Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Selasa, 27 Mac 2012

Bayangan Rindu

Salam semua,

Hari ini saya ingin buat sedikit ulasan berkaitan dengan novel kesayangan saya yang bertajuk "BAYANGAN RINDU". Novel ni hasil karya daripada Pn. Anis Ayuni seorang Penolong Kanan 1 di SMK Seri Saujana, Bandar Baru Petaling. Dah lama saya nak kongsi ulasan saya tapi setiap kali nak mula membebel pasti ada halangan yang menyekat hasrat saya. Lalu saya memilih hari ini untuk meluahkan segalanya. 

Novel ini memaparkan kisah cinta anak-anak zaman persekolahan sehinggalah watak-wataknya menginjak ke lama dewasa dan mengenali cinta dalam erti kata yang sebenar. Lymrahnya setiap insan ingin hidup bahagia dalam bercinta dan berkasih sayang, tetapi segalan sesuatu yang terjadi adalah ketentuan Allah swt. Tiada siapa yang boleh menolak takdir Ilahi yang telah tersurat sejak di azali. Kisah sebuah persahabatan, cinta monyet, kesedihan, kekecewaan, dan macam-macam lagi mesej berguna yang dipaparkan serta diolah dengan baik sekali oleh penulis. Watak utama dalam novel ini adalah Iddya dan Umar Aisy. Latar tempat yang digunakan adalah sekolah menengah mereka dahulu, Kompleks Astria iaitu tempat perniagaan Umar Aisy dan Sim, Perth, Australia yang banyak memberi kenangan tersendiri. Yang paling penting tema dalam novel ini adalah "pokok jacaranda" dan "kereta Mini Cooper S bewarna hitam". Itulah kereta idaman saya yang tak tahulah bila saya akan memandunya. Unsur warna yang digunakan pula adalah UNGU merupakan warna kegemaran saya. yeahhh I love purple more than I love ..... hehehehehe. Lagu yang dinyanyikan dalam novel ini "Penawar Rindu" nyanyian dari penyanyi lama iaitu Orkid Abdullah. Tag line dalam novel ini pula adalah "Que Sera, Sera. Whatever will be..will be..The future's not ours to see. Que Sera, Sera. What will be..will be.

Sebelum saya berceloteh panjang lagi, saya ceritakan dulu sinopsis novel ini. 

"Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. namun, perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yang juga teman sekelasnya. Andaian Iddya; cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain. Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi malangnya, ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tidak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan. 

Umar Aisy : Penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. I akan terus menunggu sampai I pasti "dia" bukan jodoh I.

Iddya : Aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata; tak dapat memakna cinta dengan Lutfi dan cinta Baein pula sudah kecurian, barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta.

Que Sera, Sera. Whatever will be..will be..The future's not ours to see. Que Sera, Sera. What will be..will be"

Itulah sedikit sinopsis daripada novel tersebut. Pada cover depan novel ini terdapat kata-kata syahdu yang cukup mencuit perasaan saya. "Salam kasih siapakh yang singgah mengusik ke sanubari ini?". Saya dah banyak kali baca novel ni sebenarnya. Setiap kali saya bersedih pasti saya akan mencari novel ini dan pegang novel ni sambil merenung jauh ke langit. Bila seorang kawan saya pinjam novel ni dan tidak pulangkan semula pada saya terasa bagai kehilangan separuh dari jiwa cinta saya. Ini novel kesayangan saya kerana kisah dalam novel ini hampir sama dengan kisah hidup saya. Sebab itulah bila saya bersedih saya akan cari novel ini selain dari membaca al-Quran. Biarlah orang nak kata saya jiwang karat atau terdesak nak kahwin ke apa ke. Pada saya minat masing-masing. Hati saya tak siapa yang tahu. Sekalipun saya buat baik orang tetap kata. Baik saya buat apa yang saya suka selagi mana tak melanggar syariat dan melekakan saya. Betul tak?..

Novel ni pada saya cukup sarat dengan ilmu pengetahuan tidak tumpu hanya pada agama. Malah, ilmu sains perubatan juga diselitkan dengan jelas di mana sup ketam dapat membantu pesakit yang menghidap demam denggi berdarah untuk menaikkan semula platelet count. Selain itu, ilmu automobil juga dimasukkan sebagai pengetahuan am pembaca contoh berkaitan kereta Mini Cooper S yang berenjin BMW. Sebelum membaca novel ini saya kurang berminat dengan automobil apatah lagi nak ambil tahu tentang enjin. Tapi sebaliknya pula berlaku selepas membaca. Kisah pengislaman Umar Aisy yang sebelum ini berbangsa Cina juga digarap dengan baik sekali. Betapa hidayah Allah diberikan kepada insan yang terpilih dan sangat kukuh di hati bila hambaNya itu berusaha bersungguh-sungguh untuk terus mendekatkan diri padaNya. Subhanallah, indah sungguh jalan cerita yang ditonjolkan oleh penulis. 

"Kuntuman jacaranda yang berwarna ungu lembut mendamai perasaan, membuai rasa hati hingga aku hendak tidur di atas kuntumannya yang bertaburan di atas rumput. Aku melayan perasaan sendiri sambil membayangkan bagaimanalah perasaan bila dilamun cinta? Tentu kalut perasaan apabila kali pertama mata bertentang mata. Lidah yang kelu tidak mampu melahirkan walaupun sepatah kata. Oh, alangkah saat itu!"

Iddya pada saya adalah yang ceria, periang dan cukup disenangi orang sekeliling walaupun seorang yang degil juga. Dia juga seorang yang cukup sensetif dan amat menghargai sebuah persahabatan. Saya suka perwatakan Iddya ni dan merasakan diri saya ada dalam watak Iddya. Mungkin secara kebetulan yang tidak disengajakan. Tambahan pula, Iddya juga seorang pekerja yang berdedikasi dan merupakan arkitek muda yang cukup berpotensi pergi jauh. 

Saya juga nak kongsi kata-kata menarik berkaitan cinta dan persahabatan yang menjadi perbincangan hangat di antara Iddya, Umar Aisy dan juga rakan-rakan sekelasnya. 

* Most divine ten letters "FRIENDSHIP" - mantain it. Friendship... persahabatan inilah yang patut kita kekalkan sampai bila-bila. ~Iddya~

* Sahabat sejati..seseorang yang selalu hadir masa kita sedih dan kesepian. Selalu bersama saat duka lara...memahami dan boleh menghiburkan. Tak pandang kaya atau miskin. Seseorang yang membantu kita bangun tatkala kita jatuh. Sama-sama menitiskan airmata  bahagia masa kita senang..jadi teman yang menghiburkan masa kita tak punya sesiapa untuk bersandar. ~Kiew~

* LOVE- value it ~Iddya~

* Cinta lahir dalam hati dan bukan dalam bicara. Maknanya cinta tak perlu diucapkan ~Iddya~

* Cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa. Cinta pada Allah saja yang abadi ~Mizan~

* Cinta itu adalah satu anugerah terindah. Cinta itu cuma satu patah perkataan, maknanya berbeza bagi setiap insan ~Renita~

* Ramai orang pandai mengucapkan dan menhayati cinta, tapi tidak ada sesiapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukannya objek yang boleh dilihat dengan mata kasar, sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalaui hati dan perasaan.

* Cinta tidak boleh dipaksa. Nantikan kehadirannya dengan sabar..cinta datang pada saat yang tak terduga. Jangan lari dari cinta kerana cinta itu indah ~Renita~

* Cinta tak harus saling memiliki ~Puteri Hazirah~

* Cinta sangat misteri. Punya kekuatan yang sangat luar biasa. Bukan untuk difahami, tapi dirasa. Cinta adalah mencintai dan dicintai oleh insan yang ditakdirkan untuk kita. Hanya saat kita merasakan cinta, kita akan tahu apa itu cinta  ~Umar Aisy~

* Cinta bukan dari kata-kata tapi dari segumpal keinginan yang diberi kepada hati yang memerlukan ~Sulaiman~

* Kalau kita tiba-tiba jatuh cinta pada sahabat kita sendiri, perasaan itu jangan kita tunjukkan kerana cinta akan merosakkan nilai sebuah persahabatan yang merupakan satu anugerah dari Allah ~Umar Aisy~


                                                            
HACKS berperisa anggur
Hanya Aku Cinta Kau Seorang


I'll lend you my shoulder for you to cry on, my ears to listen to, my hands for you to hold, my feet to walk with you, but I can't lend you my heart...coz' it already belongs to you  ~Umar Aisy~

Begitulah sedikit sebanyak ulasan saya tentang novel kesayangan saya ni. Seronok baca buku ni sebab saya membayangkan Iddya tu saya. Emmm siapa pula Umar Aisy? One fine day I will introduce him ti you all..Just wait and see. Doakan saya ye..;)

p/s : kata-kata indah banyak memberi sumber inspirasi pada saya supaya kuat dalam mencari Cinta Suci saya..

Isnin, 26 Mac 2012

Bidadari Dunia

Salam semua..

Lama sungguh saya tak berceloteh di ruangan blog kesayangan saya ni. Ada banyak cerita yang saya nak kongsi dengan anda semua. Tau tak..cuti hujung minggu baru ni, saya bersama dua orang sahabat saya iaitu cik Sufi dan Cik Z telahpun menghadiri "Konvensyen Bidadari Dunia" di PICC, Putrajaya. Selama dua hari konvensyen ini berlangsung saya cukup berpuashati dengan setiap slot yang dijalankan walaupun terdapat sedikit gangguan daripada masalah teknikal yang tidak terkawal. Alhamdulillah, syukur semua berjalan lancar. Konvensyen ini telah mengumpulkan ramai tokoh wanita hebat di negara kita antaranya adalah Ustazah Fatimah Syarha yang merupakan ustazah yang cukup saya minati hasil tulisan beliau, Ustazah Zawiah, Mummy Nikki, Dato Siti Bahyah, Datin Zaleha, Prof. Dr. Muhaya, Pn Jamilah, Ummi Ros, Dr. Rubiah dan Dr. Harlina. Hebat bukan mereka dalam bidang masing-masing. Dalam menjalani kehidupan harian, sebagai wanita kita perlu mencari "SOLEHAH" supaya kehidupan kita lebih terjamin di sisi Allah. Tidak perlu merasa gundah gulana andai orang sekeliling mempertikai keSOLEHAHan kita. Manusia tidak layak untuk menghakimi siapa kita pada pandangan Illahi. Namun, dalam mencapai objektif SOLEHAH untuk bergelar "Bidadari Dunia" perlulah ada ilmu dan istiqamah dengan amalan yang kita lakukan. Terlalu banyak input dan ilmu yang diperolehi dalam konvensyen ini. Sehingga saya tak dapat nak kongsi semua dengan kalian. tiga hari tiga malam takkan habis bila saya mula bercerita. Saya kan suka bercerita apatah lagi bila ada yang sudi mendengar. Cuma, apa yang saya kongsikan di sini adalah kesimpulan dan rumusan yang saya buat berdasarkan keseluruhan slot yang telah dijayakan. 


Apa yang dapat saya ambil dari setiap slot tokoh-tokoh wanita hebat adalah seperti berikt :-

 'Nak jadi cantik, anda kena yakin anda cantik bukan dengan rasa anda cantik.' 

'Siapa yg tidak kisah akan kecantikan, dia tidak cukup syarat untuk menjadi solehah.' - Dr Rubiah dalam slot Solehah itu Indah. ♥

‎'Kita nak merubah orang, kita merubah dulu.' - Ummi Rose, dalam slot Sesucinya Mawar Putih. ♥ 

‎'Cukuplah sisters. Cukuplah kita diam.' - Dr Harlina, dalam slot Wanita & Dakwah.  

‎"If we feel complete, we don't have to show off" -Datin Zaleha Omar- 

‎"We emphasize so much on our physical self. But Allah says- the best cloth is taqwa. Purify our hearts with taqwa" -Wardina Safiyyah- 

Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupa paras. Akal mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu & kepintarannya. Hati mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlak & agamanya. Semoga berjaya menjadi wanita yg solehah - Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.

Dua perkara yg kita boleh tamak iaitu ilmu dan pengampunan Allah swt. - Prof Dr Muhaya. 

Ini je la yang dapat saya kongsikan bersama kalian. Bolehlah la kita sama-sama amalkan apa yang telah tokoh-tokoh wanita hebat di atas kongsikan bersama.

p/s : saya juga ingin jadi "Bidadari Dunia" buat suami saya..nak dampingi dia di syurga. tak mau bagi bidadari syurga yang dampingi..hehehehe 

Isnin, 19 Mac 2012

Gerak Hati

Salam semua,

Saya baru dapat berita yang seorang guru kelas saya masa tingkatan 5 Hafsah, Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu tahun 2001 meninggal dunia petang semalam akibat serangan jantung. Kebetulan pulak mata kiri bawah saya bergerak-gerak seolah-olah memberi petanda saya akan dapat berita kematian. Saya sungguh berdebar saat itu lantas wajah suci ma dan pa saya melayari mata. Dalam hati saya berdoa semoga mak ayah saya sihat walafiat. Saya juga terbayangkan seseorang kot-kot la saya akan dapat berita sedih. Saya belum bersedia kehilangannya. Macam-macam saya fikir dan teringatkan kat orang-orang yang rapat dengan saya. Doa saya titipkan buat mereka supaya dalam lindungan dan rahmat Illahi sentiasa. Sewaktu berjalan-jalan dengan Yanti (bekas rakan serumah di Shah Alam dulu) pun macam saya ni berjalan di awan-awangan. Air muka cool tapi dalam hati bergelodak setiap kali mata kiri bawah bergerak-gerak. Saya rindu sangat-sangat nak berjumpa dan mengusik arwah. Bila berjumpa kawan-kawan SMAKH, sudah pasti nama arwah akan menjadi topik kami. Al-Fatihah untuk arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalang orang beriman. Segala ilmu yang dicurahkan dulu akan saya amalkan sebagai pahala sedekah untuk arwah. Sedih la..sob sob sob.. Harap kawan-kawan yang lain tahu berita sedih ni..:(

Saya memang percaya pada gerak hati yang diilhamkan sebagai satu anugerah untuk diri saya. Cuma apabila saya mendapat lintasan macam ni, saya akan mohon petunjuk supaya tidak salah tafsir bentuk gerak hati. Kadang-kadang saya abaikan juga gerak hati saya walaupun apa yang saya fikir adalah benar 100%. Macam satu kisah di mana saya dapat rasa kesedihan,kemurungan dan kegembiraan orang sekeliling saya. Jikalau orang menyampah kat saya pun dapat rasa jugak. Cuma saya akan ambil langkah berdiam diri la selepas tu. Mungkin orang rimas, lemas dan menyampah dengan sifat "penyayang" saya. Kalau orang salah faham memang akan kata saya buat baik bersebab sedangkan sifat semula jadi saya macam tu. Tapi takpe, saya terima semuanya kerana suatu hari nanti orang akan cari saya jugak. Kelebihan gerak hati saya bukan boleh digunakan sebarangan. Lebih-lebih lagi salah guna anugerah yang diberi. Sebab tu, kalau orang tipu saya memang saya takkan melenting dan marah. Cukup sekadar senyum kerana orang tu akan rasa serba salah dengan saya. Tak perlu buat apa-apa pun. Cuma sekuntum senyuman akan bongkar segalanya. Saya tak tanya apa-apa pun orang boleh menceritakan segalanya pada saya. Itulah rahsia gerak hati..;)

p/s:semalam mimpi sahabat baik saya cik sufi. siap lalu jambatan pulak tu..air laut cantik sangat..ape maksudnya? 

Selasa, 6 Mac 2012

Daftar Haji

Salam ceria semua,

Pagi ni saya ada satu kesn Pengesahan Cerai di Mahk Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat). Orang gelarkan ni Mahkamah artis sebab banyak kes artis kat sini. Ini merupaka kes pertama saya dalam kawasan jajahan Selangor. Punyalah saya cuak tahap gaban tadi. Tiba di Mahkamah pun awal sangat penangan cuak. Dada ni dub dab dub dab je. Mulalah tangan ni gatal je nak mesej kaco orang pepagi ni. Mujurlah jugak ade yang nak melayan dan sanggup teman saya bermesej. Ada akak senior bagi sokongan moral dan luahkan kegeraman hati.hehehehe.Macam-macam hal. Apa-apapun saya ucapkan bebanyak terima kasih kat sahabat saya yang sanggup layan je mesej saya yang berdebar-debar bawa kes pertama di Selangor ni. Best kan bila kita dalam keadaan yang cemas ke sedih ke gembira ke ade je orang bersama-sama kita. Syukur alhamdulillah. Eh..bukan hal ni yang saya nak ceritakan tapi balik dari Mahkamah tadi saya singgah Tabung Haji di Maju Junction dan buat pendaftaran haji. Tahun saya dijangka dapat pergi haji adalah 2047. Mak aiiiii lambat giler tuh. Umur saya dalam lingkungan 62 tahun masa tu. Tu pun kalaulah panjang umur. Tapi takpe jangan panik ye. Saya yakin yang rezeki dan peluang saya menunaikan ibadat haji lebih awal dari tu. Inshaallah.  Sebenarnya dah lama saya nak daftar tapi selalu je kekangan masa. Tadi saya paksa jugak diri pergi dan alhamdulillah selesai satu babak. Lepas ni saya nak pergi umrah dulu dalam masa terdekat ni. Doakan saya ye. Saya begitu teruja untuk ke Tanah Suci lagi bila tengok ramai sangat rombongan orang nak pergi umrah kat KLIA baru-baru ni. Terasa nak terbang je ke sana dan terpanggil-panggil untuk ke sana lagi. Di mata saya selalu je nampak bayangan Kaabah secara langsung seolah-olah saya memenag berada di sana. Mimpi tak payah cakap la. Semoga ada peluang saya ke sana lagi tahun ini. Ameen.

p/s: tak abis-abis berangan berjumpa sahabat saya di pintu King Abdul Aziz, Masjidilharam..poyo kan..;)

Isnin, 5 Mac 2012

Saya Bersedih

Salam semua,

Lama saya tak berceloteh kat blog. Rindunye la nak meluahkan apa yang terbuku di hati. Saya banyak hadiri jemputan kahwin nun jauh di Muar dan di Tanjong Karang. Saya takde mood nak bercerita pasal kenduri kahwin tersebut sebab saya sedang bersedih sekarang ni. Mungkin ini adalah ujian buat saya. Semoga saya tabah dan sabar hadapi semua ni. Doakan saya ye kawan-kawan. Saya sedih sangat bila sahabat saya tidak membalas mesej-mesej saya. Sebelum ni dia tak pernah macam ni. Kenapa ya dengan dia tu. Sakitkah? Ada masalahkah? Saya pun tak tau nak teka. Lebih baik saya husnul dzan dari buruk sangka walaupun persoalan bermain-main di fikiran. Saya doakan dia selamat dan sihat walafiat hendaknya. Baru-baru ni kami bermesej dan dia ada bagitahu yang mak dan kakaknya pergi umrah. Mesej kami terhenti setakat tu je. Saya tanya bila mak dan kakak dia balik Malaysia pun takde respon darinya. Apa-apa pun saya tetap doakan mak dan kakaknya panjang umur, diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan umrah di Tanah Suci dan dipermudahkan perjalanan pulang ke Malaysia. Tu doa saya setiap kali lepas solat. Kemusykilan saya kenapa dia mendiamkan diri. Kalau saya ada buat salah atau mengguruskan hati dia tanpa sedar saya minta maaf. Semalam saya pergi KLIA teman adik rumah hantar saudaranya nak pergi umrah. Mata saya meliar je pandang sekeliling mana tau terserempak dengan sahabat saya atau ahli keluargannya walaupun saya sebenarnya agak sukar nak cam orang. Tapi kan sampai bila-bila pun saya takkan jumpa dia sebab saya berada di ruangan perlepasan. Dia pastilah menunggu di ruangan ketibaan. Apalah saya ni. Hal remeh pun tak boleh fikir dengan baik. Astaghfirullah..Hari ni pulak saya dikejutkan lagi dengan berita sedih dari kawan baik saya iaitu Nur Zatul Iffah yang keguguran Jumaat lepas. Saya begitu teruja nak tau perkembangan kandungan dia tapi dimaklumkan berita sedih. Bertambahlah kesedihan saya. Saya suka sangat bila tahu seseorang tu mengandung. Saya teruja sangat-sangat. Bila bayi lahir lagi saya suka sebab saya memang sayang kat bayi. Sayang sangat. Segala kesedihan boleh hilang bila saya pandang bayi lalu dukung dan peluk bayi tersebut. Hari ni merupakan ujian kesedihan untuk saya. Pasti ada sesuatu yang menggembirakan nanti. Janji Allah itu pasti. Saya harap saya terus bersabar dan bersabar selamanya. Buat sahabat saya andaikata kamu ingin hubungi saya bila-bila masa pun tiada masalah. Saya sayangkan persahabatan kita yang suci lagi murni ni. Saya pasti akan hargai persahabatan ini. Buat kawan baik saya pula, banyak-banyak bersabar ye. Pasti Allah gantikan cahayamata yang lebih baik untuk kamu. Saya doakan kalian semua sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Ameen..;)

p/s: sibukkan diri dengan mengaji..mudah-mudahan kesedihan berlalu pergi