Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Isnin, 31 Oktober 2011

Minggu Sedih Sedunia

Salam...

ari ni saya nak kongsi beberapa peristiwa yang berlaku minggu lepas. semua ni takde kena-mengena dengan saya tau. cuma cerita2 org2 sekeliling saya je. emmm macam mana nak mula ni..hari jumaat baru ni saya ade kes dekat Muar, Johor. masa kat mahkamah kan ade la sorang lawyer syarie tegur saya. entah macam mana bila saya tanya kenapa muke sedih je. dia terus jawab memang tengah bersedih. dah tiga bulan macam ni. saya da dapat teka apa masalah dia. lepas tu kan saya memang tak sangka dia boleh nak cerita kisah SEDIH dia tu. saya pun bersimpati jugak. dia pun tak tau kenapa dia boleh nak bercerita dengan saya kisah tu. sebagai seorang sahabat saya boleh meringankan beban keSEDIHan dia dengan kata2 semangat dan motivasi. soal perasaan ni cukup pedih bila berdepan dengan kisah SEDIH. kisah kedua pulak apabila seorang kawan saya sedang bersedih juga sehinggalah dia membawa diri ke Melaka untuk tenangkan hati. saya dapat agak yang dia ni memang tengah bersedih bila tengok air mukanya dalam facebook. entah macam mana la saya tergerak hati nak mesej dia tanya ade kat mana. bila dia gtau ade kat Melaka sebab nak tenangkan fikiran terus saya tau dia memang sedang berSEDIH skang. saya suruh dia rehatkan minda dan tenangkan jiwa. saya juga doakan dia tabah hadapi ujian keSEDIHan tersebut. memang dia moral down sket la masa tu. mesti dia tak sangka kan saya selalu hadir bila dia sedih. saya seolah-olah dapat rasa bila dia dalam leSEDIHan tau. pelik kan.. kisah ketiga pulak bila saya berjumpa akak senior saya merangkap rakan serumah dulu sebabnya saya tumpang tido rumah dia. bila saya sampai JB, dia jemput saya kat stesen bus Larkin. pas tu dia pon bercter la kisah SEDIH dia. cter SEDIH lagi...kesian la kat akak ni. baru putus dengan bofren dia. banyak2 sabar ye kak. sepanjang hujung minggu lepas saya memang cuba sedaya upaya saya untuk menceriakan hati akak ni dan juga sahabat2 saya yang berSEDIH. ade sorang lagi akak yang turut berSEDIH dengan bofren dia. saya pon luangkan masa untuk akak tu jugak supuya akak tu tak rase keseorangan dan berSEDIH lagi. saya tak tau la kan kenapa saya cepat respon kalau org2 sekeliling saya berSEDIH. pas tu diorang pulak mudah nak bercter dan berkongsi kisah SEDIH msg2 kat saya. mungkin saya membawa aura ceria, epi dan gembira kot. saya kan dah tak nak sedih2 lagi skang. pape yang berlaku hidup mesti diteruskan..jangan layan keSEDIHan lama2. semoga insan2 yang berSEDIH akan kembali ceria selepas ini..;)

Isnin, 24 Oktober 2011

Cuci Mata di Taiping

Salam..

hujung minggi baru ni saya dan dua orang kawan telah bercuti ke Taiping untuk menziarahi ayah kawan kepada kawan saya yang tak berapa sihat. kami bertolak dari KL pukul 9.00 pagi dan sampai di Taiping jam 2.00 petang lebih2 sikit. sepanjang perjalanan memang menyeronokkan dan bersembang2. almaklumlah lame tak berkumpul tiga orang charlie's angel..hehehe..saya pulak syok berbalas mesej sepanjang perjalanan. rasa bahagia je. mesej dengan sape?..biarlah rahsia..emm yang pasti salah satu adalah mesej ayah saya tanya pasal kesihatan anak dara dia sorang ni. mau tak tanye kan sebab saya kan baru baik demam. pas tu dah mula gatal kaki berjalan. mak ayah saya tak boleh nak kate apa dah kat saya ni sebab heroin bongsu diorang ni suka berjalan2. bila jumpa geng yang sekepala lagi la haru. jalan2 cari makan sambil cuci mata la jawabnya. masa bujang2 ni la nak berjalan dengan kawan2 tau. bila dah kawen nanti lain cter la kan. jalan2 dengan suami terchenta pulak. hahahaha.. nak tau tak sepanjang dua hari kat Taiping, kawan kepada kawan saya ni ajak kami jejalan meronda bandar Taiping dan makan2 je. petang sabtu kami pergi Bukit Merah. cantik tempatnya. ape lagi berposing la kami kat sana sini cam model lagaknya. malam tu pulak kami makan mi udang kat Matang. sedap hingga menjilat jari la. undang dah la segar bugar..banyak pulak tu. berbaloi la harga rm7 semangkuk tu. tapi kan saya makan mi tak abis malam tu. kekenyangan sangat2. mujur la saya order bersama air laici suam. kalu tak mesti terkeluar semula mi dan udang2 tu. alhamdulillah dengan rezeki malam tu. tengahari dah makan kari udang. malam makan udang lagi. esoknya sebelum balik KL, kami singgah ke Taman Tasik Taiping. siap naik bot pusing2 tasik lagi. best sangat2. pas tu makan kue teow Doli. cam bese la saya order air laici suam. lebih best lagi bila laici beso2 dan chubby. sedapppp..lepas tu kami bertolak pulang ke KL semula. kami bergilir2 drive. saya drive dari Tapah hingga ke Subang. seronok jugak drive kete hyundai getz ni. alhamdulillah kami selamat sampai. bye2 Taiping..;)

p/s: itulah kenangan kami bertiga..saya namakan minggu lepas sebagai minggu makan undang..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Malas nak layan la

Salam..

sabo je saya. punya la panjang saya taip cter nak update blog saya ni. sekali ade masalah la. pelik la. tapi tak pe saya post yang baru ye. fikir positif je la..;) emm saya dapat mesej dari seorang mamat ni pagi tadi. tak cukup mesej dia kol saya pulak. kata nak tanye khabar berita saya sebab no saya n hp dia hilang. saya peduli apa kan sebab kitorang da tak de pape lagi. bukan membenci, sayang jauh sekali tapi disebabkan satu tindakan yang pendek akal pada saya membuatkan saya dah malas nak layan dia ni lagi. hatta nak anggap sebagai kawan yang biasa2 pon malas. apatah lagi kawan yang luar biasa kan. sendiri pikir la. saya memang tak balas mesej2 dia. macam2 mesej jugak la yang dia hantar dengan ayat2 syahdu di pagi jumaat yang mulia ni. dah la cuaca pon syahdu kat luar, saya pulak diganggu oleh mesej2 syahdu yang langsung tak berbekas di hati. hah tengok la skang hati saya dah kering. siapa yang susah..jawab sendiri la ye. pada saya kebenaran akan muncul suatu hari nanti. saya harap pada masa tu dia tak akan datang cari saya untuk mengungkapkan kata2 maaf. sebelum buat tu pikir la 100 x dulu. dah takde jodoh nak buat macam mane kan. anda setuju dengan saya?..bagus2..tapi ingatlah wahai mamat ni yang tindakan awak tu akan makan diri awak jugak suatu hari nanti. saya berdoa semoga cahaya keinsafan akan singgah di hati awak nanti. siapalah saya nak hukum awak kan. tapi alasan awak tu memang tak boleh diterima akal apatah lagi hati saya ni. kalau saya boleh doakan kebahagiaan awak apa salahnya kalau awak pon doakan kebahagiaan saya jugak. tapi awak nak jugak berdendam dengan saya. kenapa ni?..macam ni ke awak nak saya terima awak jadi kawan saya lagi..oh tidak..saya yang tanggung segala kesakitan dan kesengsaraan ni tau. ape faedahnya awak buat saya macam ni. takde kesudahan pon. segala yang berlaku dengan izinNya tapi pembalasan Dia juga menanti awak. jangan lupe tu. jangan marah saya bila saya dah malas nak layan awak ek. saya dah tak kisah ape yang awak nak buat lagi. awak jangan cabar kekuasaanNya kelak awak juga yang merana. sekalipun sayang kat seseorang jangan sampai sayang awak tu makan diri sendiri. kalau saya ade buat salah kat awak sehingga awak kecik hati atau terase hati saya mintak maaf banyak2. sekali saya sayang orang saya akan hargai orang tu dalam hidup saya. tapi bila sayang hilang dari hati saya maaf la ye saya dah tak boleh bagi peluang kedua lagi. tu kelemahan diri saya yang sangat2 saya akui. sebab tu saya tak suke nak cari pasal dengan orang dan biar je orang cari pasal dengan saya. selagi saya boleh bersabar saya akan sabar. tapi bila saya dah terluka siap la orang tu. tak kira la dia seorang wanita ke lelaki ke tua ke muda ke ape ke selamat la korang. diam bukan sebarang diam. diam saya demi menjaga sebuah persahabatan yang tak ternilai harganya. cukup2 la nak sakitkan hati saya lagi..bila saya malas nak layan jangan kecik ati ye..

p/s: korang rasa kejam tak saya ni?

Khamis, 20 Oktober 2011

Demam + Ubat

Salam..

semalam saya mc sebab demam. terlupa pulak yang saya mandi ujan sebelum tu masa keluar nak draw duit. balik rumah malam tu terlupa nak mandi dengan segera. sekali bangun pagi semalam badam saya panas. alahai.. baru saya teringat yang saya ni "manja" sikit dengan ujan ni. pantang kena ujan pas tu tak tahan sejuk jawapannya pasti DEMAM. sebab tu la saya tak berapa suka bila tiba musim ujan. ye la kan..saya kan tak tahan sejuk dan pasti DEMAM bila kena hujan. dah la saya ni jenis yang tak suke bawa payung..semalam saya ingat nak pergi klinik tuk dapatkan surat mc tapi ujan la pulak dari petang sampai la ke malam. mujur masa saya masak tengahari tak ujan lagi.siap iron baju lagi kononnya nak ke opis la pas makan. minggu ni kan saya gian nak memasak. tu yang saya masak nasi, tumis sawi dan ayam goreng kunyit ngan bawang besar. memasak dalam keadaan badan menggigil. biasa la kan kalu dah DEMAM dan tinggal sorang2 kat rumah kenalah berdikari. kalu tak sape yang nak masak tuk saya kan kan kan..(ni rase nak cepat2 kawen je..nanti mak mertua boleh tolong masak n jaga saya bila saya sakit..tu pon kalu sakit tetiba masa suami bekerja...hehehe)..ok2 sambung cter saya lagi ek..lepas masak saya mandi dulu sebab badan baru rase cam ok sket..tu yang mandi supaya panas badan ni berkurangan. pas siap mandi baru la saya makan. alhamdulillah syukur ngan rezeki yang ada walaupun demam kenyang juga. sambil makan saya menjeling jugak kat luar sebab langit gelap je. risau saya. dah la saya ni penakut bila duk umah sorang2 masa ujan, ribut, kilat, guruh, petir dan kaum kerabatnya walaupun di siang hari..biasanya walaupun saya dapat surat mc saya tetap akan pergi opis sebab tak sanggup nak duduk rumah sorang2 bila ujan..seram wooo..meremang bulu roma saya tau..tapi semalam saya betul2 tak larat nak pergi opis dengan badan menggigil walaupun pas makan nasi. saya pon ambil keputusan rehat je kat rumah. nak pergi klinik pon tak dapat jugak sebab ujan da turun..ape yang takutkan tu berlaku jugak. dengan kilatnya, bunyi guruhnya dan ujan lebat langit pon gelap semacam je. tapi tuk ubati rasa takut saya baca novel. sempat lagi tu..dalam hati sebenarnya takut gak tapi wat tak layan je la..hehehehe..mujur sekejap je kilat n bunyi guruh..kalu tidak ape ntah nasib saya ni. saya ni rela pergi opis walaupun DEMAM tau.. biar la tak dapat wat keje tapi asalkan bukan keseorangan..ramai2 saya x la takut sangat..

kisah pagi ni pulak..saya baru pergi klinik untuk ambil UBAT..saya ni tak suke makan UBAT la..masa kecik2 dulu selalu kena paksa makan ubat olek mak ayah. adusss lemah betul la..punya la ramai pesakit pagi ni dan doktor pulak datang lambat. elok nak baik DEMAM terus bertambah DEMAM..huhuhu..bila nama saya dipanggil saya pon masuk la dengan muke yang sememeh..DEMAM katekan..bila duduk je doktor terus tegur..demam ye pas tu doktor tu senyum..lembut la suara dia..umur pon da lingkungan bapak2..menyerlah sifat kebapaannya..terubat la rindu kat ayah dalam keadaan sakit ni. dah la doktor pakai kemeja purple..syok la saya tengok sambil senyum2..tadi doktor ambil darah saya..seriau jugak sebab saya ni takut jarum la..sakit tau kene cucuk..doktor kata gula dalam darah saya kurang. memang la sebab saya kurang minum air manis..air masak memang saya tak leh kurang. banyak jugak ceramah sal kesihatan dan anda yang saya dapat tadi. siap dapat macam2 jenis UBAT lagi..macam mane saya nak telan semua UBAT tu..eeeeeeeee..nak cepat sembuh saya telan la jugak. semoga saya cepat sembuh..;)

Isnin, 17 Oktober 2011

Masak-masak

Salam..

ari ni saya balik awal sebab nak masak mi goreng. singgah pasar malam tadi tuk beli bahan2 nak masak. seronok la dapat shoping barang basah. lame da saya x masak. rindu sangat2 nak masak. ari ni saya nekad nak balik awal tuk masak. alhamdulillah tercapai juga hasrat saya nak masak. da siap makan pon..adik2 umah pon makan same. tu la rezeki kami malam ni "mi goreng basah" hasil masakan saya. gembiran dan puas hati bila saya masak orang makan dengan senang hati. saya memang suke masak. sebab tu kalau tetamu datang rumah saya tapi saya x sempat nak masak memang saya rasa ralat sangat2. tetamu kan membawa rezeki bila berkunjung ke rumah kita. lepas ni saya plan nak masak macam2 lagi. saya nak tebus masa bz saya sebelum ni sapa x sempat nak masak. hehehehe..ok la saya nak mandi n basuh baju pulak. epi dapat masak-masak malam ni..;)

Kekecewaan

Salam..

ari ni saya nak sembang pasal "kekecewaan" dalam hubungan dengan lawan jantina. akhir2 ni saya selalu je berdepan dengan kawan2 yang mengalami kekecewaan dalam percintaan. sedih jugak saya dengar dan lihat air muka kawan2 saya ni. tapi tu semua adalah satu pengalaman n pengajaran terbaik tuk kehidupan mereka. semua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. lain orang lain ujiannya. sebenarnya kan..beruntung bagi orang yang mengalami kekecewaan ni. saya juga pernah alami kekecewaan dalam hidup saya..hampir dua tahun saya pujuk hati saya ni tuk kembali normal dan pulih dari kesakita akibat kekecewaan. masa sala lalui kekecewaan ni saya rasa cukup sedih, rendah diri, malu dan segala macam perasaan negatif. tapi mujur la saya berjaya mengatasi perasaan negatif tu kepada pemikiran optimis dengan apa yang berlaku dalam hidup saya ni. alhamdulillah saya semakin pulih dan terus pulih dari kekecewaan. kekecewaan tersebut banyak mengajar saya erti kematangan, kesabaran, kekeluargaan, persahabatan, kepercayaan dan macam2 la. syukur saya insan terpilih yang diuji sedemikian. sekarang saya dah dapat apa yang saya impikan. alhamdulillah syukur sangat2..saya jadi lebih matang dan dewasa selepas kekecewaan tersebut..tapi kan..kadang2 rasa rindu bertandang juga kat hati ni..rindu kat orang pernah buat saya kecewa dulu.poyo kan saya ni..hehehe..rindu je sebab pernah baik dengan dia kan..papepon saya harap kawan2 saya kat luar sana sabar dan tabah hadapi kekecewaan ye..Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah sebab nak kita lebih hargai diri sendiri..optimis ye dan jangan sedih2 lagi tau..saya doakan kamu semua akan temui kebahagiaan pas ni..jhidup mesti diteruskan..;)

p/s: awak ape khabar skang ye?nnt sy blanje awak eskrem ek..hehehe

Ahad, 16 Oktober 2011

Cheesy 7 Pizza Hut & Asam Pedas Claypot

Salam..

semalam saya teringin sangat2 nak makan pizza baru cam dalam iklan cheesy 7..pas amik kawan saya kat USJ 1 terus kitorg g Shah Alam tuk makan pizza n g i-city. mula2 kitorg g tesco besar kat Shah Alam dan dengan muke gembira pegi cari pizza hut. bila da masuk sekali pekerja pizza hut kate : "kak da tutup la sebab nak sembur serangga"..adusss sedihnya. pas tu saya tanya kat mane lagi pizza hut kat Shah Alam ni..tiga tahun saya pernah duduk Shah Alam tapi masih blur kat mane pizza hut. emmm untuk pengtahuan semua, saya ni bukan penggemar fast food. tu yang tak amik tahu sangat pasal tu. tapi semalam memang betul2 rase nak makan cheesy 7 tu. lepas tu kitor pon pergi la pizza hut kat seksyen 7. masa syok order pizza ade la sorang budak cine lelaki sempat amik gambo saya dan kawan saya ni. macam biasa la saya menten dengan gaya peace..duta peace kate kan..hehehe..sewaktu syok order cheesy 7 tu tetiba pekerja pizza hut kata ala kak dah habis la pizza. ramai sangat orang datang malam ni..adusss kali kedua.kecewanya sebab nak sangat2 makan cheesy 7 tu. pas tu kami pon tukar order amik spagheti..skali spegheti pon abis..geram la saya rase masa tu..sumenya habis ni..ape lz pizza hut ni..hampesss..pas minum air pepsi n mkn chicken wing kami pon balik pas bayar harga makanan tu. kemudian kami pergi kat Padang Jawa makan asam pedas pari. lagi puas hati. tapi hati masih lagi terbayang2 cheesy 7 tu..huhuhuhu..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Hujan Rahmat

Salam..

pagi ni saya pergi ke Kelana Jaya lagi hantar mak ayah kwn baik saya pegi haji. semalam saya dan ex-adik umah tido kat Meru. banyak kitorang sembang. pas tu jupe adik beradik serta mak ayah kwn baik saya tu. seronok sangat2 sebab da lame x jupe diorang. pagi ni meriah dengan gelak ketawa dan cter semasa diorang. dalam syok bersembang kwn baik saya cakap kat mak ayah dia suruh doakan jodoh saya di Mekah. terharu saya dengar. lepas tu dia suruh saya tulis doa yang nak dikirimkan.hanya 3 doa sahaja yang saya kirim. apa doa-doa tersebut biarlah rasia..hehehehe..yang pasti ade pasal jodoh. ramai sangat yang nak tengok saya berkahwin dan tertunggu-tunggu sape jodoh saya. cuak saya dengar. yang pasti jodoh saya sebenarnya dekat dengan saya tapi masih terhijab. bila tiba masanya akan muncul dan merik saya ke arah rumahtangga..amin..melalut pasal jodoh pulak saya. pantang diberi peluang mula la nak membebel..hihihi..sambung cerita tadi..balik dari Kelana Jaya, saya dan adik umah terus balik ke rumah saya di KL. Lepas tu terus pegi makan kat Masjid Jamek. masa nak balik opis tetiba hujan turun. saya dah la x bawak payung terus redah hujan..sesungguhnya hujan tadi adalah hujan rahmat di hari yang mulia hari Jumaat. saya terus redah hujan tersebut walaupun tahu saya kalah dengan hujan dan sejuk sebab cepat demam. mata rasa berat je. mengantuk la..emmm ok la saya nak sambung keje pulak. doakan saya terus sihat ye..;)

Rabu, 12 Oktober 2011

Lambaian Kaabah

Salam..

Ari ni saya rasa sebak dan syahdu..semalam K Ana n K Aja telah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji 1432 H. saya memang cukup2 teruja bila dengar sesiapa saja yang akan menunaikan ibadat haji mahupun umrah. cuma semalam sebelum tido saya telahpun sms K Ana..dalam masa yang sama saya rasa sebak yang tak terkawal..mujur x menangis kalu x mesti haru biru saya bangun pagi mata bengkak.saya sempat kirim beberapa doa peribadi kat K Ana..semoga K Ana n K Aja akan selamat pergi dan pulang serta mendapat haji yang MABRUR.saya rindu sangat2 lambaian Kaabah..rindu nak tawaf keliling Kaabah dan solat betul2 depan pintu Kaabah..sebenarnya ada cerita berkaitan tawaf ni tapi xpe la biar la ia menjadi kenangan terindah dalam hidup saya. ada kesempatan waktu dan keadaan mengizinkan nnt saya akan kongsi jugak ye.alhamdulillah skang mood saya da ok.dah x sebak lagi..idea nak siapkan keje pon datang mencurah2..syukur ya Allah..oh ye..Jumaat ni pon saya akan hantar mak ayah kawan baik saya pegi haji jugak..lame x jupe makcik n bak serta adik beradik kawan baik saya ni..saya sayang sgt2 kawan baik saya ni..rindu jugak kat anak dia yang comel..hehehe..ok la saya nak sambung siapkan keje dulu ye..jupe lagi.

bye..;)

Selasa, 11 Oktober 2011

senyum sorang2

salam..
ari ni saya senyum sorg2 la..mane tak nyer..baru terpikir nama seseorang tetiba dia mesej saya..adussss..ape lagi saya senyum la sorg2 sambil balas mesej..ni bukan kali pertama berlaku cam ni..acap kali jugak la..pernah sekali tu terlintas muka dia pada ingatan saya, pas tu hp saya berbunyi dan tertera nama dia..lawak la..macam tau2 je saya teringat kat dia..agak2 dia pon teringat kat saya x?..hehehe

Kerana Aku Sayang Kamu

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku..

# semoga suatu hari nnt kamu akan jumpa sy dan ucap terima kasih..;)

Mendung

Salam..

hari ni rasa cukup2 mendung..dah la cuaca kat luar pon mendung..macam berjanji pulak ngan hatiku pagi ni..senyuman pon da hambar..mane senyuman manis saya selama ni..datang la padaku wahai senyuman manisku..huhuhu..rasanya macam ade sesuatu yang mengganggu fikiran ni..segala macam idea xde nak buat keje pon tergendala..ya Allah..permudahkanlah hambaMu ini melalui hari ini dengan tenang dari segala kekusutan dan keresahan yang tiada berpenghujung..amin..;)

Isnin, 10 Oktober 2011