Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Jumaat, 18 Januari 2013

Pura-pura Sakit

Salam Jumaat semua,

Semalam saya ada sambung perbicaraan bagi kes Fasakh yang mana saya merupakan Panel Biro Bantuan Guaman  (BBG) yang dah bertukar nama kepada Jabatan Bantuan Guaman (JBG). saya mewakili si isteri selaku Plaintif dalam kes tersebut. Sepatutnya petang semalam ditetapkan untuk keterangan utama Defendan iaitu si suami. Malangnya, Defendan memaklumkan hasrat hatinya untuk tangguh bicara. Suka suki hati dia je nak tangguh kes. Dah la Plaintif sanggup cuti dari kerja dan hadir ke Mahkamah untuk meneruskan perbicaraan. Geram saya dengar Peguam Syarie Defendan bagitahu hal sebenar. Defendan memang keras kepala dan degil. Nak orang ikut cakap dia je. Mane boleh macam tu pakcik. Bertolak ansur la sikit. Peguam Syarie Defendan pun malas nak layan karenah dia. Kadang-kadang bila kami bertegas dan "garang" mula la anakguam kata peguam tak nak sebelah anakguam. Maaf la ye wahai anak-anak guam sekalian. Kami bekerja atas prinsip memberi hak pada yang berhak. Kalau terang-terangan dah buat salah takkan la kami nak sokong anda lagi. Ada paham??? Sabo-sabo ye cik Peguam. Dah membebel pulak. Sebenarnya, saya nak ceritakan apa yang berlaku petang semalam. Sewaktu saya bangun untuk memaklumkan pada Tuan Hakim kata-kata mukaddimah selaku Peguam Syarie Plaintif, saya memaklumkan bahawa petang semalam merupakan sambung bicara bagi keterangan utama Defendan. Mohon pengesahan daripada Peguam Syarie Defendan. Beliau telah mengesahkan kehadiran anakguam dan apa yang saya maklumkan sebelum itu serta memberitahu Mahkamah tentang hasrat anakguam beliau untuk menangguhkan perbicara dengan alasan SAKIT KEPALA. Kemudian, beliau meminta anakguamnya memberi pengesahan pada Mahkamah. Dengan alasan sakit kepala dan tanpa rasa bersalah Defendan mohon untuk tangguh. Saya bantah dan kata pada Mahkamah bahawa Plaintif telah hadir dan Defendan kelihatan sihat sahaja. Saya mohon perbicaraan diteruskan. Berlaku bantah membantah antara saya dan dan Defendan. Tuan Hakim memberi pertimbangan dan peluang terakhir pada Defendan untuk tangguh perbicaraan. Akan datang sakit atau apa sahaja tiada alasan untuk tangguh bicara dan Mahkamah mengarahkan Defendan membayar kos kepada Plaintif. Puas hati saya. Kemudiannya, tetiba sahaja Defendan bangun dan minta pandangan Mahkamah berkaitan kes mereka. Tuan Hakim memberi pendapat beliau dengan sebaiknya supaya Defendan berfikir masak-masak untuk teruskan kes ini. Beliau menasihati Defendan supaya melepaskan Plaintif dengan cara baik. Sekiranya diteruskan kes Fasakh ini akan terbongkarlah segala aib dalam rumahtangga mereka pada orang ramai kerana perbicaraan dibuat dalam dewan terbuka. Saya dan Plaintif hanya berpandangan dan senyum sahaja. Dari percakapan Defendan tersebut Tuan Hakim dah boleh baca macam mana perangai sebenar Defendan. Minta nasihat dan padangan Tuan Hakim tapi bila diberi pandangan melenting pula. Siap Tuan Hakim bagi sindiran pedas lagi. Terngiang-ngiang lagi kata Tuan Hakim 'Pada saya kalau orang dah tak nak pada kita tak perlulah kita terhegeh-hegeh minta orang kembali suka pada kita. Lepaskan la isteri kamu dengan cara yang baik." Wowww..sentap kata-kata Tuan Hakim sambil pandang ke arah saya. Siap kata lagi semoga kamu diberi HIDAYAH untuk membuat keputusan terbaik dalam rumahtangga kamu. Nama saya juga disebut-sebut Tuan HAkim ni. Kembang-kempis hidung saya. hehehehe. Setiap kali saya berada dalam dewan Tuan Hakim ni mesti dengar nama saya disebut-sebut kepada mana-mana pasangan suami isteri yang degil termasuklah pihak-pihak dalam kes yang saya kendalikan. Tuan Hakim pun penat nak melayan karenah pihak-pihak yang ego dan bodoh sombong tentang hukum hakam dan undang-undang. Paling haru bila Defendan dengan lagak kurang ajarnya boleh marah-marah Plaintif depan Tuan Hakim. Sekali Tuan Hakim sound Defendan dengan kata-kata "Tak pe lah Defendan tadi encik kata sakitkan nanti kalau saya keluar perintah menghina Mahkamah tak pasal-pasal kena masuk jail pulak. Encik juga kata sakit tadi. Kalau pengsan dalam Mahkamah nanti masuk paper kata Hakim buat apa pada pihak-pihak sehingga pengsan". Saya gelak je dengar Tuan Hakim bagi kuliah asar berjela-jela semalam. Apa la Defendan ni, kata sakit tapi boleh pulak bercakap panjang lebar dan bertikam lidah dengan Tuan Hakim tapi suruh bagi keterangan mengelak pulak. Pura-pura sakit je. Tapi saya dan Peguam Syarie Defendan sangat-sangat berpuas hati dengar Tuan Hakim "basuh" Defendan kaw-kaw. Biar Defendan tahu yang kami bukan suka-suka nak sebelahkan siapa-siapa. Oh ye lupa nak bagitahu sebelum masuk dewan, Defendan telah bertindak kasat pada Plaintif dengan mencekak leher Plaintif di pintu dewan. Sungguh kurang ajar Defendan ni. Nasib saya tak nampak. Kalau tidak memang nak kena silat dengan saya. Main kasar pulak Defendan ni. Bulan lepas dah bagi ceramah free kat saya masa saya panaskan enjin kereta selepas bicara. Nak marah pada Plaintif lepaskan kat saya pulak. Banyak cantik muka kamu. Saya buat tak layan je. Macam-macam hal ragam pihak lawan ni. Semalam dia tak berani nak buat apa-apa pada Plaintif lagi bila tengok saya berjalan seiring dengan Plaintif. Egonya lelaki itu. Ya Allah, jauhilah saya daripada mendapat suami bersikap seperti Defendan. Aamiin 100x. Itulah antara pengalaman saya sepanjang bergelar Peguam Syarie. Saya lebih suka orang kata saya garang daripada mudah dipijak-pijak orang. Walaupun muka saya ni nampak kebudak-budakan tapi saya adalah seorang yang sangat tegas dan sinis pada orang yang tak menghormati diri dia apatah lagi orang lain. Lu fikirlah sendiri wahai lelaki ego.

p/s; terpaksa redah jem teruk dalam perjalanan balik rumah semalam hampir satu jam. Alhamdulillah selamat sampai. 

Jumaat, 11 Januari 2013

Bandung Jakarta 2013

Salam semua,

Saya baru je balik dari cuti-cuti cuci mata di negara jiran, Indonesia. Selama empat hari 3 malam saya dan rakan-rakan sekerja bergembira di Bandung dan Jakarta. Alhamdulillah akhirnya kami semua dipermudahkan segala urusan dan perjalanan ke sana. Sewaktu saya diberi tanggungjawab untuk menguruskan trip ni memang saya rasa tertekan sikit sebabnya ade rasa "kurang senang" di kalangan rakan sekerja. Anak bos dah suruh dia handle tapi dia buat tak tahu je dan melambat-lambatkan urusan trip ni. Saya pulak bila dah orang berjanji pasti saya akan tuntut janji tu. Jangan berjanji sebarangan dengan saya. Haru kamu nanti. hehehehehe. Apa lagi saya pun tanya la anak bos directly tentang percutian tersebut. Bila saya dan rakan-rakan sekerja yang lain duk tanya je akak tu pasal percutian memang bengang je muka akak tu. Alih-alih saya ambil inisiatif sendiri cari travel agensi dan cuba hubungi kawan sekolah menengah dulu. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan saya. Di awalnya, saya minta quotation untuk empat tempat terpilih iaitu Bandung, Bali, Sabah dan Phuket. Akhirnya anak bos pilih untuk ke Bandung dan kos ke sana pon berpatutan. Seramai 11 orang staff yang pergi tanpa bos, anak bos dan family mereka. Dan saya sekali lagi diberi amanah untuk mengetuai percutian ini dan menjaga mereka sepanjang di sana. Berat tanggungjawab yang saya pikul dek kerana masing-masing dengan ragam yang tersendiri. Tapi saya pujuk hati dengan kata-kata "Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya". Walaupun sahabat saya menasihati saya supaya bahagiakan diri sendiri dulu baru fikir pasal orang lain. Janji saya dah uruskan percutian tu sebaiknya. Oh sweetnya kata-kata dia. Tapi kan bila kita berniat ikhlas untuk melicinkan segala urusan tanpa disedari Allah telah memudahkan urusan saya walaupun semua itu diuruskan dalam masa yang singkat. Alhamdulillah. Bila anak bos dah sign cek atas nama saya dengan jumlah yang agak banyak dan bank in pada kawan saya tersebut barulah saya rasa lega sedikit. Hanya menghitung hari untuk terbang dan melalui percutian dengan hati yang gembira tanpa memikirkan segala kesedihan sebelum ini. Ya itulah la niat saya bercuti kali ini. Saya hanya mahu rehatkan minda dan badan serta mahu bergembira segembira-gembiranya. Ahli keluarga saya juga menyokong supaya saya bercuti dan bergembira. Saya ceritakan rentetan perjalanan kami ke Bandung Jakarta satu persatu seperti berikut :-

3/1/2013 (Khamis)

Saya bergerak ke LCCT jam 12.30 tengah malam. Rasa-rasanya saya pergi dengan apa dan siapa? Emmmmm saya kiv dulu jawapannya ye. Sabar tau. Saya sampai di sana jam 1 pagi lebih. Ye la pagi-pagi buta jalan lancar je. Melangok la saya kat LCCT sesorang diri dengan ditemani cinta hati ASST. Saya habiskan masa menunggu rakan-rakan yang lain dengan membaca novel je. Kami dikehendaki berkumpul jam 4.00 pagi sebelum urusan imegresen. Penerbangan antarabangsa memang leceh sikit sebab tu kena kumpul awal. Waktu penerbangan pun awal jam 6.40 pagi memang la kena bertindak cepat. Flight kami terus ke Bandung. Sudah rezeki kami agaknya dapat terbang terus ke sana. Kebiasaannya pergi Jakarta dulu kerana tiket ke Bandung agak mahal. Alhamdulillah sekali lagi. Kami sampai di Bandung jam 8.15 pagi. Sebelum terlupa saya nak maklumkan bahawa waktu di Indonesia lambat satu jam daripada waktu kita.  Sampai di Bandung, kami dijemput oleh pekerja Neskop Travel dan terus dibawanya kami melawat gunung berapi yang masih aktif. Namanya tempat tu adalah Takubang Parahu. Kat sana sejuk-sejuk manja gitu. Lebih sejuk dari Cameron Highland. Saya pulak alah betul dengan tempat sejuk ni. Ape lagi mula la sok sek sok sek hidung ni. Terus demam hari tu campur dengan tak cukup rehat dan tak tidur semalaman.

pemandangan di Takubang Parahu

Lepas minum air cap badak berperisa strawberry nampak ok sikit. Petang tu kan nak jalan-jalan dan mula aktiviti bershopping. yabedabedu. Tak sedar diri betul la demam-demam masih aktif nak bershopping. Turun dari kawasan gunung berapa tu kami makan tengahari dengan hidangan nasi padang dan kemudiannya terus check in hotel di Hotel Cemerlang. Comel hotel ni dan sangat selesa walaupun hanya bertaraf tiga bintang. Pada saya tak menjadi masalah sebab hotel hanya tempat untuk tidur dan mandi je. Petang tu, kami ke tempat namanya Cibabuyut yang mana tempat untuk membeli kasut-kasut kulit yang berkualiti dengan harga yang murah. Oh ye terlupa saya nak bagi tahu pasal pertukaran wang ringgit malaysia kepada rupiah. Merasa la saya jadi "jutawan" di sana. Dengan tukaran RM315 saya dapat sejuta rupiah. Bayangkan la..hehehehehe. Kat Cibabuyut tu saya hanya shopping kerepek pisang keju n tempe serta baju tshirt jalan-jalan untuk dipakai esoknya. Saya sempat juga la beli pelekat peti sebagai ole-ole. Petang tu saya mandi hujan la. Malam tu demam semula. huhuhuhuhu.


kawah gunung berapi yang masih aktif


4/1/2013 (Jumaat)

Hari ini aktiviti kami bershopping sakan di Pasar Bharu, Tako Tiga, rumah Mode dan Factory Outlet. Saya paling suka pergi ke Pasar Bharu. Ibarat macam Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu la tapi takde la sayur mayur. Hanya tempat jualan pakaian saja. Ya ampun telekung solat kat sana cantik bangat buk. Murah-murah pulak tu. Naik juling mata saya nak memilih mane yang berkenan di hati. Seronok bukan main lagi. Sampai terlupa nak beli untuk diri sendiri..kahkahkahkah..Masa kat Tako Tiga pulak kedai jeans original Levis. Untuk sesiapa yang minat jeans ok la kot tempat ni. Memang murah giler-giler. T-shirt yang berjenama pun murah. Baru dalam anggaran harga RM35 sahaja. Nak beli untuk sahabat saya tapi rase teragak-agak pulak. Segan la nak bagi baju macam tu. Nanti salah faham pulak. Lain la kalu dia sah menjadi seseorang dalam hidup saya walaupun dia memang special..hahahaha..Berbelit-belit. Sambung citer semula ye. Di Factory Outlet dijual barangan branded dengan harga yang murah. Macam tu jugak kat Rumah Mode. Baju-baju yang berjenama cam Calvin Klien dan lain (tak ingat jenama) memang murah. Jauh beza la dengan harga di Malaysia hatta jualan murah di Sogo tu. 

ini Rumah Mode


5/6/2013 (Sabtu)

Hari ni kami check out dari hotel dan akan bertolak pergi ke Jakarta. Sebelum tu sempat singgah di Kartika Sari untuk beli brownies, kek dan coklat. Macam-macam jenis ada. Sediakan uang nya aja buk. Oh ye lupe pulak nak bagitahu hari ni besday K Long saya. Hepi Besday K long. Ucapan khas dari Bandung Jakarta. hehehehe. Kami bergerak ke Jakarta selepas lunch dan solat jamak qasar di R & R kat mane ntah. Dalam perjalanan saya tengok banyak landasan kereta api melintasi gaung-gaung dalam. Eeeeeee seram saya tengok tapi tak sempat nak ambil gambar. Terlepas je. Macam-macam saya jumpa dan paling terharu jumpa masjid yang sebijik dengan Masjid Negeri Shah Alam. Cuma kat sini "kurus" sikit berbanding di Malaysia. Tetiba rindu kat Malaysia. Rasa beruntung sangat dilahirkan di Malaysia. sob..sob..sob..sob..Sampai di Jakarta sempat singgah di Thamrin City untuk window shopping je la. Saya dah spend duit untuk shopping di Tanah Abang dan Manggar 2 esok. Batik-batik terkini dan moden amaktlah murah di sini. Geram saya tengok tapi tahan je nafsu nak beli tu. Selepas makan malam kami semua terus check in di Hotel Trinity. Hanya satu malam je kami menginap di sini. Kali ni duduk di tingkat 8. Biliknya agak selesa la. Syukur la kan untuk mandi, solat dan tidur je pon. Malam tu saya tengok cerita paranormal versi mat saleh. Tak tahu hujung pangkal cerita tetiba tengok part si ibu kena tarik dengan "menda tu". Tengok tanpa perasaan hanya dahi berkerut sejuta je. Malam tu jugak saya bermimpikan kisah tu. Seolah-olah saya yang jadi pemerhati dalam cerita paranormal tu. Macam-macam la.

6/6/2013 (Ahad)

Hari ini last day kami berada di Jakarta. Makan pagi macam biasa di hotel. Pagi tu saya hanya makan sedikit sahaja. Selera kurang memberangsangkan. Almaklumlah saya jarang makan pagi. Lebih kurang jam 9.00 pagi waktu sini bus sampai dan kami angkut barang-barang. Pagi ini aktiviti bershopping di Tanah Abang. Tempat yang saya tunggu-tunggu. Bangunannya besar dan bertingkat-tingkat. Berapa tingkat tak ingat la pulak. Yang pasti tinggi. Jenuh jugak saya dan rakan-rakan lain menjelajah bangunan ni. Seronok sangat-sangat sebab saya dapat beli apa yang saya nak. Terutamanya pakaian untuk ke pejabat dan Mahkamah. Saya borong tiga pasang sut lengkap gaya korporat. Dua pasang sut berseluar dan sepasang sut hitam berkain untuk ke Mahkamah. Dengan harga yang tidak sampai RM60 memang sangat-sangat berbaloi. Walaupun ada yang jeles saya shopping sakan tapi saya pejam kan mata je. Lantak la bukan saya mintak duit orang pon kan. Apatah lagi nam menunjuk-nunjuk langsung tak terpikir hal tu. Janji kepuasan diri saya berbelanja untuk diri sendiri. Saya siap beli jubah dua moden dua pasang lagi siap dengan inner. Bayangkan dua pasang jubah tu hanya berharga RM83. Murah kan? Memang boleh "giler" jap saya duduk sini lama-lama. Tu pun saya puas shopping. Di Manggar Dua pulak saya hanya beli dua handbag sahaja untuk diri sendiri dan hadiah hari jadi K Long. Saya ade berkenan satu handbag jenama Channel baldu krim cantik sangat tapi kehabisan duit la. Teringat-ingat bag tu. Rp 150k tapi masih boleh ditawar lagi. Geramnya saya nak beli. Waaaaaaaaa sedih. Tahan je hati ni. Kemudiannya, kami bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta. Dah tiba masa untuk pulang ke Malaysia. Cuaca di Jakarta hujan renyai-renyai dan mendung seolah-olah bersedih dengan kepulangan kami. Jakarta Bandung tungguuuuu saya akan datang lagi hujung tahun ni. Inshaallah. Penerbangan balik pada jam 9.40 malam. Sampai di KLIA jam 11 lebih malam. Keluar saja dari pintu kapal terbang rupa-rupanya dah ade orang tunggu saya la. Waaaa terharunya. Siap hantar saya balik rumah sewa dan tolong angkat bag sehingga ke depan pintu rumah. Apa perasaan saya masa tu ek? Ntah la.. Jalan pun terhuyung hayang macam apa dah menandakan saya sangat-sangat penat. Tapi mata tak mahu tidur. Adoiiii la. itulah pengalaman saya bercuti last minute yang dipermudahkan segalanya.. Syukur alhamdulillah..:)

p/s : terima kasih daun keladi sahabatku yang sudi hantar dan ambil saya di airport. jasamu ku kenang hingga ke hujung nyawa..kau lah sahabatku di dunia dan di syurga..

Rabu, 2 Januari 2013

Hi tea Bersama Melur Jelita

Salam semua,

Pada 22hb Disember, 2012 baru-baru ni saya join hi tea bersama penulis novel terkenal di Intekma Resort, Shah Alam. Tau tak siapa penulis novel terkenal tu? Semestinya MELUR JELITA (MJ) penulis novel Awak Suka Saya Tak (ASST) dan I Love You Stupid (ILUS). Dua-dua novel MJ tebal tau. Mau berchenta la nak habiskan baca novel-novel tu. hehehehehe. Saya dalam proses mengulang baca novel-novel tu. Seronok sangat dapat berjumpa dengan MJ dan rakan-rakan dalam group ASST. Walaupun tak kenal tapi kami mesra macam dah jumpa berpuluh-puluh tahun. Istimewanya sebuah ukhuwah kerana Allah. Paling seronok bila dapat berjumpa dengan MJ. Banyak kali saya dipeluk dah dicium pipi oleh MJ. Terasa macam disayangi sangat-sangat. Apatah lagi MJ merupakan senior saya di APIUM, KL. Bertambah teruja dia sewaktu berjumpa saya. Saya pulak lagi la teruja. Jumpa live tu. Macam-macam aktiviti yang dibuat sepanjang 3 jam berada di sana. Saya sampai sana agak lambat satu jam. Pagi tu saya masuk ofis kejap setlekan keje dan terperangkap dalam jem. Kelam kabut balik rumah dan bersiap ke Intekma. Dalam perjalanan ke sana hujan lebat selebat-lebatnya siap dengan kilat dan guruh. Eeeee takut la saya. Dah la drive sorang-sorang. Cekalkan hati je sebab nak jumpa MJ dan kawan-kawan baru. Sampai je kat sana terus parking kereta dan berlari-lari anak ke tempat yang dituju. Majlis dah mula masa saya sampai. Nasib baik tak terjatuh tergolek masa panjat tangga. Al-maklumlah saya berpakaian seperti seorang puteri raja dengan salinan long dress lip lap lip lap warna kegemaran saya UNGU dan tudung warna senada. kebetulan yang tidak dirancang bila saya dan MJ pakai warna yang sama. Kami sama-sama pakai warna PURPLE dan berjubah. hehehehehehe. Manisnya kenangan hari itu semanis blog Senyuman Manis saya ni. Perasan je kan. Dalam majlis tu tanpa diduga saya boleh bangun dan berlari pantas semata-mata nak jawab soalan kuiz. Soalan yang ditanya adalah "buah apakah yang dibaling oleh Firman kepada Iris?". Sewaktu saya bangun dan berlari sejujurnya saya cakap memang saya tak sedar sebab rase fikiran melayang ke dunia lain. Tetiba saya dah berada di depan kak Hayati Ahmad dan pegang mikrofon. Saya boleh pulak senyum-senyum malu kucing depan mikrofon. Nasib baik jawapan saya betul dan dapat la hadiah kenangan daripada ASST iaitu sebuah beg bercop gambar ASST, sebiji mug ASST, bekas pensel ASST, pelekat kereta ILUS. Seronok bukan kepalang lagi saya ni mengalahkan budak-budak dapat gula-gula lagi. Memang lawak bila dingat-ingat kembali apa yang belaku. Macam mana la saya boleh berlari nak jawab soalan kuiz tu. Spontan sangat-sangat. Impian saya nak kelihatan sebagai seorang puteri tercapai. Biar la orang nak kata saya ni perasan dan syok sendiri pun janji saya bahagia dengan pakaian saya. Ayat cover diri tu. hahahahaha. Apa-apa pun saya bersyukur sangat-sangat sebab dipermudahkan urusan saya hari tersebut dan bergembira dengan semua warga group ASST. Saya ni datang paling lambat tapi balik paling awal. hehehehehe. Tu yang kena peluk je dengan MJ. Seronok sangat hari tu..:)

p/s : moga-moga sahabat saya dapat hantar saya kat lcct nanti dan jemput saya kembali di klia empat hari kemudiannya..