Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com
Memaparkan catatan dengan label Masalah Rumahtangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masalah Rumahtangga. Papar semua catatan

Selasa, 31 Mac 2015

Penjara Seorang Isteri

As salam semua,

Selamat Petang. Mendung memenuhi ruang langit tatkala saya sedang aktif mengetuk papan keyboard. Hari ni saya hanyalah berada di rumah dan mengemas bilik dan melakukan rutin seorang surirumah. Praktis awal-awal supaya tak la kejutan budaya dalam alam rumahtangga nanti.hehehehe. Saya juga menyiapkan barang-barang untuk outstation lagi esok dan segala persiapan untuk sebutan kes luse. Sambil menyiapkan kerja-kerja tersebut tadi saya sempat melayan drama di Astro bertajuk PENJARA SEORANG ISTERI. sadis betul cerita ni. 

Sedikit sinopsis yang saya nak kongsikan :

Si isteri (alamakkkk terlupa pulak nama watak isteri) lakonan Sariyanti yang bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan mempunyai pendapatan tetap telah berkahwin dengan Zaid lakonan Faizal Husein. Zaid tidak bekerja dan hanya mengharapkan isterinya bekerja dan sering meminta wang daripada isterinya. Si isteri sangat baik sering bagi wang belanja harian kepada suaminya. Mereka mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan mereka. Malangnya, Zaid sering pukul isterinya apabila disuruh bekerja sehinggalag si isteri dimaklumkan menghidapi penyakit kanser payudara. Sebelum ini si isteri telah menfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah tetapi terpaksa ditarik semula kerana kesihatan tak mengizxinkan. Setelah sihat si isteri menfailkan semula tuntutan fasakh beliau. Disebabkan masalah kewangan dan tidak mampu melantik Peguam Syarie maka si isteri mewakilkan dirinya sendiri tanpa Peguam Syarie. Lebih menyedihkan lagi apabila si suami telah berkahwin lain di Selatan Thailand tanpa pengetahuan si isteri. Si suami masih tidak bekerja walaupun telah berpoligami. Si isteri pertama telah mengemukakan alasan-alasan fasakh seperti suami cuai dan gagal beri nafkah selama lebih tempoh setahun dan lain-lain lagi. Isteri kedua juga pernah meminta wang blanja dengan isteri pertama kerana beliau juga tidak dibenarkan bekerja oleh si suami. Isteri kedua juga meruopakan salah seorang saksi isteri pertama. Sepanjang prosiding kes berjalan pernah si suami datang serang isteri pertama di rumah isteri pertama dan memukul isteri pertama dengan helmet dalam kedaan isteri pertama masih tidak sihat kerana sel kanser aktif kembali. Setelah berjuang untuk mendapatkan hak beliau dan doa yang tidak putus-putus pada Illahi akhirnya Mahkamah membubarkan perkahwinan mereka dan sabit fasakh.

Sepanjang saya menontin drama tersebut saya sangat-sangat geram dengan watak si suami. Menjadi lakonan Faizal Husein sebagai suami yang tidak bertanggungjawab dan panas baran serta kaki pukul. Satu drama yang mengangkat martabat Mahkamah Syariah di mana si isteri kuat dan tabah hadapi tohmahan dan tekanan daripada suami. Malah, isteri juga berani untuk perjuangkan haknya supaya perkahwinan mereka dibubarkan melalui fasakh.  Macam-macam cabaran dan halangan yang dilalui oleh isteri dalam tuntutan fasakh tersebut. Walaupun, apa yang dilakonan dan ditonjolkan dalam drama tersebut kurang jelas dan masih ada perkara yang tertinggal tapi bagi saya drama ini sudah boleh membuatkan para isteri di luar sana faham apa yang dimaksudkan dan prosedur untuk tuntutan fasakh. Kagum saya dengan si isteri yang tak melenting apabila madunya datang menceritakan hal sebenar dan minta duit belanja. Murninya hati isteri pertama.

Moga coretan saya akan memberikan pengetahuan kepada anda yang membaca Senyuman Manis saya. Jumpa lagi

p/s : esok nak failkan kes fasakh di MRSPJ..

 

Khamis, 25 April 2013

Demi Pengesahan Anak Kariah

As salam semua,

Lama rasenya saya tak menjengah blog Senyuman Manis saya ni. Tapi setiap hari saya senyum dengan manis sekalai tau walaupun stress dan muka serius sepanjang di ofis. Tapi sambil siapkan "kerja-kerja" yang tak pernah habis ni saya senyum dengan manis sekali tau. Tak caya??? Senyum. Hah tengok kan saya dah senyum kan. heheheehehe.

Ok la. Hari ni saya nak cerita pengalaman saya demi nak dapatkan tandatangan dan cop pengesahan anak kariah bagi klien saya warganegara Iran ni. Apa yang anda fikir bila saya sebut Iran? Sudah pasti pasal Syiah kan. Saya pun duk mencari maklumat pasal tu juga sejak akhir-akhir ni. Terima kasih buat sesiapa yang sudi berkongsi maklumat pasal tu kat saya. Tapi kali ni secara live saya bersoal jawab pasal ni kat klien saya. Nanti-nanti la saya kongsi pasa syiah ni ye. Orangnya comel sangat. Saya suka tengok mata dia yang besar, bulu mata lebat dan lentik serta anak mata coklat. Cantik sangat. Subhanallah dengan ciptaan Allah.

Petang tadi saya dan klien Iran ni sama-sama berjumpa dengan Ust Zaki di PULAPOL kat Padang Tembak, KL ni. Pertama kali saya masuk kat pusat latihan Polis ni. Ada sorang klien saya yang kerja kat sini. Sampai di PULAPOL saya terpaksa meninggu Ust Zaki ni hampir sejam sebab dia ada mesyuarat. Dah buat appoinment tapi terpaksa menunggu jugak. Saya ok je sebab ye la kan jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan efisyen. Nak masuk sini bukan mudah. Kena ambil pas pelawat bagai. Tinggalkan IC kat jaga. Dah la budak-budak muda yang jaga. Baya adik-adik saya la kot. Alhamdulillah dapat masuk gak. hehehehehe. Saya diminta pergi ke Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) di bangunan baru di aras 2. Bila Ust Zaki sampai saya dan klien Iran ni diminta masuk dalam bilik dia. Dugaan pertama saya bila Ust ni tak dapat nak tandatangan sebab tempat tinggal klien saya bukan dalam kawasan jagaannya. Aduhhhhh. Nasib la ust ni bagi solusi minta saya ke Masjid Abu Ubaidah aj-Jarrah kat Sri Rampai gak tapi berjumpa Ust Nizam. Sebelum ni saya dah call Ust Taufik banyak kali tapi gagal untuk ditemui. Semoga ust tu dapat taufik dan hidayah sekali la ek. Payah beno nak jumpa. Alhamdulillah sekali lagi bila USt Nizam bersetuju untuk berjumpa malam ni. Jadi saya berjanji dengan klien ni untuk ambil dia dan pergi berjuma Ust Nizam sama-sama. Sementara menunggu Ust Zaki sampai kan saya berbual-bual dengan klien ni macam-macam topik. Speaking London saya hari ni. Goreng je la labu. Masa tu la saya korek rahsia pasal syiah ni. Bertambah lagi pengetahuan pasal syiah ni. Alhamdulillah. Oh ye sebenarnya kan klien saya ni sebaya saya. Suami dia pon same gak. Tapi air muka dia nampak matang la berbanding dengan saya yang macam kanak-kanak riang ni. 

Berbalik kisah tadi saya telahpun pergi ke Masjid Abu Ubaidah aj-Jarrah ni dan berjaya bertemu dengan Ust Nizam. Sebelum dapat tandatangan dan cop keramat tu macam-macam soal jawab berlangsung. Rasa macam kena soal oleh polis untuk seisi siasatan sesuatu kes jenayah je. Boleh pulak Ust Nizam tanya saya "awak ni lawyer dia ke?" Ayoyoyoyo ust ni. Saya siap pakai baju hitam putih hari ni sebab ada sebutan kes di MAhkamah Syariah KL pagi tadi. Macam ada keraguan je pada riak muka ustaz ni. Aishhhh tak caye lak saya ni peguam syarie. Bila saya keluar hujah-hujah kepeguaman syarie saya baru nak caye. Ape la ustaz. Kang saya pertikai ustaz ni layak ke jadi pegawai jaga anak kariah haru je kang ustaz..hehehehehe. Akhirnya ust pun tandatangan dan cop empat (4) salinan yang saya buat. Allahamdulillah juga saya dan klien ni dapat bungkusan makanan sebab ada tahlil di masjid tu tadi. Rezeki tergolek-golek la. Syukur berkat kesabaran mendapat cop pengesahan anak kariah. 

Lupa pulak nak cerita kisah selepas pulang dari PULAPOL tu. Sewaktu saya nak pulangkan kad pelawat dan ambil semula ic saya tu dah mula hujan. Bila saya nak pulangkan kad pelawat tu boleh pulak adik-adik polis yang lelaki ni duk bersoal jawab pulak dengan saya. Siap pegang ic saya dan baca apa-apa yang patut. Saya dah tau dah mesti tengok no ic ni nak tau umur saya selain tengok nama. Akak dah tua la dik. Tak sesuai nak jadi calon anda. Bukan calon mengundi ye. hehehehehe. Siap berlambai-lambai bertabik bagai lagi lepas tu. Amboiiiiii dik. Akak hanya orang biasa je bukan warga polis pun walaupun minat cerita kepolisan Hong Kong. Masuk je dalam kereta kan terus hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Takut gak saya masa tu. Lebat sangat hujannya. Sempat la jugak saya baca doa hujan ni. Dalam hati dah terdetik pasti banjir kilat ni. Saya hantar klien ni ke tempat tinggal dia. Sambil-sambil tu bersembang. Adakalanya saya dengar alunan zikir dari Hafiz Hamidun di kala hujan-hujan ni. Tawakal je saya redah hujan dan banjir. Mujur tak seteruk banjir di UM. Syukur ya Allah dipermudahkan segala urusan saya walaupun diduga dengan macam-macam hal. Alhamdulillah. 

Saya dan klien ni kan semakin rapat dan dia selesa untuk berkomunikasi dengan saya. Tapi saya hanya jalankan tugas saya demi mencari rezeki yang diberkati. Kalau ikut penat memang penat sebab pagi ni saya ada sebutan lagi di MRSKL. Kemudian bergegas ke MRSGT (Keramat) nak failkan kes baru. Luse saya dah mula cuti panjang jalan-jalan rehatkan minda terbang ke seberang. Tak sabar nak qada' tidur ni. Alhamdulillah la hujah kembali taat dah siap dan boleh difailkan esok walaupun lambat tiga hari. Ada yang lebih menggembirakan hati saya hari ni bila klien Iran saya ni suke warna kegemaran saya tau. Tak sangka dia minat warna UNGU gak. Dalam kereta saya kan banyak hiasan dan bantal-bantal kesayangan saya warna UNGU. Jangan jeles saya ada sepasang bantal terung tau. Comel sangat. Ada sepasang bantal love gak dan bantal kecik strawberi warna sama. hehehehehehe. I love purple like love myself. Cewahhhhhh..Senyum je la saya hari ni kan..Itulah kisah yang saya lalui hari ni..:)

nota penting!!! : klien saya ni nak minta fasakh sebab suaminya pukul dia sampai tahap dapat perintah tegahan dari gangguan suaminya (IPO-orang undang-undang paham la mede alah ni)

p/s ; nak tergelak rase bila teringat sorang budak lelaki comel datang peluk saya tetiba di Mahkamah tadi. selalu je jadi macam tu. Hari tu sorang budak comel gak nak ikut saya balik. macam-macam la..:)

Jumaat, 19 April 2013

Semalam Abang Hari Ni Adik Pulak

As salam semua di hari Jumaat yang Mulia,

Dugaan lagi la. Semalam si abang yang terjah dan sembur saya. Hari ni si adik pulak yang call saya. Suara ketat dan keras semacam je. Apa masalah la diorang ni. Saya dah cakap elok-elok dengan nada lemah lembut sopan santun lagi berhemah cari pasal lagi. Takkan la sebab nak dengar suara "merdu" sya ni pulak sanggup call banyak kali. Pelik..pelik (dengan gaya geleng kepala sambil berkerut dahi). Emmmm si adik kali ni cuba nak berdebat dengan saya juga tapi saya cakap Deraf Perintah masih dalam semakan Mahkamah. Tak tahu bila akan dapat sebab tau-tau je la kan bila berurusan dengan kerajaan ni macam mana kan. Sabo je la. Lagi-lagi Mahkamah Syariah Shah Alam tu. Kena lebih banyak bersabar walaupun dah tahap meletus lava gunung berapi. Jangan la tanya saya bila akan dapat Perintah bersih tu saya mana la tau bila hakim siap semak. Saya pun bukan suka nak pending kerja apatah lagi bila keputusan dah dibuat. Lagipun hakim bukannya nak semak deraf perintah kes abang dia sorang je. Berlambak lagi kes lain yang hakim nak semak.  Mohon bersabar la ye encik. opppppsss terbebel pulak dah. hehehehehehehe.

Harap maklum ye saya hanya seorang manusia yang punya dua tangan bukan seorang robot yang boleh dikontrol dan dipaksa buat kerja walaupun tak disukai. Bagi la kerjasama bukan dengan cara nak emo je hentam orang. Saya punyalah baik nak tolong pihak-pihak dalam mendapatkan hak masing-masing sebaiknya bukan nak berat sebelah. Prinsip saya dalam bekerja adalah MEMUDAHKAN DAN MENYENANGKAN URUSAN ORANG. Sila la paham dan hormat prinsip saya tu. Nak marah tu tak salah tapi biar berpada. Bila kita marah orang tanpa sebab akhirnya kita akan malu sendiri akibat sikap gelojoh dan kurang sabar kita tu. Ni siap tanya saya bila akan sampai Perjanjian Persetujuan bersama suami isteri pasal hak jagaan anak (hadhanah) ni. Mana la saya tau. Tu kerja posmen bukan kerja saya. Takkan la nak suruh saya jadi peguam, posmen dan hakim dalam satu masa kot. Tamak haloba sangat la saya kalau macam tu. Kerja sebagai lawyer ni pun tak tergalas di bahu saya apatah nak buat kerja-kerja orang lain pulak. Tunggu dan sabar la sebab saya dah pos. 

Agaknya macam ni la kan pemikiran orang awam bila terlibat dalam kes Mahkamah tak kiralah sivil mahupun syariah kan. Lebih haru lagi kalau jenis yang tunjuk pandai dan berlagak. Ego tu tak payah cerita la memang menyampah saya tengok. Sampai tak tercerita dah pengalaman berdepan dengan mahluk spesis ni. Tapi alhamdulillah saya berjaya kontrol marah tadi dan cuba terang dan jelaskan pada si adik ni dengan sebaiknya. Alih-alih dia minta saya email. Ok boleh je. Tu hanya hal kecil saja saya memang akan bagi kerjasama. Jangan la cabar kesabaran saya lagi sebab saya bukanlah jenis yang 'bersabar" sangat tau..hehehehehe. Akhir sekali saya nasihatkan si adik ni supaya bagitahu kat si abang ni minta hantar anak sebelum jam 6.30 petang esok pada isteri si abang @ kakak ipar si adik ni la.

Kesian jugak saya pada diorang adik beradik ni kan. Demi mempertahankan hak abangnya sebagai seorang bapa kepada dua orang hero hingga marah-marah orang sesuka hati dan selazat rasa je. Ujian kecil ni kalau saya tak mampu hadapi dan handle macam mana nak berdepan dengan ujian lebih berat kan seperti ugutan bunuh dan dicederakan yang melibatkan keselamatan nyawa dan diri kan. Cik senyuman manis tak boleh terikut dengan emosi orang kena kontrol macam mana nak selesaikan sesuatu perkara dengan cara yang berhemah dan efisyen tanpa perlu merosakkan emosi sendiri kan. Setuju?????? hehehehehehe.   

Selesai satu hal..alhamdulillah..:)

p/s : nak tergelak bila lawyer umur sebaya panggil saya kak dengan alasan saya lebih berpengalaman dalam bidang ni.. hahhhhhhh????? 

Khamis, 18 April 2013

Diterjah dan Disembur Tanpa Sebab

As salam semua,

Hari ni saya lalaui pengalaman pahit sepahit hempedu la. Tengah syok saya menaip untuk baiki deraf perjanjian persetujuan bersama klien tetiba talian telefon ofis disambungkan pada saya. Ada seseorang nak bercakap dengan saya sebab saya dengar Mar sebut nama saya tadi. Dengan rasa malas saya angkat telefon tu sebab tengah banyak idea dan fokus pada perjanjian kan. Bila dah angkat panggilan tu tak semena-mena mamat ni sembur saya dengan ayat-ayat berbisa dan aura kemarahan dia yang berapi-api. Terkejut ala-ala monkey la saya masa tu. Dah la saya puasa hari ni membuatkan saya lemau sikit kat ofis. Pelik la mamat ni call sebut nama saya semata-mata nak marah-marah. Adooooiiiiiiii la. Sabar..sabar..sabar.. Astaghfirullaha'azim. Bersabar ye hati. 

Lupe nak cerita mamat ni suami klien saya. Nama dia N (bukan nama sebenar). Ni kes cerai dan berebut anak. Si N ni melarikan anak sulung lelaki dia ke Melaka. Anak tu masih menyusu badan dengan si ibu klien saya ni. Memang psiko sikit la mamat N ni. Masa si Mahkamah dulu dia bukan main terlebih ramah bila saya tanya klien mana suami dia. Ada ke patut masa tu jugak si N ni melambai-lambai tangan dia ke arah saya. Macam faham je apa yang saya tanya kat klien saya. Kiranya saya perlu bersiap sedia la dengan orang macam ni. Agresif nampak. 

Balik semula kisah pagi tadi ye. Mamat N ni marah-marah sebab ingat klien saya ni main-main dan sengaja taknak datang kes yang dia failkan di MRS Melaka. Daerah mana saya pun tak pasti la. Mamat tu failkan kes nusyuz untuk isteri dia. Kelakar betul la. Dah la diorang ni bersetuju nak bercerai dengan cara baik dan kebenaran Mahkamah. Kenapa pulak dia pergi failkan kes nusyuz tu pulak? Pening saya dengan ragam si suami yang berlagak pandai dalam undang-undang syariah ni. Pas tu nak marah-marah saya pulak sebab saya ni peguam isteri dia. Awal-awal tu saya biarkan dia sembur saya ni dulu sebab nak tahu apa kisah sebenarnya. Siap mengamuk-mengamuk marah-marah dan ugut taknak hantar anak sulung diorang kat klien saya 20hb ni. Tu perintah Mahkamah Tinggi Syariah. Kalau taknak serah memang cari nahas la. Lepas mamat tu duk pot pet pot pet..bla..bla..bla..bla..kat saya terus saya terangkan kat dia macam mana prosedur Mahkamah kalau saman nusyuz tu tak sampai pada pihak satu lagi. Jenuh saya terangkan siap ada adegan perli memerli lagi antara saya dan mamat tu. Lazimnya saya la yang perli. Berhemah cara halus tu. Degil yang amat taknak dengar sangat apa yang saya terang. Suara saya lembut macam biasa cuma tetiba jadi kuat sebab saya perasan semua orang kat ofis ni diam je bila dengar suara saya dah tinggi dari kebiasaan. Untuk makluman saya selalu ada masalah bila bercakap dengan orang kebiasaannya orang tak dengar suara saya sampai selalu kena tegur dengan hakim dalam Mahkamah. Tapi tadi saya pun rase macam suara saya terkuat sikit. 

Mamat ni berkira dia kena kelaurkan duit nak bayar filing kes nusyuz tu. Masalahnya siapa suruh dia failkan kes nusyuz tu sedangkan dah setuju nak bercerai dengan cara baik. Tak paham betul la saya dengan mamat ni. Bila saya banyak bidas apa yang dia pertikaikan dengan ayat undang-undang saya baru la dia beralah. Mula-mula panggil saya Puan lepas tu dah tukar jadi Cik lepas tu dah panggil nama je. Senyum sumbing say a masa tu. Kelakar. Terlintas gak di hati saya yang  mamat ni sengaja nak provok saya atau saje menguji kesabaran dan naikkan kemarahan saya. Isu kes dia tu simple je dan saya dah pun terangkan kat dia dengan sebaiknya. Bila lelaki bergelar suami ni  nak tunjuk ego bijak pandai macam ni la jadinya. Terjah dan sembur orang tanpa sebab. Ilmu jauh sekali la kan. Ya Allah bersyukur aku padaMu hari ini diuji sebegini. Alhamdulillah. Walaupun pedih tapi saya terima dengan senyuman. Spoil je mood saya nak siapkan perjanjian klien saya yang lain ni. Nasib hujah dah siap diderafkan semalam. Inilah cabaran saya bila bergelar peguam syarie. Berasap jugak kadang-kadang tu. Mungkin hari ni hari lelaki bergelar suami orang yang nak bercerai beremosi kot. 

Sebelum tu saya ada terima panggilan juga dari sorang klien pasal surat akuan nikah dia hanya ada satu je yang asal. Tapi saya pelik sebab biasanya surat akuan nikah akan dapat sepasang untuk suami dan isteri satu sorang. Bila nak bercerai timbul masalah pulak. Saya cakap takpe la satu pun janji ada yang asal sebab nanti hakim nak tengok surat akuan nikah asal. Lepas tu nak kena batalkan kat pejabat agama pulak. Dia nak lawan cakap pulak dengan saya. Adoiiiii la. Lama-lama ni jadi incredible hulk la saya ni tapi versi purple pulak. Lagi ganas dan garang. hahahahahahahaha. Penat tau layan karenah orang yang cam ni. Adik-adik kalau tak kuat dan mudah terasa saya nasihatkan tak payah la nak praktis jadi lawyer sivil mahupun lawyer syarie. Boleh banjir ofis kalau tak tahan dengan ragam klien ni yang ada penyakit suka maki hamun. Fikir masak-masak la ye. Bukan nak patahkan semangat tapi ni la realiti kerjaya glamer sebagai peguam. 

Ok la, saya dah cool semula ni. Nak siapkan Penyata Tuntutan kes Fasakh warga Iran pulak ni. Ada kaitan dengan Syiah jugak la. Maklumat pasal Syiah pun saya tak habis baca lagi. Tolong saya Cik Sufi.....

p/s : nak makan nasi kukus ayam berempah la tuk berbuka ni..lapar je minggu sejak berkurung dengan hujah ni..  

Rabu, 3 April 2013

Musim Bercerai

Salam semua,

Saya makin rajin update perkembangan terkini diri saya dan kisah semasa. Apa yang dapat saya katakan sekarang ni adalah MUSIM BERCERAI. Sana sini banyak kes perceraian. Macam-macam jenis perceraian yang difailkan di Mahkamah Syariah. Antaranya cerai dengan persetujuan bersama dengan kebenaran Mahkamah, perceraian secara fasakh, ta'liq, khuluk (tebus talaq) dan lian. Tapi saya banyak terima kes perceraian dengan kebenaran Mahkamah dan juga fasakh. kadang-kadang terlintas di fikiran saya kenapa la diorang ni nak bercerai setelah bertemu jodoh masing-masing dan hidup bersama dengan janji sehidup semati. Apakah kata-kata klise "sudah tiada jodoh" tu relevan digunakan atau sekadar pengubat lara di hati saja. Apa pendapat anda semua? Saya cukup sedih setiap kali klien datang berjumpa untuk failkan kes cerai.  Adakala saya akan bagi khidmat rundingcara dulu. Adakalanya saya akan cuba hantar surat cadangan penyelesaikan secara baik dulu dan adakalanya saya akan terus failkan kes di Mahkamah bergantung keadaan klien pada masa tersebut. Selagi rumahtangga mereka masih boleh diselamatkan saya akan terus pertahankan dan cuba memberi sepatah dua kata secara berhemah bagi mengelakkan berlaku perceraian. Sekiranya keadaan semakin parah dan samapai tahap kronik terpaksalah saya guna solusi bercerai bagi kebaikan kedua-dua pihak. Anda semua tentu tahu tentang dali yang menyatakan bahawa talaq merupakan perkara halal yang PALING dibenci Allah. Kenapa hukum talaq adalah harus dan bukannya haram kerana Allah lebih Mengetahui keadaan hamba-hambaNya dan tidak menjadikan hukum talaq adalah haram. Cantik kan aturan Allah. Subhanallah. Bila terbabit dalam bidang undang-undang Syariah membuatkan saya buka mata seluas-luasnya dan banyak berfikiran tentang permasalahan yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga sehingga goyah bila dilanda badai. Ianya bukan bermakna saya takut dan menolak untuk berumahtangga sebaliknya saya ambil pengajaran daripada kisah kegagalan rumahtangga klien-klien saya, rakan-rakan dan orang sekeliling saya. Mencegah lebih baik dari mengubati merupakan ungkapan yang sesuai untuk mengelak kesakitan dalam  rumahtangga. Jadi, jangan bersedih ye kawan-kawan yang masih membujang di luar sana. Rahsia Allah tak perlu kita campuri. Berbalik pada kisah perceraian di mana ada satu kisah klien saya yang merupakan golongan profesional dan akademik memilih untuk bercerai. Kes ini pada saya amat menyedihkan apabila si isteri yang masih dalam program menyiapkan tesis PhDnya terpaksa menarik diri dari meneruskan penulisan tesis tersebut di sebuah universiti di luar negara apabila mendapat tahu si suami berpoligami tanpa kebenaran dan berkahwin di luar negara. Bayangkanlah bagaimana keadaan emosi si isteri pada saat kritikal untuk bergelar seorang doktor falsafah berhadapan dengan masalah rumahtangga yang sedemikian. Si isteri tidak menolak hukum berpoligami. Dia masih boleh menerima tamparan hebat berita yang menyayat hati tersebut tetapi hati isteri amat terluka apabila si suami mula mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya dan juga anak-anak. Secara zahirnya si suami langsung tidak mampu untuk berpoligami. Bekerja sebagai seorang ustaz yang memberi ceramah pada orang lain tentang tetapi tidak mengaplikasikan apa yang diceramah untuk diri sendiri. Hairan bin pelik la saya dengan golongan manusia macam ni. Bercakap pasal agama bukan main lagi berdegar-degar tapi habuk pun tarak. Perangai mengalahkan apa juga. Tuntutan agama tak dilaksanakan pun. Ustaz tahi kucing saya gelarkan untuk mereka ni. Disebabkan perangai tak semengah macam ni la merosakkan nama baik ustaz di mata masyarakat. Gelaran ustaz tu cukup mulia bagi yang mempunyai pengetahuan agama yang tiada tandingan. Tolong jangan memalukan nama baik ustaz. Harap maklum!!!!!! Inshaallah minggu depan saya akan baca wakalah oerlantikan peguam untuk si isteri ni. Doakan semoga segala urusan saya dipermudahkan ye. Harap dapat membantu anda semua dengan perkongsian yang tak seberapa ni demi kebahagiaan rumahtangga yang sakinah mawaddah wa rahmah ye. 

p/s : macam mana ni PRU 13 dijangka hujung bulan ni. saya pulak ada misi terbang jejak kasih..waaaaaaaa

Jumaat, 18 Januari 2013

Pura-pura Sakit

Salam Jumaat semua,

Semalam saya ada sambung perbicaraan bagi kes Fasakh yang mana saya merupakan Panel Biro Bantuan Guaman  (BBG) yang dah bertukar nama kepada Jabatan Bantuan Guaman (JBG). saya mewakili si isteri selaku Plaintif dalam kes tersebut. Sepatutnya petang semalam ditetapkan untuk keterangan utama Defendan iaitu si suami. Malangnya, Defendan memaklumkan hasrat hatinya untuk tangguh bicara. Suka suki hati dia je nak tangguh kes. Dah la Plaintif sanggup cuti dari kerja dan hadir ke Mahkamah untuk meneruskan perbicaraan. Geram saya dengar Peguam Syarie Defendan bagitahu hal sebenar. Defendan memang keras kepala dan degil. Nak orang ikut cakap dia je. Mane boleh macam tu pakcik. Bertolak ansur la sikit. Peguam Syarie Defendan pun malas nak layan karenah dia. Kadang-kadang bila kami bertegas dan "garang" mula la anakguam kata peguam tak nak sebelah anakguam. Maaf la ye wahai anak-anak guam sekalian. Kami bekerja atas prinsip memberi hak pada yang berhak. Kalau terang-terangan dah buat salah takkan la kami nak sokong anda lagi. Ada paham??? Sabo-sabo ye cik Peguam. Dah membebel pulak. Sebenarnya, saya nak ceritakan apa yang berlaku petang semalam. Sewaktu saya bangun untuk memaklumkan pada Tuan Hakim kata-kata mukaddimah selaku Peguam Syarie Plaintif, saya memaklumkan bahawa petang semalam merupakan sambung bicara bagi keterangan utama Defendan. Mohon pengesahan daripada Peguam Syarie Defendan. Beliau telah mengesahkan kehadiran anakguam dan apa yang saya maklumkan sebelum itu serta memberitahu Mahkamah tentang hasrat anakguam beliau untuk menangguhkan perbicara dengan alasan SAKIT KEPALA. Kemudian, beliau meminta anakguamnya memberi pengesahan pada Mahkamah. Dengan alasan sakit kepala dan tanpa rasa bersalah Defendan mohon untuk tangguh. Saya bantah dan kata pada Mahkamah bahawa Plaintif telah hadir dan Defendan kelihatan sihat sahaja. Saya mohon perbicaraan diteruskan. Berlaku bantah membantah antara saya dan dan Defendan. Tuan Hakim memberi pertimbangan dan peluang terakhir pada Defendan untuk tangguh perbicaraan. Akan datang sakit atau apa sahaja tiada alasan untuk tangguh bicara dan Mahkamah mengarahkan Defendan membayar kos kepada Plaintif. Puas hati saya. Kemudiannya, tetiba sahaja Defendan bangun dan minta pandangan Mahkamah berkaitan kes mereka. Tuan Hakim memberi pendapat beliau dengan sebaiknya supaya Defendan berfikir masak-masak untuk teruskan kes ini. Beliau menasihati Defendan supaya melepaskan Plaintif dengan cara baik. Sekiranya diteruskan kes Fasakh ini akan terbongkarlah segala aib dalam rumahtangga mereka pada orang ramai kerana perbicaraan dibuat dalam dewan terbuka. Saya dan Plaintif hanya berpandangan dan senyum sahaja. Dari percakapan Defendan tersebut Tuan Hakim dah boleh baca macam mana perangai sebenar Defendan. Minta nasihat dan padangan Tuan Hakim tapi bila diberi pandangan melenting pula. Siap Tuan Hakim bagi sindiran pedas lagi. Terngiang-ngiang lagi kata Tuan Hakim 'Pada saya kalau orang dah tak nak pada kita tak perlulah kita terhegeh-hegeh minta orang kembali suka pada kita. Lepaskan la isteri kamu dengan cara yang baik." Wowww..sentap kata-kata Tuan Hakim sambil pandang ke arah saya. Siap kata lagi semoga kamu diberi HIDAYAH untuk membuat keputusan terbaik dalam rumahtangga kamu. Nama saya juga disebut-sebut Tuan HAkim ni. Kembang-kempis hidung saya. hehehehe. Setiap kali saya berada dalam dewan Tuan Hakim ni mesti dengar nama saya disebut-sebut kepada mana-mana pasangan suami isteri yang degil termasuklah pihak-pihak dalam kes yang saya kendalikan. Tuan Hakim pun penat nak melayan karenah pihak-pihak yang ego dan bodoh sombong tentang hukum hakam dan undang-undang. Paling haru bila Defendan dengan lagak kurang ajarnya boleh marah-marah Plaintif depan Tuan Hakim. Sekali Tuan Hakim sound Defendan dengan kata-kata "Tak pe lah Defendan tadi encik kata sakitkan nanti kalau saya keluar perintah menghina Mahkamah tak pasal-pasal kena masuk jail pulak. Encik juga kata sakit tadi. Kalau pengsan dalam Mahkamah nanti masuk paper kata Hakim buat apa pada pihak-pihak sehingga pengsan". Saya gelak je dengar Tuan Hakim bagi kuliah asar berjela-jela semalam. Apa la Defendan ni, kata sakit tapi boleh pulak bercakap panjang lebar dan bertikam lidah dengan Tuan Hakim tapi suruh bagi keterangan mengelak pulak. Pura-pura sakit je. Tapi saya dan Peguam Syarie Defendan sangat-sangat berpuas hati dengar Tuan Hakim "basuh" Defendan kaw-kaw. Biar Defendan tahu yang kami bukan suka-suka nak sebelahkan siapa-siapa. Oh ye lupa nak bagitahu sebelum masuk dewan, Defendan telah bertindak kasat pada Plaintif dengan mencekak leher Plaintif di pintu dewan. Sungguh kurang ajar Defendan ni. Nasib saya tak nampak. Kalau tidak memang nak kena silat dengan saya. Main kasar pulak Defendan ni. Bulan lepas dah bagi ceramah free kat saya masa saya panaskan enjin kereta selepas bicara. Nak marah pada Plaintif lepaskan kat saya pulak. Banyak cantik muka kamu. Saya buat tak layan je. Macam-macam hal ragam pihak lawan ni. Semalam dia tak berani nak buat apa-apa pada Plaintif lagi bila tengok saya berjalan seiring dengan Plaintif. Egonya lelaki itu. Ya Allah, jauhilah saya daripada mendapat suami bersikap seperti Defendan. Aamiin 100x. Itulah antara pengalaman saya sepanjang bergelar Peguam Syarie. Saya lebih suka orang kata saya garang daripada mudah dipijak-pijak orang. Walaupun muka saya ni nampak kebudak-budakan tapi saya adalah seorang yang sangat tegas dan sinis pada orang yang tak menghormati diri dia apatah lagi orang lain. Lu fikirlah sendiri wahai lelaki ego.

p/s; terpaksa redah jem teruk dalam perjalanan balik rumah semalam hampir satu jam. Alhamdulillah selamat sampai.