Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Sabtu, 16 Februari 2013

Rindu Menerpa Lagi

Salam semua,

Apa khabar? Alhamdulillah saya dah baik demam cuma masih menunggu keputusan darah. Lama betul nak dapat keputusan tu. Berdebar jugak saya nak tahu saya ni ada mengidap pape penyakit kronik ke. Doakan saya sihat walafiat ye. Antibodi saya dah lemah kot dan kurang rehat. Emmmmm tak pun kafarah dosa-dosa silam. Alhamdulillah masih disayangi dan masih berpeluang diuji lagi. Syukur pada Mu ya Allah. Nak cerita sikit. Sejak akhir-akhir ni terutamanya masa saya demam hari tu saya rindu sangat-sangat-sangat nak menunai umrah lagi. Terbayang-bayang Kaabah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi di layar mata saya ni. Rindu yang teramat sangat sampai tak tahu macam mana saya nak gambarkan dan terjemahkan rasa rindu yang menerpa tu. Dah la saya banyak terima berita anakguam dan kawan-kawan yang berpeluang dan terpilih untuk ke Tanah Suci tahun ni. Tumpang gembira untuk mereka. Semoga saya juga terpilih dan diberi peluang lagi ke sana tahun ni bersama-sama mak dan ayah saya. Doakan kami ye. Aamin. Satu lagi kan, dalam kepala saya ni macam terbayangkan sebuah pertemuan di pintu King Abdul Aziz dengan seorang jejaka yang tak asing lagi dalam kehidupan saya. Macam dalam cerpen pendek saya dalam blog ni suatu masa dulu. Emmmmm adakah saya bermimpi atau sekadar khayalan disebabkan saya tak sihat masa tu? Saya anggap je la tu mainan syaitan yang direjam. Dalam banyak-banyak keadaan, babak tu jugak yang saya nampak. Merapu je kan. Tapi kan kate Hilman dalam Awak Suka Saya Tak tu "tiada yang mustahil dengan kasih sayang Allah". Tunggu dan lihat je la ek. Allah Lebih Mengetahui kan. hehehehehe. Oh ye hari ni besday bos saya la. Sanah Helwah Tn Haji. Semoga cepat sembuh dan sihat selalu. :)

p/s ; jap lagi saya nak gi ziarah kawan mak dan ayah saya kat Hospital Pantai, Bangsar. pas tu gi UM jupe sahabat saya. dub dab dub dab..

Jumaat, 8 Februari 2013

Bos Saya Operate

Salam Jumaat yang penuh barakah semua,

Jam 2.00pm tadi bos saya operate prostat dia. Dah lama jugak bos saya sakit di bahagian alat kelaminnya. Apa orang panggil 'angin pasang' ke ape ntah. Yang pasti yang saya tau adalah sakit uluran. Macam mana sakit tu wallahua'lam. Kalau orang perempuan dipanggil medu kalau tak silap saya. Kalau silap abaikan je la ye. Emmmmm saya cemas juga bila tau bos operate hari ni. Dah lama bos bagitahu saya dia takut nak operate ni dan ambil masa yang panjang untuk setuju buat pembedahan. Saya doakan semoga segala urusan pembedahan bos dipermudahkan dan selamat semua. Semoga bos saya semakin sihat lepas ni. Saya pulak diberi mandat besar untuk kontrol opis ni sepanjang ketiadaan bos. Alamakkkkk berat tanggungjawab tu. Dalam ramai-ramai staff saya jugak yang dipilih. Saya cuma pantau je la diorang buat kerja atau tak. Masing-masing dah besar kan. hehehehehe. Jangan tak tahu muka saya serius bila saya mula buat kerja. Sape yang cari pasal memang siap la orang tu. Takut tak???? kahkahkahkah. Itu je la saya nak kongsi untuk kali ini. 

p/s : saya pun tengah tunggu result darah saya gak ni. Risau kot-kot ade penyakit kronik sebab demam je sejak masuk 2013 ni. doakan saya cepat sihat ye.tq