Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Isnin, 30 Januari 2012

Buat Aku Tersenyum

Salam semua,

Cuba teka tajuk apakah entry saya kali ini?..hehehehe..Salah. Cuba lagi ye..;)

Ini adalah lagu nyanyian kumpulan Sheila On 7. Saya terdengar lagu ni semasa layan semua lagu dalam hp saya baru-baru ni. Tak ingat bila yang pasti selepas saya menghadiri Majlis Pentauliahan Sijil Amalan Peguam Syarie Negeri Selangor. Saya rasa tersentuh bila mendengar lagu ni. Sedap halwa telinga dengar dan seolah-olah menceritakan diri saya. Eh kebetulan pulak. Saya sertakan jugak lirik penuh lagu ni ye. Pasti anda pun akan tersenyum seperti saya sebabnya sebelum tidur saya akan layan lagu ni berulang-ulang kali.

Datanglah sayang dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu walaupun tuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan kukatakan semua

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu walaupun tuk sekejap
Karna hanya engkaulah yang sanggup katakan aku

Karna engkaulah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Karna dirimulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau s'lalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar


p/s : lagu ini saya tujukan khas buat insan yang sering BUAT SAYA TERSENYUM..dengarkanlah ye..;)

Rabu, 18 Januari 2012

Padah Ingkar Arahan

Salam,

Semalam saya dan bos menghadiri satu perbicaraan yang sungguh menarik dan memenatkan kerana melanggar perintah Mahkamah dan dituduh sebagai menghina Mahkamah. Perintah yang dilanggar adalah berkaitan Hak Jagaan Anak Sementara yang mana Mahkamah memberikan hak jagaan sementara seorang anak perempuan kepada ibunya sehinggalah hak jagaan kekal diputuskan. Malangnya, si bapa telah membawa lari anak sebelum daripada si bapa dan si ibu bercerai lagi. Bayangkanlah seorang anak kecik yang secara logik akal begitu manja dan rapat dengan ibu telah dipisahkan secara menegejut. Sungguh kejam tindakan si bapa tersebut. Lebih menyayat hati apabila perintah interim dikeluarkan pun si bapa masih lagi gagal menyerahkan anak kepada si ibu. Anakguam saya adalah si ibu yang merupakan warganegara Pakistan. Si ayah warganegara Malaysia dan merupakan seoarng ahli perniagaan. Ada apa dengan harta kekayaan andai diri bersifat seperti binatang. Si ayah ni telah mencabar undang-undang syariah dan kewibawaan YA Hakim apabila masih gagal membawa anak tersebut ke Mahkamah semalam. Apa lagi YA Hakim telah menggunakan kekuasaan yang diberikan dan memarahi si ayah itu dengan panjang lebar. Nada yang tegas dan sungguh kecewa dengan tindakan si ayah tersebut yang dengan sengaja mengingkari arahan YA Hakim. Saya begitu fokus dan sama-sama berkongsi amarah dengan YA Hakim kerana kebiadapan si ayah itu. Sekiranya saya masih budak-budak sudah pasti saya akan  mempamerkan aksi-aksi kurang matang sebagai tanda gembira si ayah itu dimarahi YA Hakim. Puas hati saya masa tu. Orang licik memang patut dimarahi sewdemikian rupa. Padam muka. Sebelum mula perbicaraan lagi Peguam Syarie si ayah yang baru dilantik dan bergelar Dato bagi menggantikan Peguam Syarie sebelum ni mohon untuk tangguh perbicaraan tetapi saya dengan tegas tidak bersetuju walaupun mengukir sekuntum senyuman manis buat beliau. Kebetulan nama ayah kami serupa. hehehehe. Macam-macam taktik dan tipu daya yang digunakan untuk melambat-lambatkan kes ini kerana saya dan bos akan memohon kepada Mahkamah untuk memasukkan si ayah dalam penjara. Itulah tekad kami demi memperjuangkan hak anakguam kami. Sesuai dengan prinsip MELETAKKAN HAK PADA YANG BERHAK. Kes ini memang mencabar minda, emosi, dan etika saya sebagai seorang Peguam Syarie. Saya perlu bersikap profesional dan tidak boleh membiarkan emosi mengawal kewarasan saya.  Setiap kali selepas perbicaraan kes ini saya dan bos sungguh penat dan kami akan membincang semula apa yang berlaku semasa perbicaraan tadi. Kemuncak kes ini sudah pasti saya akan mengalami tekanan yang amat sangat untuk menyiapkan hujah yang bernas dan mempengaruhi keputusan Hakim. Yang pasti si ayah akan dimasukkan ke dalam penjara sebagai pengajaran supaya jangan menghina Mahkamah dan mencabar kredibiliti Hakim apabila mengeluarkan keputusan.

p/s: ayah-ayah di luar sana jadikan kisah ini sebagai pengajaran penting. sekalipun dah bercerai dengan ibu hjangan jadikan anak sebagai mangsa. jagalah kebajikan dan maslahah anak. ;)

Isnin, 16 Januari 2012

Siapkan Hujah Hadiri Perbicaraan

Salam,

Pagi tadi saya ada perbicaraan bagi kes Permohonan Sijil Faraid di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Kisah perebutan harta peninggalan si mati yang berupa sebidang tanah tapi hanya 3/13 bahagian sahaja yang dituntut sebab hanya itu sahaja bahagian si mati. Permohonan ini dibuat oleh si adik bongsu yang satu-satunya saudara lelaki dalam ramai-ramai ahli waris yang lain. Lebih memilukan lagi apabila mereka tidak lagi sehaluan walaupun mempunyai hubungan darah daging yakni sebagai adik beradik kandung. Mereka cumalah berempat sahaja. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Malangnya, kakak ketiga tidak begitu "baik" dengan adik beradik yang lain. Pelik juga saya pada mulanya untuk menyiapkan pliding penting iaitu Permohonan Untuk Mendapatkan Sijil Faraid bersama Afidavit Sokongan Pemohon. Dokumen-dokumen penting seperti sijil kematian si mati, isteri si mati dan mak ayah si mati juga menjadi satu masalah kerana waris-waris tidak mahu memberi kerjasama. Akhirnya, saya membuat satu Akuan Sumpah yang perlu dibaca oleh salah seorang ahli-ahli waris. Alhamdulillah, pliding tersebut siap dan dapat didaftarkan di Mahkamah dan ditetapkan hari ini untuk kali pertama. Sebaik sahaja sampai di Dewan 1, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, seperti biasa saya akan semak senarai kes yang bersidang pada hari ini. Kemudiannya, saya dimaklumkan untuk kes faraid akan dimulakan dengan siasatan dahulu di depan Pendaftar. Kira macam perbicaraan secara tidak formal la. Cuak jugak saya tau sebab ini kali pertama saya bawa kes faraid di depan pendaftar. Sebelum ini terus bicara depan Yang Arif Hakim. Saya berperanan untuk membantu anakguam saya dan saksinya untuk melancarkan prosiding Mahkamah. Perbicaraan bagi kes faraid cukup mudah dan tidak seperti perbicaraan kes-kes lain. Cuma saya agak ralat bila saksi anakguam saya mempertikaikan alamat yang digunakan oleh anakguam saya tadi. Terkejut jugaklah saya dan Pemohon tadi sebab alamat dah memenuhi bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur kerana mengikut alamat dalam kad pengenalan Pemohon yang beralamat di Kuala Lumpur. Mujurlah Pendaftar bijak menangani keadaan tersebut dan saya menjelaskan keadaan sebenar setelah terdapat salah faham antara Pemohon dengan saksi. Selanjutnya, keputusan bagi kes faraid tersebut akan didengar pada 29hb Februari, 2011 jam 9.00 pagi. Itulah perjalanan perbicaraan saya hari ini. Sampai ofis tadi saya terus sambung menyiapkan hujah balas rayuan jenayah khalwat yang perlu dihantar ke Mahkamah pada 19hb Januari, 2011 iaitu pada hari Khamis ini. Berpinar mata dan tepu otak saya nak siapkan hujah ni mengikut prosedur jenayah yang agak memeningkan. Esok ada satu lagi perbicaraan berkaitan menghina Mahkamah. Ya Allah..permudahkanlah segala urusan kerja saya..;)

p/s : hari ini saya agak moody dan serius sahaja riak muka saya. staf pun tegur muke saya nampak penat. memang pun sebab stress. masa ni jugak rase nak makan macam-macam..prosperity beef McD la..air strawbery ice blended trutti frutti la..aiskrim la..abc frado la..cucuk janggut sotong la..ish..ish..ish.. 

Jumaat, 13 Januari 2012

Berebut Hadhanah Anak

Salam Jumaat yang barakah semua,

Semalam saya kerja luar daerah. Destinasi saya kali ini adalah ke utara yakni menghadiri perbicaraan bagi kes fasakh dan hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh, Perak. Klien saya merupakan Defendan dalam kedua-dua kes tersebut. Saya hanyalah Peguam Syarie pemerhati memandangkan saya belum mempunyai lesen (Sijil Amalan Negeri Perak). Sepatutnya semalam telah ditetapkan perbicaraan untuk kedua-dua kes tersebut tetapi malangnya Peguam Syarie Plaintif berhasrat untuk berbincang dan merekodkan persetujuan depan Hakim sahaja. Terkejut saya apabila Peguam Syarie yang kami lantik di Perak memaklumkan hal tersebut. Saya tidak bersetuju kerana saya dan Defendan datang jauh dari KL manakala Defendan pula terbang pulang dari Kuching untuk menghadiri perbicaraan tersebut. Berkaitan perbincangan hal tersebut tiada masalah sebaliknya suasana agak tegang apabila saya, Defendan, En. Saiful (Peguam Syarie Perak yang mewakili Defendan), Plaintif serta Peguam Syarie Plaintif duduk semeja. Defendan bersetuju untuk melafazkan talaq sekiranya Plaintif bersetuju dengan syarat-syarat beliau berkaitan hadhanah anak. Malangnya juga apabila Plaintif langsung tidak bersetuju dengan syarat-syarat Defendan. Peguam Syarie Plaintif seolah-olah cuba untuk psiko Defendan supaya melafazkan talaq dan merekodkan persetujuan berkaitan tiada tuntutan Plaintif terhadap nafkah eddah, mutaah, nafkah tertunggak, hutang dan harta sepencarian selepas Defendan lafaz talaq. Cuma akan meneruskan perbicaraan berkaitan hak penjagaan anak-anak sahaja. Untuk makluman, Plaintif dan Defendan mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Saya terpaksa campurtangan dan mempertahankan Defendan setelah diasak dengan pelbagai soalan yang tidak masuk akal. Lagipun, saya dah pun menasihati Defendan supaya membantah sekiranya Peguam Syarie Plaintif tetap berkeras untuk merekodkan perceraian. Bayangkanlah dua Peguam Syarie lelaki dan saya seorang sahaja Peguam Syarie wanita yang terlibat dalam perbincangan tersebut. Sayalah yang paling muda dan menjadi sangat tegas untuk membuat pertimbangan yang wajar. Tak sangka saya sangat-sangat tegas apabila melibatkan isu perebutan hak jagaan anak-anak semalam. Mungkin semua terkejut bila saya bersuara dan mengemukakan hujah-hujah saya kerana tak sangka saya boleh bertindak sedemikian. Walaupun saya masih belum berkahwin tetapi saya cukup peka dan sensetif dengan hal tersebut. Saya memang banyak bersuara semalam dan mengambil keputusan untuk mendapatkan tarikh perbicaraan lain sahaja memandangkan tiada persetujuan dalam perbincangan tersebut. Dan kesempatan yang ada saya memberitahu Peguam Syarie Plaintif dan Plaintif sendiri untuk membenarkan Defendan serta ibu dan adiknya berjumpa dengan anak-anak. Saya yang menjadi saksi pertemuan tersebut. Defendan banyak bercerita tentang kisah rumahtanggannya, kerjaya dan kisah hidupnya seharian. Daripada perbualan tersebut dapatlah saya mengenali Defendan bagi memudahkan saya terlibat dalam perbicaraan akan datang. Plaintif agak beremosi semalam. Dalam keadaan tersebut saya banyak memainkan peranan bagi membolehkan Defendan berjumpa anak-anak dengan tenang dan damai. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Anak perempuan seorang kanak-kanak yang bijak dan ramah. Macam-macam kami bersembang dan saya layan je anak tersebut bercakap. Kami cukup mesra dan bergelak ketawa sahaja walaupun ada sendu dalam hati saya sebenarnya. Saya tak dapat nak huraikan perasaan saya pada masa tersebut. Anak lelaki masih bayi dan saya sempat dukung bayi tersebut. Sewaktu saya main agah-agah bayi tersebut terus memandang saya dan senyum sahaja. Comel sangat muke bayi tu. Banyak persoalan yang bermain di minda saya berkaitan kes anakguam saya tu. Saya akan cuba untuk menjaga kebajikan anak-anak tersebut tanpa mengenepikan hak ibu dan bapa anak-anak tersebut. Dalam gati sempat mengomel "ada sebab kenapa saya masih menyendiri lagi. Sedangkan yang dah berkahwin macam-macam masalah mereka hadapi walaupun kahwin sebab cinta". Hanya senyuman yang mampu saya berikan kepada Defendan dan menasihati beliau supaya tabah menghadapi semua ini. Beza umur saya dan Defendan hanya dua tahun je. Ibarat nasihat adik kepada abang la. Semoga kes-kes ini selesai dengan cara berhemah dan pihak-pihak mendapat hak masing-masing..;)

p/s: Gelagat Defendan mengingatkan saya pada seseorang. Jenuh saya fikir tapi tak dapat jawapannya. Macam siapa ye???  

Ahad, 8 Januari 2012

Sebuah Kemaafan Yang Terpendam

Salam semua,

Hari ni saya ingin bercerita tentang KEMAAFAN. Dulu saya pernah disakiti, dikhianati, dikutuk, diumpat, dan segala bagai hal yang menyedihkan oleh insan-insan yang rapat dengan saya bagai aur dengan tebing. Waktu itu saya berasa sungguh tertekan, kecewa, sedih, tekanan perasaan, marah dan tawar hati dengan mereka. Saya cukup tercabar dengan golongan manusia sebegini yang mana saya amat hormati dan kasihi. Namun, apa yang terjadi pada saya dahulu cukup membuatkan hati saya bagai disiat-siat dan disimbah dengan asid. Hati saya sungguh luluh pada masa tersebut sehingga saya menjadi seorang pendendam dalam diam. Saya amat fobia dengan golongan ini walaupun saya sering mengungkapkan kata-kata KEMAAFAN sebelum tidur dengan harapan dendam saya akan berkurangan dan terus hilang. Sebaliknya, hati saya menjadi terlalu keras bila diusik dengan persoalan "sahabat karib". Saya tidak percaya lagi pada gelaran sahabat karib yang banyak memberi persepsi buruk dan negatif dalam minda saya. Jangan salahkan saya bila jadi sebegini kerana pengalaman-pengalaman yang saya lalui cukup pedih untuk diingati sehingga saya dicemuh orang lain tanpa mengetahu apa salah dan silap saya sebenarnya. Adilkah saya dihukum sedemikian??? Saya cukup beremosi semasa diuji sebegitu. Saya sering diuji dengan insan-insan yang bergelar "sahabat karib" sehinggalah saya rasa cukup-cukup penat, letih dan tidak terdaya untuk hadapi semua itu. Saya juga pernah mempersoalkan diri sendiri kenapa saya yang harus hadapi semua ini? Kenapa saya selalu medapat sahabat karib macam ni? Kenapa kenapa dan kenapa??? Sakit sangat-sangat lalui hari-hari tersebut dengan hati yang terluka. Saya lebih rela dikecewakan kekasih yang amat saya sayangi tetapi bukan dikhianati oleh seorang yang bergelar sahabat karib. Kesan daripada peristiwa tersebut menjadikan saya seorang yang keras hati dan tidak berperasaan. Saya peduli apa dengan kata-kata orang. Dalam hidup saya memang takkan bagi peluang kedua pada orang yang pernah menyakiti saya. Tidak kira siapapun orang itu. Walau bagaimanapun, semalam saya telah berjumpa dengan salah seorang insan-insan tersebut yang telah memohon KEMAAFAN dari saya secara ikhlas dan bersungguh-sungguh. Saya sememangnya telahpun memaafkan dia. Cuma saya tidak mahu berjumpa dengan dia melainkan dalam keadaan yang tidak disengajakan. Itulah yang berlaku semalam sewaktu kami menyertai permainan paintball di Gombak semalam. Alhamdulillah, saya rasa cukup lega dan lebih tenang selepas dia memeluk saya dengan keadaan yang sukar untuk digambarkan. Betapa dia cukup gembira pabila melihat saya. Sebak rasa bila mengingati peristiwa semalam. Memang saya seorang yang cukup degil, keras hati dan tegas tapi saya juga akan pujuk hati saya sendiri supaya saya tidak menjadi seorang pendendam lagi. Saya cuba untuk bersabar dan senyum dalam kepedihan walaupun hati dan berkecai. Semoga saya terus tabah berdepan dengan insan-insan sebegini lagi. Masih ada seorang lagi insan sebegini yang saya tidak mahu berdepan dengannya secara langsung. Siapa tahu akan datang hati saya akan lembut dan menerimanya kembali menjadi sahabat saya. Itulah kisah sebuah KEMAAFAN yang terpendam setelah sekian lama berlalu. Allah sentiasa bersama-sama dengan hambaNya yang sabar. Peace no war..;) 

p/s: seorang sahabat pergi datang sahabat-sahabat lain yang sudi untuk menjadi sahabat saya. ukhuwafillah abadan abadan..