu mata saya ni. Nanti saya segan nak pakai contact lense. Kasihanilah daku. Emmmmmmmmmm..betul ke ade orang rindu saya? Persoalan yang timbul ni sukar saya nak jawab. Entah sape la yang nak rindu saya kan. Tapi kalau betul syukur alhamdulillah di atas ingatan kalian. Jangan lupa sedekah al-Fatihah untuk saya ye. Apa...ingat al-Fatihah tu untuk orang yang dah meninggal je ke? Tau tak kita digalakkan untuk sedekah al-Fatihah untuk ibu bapa kita setiap pagi. Bila kita sentiasa doakan untuk ibu bapa tak putus rezeki untuk kita. Berbaktilah selagi mak ayah masih bernyawa. Kalau sesiapa ada maklumat pasal bulu mata jatuh sebab orang rindu pohon kongsi bersama-sama saya ye. Nak tau jugak dari sumber mana datang hal ni. hehehehehehe.

p/s ; baru je basuh kereta tadi tetiba hujan pulak...waaaaaaaa..kesian baby putih ibu..

Isnin, 1 April 2013

Sambut Menantu

Salam April semua,

Hari ini saya masuk ofis lambat sikit. Sesudah solat Subuh saya tidur sebab kepala berat selsesema lagi. Banyak kali saya bersin masa dalam bus. Tidur pun tak lena. Penat kerja dan brkenduri pun tak hilang lagi. Biasa la kan sewaktu di kampung bersembang dengan mak ayah dan adik beradik nampak sihat je. Tiba waktu naik bus mula la selsema dan keletihan. Adik saya dan isterinya yang hantar saya ke stesen bus semalam. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan dan sampai di KL jam 5.45 pagi. Ngam ngam saya jalan ke stesen LRT PWTC tren dah sampai. Tak payah nak tunggu lama. Sebenarnya, saya balik kampung minggu lepas untuk sama-sama memeriahkan majlis sambut menantu adik sepupu saya. Ingatkan kali ni saya terlepas la dari jadi photographer bidan terjun lagi. Sebaliknya, khidmat saya masih diperlukan memandangkan adik pengantin sibuk menjaga lauk pauk dan menambah apa yang patut. Jadi, tugasan sampingan tu menjadi kerja tetap saya pulak. Bukan pandai sangat pun amik gambar tapi saya memang suka snap gambar-gambar menarik. Saya hanya tau guna kamera Nikon purple saya je. Tu pun saya tak habis explore lagi kegunaan kamera saya tu. Janji puas hati dapat kamera warna kegemaran. hehehehehehehe..Syukur la kan sebab kamera lame hilang masa di Mekah. Walau papepun, alhamdulillah sekali lagi majlis tersebut berjalan lancar dan meriah. Tetamu datang tak putus-putus. Saya banyak menghabiskan masa "kacau" ayah saya dan ayah pengantin di khemah kecil depan. Tolong la letak gudie bag dalam bakul. Sambil-sambil tu snap gambo candid manusia-manusia di sekeliling. Bosan saya ambil gambo pengantin perempuan pulak dalam rumah. Rasenya gambar saya hanya beberapa keping je sebab sibuk ambil gambar orang sampai lupa nak ambil gambar sendiri. Kamera saya pulak diamanahkan pada adik bongsu untuk ambil gambar-gambar yang menarik dan cantik. Kerja saya sepanjang majlis tersebut tak terkira sebab saya banyak buat kerja yang orang tak mau buat. Tapi paling best bila dapat makan nasi minyak panas-panas. Dah la lauk pauk sedap. Saya suka masakan tukang masak ni. Memang terbaik la. Masa kenduri kawen Kak Long dulu pun guna khidmat tukang masak ni jugak. Dua kali saya makan nasi minyak pagi sekali dan petang sekali. Puas hati sangat-sangat dapat berkumpul dengan sedara mara dan menjamu selera. Selalu sangat makan kenduri ditempat orang sehingga saya lupa akan adat perkahwinan di negeri sendiri. Tu yang teringin sangat nak makan nasi minyak kenduri di negeri sendiri. yum..yum..sedap. Oh ye baru saya teringat saya dan sepupu sabit saya terpaksa jadi pengapit pengatin sewaktu seisi bergambar. Bayangkan la saya ni nak pencen dah dari jadi pengapit tapi mungkin orang dah mark muke saya ni sebagai pengapit terus disuruhnya saya tak teragak-agak. Teringin jugak nak jadi pengantin diapit oleh orang lain pulak. waaaaaaa..hahahahahaha..Kalau kamu nak tau ade je soalan-soalan sumbang duk tanya bila pulak giliran saya. Terus saya jawab tu wali saya tanya la wali saya. Hahahahaha. Nasib yang bertanya tu lebut je nadanya jadi jawapan saya pun lembut la. Kalau yang bertanya tu kasar je nadanya jawapan saya pun sudah tentu kasar dua kali ganda. hehehehehe. Tu amaran saya malas nak layan. Sedih tau bila orang duk tanya-tanya macam la saya ni tak nak kawen. Padahal di hati ni nak sangat-sangat kawen. Nak hidup dengan suami sebagai pelindung dan peneman saya di kala suka duka dalam ikatan yang sah. Semoga saya ditemukan jodoh yang baik dan beriman serta dipermudahkan segalanya. Doakan saya ye..hehehehehehe. Papepun saya nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat adik sepupu saya san isteri...:)

p/s : tak sabar nak bercuti panjang hujung bulan ni...


Jumaat, 29 Mac 2013

KLIA Lagi

Salam Jumaat yang ceria semua,

Sekarang  musim orang menunaikan umrah dan boleh dikatakan setiap hari ada je penerbangan ke Tanah Suci. Semalam saya hantar kawan mak ayah iaitu Cikna, Pokman dan Adik Mat kat KLIA. Mereka sekeluarga akan menunaikan umrah di Tanah Suci bermula semalam 28hb Mac, 2013 hingga 10hb April, 2013. Turut serta dalam rombongan umrah kali ini adalah ayah sepupu saya, Pok Ali dan isterinya Cik Lah serta jemaah masjid di Berenjut. Nama masjid tu saya tak ingat pula. Mereka dari Kuantan menaiki kapal terbang MAS pada jam 10.30 pagi. Penerbangan ke Tanah Suci pula adalah jam 10.00 malam yang mana mereka menaiki pesawat Egypt Air yang akan transit di Cairo (Kaherah) selama 8 jam. Flight ni juga akan singgah di Bangkok untuk isi minyak. Di Cairo nanti mereka akan dibawa melawat Piramid, Kilang Minyak Wangi dan satu tempat lagi saya lupa la. Kemudiannya, penerbangan akan diteruskan ke Madinah. Tiga hari berada di Madinah dan kemudiannya terus ke Mekah. Itulah antara jadual penerbangan dan aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak Andalusia. Terlupa pula nak bagitahu mereka pergi ke Tanah Suci di bawah pakej Andalusia dengan kos lebih kurang RM 5,500.00 seorang. Emmmm pada saya murah dah pakej ni kerana siap boleh ziarah di Cairo lagi. Cuma visa untuk ke Tanah Suci amat ketat bermula tahun ini. Saya difahamkan bagi jemaah wanita memerlukan mahram seperti bapa, suami atau adik beradik lelaki kandung yang cukup umur sahaja. Selain daripada tu memang tak boleh. Kalau sebelum ni boleh je guna mahram tumpang yang tiada hubungan darah dengan kita tapi sekarang dah tak boleh. Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan peraturan baru yang sangat ketat. Asalnya Cikna nak ajak saya pergi lagi tapi memandangkan saya akan berdepan dengan masalah mahram jadi tak dapatlah saya join umrah kali ni. Inshaallah saya nak pergi sana bersama-sama mak dan ayah saya pula nanti. Doakan saya ye kawan-kawan. Semalam sempat la saya berbual-bual dengan Cikna dan Adik Mat. Saya hanya sempat kirim doa umum je. Kali ni macam takde feel sangat nak kirim doa. Tak tahu la kenapa. Mungkin saya kepenatan kot sebab dari minggu lepas ke hulu ke hilir. Masa banyak habis dalam kereta di jalan raya je. Semalam pun sama kerana saya dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Jem teruk giler di Hiway NKVE bermula sebelum exit Kota Damansara sehingga ke Shah Alam. Rupa-rupanya ade eksiden antara kereta dan bus. Penat campur mengantuk saya duduk dalam kereta. Bosan karoke saya cuci mata. Bosan dua-duanya saya diam je la. Tak tau nak gambarkan perasaan saya masa tu. Rasa nak menjerit je. Aaaarrrrggggghhhhhhhhhhhhhhh..Alhamdulillah perjalanan saya ke KLIA dipermudahkan. Rasanya macam saya sedang berlumba kereta Formula 1 di Sepang je. Macam-macam gaya saya buat ala-ala Fernando Alonso la konon..hahahahahaha. Berangan tak sudah. Tapi ok la kan sebab saya sangat teruja bila nak hantar orang nak ke Tanah Suci. Bagai terasa saya pulak yang nak pergi. Tapi kan mungkin satu kebetulan la sebab malam Jumaat lepas sahabat baik saya berlepas ke Madinah dan semalam Cikna serta rombongannya pula. Papepun selamat menunaikan umrah buat semua...:)

p/s : macam mana agaknya dia dalam berpakaian ihram ek? pasti comel je..

Selasa, 26 Mac 2013

Adik Sepupu Kawen

Salam semua,

Bertemu lagi kita di arena corat coret Senyuman Manis. Saya dah mula gian nak menulis dan bercerita perkembangan terkini serta peristiwa menarik yang berlaku dalam hidup saya. Baru-baru ni adik sepupu yang paling rapat dengan saya melangsungkan majlis perkahwinan di kampung halaman kami. Majlis akad nikah saya tak dapat hadir kerana tuntutan kerja tapi untuk kenduri kawen di rumah pengantin perempuan saya hadir. Hari tu saya dipilih untuk menyandang jawatan camera girl bidan terjun. Adik pengantin lelaki tak dapat balik masa tu. Memang happening la majlis tu dengan mainan warna tema yang cantik. Gabungan pink dan purple sungguh menjadi dan rombongan kami memakai tema pink maroon. Belah keluarga pengantin perempuan memakai tema purple. Kembang kuncup hidung saya bila warna kegemaran dan kesayangan saya dipilih menjadi warna tema pelamin dan hantaran.

hantaran pihak pengantin perempuan

Makanan sewaktu kenduri juga sedap iaitu nasi putih berlaukan gulai daging, nangka masak lemak, acar timun nanas, sambal belacan tak boleh lupa, dan paling penting ada tapai pulut makanan kegemaran saya bila raya. Tapai pulut tu tak manis sangat dan lembut memang saya menikmati habis la makanan-makanan tersebut. Cuma bubur kacang je saya tak sempat nak makan sebab kejar masa nak ambil gambar. Air pulak warna ungu. Air anggur kalau tak silap saya.Wahhhh..betul-betul ikut tema la sampai air pun warna ungu. hahahahahaha. Keseluruhannya memang saya berpuas hati la. Gudie bag pun besar dan cantik. Saya seronok sepanjang berada di majlis kenduri belah penganti perempuan. Sangat berpuas hati. Hujung minggu ni pula majlis di belah kami pula pihak pengantin lelaki. Yang tu saya akan update minggu depan ye. Inshaallah.
hantaran pihak pengantin lelaki


p/s : apa khabar kamu di sana ye?

Selasa, 19 Mac 2013

Sesejuk di Cameron

Salam semua,

Lama betul tak menjengah dan membebel di sini. Rindunya saya nak berceloteh walaupun hanya dengan menaip kata-kata di blog ni je. Baru-baru ni saya dan my BFF, Zakiyah telah bercuti di Cameron Highland. Kami bertolak dari KL jam seawal 5.30 pagi. Semangat betul kami nak bercuti sebelum dia menjadi hak milik orang. Jadi kami ambil keputusan untuk bercuti sama-sama sebelum dia naik pelamin. Sob..sob..sob..tetiba saya sedih pulak. aishhhhh..syuhh..syuhhh..pergi kau kesedihan. Jangan ganggu saya. Tapi sejujurnya memang saya terasa sangat-sngat la bila kawan baik saya sorang-sorang nak kawen. Saya bila lagi ni. Pujuk hati masa saya pasrti akan tiba. Saya dan kawan baik saya ni yang saya hanya panggil dia Z je sebenarnya memang kaki jalan. Bila dapat tahu dia dah nak kawen. kami pun plan sama-sama untuk bercuti dan menghabiskan masa berdua sebelum dia melangkah ke alam rumahtangga. Kami ni sekepala, jadi memang selalu buat plan mengejut sebab memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja sebagai penegak keadilan kan. Makanya, pada 9hb Mac, 2013 kami pilih untuk cuti-cuti Malaysia di Cameron. Perjalanan ke sana ditemani dengan hujan di lebuhraya PLUS utara. macam salah timing pulak percutian kami kali ni. Tapi dek kerana semangat untuk bercuti, kami teruskan jugak perjalanan kami hingga ke destinasinya. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami lalui dengan penuh keterujaan dan berdebar-debar. al-maklumlah ini pertama kali saya memandu ke Cameron. Kali terakhir saya ke sana adalah pada tahun 2000. Tu pun kerana mengikuti rombongan sekolah sewaktu saya di tingkatan 4. Lame sangat saya tak pergi Cameron. Tahun lepas memeang plan dengan budak ofis nak pergi tapi disebabkan ade masalah teknikal terpaksa dibatalkan. Geram saya masa tu. Bila ingat semula memang sakit hati dan sedih la. Ah lupakan je la pasal tu. Ni saya nak cerita yang gembira je. Kali ni saya pergi Cameron tanpa pengetahuan sesiapa pun kecuali bos saya kerana saya tumpang menginap di rumah bos kat Equatorial, Cameron. Sambung cerita semula ye. Banyak sangat iklan ni. Tetiba teringat kisah-kisah lalu. Beberapa hari sebelum ke sana saya dah minta siap-siap peta daripada bos dan driver barunya adik Hafiz. Risau jugak nak pergi ke sana apatah lagi kali pertama memandu sendiri tanpa pengawasan lelaki. Kali ni hanya ladies journey je.hehehehehe. Berpandukan peta tersebut akhirnya kami selamat sampai di rumah bos saya jam 10.30 pagi. Sejuk sangat-sangat la suasana di Equatorial. Walaupun kami memakai tshirt yang tebal tapi masih terasa kesejukan hingga ke tulang hitam. Bayangkan betapa sejuknya kami di sana. Dah la saya ni jenis tak tahan sejuk tapi cari pasal bercuti ke tempat sejuk. Sewaktu dalam perjalanan naik ke Cameron, kami sangat-sangat teruja bila nampak kebun-kebun yang terdapat di kaki bukit. Jalan yang bengkang bengkok dan menyeramkan dapat dilalui dengan baik. Cuma saya drive perlahan je 20km/j apabila lori depan saya. Sabar je la saya masa tu. Berkat kesabaran kami akhirnya kami sampai di destinasi yang dituju. Macam bermimpi pulak sampai di Cameron Highland dengan kereta sendiri. Syukur alhamdulillah ya Allah. Lagi teruja bila melangkah masuk dalam rumah bos yang menghadap pemandangan yang cantik. Subhanallah. Bertambah bersyukur saya di kala itu. Terpegun jap. Selepas angkut semua bag dan barang-barang, kami pun baring dan golek-golek atas katil hilangkan rasa letih memandu. Sambil-sambil tu saya mesej kat bos maklumkan kami dah selamat sampai. Kemudiannya, bos telefon dan seperti biasa bos bagi pelbagai pesanan penaja. Lepas tu, saya call mak saya pulak. Lama bersembang dan bergelak ketawa. Saya dan Z kemudiannya plan aktiviti kami petang tu. Selepas berbincang, kami ambil keputusan nak gerak selepas solat Zuhur. Kami kan musafir jadi diberi kelonggaran untuk menunaikan solat jamak qasar. Alhamdulillah. Tempat pertama yang kami pergi adalah Cactus Point, tempat kegemaran saya. Apa lagi sakan la saya bergambar dan borong kaktus. Betapa seronoknya saya dapat beli kaktus. Sempat beli benih-benih sayur untuk ayah lagi. Kemudiannya kami ke Brichang, kononnya nak singgah pasar malam tapi jem teruk sebab hujan dan berlaku kemalangan di sana. Akhirnya, saya hanya isi minyak kereta je di Brinchang dan balik semula ke rumah penginapan sambil-sambil cari jalan ke ladang teh. Dalam perjalanan kami singgah di Lavender Garden. Wah...tak terbayang rasa seronok bila pergi ke tempat yang saya angan-angankan selama ni. Terasa seolah-olah saya tinggal dalam dunia keUNGUan dan di kelilingi bunga-bunga lavender dengan haruman yang cukup menenangkan. Ape lagi sakan saya bergambar di sana sini dengan macam-macam posing. Senyum meleret je sepangjang berada di sana. Tak terkata kegembiraan di hati ni. Macam ni la saya bila nampak je suasana ke UNGUan kegemaran saya terus lupa dunia yang nyata jap. Kemudiannya, saya usaha juga untuk cari bantal terung. Unik sangat bantal tu. Dah la warna ungu. Bertambah "kegilaan" saya pada bantal terung tu. Malam tu kami dinner di Tanah Rata. Makan nasi putih, tom yam campur, telur dadar, sotong celup tepung, air jus epal dan air suam. Harganya tak sampai RM20.00 untuk dua orang makan. Murah sangat. Dah la tomyam dia sedap. Memang ramai sangat orang datang makan di situ. Ala-ala restoran ikan bakar la tapi hanya di kedai-kedai tepi jalan je di pekan Tanah Rata. Berbaloi sangat-sangat kami berjalan jauh sampai ke sini. Balik tempat penginapan kami mandi dan rehat. Kumpul tenaga tuk berjalan keesokannya sebelum balik KL semula. Malam tu kami tidur dalam kesejukan. Bayangkan la saya yang pakai baju berlapis-lapis siap pakai stokin dua lapis lagi pun masih rasa kesejukan yang amat sangat. Dalam hati sempat membebel saya takkan datang sini lagi untuk honeymoon dengan suami saya yang sah nanti. Tido pun dah tak lena tapi penat memang terasa la. Esoknya kami berkemas-kemas semua barang dan keluar dari rumah penginapan tu setelah berpuas hati untuk tinggalkan tempat tu seperti sedia kala. Misi kami pagi tu untuk ke ladang teh tapi sempat singgah di Cactus Point untuk beli benih sayur untuk ayah. Syok sangat nak pergi ladang teh sampai kami tersalah pergi ladang teh Cameron Valley. Padahal kami nak pergi ladang teh Boh. Sabo je la kami ni. Sebelum tu kami shopping untuk kali terakhir. Waktu tu la saya sempat beli bantal terung sepasang. yeyeyeyeyeye. alhamdulillah. Jalan nak gi ke ladang teh Boh tu sungguh mencabar. Macam tak percaya saya boleh drive di tempat tinggi yang curam dan sempit tu. Pemandangan kat situ memang mengasyikkan dan cantik. Subhanallah betapa hebat ciptaanMu ya Allah. Tapi sayangnya masa kami sampai kat sana hujan pulak. Jadi saya hanya sempat bergambar sedikit je. Tak dapat nak ambil gambar yang cantik sebab berkabus sewaktu hujan. Tak pe la janji dapat beli teh boh strawbery yang Kak Long dan ayah saya pesan. Nak balik tu berlaku satu peristiwa yang tak terduga. Ada sekumpulan kereta Savvy yang konvoi ke sana. Kemudiannya, ada la satu kereta ni tak lepas nak lalu satu kawasan kat situ. Skirting labuh sangat kat depan kereta tu. Ntah macam mana sepatutnya dia bagi laluan kat saya dulu tapi ada pulak kereta MPV ape ntah yang masuk. Kemudian saya dengar makcik dalam kereta tu membebel "kalau tak sabar jangan datang sini". Saya pun senyum la kat makcik tu sebab mati-mati saya ingat dia membebel kat anak-anak atau suami dia. Rupa-rupanya dia membebel kat saya. Patut la masam muke dia masa saya senyum. Eh..eh..makcik ni nak berkurang ajar pulak. Dah la laki makcik tu yang tak bagi laluan kat saya. Yang kelakarnya Z pon ingat makcik tu membebel kat orang lain sebaliknya sebenarnya makcik tu marah kat kitorang. hahahahahaha. Salah faham rupanya kami ni. Bila makcik tu suruh saya alihkan kereta barulah saya faham rupanya makcik tu marah kat saya. Cuba la cakap elok-elok. Sia-sia je kerajaan buat kempen budi bahasa tapi makcik tu spoilkan mood saya la. Waktu tu saya keraskan diri je jadi patung cendana. Biar padam muka makcik tu. Dah la kereta Viva di sebelah kiri saya tu parking sesuka hati yang menggangu laluan kereta lain. Tak lama kemudiannya, datang la sorang akak ni minta saya undur kereta. Tau pun jadi jem sebab kereta dia. Saya pun undur kereta dan sebelum gerak ke depan saya sempat cakap kuat kata "penting diri sendiri" kat makcik  tu. Jangan fikir dia sorang je nak pergi ladang teh. Orang lain pun sama gak. Dalam perjalanan balik saya dan Z hanya gelak ketawa je dengan peristiwa tadi. Adoiiiiii la makcik nasib saya boleh kawal marah. Alhamdulillah. Macam-macam pengalaman kami. Itulah kisah percutian kami yang menarik walaupun cum,a dua hari satu malam tapi sangat puas hati....:)

p/s : tinggal beberapa hari lagi sahabat kesayangan saya akan berangkat ke Universiti Madinah untuk berkursus. tetiba rasa sayu. hai hati bersabarlah ye..sob..sob..sob..

Sabtu, 16 Februari 2013

Rindu Menerpa Lagi

Salam semua,

Apa khabar? Alhamdulillah saya dah baik demam cuma masih menunggu keputusan darah. Lama betul nak dapat keputusan tu. Berdebar jugak saya nak tahu saya ni ada mengidap pape penyakit kronik ke. Doakan saya sihat walafiat ye. Antibodi saya dah lemah kot dan kurang rehat. Emmmmm tak pun kafarah dosa-dosa silam. Alhamdulillah masih disayangi dan masih berpeluang diuji lagi. Syukur pada Mu ya Allah. Nak cerita sikit. Sejak akhir-akhir ni terutamanya masa saya demam hari tu saya rindu sangat-sangat-sangat nak menunai umrah lagi. Terbayang-bayang Kaabah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi di layar mata saya ni. Rindu yang teramat sangat sampai tak tahu macam mana saya nak gambarkan dan terjemahkan rasa rindu yang menerpa tu. Dah la saya banyak terima berita anakguam dan kawan-kawan yang berpeluang dan terpilih untuk ke Tanah Suci tahun ni. Tumpang gembira untuk mereka. Semoga saya juga terpilih dan diberi peluang lagi ke sana tahun ni bersama-sama mak dan ayah saya. Doakan kami ye. Aamin. Satu lagi kan, dalam kepala saya ni macam terbayangkan sebuah pertemuan di pintu King Abdul Aziz dengan seorang jejaka yang tak asing lagi dalam kehidupan saya. Macam dalam cerpen pendek saya dalam blog ni suatu masa dulu. Emmmmm adakah saya bermimpi atau sekadar khayalan disebabkan saya tak sihat masa tu? Saya anggap je la tu mainan syaitan yang direjam. Dalam banyak-banyak keadaan, babak tu jugak yang saya nampak. Merapu je kan. Tapi kan kate Hilman dalam Awak Suka Saya Tak tu "tiada yang mustahil dengan kasih sayang Allah". Tunggu dan lihat je la ek. Allah Lebih Mengetahui kan. hehehehehe. Oh ye hari ni besday bos saya la. Sanah Helwah Tn Haji. Semoga cepat sembuh dan sihat selalu. :)

p/s ; jap lagi saya nak gi ziarah kawan mak dan ayah saya kat Hospital Pantai, Bangsar. pas tu gi UM jupe sahabat saya. dub dab dub dab..

Jumaat, 18 Januari 2013

Pura-pura Sakit

Salam Jumaat semua,

Semalam saya ada sambung perbicaraan bagi kes Fasakh yang mana saya merupakan Panel Biro Bantuan Guaman  (BBG) yang dah bertukar nama kepada Jabatan Bantuan Guaman (JBG). saya mewakili si isteri selaku Plaintif dalam kes tersebut. Sepatutnya petang semalam ditetapkan untuk keterangan utama Defendan iaitu si suami. Malangnya, Defendan memaklumkan hasrat hatinya untuk tangguh bicara. Suka suki hati dia je nak tangguh kes. Dah la Plaintif sanggup cuti dari kerja dan hadir ke Mahkamah untuk meneruskan perbicaraan. Geram saya dengar Peguam Syarie Defendan bagitahu hal sebenar. Defendan memang keras kepala dan degil. Nak orang ikut cakap dia je. Mane boleh macam tu pakcik. Bertolak ansur la sikit. Peguam Syarie Defendan pun malas nak layan karenah dia. Kadang-kadang bila kami bertegas dan "garang" mula la anakguam kata peguam tak nak sebelah anakguam. Maaf la ye wahai anak-anak guam sekalian. Kami bekerja atas prinsip memberi hak pada yang berhak. Kalau terang-terangan dah buat salah takkan la kami nak sokong anda lagi. Ada paham??? Sabo-sabo ye cik Peguam. Dah membebel pulak. Sebenarnya, saya nak ceritakan apa yang berlaku petang semalam. Sewaktu saya bangun untuk memaklumkan pada Tuan Hakim kata-kata mukaddimah selaku Peguam Syarie Plaintif, saya memaklumkan bahawa petang semalam merupakan sambung bicara bagi keterangan utama Defendan. Mohon pengesahan daripada Peguam Syarie Defendan. Beliau telah mengesahkan kehadiran anakguam dan apa yang saya maklumkan sebelum itu serta memberitahu Mahkamah tentang hasrat anakguam beliau untuk menangguhkan perbicara dengan alasan SAKIT KEPALA. Kemudian, beliau meminta anakguamnya memberi pengesahan pada Mahkamah. Dengan alasan sakit kepala dan tanpa rasa bersalah Defendan mohon untuk tangguh. Saya bantah dan kata pada Mahkamah bahawa Plaintif telah hadir dan Defendan kelihatan sihat sahaja. Saya mohon perbicaraan diteruskan. Berlaku bantah membantah antara saya dan dan Defendan. Tuan Hakim memberi pertimbangan dan peluang terakhir pada Defendan untuk tangguh perbicaraan. Akan datang sakit atau apa sahaja tiada alasan untuk tangguh bicara dan Mahkamah mengarahkan Defendan membayar kos kepada Plaintif. Puas hati saya. Kemudiannya, tetiba sahaja Defendan bangun dan minta pandangan Mahkamah berkaitan kes mereka. Tuan Hakim memberi pendapat beliau dengan sebaiknya supaya Defendan berfikir masak-masak untuk teruskan kes ini. Beliau menasihati Defendan supaya melepaskan Plaintif dengan cara baik. Sekiranya diteruskan kes Fasakh ini akan terbongkarlah segala aib dalam rumahtangga mereka pada orang ramai kerana perbicaraan dibuat dalam dewan terbuka. Saya dan Plaintif hanya berpandangan dan senyum sahaja. Dari percakapan Defendan tersebut Tuan Hakim dah boleh baca macam mana perangai sebenar Defendan. Minta nasihat dan padangan Tuan Hakim tapi bila diberi pandangan melenting pula. Siap Tuan Hakim bagi sindiran pedas lagi. Terngiang-ngiang lagi kata Tuan Hakim 'Pada saya kalau orang dah tak nak pada kita tak perlulah kita terhegeh-hegeh minta orang kembali suka pada kita. Lepaskan la isteri kamu dengan cara yang baik." Wowww..sentap kata-kata Tuan Hakim sambil pandang ke arah saya. Siap kata lagi semoga kamu diberi HIDAYAH untuk membuat keputusan terbaik dalam rumahtangga kamu. Nama saya juga disebut-sebut Tuan HAkim ni. Kembang-kempis hidung saya. hehehehe. Setiap kali saya berada dalam dewan Tuan Hakim ni mesti dengar nama saya disebut-sebut kepada mana-mana pasangan suami isteri yang degil termasuklah pihak-pihak dalam kes yang saya kendalikan. Tuan Hakim pun penat nak melayan karenah pihak-pihak yang ego dan bodoh sombong tentang hukum hakam dan undang-undang. Paling haru bila Defendan dengan lagak kurang ajarnya boleh marah-marah Plaintif depan Tuan Hakim. Sekali Tuan Hakim sound Defendan dengan kata-kata "Tak pe lah Defendan tadi encik kata sakitkan nanti kalau saya keluar perintah menghina Mahkamah tak pasal-pasal kena masuk jail pulak. Encik juga kata sakit tadi. Kalau pengsan dalam Mahkamah nanti masuk paper kata Hakim buat apa pada pihak-pihak sehingga pengsan". Saya gelak je dengar Tuan Hakim bagi kuliah asar berjela-jela semalam. Apa la Defendan ni, kata sakit tapi boleh pulak bercakap panjang lebar dan bertikam lidah dengan Tuan Hakim tapi suruh bagi keterangan mengelak pulak. Pura-pura sakit je. Tapi saya dan Peguam Syarie Defendan sangat-sangat berpuas hati dengar Tuan Hakim "basuh" Defendan kaw-kaw. Biar Defendan tahu yang kami bukan suka-suka nak sebelahkan siapa-siapa. Oh ye lupa nak bagitahu sebelum masuk dewan, Defendan telah bertindak kasat pada Plaintif dengan mencekak leher Plaintif di pintu dewan. Sungguh kurang ajar Defendan ni. Nasib saya tak nampak. Kalau tidak memang nak kena silat dengan saya. Main kasar pulak Defendan ni. Bulan lepas dah bagi ceramah free kat saya masa saya panaskan enjin kereta selepas bicara. Nak marah pada Plaintif lepaskan kat saya pulak. Banyak cantik muka kamu. Saya buat tak layan je. Macam-macam hal ragam pihak lawan ni. Semalam dia tak berani nak buat apa-apa pada Plaintif lagi bila tengok saya berjalan seiring dengan Plaintif. Egonya lelaki itu. Ya Allah, jauhilah saya daripada mendapat suami bersikap seperti Defendan. Aamiin 100x. Itulah antara pengalaman saya sepanjang bergelar Peguam Syarie. Saya lebih suka orang kata saya garang daripada mudah dipijak-pijak orang. Walaupun muka saya ni nampak kebudak-budakan tapi saya adalah seorang yang sangat tegas dan sinis pada orang yang tak menghormati diri dia apatah lagi orang lain. Lu fikirlah sendiri wahai lelaki ego.

p/s; terpaksa redah jem teruk dalam perjalanan balik rumah semalam hampir satu jam. Alhamdulillah selamat sampai. 

Isnin, 31 Disember 2012

Sesuatu Yang Tak Terduga

Salam semua,

Salam Tahun 2013. Esok dah nak masuk tahun baru masihi. Sekejap je masa berlalu kan. Cukup lama saya ambil masa nak menulis kali ni. Saya nak kongsi satu pengalaman yang cukup berat untuk saya lalui. Berat sangat sampai saya hampir rebah sewaktu melalui ujian ni. Harap dapat jadi pengajaran kat semua. Ini kisah cinta terlarang di antara suami orang dan anak dara. Bahasa kasar orang sebut skandal dengan suami orang. Saya tak pernah terfikir akan lalui pengalaman sebegini sebabnya saya cukup menjaga adab pergaulan saya dengan lelaki terutamanya suami orang. Tapi kisah ni bukan kisah saya cuma ianya berlaku di ofis saya. Apa perasaan kamu bila orang yang baik dan rapat dengan kamu ada skandal dan buat seperti biasa di depan kamu dan kawan-kawan? Perasaan saya sungguh-sungguh terkilan dan marah. Saya ada sebab dan alasan tersendiri kenapa tersentap dengan skandal tersebut. Saya rasa seolah-olah saya dianiayai dan dipergunakan di atas kebaikan saya pada pasangan skandal tersebut. Patut atau tidak kalau saya marah? Jujur cakap saya amat terkejut dengan kiriman ujian istimewa dari Allah untuk saya. Tiada kata yang mampu saya ucap melainkan kalimah keramat ALHAMDULILLAH dan menangis seperti empangan air yang pecah dilanda tsunami. Kenapa saya menangis biarlah rahsia antara saya dan Dia sahaja tahu. Saya tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Mungkin saya pun ada salah silap di mana-mana tanpa disedari. Tapi terus terang saya cakap ujian skandal tersebut banyak membuka mata saya tentang lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami orang. Sepanjang tempoh saya menangis saya banyak berfikir dan muhasabah diri serta semakin mendekatkan diri padaNya. Tiada sebaik tempat mengadu melainkanNya. Saya rasa lega selepas menangis. Saya pujuk hati bahawa ujian merupakan satu anugerah. Kalau kamu pernah berdepan masalah skandal ni jangan mudah melenting ye. Saya ambil masa jugak nak menangis sebab dapat gerak hati dari awal lagi. Cuma bila dengar pengakuan daripada suami orang tersebut membuatkan saya rasa marah sangat. Saya dah bagi gambaran apa tindakan isteri dia bila tahu hal ini. Tepat sekali jangkaan saya. Sekarang pihak-pihak yang terlibat dalam skandal terlarang ni dah mula jadi huru-hara walaupun mereka telah putuskan hubungan cinta terlarang ini. Memang patut masing-masing merasa kesakitan. Saya dah jadi kejam sekarang ni. Kejam sebab nak sedarkan mereka dan sedarkan si suami orang ni tentang tanggungjawab dia pada isteri dan anak-anak. Bila keadaan semakin teruk pandai pulak dia nak cari saya dan luahkan segalanya. Masa tengah angau dan kemaruk asmara tak fikir kesan daripada cinta terlarang mereka ni. Dah pecah tembelang baru nak betulkan keadaan. Keputusan untuk berhenti kerja bukanlah satu tindakan yang bijak. Apatah lagi kalau nak bercerai. Tak berbaloi pun kalau bertindak sedemikian. Kita masih ada Dia yang satu. Seharusnya kita kembali padaNya untuk menyesali apa doasa-dosa lalu. Bukan bertindak sebarangan yang menampakkan kita ni mempunyai pemikiran yang singkat. Ujian tanda disayangi. Walaupun pahit untuk dihadapi tapi kemanisannya pasti terasa bila kita sabar. Ayat pujuk hati yang terluka. Jadikan pengajaran ye kisah skandal ni. Alhamdulillah atas apa yang berlaku.

p/s : berterima kasih sangat pada seseorang yang sudi pinjamkan telinga dan memujuk hati yang terluka..huhuhu..malu rase