Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Jumaat, 29 Mac 2013

KLIA Lagi

Salam Jumaat yang ceria semua,

Sekarang  musim orang menunaikan umrah dan boleh dikatakan setiap hari ada je penerbangan ke Tanah Suci. Semalam saya hantar kawan mak ayah iaitu Cikna, Pokman dan Adik Mat kat KLIA. Mereka sekeluarga akan menunaikan umrah di Tanah Suci bermula semalam 28hb Mac, 2013 hingga 10hb April, 2013. Turut serta dalam rombongan umrah kali ini adalah ayah sepupu saya, Pok Ali dan isterinya Cik Lah serta jemaah masjid di Berenjut. Nama masjid tu saya tak ingat pula. Mereka dari Kuantan menaiki kapal terbang MAS pada jam 10.30 pagi. Penerbangan ke Tanah Suci pula adalah jam 10.00 malam yang mana mereka menaiki pesawat Egypt Air yang akan transit di Cairo (Kaherah) selama 8 jam. Flight ni juga akan singgah di Bangkok untuk isi minyak. Di Cairo nanti mereka akan dibawa melawat Piramid, Kilang Minyak Wangi dan satu tempat lagi saya lupa la. Kemudiannya, penerbangan akan diteruskan ke Madinah. Tiga hari berada di Madinah dan kemudiannya terus ke Mekah. Itulah antara jadual penerbangan dan aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak Andalusia. Terlupa pula nak bagitahu mereka pergi ke Tanah Suci di bawah pakej Andalusia dengan kos lebih kurang RM 5,500.00 seorang. Emmmm pada saya murah dah pakej ni kerana siap boleh ziarah di Cairo lagi. Cuma visa untuk ke Tanah Suci amat ketat bermula tahun ini. Saya difahamkan bagi jemaah wanita memerlukan mahram seperti bapa, suami atau adik beradik lelaki kandung yang cukup umur sahaja. Selain daripada tu memang tak boleh. Kalau sebelum ni boleh je guna mahram tumpang yang tiada hubungan darah dengan kita tapi sekarang dah tak boleh. Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan peraturan baru yang sangat ketat. Asalnya Cikna nak ajak saya pergi lagi tapi memandangkan saya akan berdepan dengan masalah mahram jadi tak dapatlah saya join umrah kali ni. Inshaallah saya nak pergi sana bersama-sama mak dan ayah saya pula nanti. Doakan saya ye kawan-kawan. Semalam sempat la saya berbual-bual dengan Cikna dan Adik Mat. Saya hanya sempat kirim doa umum je. Kali ni macam takde feel sangat nak kirim doa. Tak tahu la kenapa. Mungkin saya kepenatan kot sebab dari minggu lepas ke hulu ke hilir. Masa banyak habis dalam kereta di jalan raya je. Semalam pun sama kerana saya dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Jem teruk giler di Hiway NKVE bermula sebelum exit Kota Damansara sehingga ke Shah Alam. Rupa-rupanya ade eksiden antara kereta dan bus. Penat campur mengantuk saya duduk dalam kereta. Bosan karoke saya cuci mata. Bosan dua-duanya saya diam je la. Tak tau nak gambarkan perasaan saya masa tu. Rasa nak menjerit je. Aaaarrrrggggghhhhhhhhhhhhhhh..Alhamdulillah perjalanan saya ke KLIA dipermudahkan. Rasanya macam saya sedang berlumba kereta Formula 1 di Sepang je. Macam-macam gaya saya buat ala-ala Fernando Alonso la konon..hahahahahaha. Berangan tak sudah. Tapi ok la kan sebab saya sangat teruja bila nak hantar orang nak ke Tanah Suci. Bagai terasa saya pulak yang nak pergi. Tapi kan mungkin satu kebetulan la sebab malam Jumaat lepas sahabat baik saya berlepas ke Madinah dan semalam Cikna serta rombongannya pula. Papepun selamat menunaikan umrah buat semua...:)

p/s : macam mana agaknya dia dalam berpakaian ihram ek? pasti comel je..

Rabu, 27 Mac 2013

Serahan Saman Kediri

Salam semua,

Hari ini saya kerja luar. Bos arahkan saya pergi Seremban untuk serahan Saman kepada Defendan secara kediri (by hand) bagi kes fasakh. Tarikh sebutan kes ni lambat lagi iaitu 16hb April, 2013 di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam. Saya pergi dengan abang klien saya je sebab klien tak dapat ikut sama kerana ada hal lain. Tapi saya tak la rasa ralat sangat sebab saya yang memandu kali ni. Masa saya banyak fokus pada jalan raya je. Segan tu menebal dalam diri sebab berdua dengan orang luar tapi kerana tuntutan kerja saya minta dipermudahkan segalanya. Terpaksa la jugak teruskan misi serahan Saman tu. Sepanjang perjalanan saya dari rumah sewa hujan lebat je. Singgah di Putrajaya untuk ambil abang klien saya pun masih hujan tapi hanya tompokan tempat tertentu je. Kemudiannya, saya teruskan perjalanan ke Seremban. Di hiway PLUS tetiba laluan jadi makin perlahan. Jem pulak tanpa diketahui apa puncanya. Saya agak ada kemalangan ataupun disebabkan kerja-kerja baiki jalan. Hari ni saya tau satu lagi laluan cepat nak ke Seremban melalui Hiway Mex(eh betul ke saya eja ni). Dari KL memang saya guna laluan ni pun cuma nak ke Seremban saya tak tahu nak lalu mana untuk jalan pintas. Rupa-rupanya laluan ni lagi cepat la. Tak payah nak patah semula ke Kajang untuk lalu Hiway PLUS. Masa yang saya ambil untuk sampai ke Seremban pun cepat je tapi tak ingat berapa jam. Masuk tol Seremban macam biasa la jem jap sebelum masuk pusat bandar. Selepas berpusing-pusing di Jalan Yam Tuan, akhirnya jumpa juga tempat yang dituju. Dengan hati yang berdebar-debar saya melangkah ke tempat Defendan dengan tujuan untuk serahan saman secara kediri dengan sempurna. Dub dab dub dab hati ni berlagu kerisauan. Masa berdepan dengan Defendan ni saya berlagak cool la sampai suara pun keluar tak keluar je. Bila jumpa orang yang dicari alhamdulillah la. Defendan siap sedekah senyuman manis lagi kat saya sebelum saya serah sampul surat kat dia. Setelah dia baca surat perakuan penerimaan (Acknowledge receipt letter), Defendan senyum psiko kat saya. Tak tahu la dia tahu tak saya ni lawyer atau sekadar penyampai saman je. hehehehehehe. Lepas tu, Defendan tanya saya kat mana nak tandatangan dan sempat juga saya maklum tentang tarikh dia kena hadir ke Mahkamah 16hb April, 2013 ni. Sempurna sudah serahan saman saya secara kediri. Balik nanti nak siapkan Afidavit Penyampaian untuk difailkan di Mahkamah esok. Syukur sangat segalanya dipermudahkan walaupun diuji dengan jalan jem pergi dan balik. Masa balik lagi haru terperangkap dalam jem yang lama. Rasa mengantuk sangat-sangat masa tu. Kalau boleh lelap memang saya tidur la dulu. hehehehehe. Lepas hantar abang klien kat Alamanda, Putrajaya saya singgah makan jap. Kemudiannya, saya teruskan perjalanan ke opis. Terbayang-bayang file-file menari-nari atas meja sambil kata "cepatlah siapkan saya". huhuhuhu. Yang syoknya sepanjang perjalanan saya dihidangkan dengan lagu-lagu kegemaran saya je. Karoke la saya sorang-sorang. Alhamdulillah saya selamat sampai di ofis. Mungkin hari ini rezeki saya sebab boleh claim dengan ofis kos perjalanan ke Seremban dan Putrajaya. Inshaallah..

p/s : emmmm teringin nak tengok dia pakai baju melayu warna ungu n kain pelikat warna sedondon..mesti sweet..:)

Selasa, 26 Mac 2013

Adik Sepupu Kawen

Salam semua,

Bertemu lagi kita di arena corat coret Senyuman Manis. Saya dah mula gian nak menulis dan bercerita perkembangan terkini serta peristiwa menarik yang berlaku dalam hidup saya. Baru-baru ni adik sepupu yang paling rapat dengan saya melangsungkan majlis perkahwinan di kampung halaman kami. Majlis akad nikah saya tak dapat hadir kerana tuntutan kerja tapi untuk kenduri kawen di rumah pengantin perempuan saya hadir. Hari tu saya dipilih untuk menyandang jawatan camera girl bidan terjun. Adik pengantin lelaki tak dapat balik masa tu. Memang happening la majlis tu dengan mainan warna tema yang cantik. Gabungan pink dan purple sungguh menjadi dan rombongan kami memakai tema pink maroon. Belah keluarga pengantin perempuan memakai tema purple. Kembang kuncup hidung saya bila warna kegemaran dan kesayangan saya dipilih menjadi warna tema pelamin dan hantaran.

hantaran pihak pengantin perempuan

Makanan sewaktu kenduri juga sedap iaitu nasi putih berlaukan gulai daging, nangka masak lemak, acar timun nanas, sambal belacan tak boleh lupa, dan paling penting ada tapai pulut makanan kegemaran saya bila raya. Tapai pulut tu tak manis sangat dan lembut memang saya menikmati habis la makanan-makanan tersebut. Cuma bubur kacang je saya tak sempat nak makan sebab kejar masa nak ambil gambar. Air pulak warna ungu. Air anggur kalau tak silap saya.Wahhhh..betul-betul ikut tema la sampai air pun warna ungu. hahahahahaha. Keseluruhannya memang saya berpuas hati la. Gudie bag pun besar dan cantik. Saya seronok sepanjang berada di majlis kenduri belah penganti perempuan. Sangat berpuas hati. Hujung minggu ni pula majlis di belah kami pula pihak pengantin lelaki. Yang tu saya akan update minggu depan ye. Inshaallah.
hantaran pihak pengantin lelaki


p/s : apa khabar kamu di sana ye?

Selasa, 19 Mac 2013

Sesejuk di Cameron

Salam semua,

Lama betul tak menjengah dan membebel di sini. Rindunya saya nak berceloteh walaupun hanya dengan menaip kata-kata di blog ni je. Baru-baru ni saya dan my BFF, Zakiyah telah bercuti di Cameron Highland. Kami bertolak dari KL jam seawal 5.30 pagi. Semangat betul kami nak bercuti sebelum dia menjadi hak milik orang. Jadi kami ambil keputusan untuk bercuti sama-sama sebelum dia naik pelamin. Sob..sob..sob..tetiba saya sedih pulak. aishhhhh..syuhh..syuhhh..pergi kau kesedihan. Jangan ganggu saya. Tapi sejujurnya memang saya terasa sangat-sngat la bila kawan baik saya sorang-sorang nak kawen. Saya bila lagi ni. Pujuk hati masa saya pasrti akan tiba. Saya dan kawan baik saya ni yang saya hanya panggil dia Z je sebenarnya memang kaki jalan. Bila dapat tahu dia dah nak kawen. kami pun plan sama-sama untuk bercuti dan menghabiskan masa berdua sebelum dia melangkah ke alam rumahtangga. Kami ni sekepala, jadi memang selalu buat plan mengejut sebab memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja sebagai penegak keadilan kan. Makanya, pada 9hb Mac, 2013 kami pilih untuk cuti-cuti Malaysia di Cameron. Perjalanan ke sana ditemani dengan hujan di lebuhraya PLUS utara. macam salah timing pulak percutian kami kali ni. Tapi dek kerana semangat untuk bercuti, kami teruskan jugak perjalanan kami hingga ke destinasinya. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami lalui dengan penuh keterujaan dan berdebar-debar. al-maklumlah ini pertama kali saya memandu ke Cameron. Kali terakhir saya ke sana adalah pada tahun 2000. Tu pun kerana mengikuti rombongan sekolah sewaktu saya di tingkatan 4. Lame sangat saya tak pergi Cameron. Tahun lepas memeang plan dengan budak ofis nak pergi tapi disebabkan ade masalah teknikal terpaksa dibatalkan. Geram saya masa tu. Bila ingat semula memang sakit hati dan sedih la. Ah lupakan je la pasal tu. Ni saya nak cerita yang gembira je. Kali ni saya pergi Cameron tanpa pengetahuan sesiapa pun kecuali bos saya kerana saya tumpang menginap di rumah bos kat Equatorial, Cameron. Sambung cerita semula ye. Banyak sangat iklan ni. Tetiba teringat kisah-kisah lalu. Beberapa hari sebelum ke sana saya dah minta siap-siap peta daripada bos dan driver barunya adik Hafiz. Risau jugak nak pergi ke sana apatah lagi kali pertama memandu sendiri tanpa pengawasan lelaki. Kali ni hanya ladies journey je.hehehehehe. Berpandukan peta tersebut akhirnya kami selamat sampai di rumah bos saya jam 10.30 pagi. Sejuk sangat-sangat la suasana di Equatorial. Walaupun kami memakai tshirt yang tebal tapi masih terasa kesejukan hingga ke tulang hitam. Bayangkan betapa sejuknya kami di sana. Dah la saya ni jenis tak tahan sejuk tapi cari pasal bercuti ke tempat sejuk. Sewaktu dalam perjalanan naik ke Cameron, kami sangat-sangat teruja bila nampak kebun-kebun yang terdapat di kaki bukit. Jalan yang bengkang bengkok dan menyeramkan dapat dilalui dengan baik. Cuma saya drive perlahan je 20km/j apabila lori depan saya. Sabar je la saya masa tu. Berkat kesabaran kami akhirnya kami sampai di destinasi yang dituju. Macam bermimpi pulak sampai di Cameron Highland dengan kereta sendiri. Syukur alhamdulillah ya Allah. Lagi teruja bila melangkah masuk dalam rumah bos yang menghadap pemandangan yang cantik. Subhanallah. Bertambah bersyukur saya di kala itu. Terpegun jap. Selepas angkut semua bag dan barang-barang, kami pun baring dan golek-golek atas katil hilangkan rasa letih memandu. Sambil-sambil tu saya mesej kat bos maklumkan kami dah selamat sampai. Kemudiannya, bos telefon dan seperti biasa bos bagi pelbagai pesanan penaja. Lepas tu, saya call mak saya pulak. Lama bersembang dan bergelak ketawa. Saya dan Z kemudiannya plan aktiviti kami petang tu. Selepas berbincang, kami ambil keputusan nak gerak selepas solat Zuhur. Kami kan musafir jadi diberi kelonggaran untuk menunaikan solat jamak qasar. Alhamdulillah. Tempat pertama yang kami pergi adalah Cactus Point, tempat kegemaran saya. Apa lagi sakan la saya bergambar dan borong kaktus. Betapa seronoknya saya dapat beli kaktus. Sempat beli benih-benih sayur untuk ayah lagi. Kemudiannya kami ke Brichang, kononnya nak singgah pasar malam tapi jem teruk sebab hujan dan berlaku kemalangan di sana. Akhirnya, saya hanya isi minyak kereta je di Brinchang dan balik semula ke rumah penginapan sambil-sambil cari jalan ke ladang teh. Dalam perjalanan kami singgah di Lavender Garden. Wah...tak terbayang rasa seronok bila pergi ke tempat yang saya angan-angankan selama ni. Terasa seolah-olah saya tinggal dalam dunia keUNGUan dan di kelilingi bunga-bunga lavender dengan haruman yang cukup menenangkan. Ape lagi sakan saya bergambar di sana sini dengan macam-macam posing. Senyum meleret je sepangjang berada di sana. Tak terkata kegembiraan di hati ni. Macam ni la saya bila nampak je suasana ke UNGUan kegemaran saya terus lupa dunia yang nyata jap. Kemudiannya, saya usaha juga untuk cari bantal terung. Unik sangat bantal tu. Dah la warna ungu. Bertambah "kegilaan" saya pada bantal terung tu. Malam tu kami dinner di Tanah Rata. Makan nasi putih, tom yam campur, telur dadar, sotong celup tepung, air jus epal dan air suam. Harganya tak sampai RM20.00 untuk dua orang makan. Murah sangat. Dah la tomyam dia sedap. Memang ramai sangat orang datang makan di situ. Ala-ala restoran ikan bakar la tapi hanya di kedai-kedai tepi jalan je di pekan Tanah Rata. Berbaloi sangat-sangat kami berjalan jauh sampai ke sini. Balik tempat penginapan kami mandi dan rehat. Kumpul tenaga tuk berjalan keesokannya sebelum balik KL semula. Malam tu kami tidur dalam kesejukan. Bayangkan la saya yang pakai baju berlapis-lapis siap pakai stokin dua lapis lagi pun masih rasa kesejukan yang amat sangat. Dalam hati sempat membebel saya takkan datang sini lagi untuk honeymoon dengan suami saya yang sah nanti. Tido pun dah tak lena tapi penat memang terasa la. Esoknya kami berkemas-kemas semua barang dan keluar dari rumah penginapan tu setelah berpuas hati untuk tinggalkan tempat tu seperti sedia kala. Misi kami pagi tu untuk ke ladang teh tapi sempat singgah di Cactus Point untuk beli benih sayur untuk ayah. Syok sangat nak pergi ladang teh sampai kami tersalah pergi ladang teh Cameron Valley. Padahal kami nak pergi ladang teh Boh. Sabo je la kami ni. Sebelum tu kami shopping untuk kali terakhir. Waktu tu la saya sempat beli bantal terung sepasang. yeyeyeyeyeye. alhamdulillah. Jalan nak gi ke ladang teh Boh tu sungguh mencabar. Macam tak percaya saya boleh drive di tempat tinggi yang curam dan sempit tu. Pemandangan kat situ memang mengasyikkan dan cantik. Subhanallah betapa hebat ciptaanMu ya Allah. Tapi sayangnya masa kami sampai kat sana hujan pulak. Jadi saya hanya sempat bergambar sedikit je. Tak dapat nak ambil gambar yang cantik sebab berkabus sewaktu hujan. Tak pe la janji dapat beli teh boh strawbery yang Kak Long dan ayah saya pesan. Nak balik tu berlaku satu peristiwa yang tak terduga. Ada sekumpulan kereta Savvy yang konvoi ke sana. Kemudiannya, ada la satu kereta ni tak lepas nak lalu satu kawasan kat situ. Skirting labuh sangat kat depan kereta tu. Ntah macam mana sepatutnya dia bagi laluan kat saya dulu tapi ada pulak kereta MPV ape ntah yang masuk. Kemudian saya dengar makcik dalam kereta tu membebel "kalau tak sabar jangan datang sini". Saya pun senyum la kat makcik tu sebab mati-mati saya ingat dia membebel kat anak-anak atau suami dia. Rupa-rupanya dia membebel kat saya. Patut la masam muke dia masa saya senyum. Eh..eh..makcik ni nak berkurang ajar pulak. Dah la laki makcik tu yang tak bagi laluan kat saya. Yang kelakarnya Z pon ingat makcik tu membebel kat orang lain sebaliknya sebenarnya makcik tu marah kat kitorang. hahahahahaha. Salah faham rupanya kami ni. Bila makcik tu suruh saya alihkan kereta barulah saya faham rupanya makcik tu marah kat saya. Cuba la cakap elok-elok. Sia-sia je kerajaan buat kempen budi bahasa tapi makcik tu spoilkan mood saya la. Waktu tu saya keraskan diri je jadi patung cendana. Biar padam muka makcik tu. Dah la kereta Viva di sebelah kiri saya tu parking sesuka hati yang menggangu laluan kereta lain. Tak lama kemudiannya, datang la sorang akak ni minta saya undur kereta. Tau pun jadi jem sebab kereta dia. Saya pun undur kereta dan sebelum gerak ke depan saya sempat cakap kuat kata "penting diri sendiri" kat makcik  tu. Jangan fikir dia sorang je nak pergi ladang teh. Orang lain pun sama gak. Dalam perjalanan balik saya dan Z hanya gelak ketawa je dengan peristiwa tadi. Adoiiiiii la makcik nasib saya boleh kawal marah. Alhamdulillah. Macam-macam pengalaman kami. Itulah kisah percutian kami yang menarik walaupun cum,a dua hari satu malam tapi sangat puas hati....:)

p/s : tinggal beberapa hari lagi sahabat kesayangan saya akan berangkat ke Universiti Madinah untuk berkursus. tetiba rasa sayu. hai hati bersabarlah ye..sob..sob..sob..