Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Khamis, 24 November 2011

Banjir laaa

Salam,

Petang semalam saya dapat berita yang rumah saya di Kg. Bukit Kuang banjir. Lepas tu adik saya post gambar2 banjir dalam laman mukabuku. Terkejut jugaklah saya tengok. Banjir yang amat luar biasa semalam. Inilah sejarah banjir paling teruk sepanjang umur saya. Dulu masa mak dan ayah saya menunaikan fardhu haji kat Mekah tahun 2009 dah banjir. Memang air dah masuk dalam dapur pun tapi taklah seteruk semalam. Kuasa Allah tak siapa boleh duga dan atasi. Berdasarkan cerita ayah saya dan kakak saya juga, hujan cumalah beberapa jam sahaja tetapi lebatlah. Akhirnya terjadilah banjir kilat. Bayangkan ape perasaan saya masa tengok gambar2 banjir tu? Ya Allah tak tergambar ape yang saya rasa mase tu. bercampur baur cam rojak dah. Ade rasa terkejut, bimbang, risau, takut, dan macam2 lagi. Saya rase nak terbang je balik kampung masa tu. Tapi mestilah ayah dan mak saya tak bagi walaupun sebenarnya mak ayah saya suke kalau saya balik. Biasa la kan perasaan orang tua bila anak jauh dari pandangan mata. Perempuan pulak tu. Sehari sebelum banjir tu, adik bilik saya demam panas dan sakit2 selurug badan dan sendi. Memang suspek denggi la. Saya memang tak senang duduk dah masa tu. Saya pun pernah kene denggi. Dah la seklarang ni musim hujan je. Risau la saya. Kalau kamu semua nak tahu, kalau saya yang demam saya tak la risau sangat sebab bila saya deman saya lebih suke tidur dan rehat dengan berkelubung satu badan. Semestinya saya akan pakai baju sejuk kesayangan saya yang tebal tu. Lepas tu akan tutup muka saya dengan bantal ungu kesayangan saya. Satu lagi saya akan pastikan air 100+ ade sebelah saya sebab saya tak suke nak makan ubat. Kalau demam teruk baru makan ubat jugak..terpaksa la. Masuk opis petang semalam tengok gambar banjir pulak memang mencemaskan la. Rumah saya dah macam di tengah2 lautan. Air memang penuh dan menyeramkanlah. Paras air jugak tinggi. Tapi saya legalah bila dah bercakap dengan ayah saya semalam. Saya masih boleh gelak ketawa dengar cerita ayah saya. Ade cerita kelakar la. Saya dah agak mesti berlaku hal tu. Alhamdulillah lega la Saya dapat hadapi semua ni dengan lapang dada dan tenang walaupun dalam hati ni dah berkocak pelbagai rasa. Betul2 dugaan dan ujian Nya pada saya dan keluarga. Pasti ada hikmah tersembunyi di sebalik apa yang berlaku. Banjir ni penutup tahun 1432 H. 27hb ni kan dah nak masuk tahun baru Hijrah. Saya nak balik kampung malam esok. Semoga dipermudahkan segalanya. Doakan saya ye. ;)

p/s: saya dah lama tak main banjir ni tapi saya takut jumpa binatang tu...

(Maal Hijrah ni adik bongsu saya berkhatan. Saya perlu balik kg untuk bagi sokongan moral kat adik saya. Saya perlu buat pengorbanan demi keluarga tercinta..I Love my family..) 

Selasa, 22 November 2011

Dalam Dilema

Salam,

Baru je beberapa hari lepas saya gembira. Hari ni saya dalam dilema pulak. Ya Allah bantulah hambaMu ini. Permudahkanlah aku membuat pilihan terbaik dalam hidupku. Berikanlah pertunjukMu ya Allah. Lapangkanlah dadaku dan tenangkanlah fikiranku dari gangguan iblis yang direjam..Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa saya berdoa macam tu kan kan kan?..Cam ni, petang semalam sebelum balik saya ade terima satu email daripada firma guaman di Brunei. Email tersebut adalah "Letter of Offer" bekerja di sana sebagai Eksekutif Syariah bagi tempoh 3 bulan pertama. Kemudiannya barulah akan dinaikkan pangkat menjadi Peguam Syarie yang beramal di Brunei Darul Salam. Ala korang janganlah ternganga mulut tu. nanti masuk lalat la. hehehe. Oppsss sorry..sorry..saya tengah kebingungan sekarang ni. Tu yang jadi tak betul sikit. Jangan marah daa.. Emmm tak sangkakan saya akan mendapat peluang keemasan ni lagi setelah saya pernah tolak tawaran daripada seorang lecterer undang-undang dulu. Ye la kan, masa tu saya baru habis belajar la. Pengalaman kerja kosong. Tu yang mak saya awal-awal lagi dah bangkang usul saya.Tak sempat nak gulung hujah dah kena tolak. Kalah tanpa bertanding ni. Tapi kali ini berbekalkan pengalaman saya sebagai seorang Peguam Syarie Amatur merangkap bakal bergelar profesional suatu masa nanti maka kedua ibu bapa saya pasti tidak keberatan untuk mengizinkan serta merestui pilihan saya sekiranya berhasrat untuk menerima tawaran tersebut. Alahai dah macam berhujah dalam Mahkamah je. Ayat pun berbelit-belit je. Tapi ada satu masalah juga sekiranya saya menerima tawaran ini. Agak-agak pasal ape???..Ape..Cakap kuat sikit..Hah.. Pasal "jodoh"???..Pandai la korang. Ni yang saya semakin sayang kat korang..hehehe. Pasal ni pun satu masalah buat saya. Memang saya tau jodoh di tangan tuhan tapi tentulah mak ayah saya di kampung akan guna alasan baik ni untuk menghalang saya dari kerja jauh-jauh. Apatah lagi saya masih berstatus bujang trang tang tang. Pas ni jangan pulak ade yang berebut nak masuk meminang saya ye. Jangan tambahkan perisa kepeningan saya lagi. Amaran keras dari saya tau. Tolong sangat-sangat ye..hahahahahaha.. Datang dah sengal saya ni. Saya sekarang ni memang rasa 50:50 la. Sekajap nak pergi sekejap taknak pergi. Rezeki saya datang serentak. Begitu jugak dengan pilihan jodoh saya juga. Saya perlu membuat pilihan terbaik demi masa depan yang bahagia, gemilang, terbilang, menarik, berkualiti dan produktiviti. Saya juga harus membuat pilihan terbaik ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus tepung pulak tak bersepah. Selain solat sunat Istikharah dan perbincangan serta restu ibu bapa, ape lagi yang patut saya buat ye? Bagi la idea. Saya betul-betul ting tong sekarang. Kerja sekarang ni pon teramatlah ok dan saya seronok dengan kerjaya sekarang dan paling penting bos yang sporting gler. Cuma tawaran baik datang tergolek depan mata dan diiringi dengan kejayaan dalam sijil Selangor yang cukup bermakna ni buat saya serba salah dalam memilih yang terbaik. Berat jugak kan ujian pilihan kerjaya yang saya lalui sekarang ni. Tak pernah terlintas secara langsung akan diduga dan diuji macam ni. Alhamdulillah yang tak terhingga kerana menjadi hamba pilihan lagi. Ape-apepun saya tetap yakin dengan rezeki, jodoh, ajal maut yang telah ditetapkan sejak di Loh Mahfuz lagi. Pasti ada berita gembira buat saya nanti. InshaAllah. doakan yang terbaik buat saya ye. Tak semua yang dapat peluang serentak macam saya. Bersyukur padaMu ya Allah.

p/s: Terharu dengan respon kawan2, rakan2 dan sahabat sekalian. Tak sangka ramai yang prihatin dengan saya. ade dua orang insan yang betul2 buat saya serba salah sekarang ni. Ade menyokong ade yang membantah dalam sokongan (halus betul cara kamu ye). Menunggu respon mak ayah pulak..Semestinya yang terbaik..;)

Jumaat, 18 November 2011

Akhirnya

Salam Jumaat yg barakah semua..;)

saya baru dapat berita yang amat menGEMBIRAkan saya tadi. cube teka ape berita GEMBIRA tu?..jeng..jeng..jeng..alhamdulillah..akhirnya saya lulus dalam temuduga sijil amalan sebagai Peguam Syarie di negeri Selangor bulan Julai baru2 ni. syukur sangat2 dan berterima kasih pada family tercinta yang banyak bagi sokongan moral pada saya. tak lupe juga buat sahabat2 rapat dan orang sekeliling yang sentiasa mendoakan saya. saya sayang kamu semua. dah lame saya tunggu berita ni sebenarnya. ni la kemuncak kejayaan kerjaya saya sebab nak dapat sijil ni teramatlah payah. rakan2 senior saya terpaksa lalui temuduga ni banyak kali sebelum dapat praktis sebagai "Peguam Syarie di Selangor". betapa mahalnya harga sijil Selangor ni. tak sabo nak tunggu majlis tauliah yang agak berbeza dan harmoni dari majlis tauliah negeri lain. dengar cerita majlis tauliah ni lagi seronok dan feeling dari konvokesyen lagi. betul ke tau wallahua'alam..tunggu dan lihat je la nanti. majlisnya mungkin tahun depan. tapi takpe la janji dah lulus..alhamdulillah sekali lagi. dah buat sujud syukur pun tadi dan kongsi berita gembira dengan family tercinta dan orang tersayang. hehehehehe..semoga saya akan lebih berdedikasi dan lebih produktif lagi dalam kerjaya yang mencabar dan mulia ini. saya hanya mengharapkan keberkatan dan keredhaanNya dalam kerjaya ni. dulu saya hampir putus asa jugak dalam bidang ni. mujur ade sorang senior menyedarkan saya betapa pentingnya bidang dan kerjaya saya ni. dia suruh saya bertahan dan kuatkan semangat. tak ramai yang sanggup nak kekal dalam bidang ni. cuma satu je yang saya nak kongsi..saya rasa puas hati dan gembira sangat bila dapat tolong orang mendapatkan hak mereka yang sepatutnya. saya benci pada kekejaman, kepalsuan, penipuan dan segala macam yang negatif. doakan saya terus istiqamah dalam bidang ni dan menjadi Peguam Syarie wanita yang beriman dan berlandaskan syariat Islam..sesuai ngan slogan MELETAKKAN HAK PADA YANG BERHAK..;)

p/s: bertambah gembira bila dapat ucapan tahniah daripada seseorang..so sweet..(sy pon tumpang epi ngan awak)...eh kebetulan pulak ek..;)

Rabu, 16 November 2011

Tersesat Masuk UM

Salam,

tau x ari ni saya tersesat jalan pas balik dari Mahk Syariah KL baru kat Jalan Duta tadi. kununya nak sampai opuis awal tapi jadi semakin lambat la pulak. paling kelakar bila saya sampai boleh masuk UM ikut pintu belakang. nampak sangat la saya ni rindu sangat2 nak pegi UM..hahaha..siap boleh lalu depan Akademi Pengajian Islam lagi. tu la fakulti saya dulu masa belajar kat UM. masa lalu depan AI tu kan..saya dah senyum sorang2 dan terlintas muke sahabat saya ni. tetibe je. dah la first time saya masuk UM drive sendiri dengan bb putih saya ni. terase syahdu la di pagi hari rabu ni..lawak la saya rasa. masa kat mahkamah tadi saya jumpa junior setahun yang pernah berlakon jadi anak saya dalam mock trial dulu. lame jugak kami berborak. kebetulan kami ade kes di dewan yang sama. memang kebetulan yang tak terduga. alhamdulillah la segala urusan saya dipermudahkan. fuhhhh lega..

p/s: seronok jugak skali skala tersesat dalam bandar KL ni. :)

Isnin, 14 November 2011

Hak Harta Sepencarian | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Salam..

ari ni saya nak kongsi ilmu berkaitan "Harta Sepencarian" bagi pasangan suami isteri (sebelum, semasa n selepas). harap korang sume dapat mengambil pengetahuan berguna ye..;)

Jumaat, 11 November 2011

Kegembiraan Berganda

Salam 11.11.11 semua..

semalam saya dapat berita gembira berganda. syukur alhamdulillah saya panjatkan pada Illahi di atas kurniaan berita gembira ini. walaupun berita gembira ini tiada kaitan dengan diri saya tapi saya tumpang gembira untuk orang sekeliling saya. pertamanya pasal sahabat saya lulus temuduga sebagai pensyarah. saya tumpang gembira lagi untuk dia. alhamdulillah rezeki akhirnya berpihak pada sahabat saya. berkat kesabaran dan perngorbanan dia untuk gembirakan hati mak dia. kagum saya kat sahabat saya ni. tahniah ye sahabatku. keduanya, salah seorang klien saya di Johor mesej bagitau yang permohonan pertukaran mengajar ke Johor telah diluluskan. alhamdulillah sekali lagi saya tumpang gembira dan bersyukur sangat-sangat. akhirnya berkat kesabaran mereka ini telah mendapat hikmah yang menggembirakan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang pada setiap hambaNya. syukur pada Mu ya Allah. saya rasa sangat-sangat berpuashati apabila dapat tolong orang walaupun dengan sepotong ayat..bergembiralah dan bersyukur dengan kurniaan serta rezeki Illahi..amin..;)

p/s: senyum sokmo ye..(saya suke tengok wajah senyuman sahabat saya ni sebab sejuk mata memandang dan rasa tenang je..air muke klien saya pon same gak..)..

Khamis, 10 November 2011

Temuduga

Salam..

ari ni ade sorang sahabat saya temuduga kerja sebagai seorang pensyarah di sebuah IPT. saya doakan sahabat saya ni akan lulus temuduga tersebut walaupun ade beberapa orang lain lagi yang sama-sama pergi temuduga. semoga rezeki berpihak pada sahabat saya ni. sebenarnya saya kagum dengan sahabat saya sorang ni. dulu dia seorang yang amat pendiam sewaktu kami satu kelas suatu masa dahulu. tapi sekarang dalam bidang akademik dia telahpun mendahului saya. sahabat saya ni dah ade master la. dulu saya pernah la berangan nak konvo master sama-sama ngan dia. tapi anganku musnah di tengah jalan. saya terpaksa postpone dulu nak sambung master memandangkan saya sangat sibuk dengan kerjaya sekarang. saya tak mau yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran pulak nanti. biar lambat asal berjaya dengan cemerlang.hehehehe. lagipun saya pernah bagitahu sahabat saya ni yang saya nak konvo master dengan suami saya nanti(siapakah suami saya tu).hahahahahahaha..berangan lagi saya ni. takpe la kan free je berangan ni. sambung semula cter pasal temuduga ye..tadi iklan jap ek. emmm saya tumpang gembira la kat sahabat saya yang bakal mendapat kerjaya yang diimpikan termasuklah diri saya. sebabnya saya pon tengah tunggu keputusan temuduga sijil amalan negeri Selangor. mudah-mudahan rezeki pon berpihak pada saya. harap-harap saya dan sahabat saya ni akan mendapat berita gembira serentak nanti. inshaAllah. kalau sahabat saya lulus temuduga ari ni kan dia akan mula kerja pada 21hb ni. nanti saya nak belanja dia eskrem la..hehehehe..doakan kejayaan kami ye..;)

p/s: tetibe saya rasa nak hadiahkan dia sehelai tali leher warna ungu bercorak masa besday dia nanti. hehehehe

Jumaat, 4 November 2011

Balik Kampung

Salam Jumaat yang penuh barakah semua..;)

ari ni saya keje half day je. waktu muslimin solat Jumaat saya akan berangkat pulang ke kampung tercinta. doakan semoga perjalanan saya dipermudahkan ye. tak sabo la nak beraya haji ni. ari ni pulak para jemaah haji akan berangkat ke Arafah untuk ibadat wukuf. jap je masa berlalu kan. skang ni pon dah bulan November, 2011. lebih kurang sebulan lagi genap la umo saya ? tahun. alamak da semakin tua la. baru je usia genap, masuk tahun 2012 usia bertambah lagi..cam mane ni??..hahahaha..lupe kan dulu hal besday ye. post akan datang saya akan cter panjang. hehehehehe. balik semula topik asal ek. emmmmm nak tau tak..tiap kali tiba musim raya haji kan saya pasti akan rasa sebak dan sedih. ade satu peristiwa yang cukup menyayat hati bila berlaku masa raya haji dua tahun lalu. saya akan ingat sampai ke hujung nyawa peristiwa tragis ni. saya tak berdendam tapi parut luka takkan hilang walaupun buat pembedahan plastik. buat masa skang saya tak dapat nak kongsi lagi cter sedih tu. cukup menyakitkan hati. kalau bolehkan saya tak mau "Hari Raya Aidiladha" ni muncul. pasti saya akan bersedih. cuma dalam hati la. tapi sakit la. pape pon kan saya tetap akan gembira sebab raya haji ni hari istimewa sangat2. saya rindu Kaabah la. rasa nak terbang je pegi Mekah Mukarramah. saya rindu sangat2 nak solat depan Kaabah. sob..sob..sob..saya rindu Kaabah. ya Allah permudahkamlah saya terpilih menjadi tetamuMu lagi..

ok la..beberapa jam lagi saya akan balik kampung. tak sabo nak jupe my beloved family. tak lupe jugak meow2 kesayangan kami..sayang kamu semua..;)

p/s: jangan lupe tengok Anugerah Skrin tau..saya doakan Shaheizy Sam menang malam ni..(sempat lagi tu)...hahahaha