Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Khamis, 31 Mei 2012

1st Besday My Baby

Salam semua,

Lamanya saya tak mencoretkan segala luahan rasa dalam blog ni. Saya baru je masuk bekerja semula setelah cuti panjang. Alhamdulillah, hari ni genap setahun usia baby putih saya. Tapi saya masih tak sempat nak renew roadtax kereta lagi. Inshaallah saya akan uruskan semuanya minggu depan. Nak rehat dulu minggu ni baik fizikal mahupun mental. Penat sangat-sangat rasanya. Just to wish epi besday to my lovely baby..;)

p/s : akan datang saya ceritakan pengalaman cuti panjang baru-baru ni ye..

Jumaat, 11 Mei 2012

Cuti Panjang

Salam Jumaat yang penuh barakah semua,

Hari ni hari terakhir saya kerja sebelum cuti panjang. Cuba teka kenapa saya cuti panjang? Cuti kahwin..salah. Inshaallah selepas cuti panjang saya akan dipermudahkan dalam urusan jodoh. Ermmmm kawan-kawan sekalian, saya akan berangkat ke Tanah Suci pada 14hb Mei ni. Hari tu jugak besday sahabat baik saya Noi. Tu yang jadi hari ni hari terakhir saya kerja. Cuti saya dah diluluskan selama mana saya berada di Tanah Suci. Hati saya dah mula rasa berdebar-debar dub dab dub dab. Hari juga saya akan habiskan sisa-sisa kerja penting. Semoga dipermudahkan segalanya. Itulah doa yang basah di bibir saya setiap kali selesai menunaikan solat waktu. Mohon dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat. Mengantuk betul saya hari ni. Almaklumlah minggu ni setiap hari pergi Mahkamah dan balik rumah lambat. Lepas tu, ada kawan-kawan jauh dekat nak jumpa. jadi, saya penuhilah hajat mereka. Tak salahkan kita berjumpa dengan orang yang berhajat nak jumpa kita apatah lagi saya akan berangkat ke Tanah Suci yang jauh beribu batu dari sini. Malam ni pun saya akan berjumpa sahabat baik saya Noi di Meru. Berjalan sakan saya ni.hehehehe. Tapi saya puas hati sangat bila orang gembira dan senang hati dengan saya. Alhamdulillah. Mudah-mudahan rezeki saya semakin diperluaskan dan diberkati. Saya cuma nak rezeki yang diberkati walaupun sikit tapi mencukupi perbelanjaan harian saya. Yang lebih penting saya dapat bayaran hutang-hutang saya dengan konsisten. Amiin. Tak sabar nak solat dalam Masjid Nabawi. Nak tengok kubah hijau. Tak sabar jugak nak solat dalam Masjidil Haram. Nak tengok Kaabah. Rindu sangat-sangat nak solat depan Kaabah. Nak beribadat dengan penuh kekusyukkan. Rasa nak menangis sepuas-puasnya pada-Nya. Dah tak tahan menahan air mata ni. Macam-macam nak doa untuk diri sendiri, mak ayah,adik beradik, sahabat handai, saudara mara dan seluruh umat Islam. Kali ni saya nekad nak cium hajaral aswad dan solat sunat sebanyak mungkin dalam kawasan Hijir Ismail. Inshaallah. Semoga dipermudahkan niat baik saya ini. Doa-doa kiriman kawan-kawan juga say tak lupa. Semoga saya dipermudahkan untuk membaca doa-doa tersebut sebanyak mungkin. Semoga wajah saya juga akan lebih bercahaya nur dan sejuk mata yang memandang. Moga juga hidayah dan taufiq menjadi milik saya sentiasa selari dengan nama saya sendiri. Taufiq pula sentiasa di hati saya. Moga-moga saya juga akan berjumpa dengan "taufiq" saya dalam mimpi sewaktu di Tanah Suci..;)

gambar ni saya ambil tahun 2009

p/s : doakan saya dipermudahkan segala urusan sepanjang di Tanah Suci. Kali ni ni naik Saudi Arabia Airline.. Labbaikallah hummalabbaik..Aku menyahut panggilan Mu ya Allah..

Selasa, 8 Mei 2012

Macam-macam Kisah

Kisah 1 : Saman

Waaaaa..hari ini dalam sejarah saya kena saman oleh pihak DBKL sebab kesalahan parking kereta di garisan kuning. Saya  tak nampak la pulak mana garisan kuning tu. Hari ni memang dugaan bagi saya la. Sebelum ni pernah parking kat situ juga tapi untuk tempoh masa yang sekejap je. Hari ni boleh pulak bicara kes Kembali Taat stand down ke jam 12.00 tengahari. Tapi dek rasa tak sedap hati jam 11.15 pagi, saya pun turun dengan fail kes beserta Akta-akta yang nak digunakan. Ternampak-nampak kat mata ni sekeping saman disepit dicelah wiper. Sah..Betul tekaan dan sangkaan saya. Inilah pertama kali saya disaman. Huhuhuhu. Melayang RM100. Dah call pihak DBKL tanya dengan jelas pasal saman ni. Tak pe la. Alhamdulillah kerana saman ni. Akan datang saya akan lebih berhati-hati lagi. Pengajaran untuk diri sendiri.;)

Kisah 2 : Kena Marah

Semalam saya ada kes Pengesahan lafaz Cerai kat Mahkamah Rendah Syariah Keramat. Saya dari kampung naik bus je. Sampai KL jam 5.50 pagi dalam keadaan hujan lebat. Sampai rumah sewa pun masih lebat jugak. Lepas solat Subuh saya tidur la sekejap untuk kembali bertenaga pergi ke Mahkamah nanti. Apa yang berlaku sungguh menyedihkan bila saya dan klien sampai lambat sebab hujan lebat. Malangnya, saya pulak terlupa nak call Mahkamah mintak stand down kes. Bila klien sampai di Mahkamah, dia nampak Defendan dah nak balik. Rupa-rupanya kes dah disebut. Punyalah saya tunggu Defendan datang selama  ni tapi dia tak datang tapi semalam dia datang pulak. Dah la tak tunggu kami sampai. Paling sedih bila Hakim bagi nota amaran sekiranya anakguam saya tak hadir lagi pada tarikh akan datang, kes akan dibuang. Waaaaaaaaaaaaa. Sedih la saya. Tak puas hati saya tanya orang Mahkamah dan dapatkan penjelasan. Klien saya dah marah-marah saya. Tau la dia polis tapi agak-agak la nak marah saya. Nanti saya guna kuasa autoriti saya sebagai peguam syarie tarik diri baru padam muka dia. Tapi saya senyap je la masa dia marah. Malas nak layan. Saya ada balas mesej dia secara sinis. Pandai-pandai la fikir ye kak oiii. Saya ada hati dan perasaan jugak. Nasib baik dia kembali cool bila saya jelaskan apa yang berlaku. Palingt selamat bila bos tak marah dan tanya bila tarikh akan datang. Hohohohohoho..Nasib badan kena marah...;)

Kisah 3 : Murah Rezeki

Alhamdulillah..dua kali rasa sedih dalam minggu yang sama akhirnya bos belanja saya makan. Lagi best bila saya dapat aiskrim lagi. yeyeyeyeye. Syukur dengan segala rezeki yang diberikan. Alhamdulillah. Thanks a lot bos. Hari ni kan saya jadi driver bos pergi ke bicara Kes Kembali Taat di Mahkamah Rendah Syariah KL. Bertullah kata pujangga "Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari"..;)

Kesimpulan dari kisah di atas. Ini cumalah sedikit cubaan dan dugaan untuk saya sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 14hb Mei ini. Semoga saya terus sabar dan tabah dalam melalui semua ini. Sabar dan terus bersabar walaupun semua itu membuatkan saya rasa nak menjerit je. Tapi hanya dalam hati je la. Sedikit yang Allah ambil akan diganti dengan sebesar rezeki dan nikmat pada masa akan datang. Alhamdulillah.

p/s : nak kongsi cerita dengan dia tapi segan la pulak. eh..eh..sejak bila saya jadi penyegan ni???? hahahaha