Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Isnin, 30 April 2012

Kisah "Cinta"

Salam semua,

Hari ni saya pasif sikit. Almaklumlah puasa sunat hari Isnin. Kerja saya agak banyak sekarang dan perlu disiapkan sebelum 14hb Mei ni. Semoga dipermudahkan segalanya. Rabbil yassir wala tu'assir. Emmm saya ade sesuatu nak dikongsikan. Semuanya kisah "cinta". Tengok tak carekarama Sabtu baru ni? Ala yang tajuk Mencintaimu lakonan Eman Manan dan Sharifah Amani. Saya cukup tersentuh dengan cerita ni. Walaupun  penat saya sanggup tahan mata dan tunggu hingga tamat cerita. Mula-mula saya ingat tajuk cerita ni macam novel tapi bila tengok jalan cerita memang di luar jangkaan la. Ni kisah realiti masyarakat apabila anak gadis jatuh cinta pada lelaki yang berusia. Saya cukup suke watak Eman Manan sebagai en. Izwan. Banyak mesej dan penuh falsafah kata-kata dia. Ayat paling touching "bila kita mencintai seseorang kita perlu bersedia untuk menangis kerananya". Terdiam jap saya. Sebelum tu dah la Izwan bersembang dengan anak buahnya, Zaim tentang Cinta Lima Jari. Terkedu lagi saya. Dah la baru baca artikel pasal tu beberapa hari sebelumnya. Apakah maksud semua ni? Berfikir lagi. Tapi ending cerita ni tak syok la. tergantung. Geram saya. eeeeeeeeee.

Esoknya, sebelum keluar lunch dengan kawan sempat la saya layan drama Melayu di TV1. Tajuknya Cinta Tosai. Kisah "cinta" lagi. Tapi cerita ni memang lawak la. Kisah tomboy dengan lelaki spesis sotong. Lakonan mantap dari Kenchana Dewi dan Zizan Nin. Lawak la. Saya duk gelak je tengok cerita ni. Kali ni memang macam novel la. Mula-mula gaduh, menyampah, benci la kununya. Akhirnya kerana suka makan tosai jatuh cinta pulak. Si tomboy la pembuat tosai. Si sotong pulak penggemar tosai. Elok la tu. Macam-macam hal. Sabo je la. Ada-ada je kisah "cinta" ni. Payah jugak ber"cinta" ni kan???


Moral : Jangan bersedih bila putus cinta dengan manusia. Tapi bersedihlah jika putus cinta dengan Illahi.

p/s : Sedih tak dapat pergi Pesta Buku Antarabangsa KL kali ni. waaaaaaa..kene siapkan keje sebab nak cuti panjang pas ni... :(

Ahad, 22 April 2012

Jogging

Salam semua,

Alhamdulillah saya mulakan kalam dengan ucapan keramat kerana akhirnya dapat juga saya jogging di Tasik Titiwangsa dengan adik sebilik, Irma. Walaupun, pada hakikatnya kami hanya berjalan mengelilingi tasik tersebut ta[i bada saya berpeluh juga. Mata saya meliar tengok ragam orang-orang taichi, senam robik dan macam-macam lagi. Terfikir juga bagus kiranya saya dapat bawa mak, ayah dan adik bongsu saya beriadah di sini. Seronok pagi-pagi dapat jogging di tasik. Memandangkan berat badan dan naik saya harus mengumpul stamina dan berusaha supaya body maintain tak berisi dan tak kurus. hehehehe. Terasa segar bila peluh keluar dan fikiran pun tenang serta hati bertambah ceria hari ini. Syukur padaMu ya Allah. Emmmm saya perlu berlatih jalan jauh ni. Bagus juga kalau dapat ke tasik ni lagi pada waktu petang tapiiiiii harus jem teruk waktu balik kerja ni. Tak sanggup ku nak meredah jem. Jogging kat Tasik Taman Bahagia depan Amcorp Mall je la. Good idea for this time. But not the next time. Poyo pulak saya. Harap-harap lepas ni dapat jogging kat Tasik Shah Alam di Seksyen 7 pulak. Dulu masa menyewa kat kat Shah Alam selalu jugak saya berjogging di sana. Relaks je dan takde "wayang percuma" kat situ. Seronok nak berjogging kerana peluh mencurah-curah bak ujan lebat. Tidur malam pun lena hingga ke Subuh tanpa bermimpi. Bagus kalau kita selalu beriadah. Tak perlulah setiap sehingga membebankan diri. Cukuplah sekadar badan kita bergerak bukannya duduk 24jam. Tu pun beriadah jugak walaupun hanya naik turun tangga. Selamat beriadah semua..:)

p/s : Badan cergas otak sihat..hehehehe

Rabu, 4 April 2012

Pentas Debat

Salam semua,

Rindunya la nak berceloteh dan membebel sorang-sorang dalam blog ni. Apa khabar semua? hehehehe. Semalam pentas akhir Pertandingan Debat Terbuka Astar 2011/2012 di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya. Pasukan yang berjaya ke ke final adalah pasukan tuan rumah, UM lawan dengan UiTM. Usul yang diberi bertajuk "Andai Tunku Abdul Rahman Masih Ada, Tunku Pasti Menangis". Satu usul perdebatan yang tidak berat sebelah dan yang paling penting dua-dua pasukan baik pihak Kerajaan mahupun Pembangkang ada hujah dan otoriti masing-masing untuk dibuktikan pada para hakim yang bijaksana. Saya sampai di sana dah lambat dan tak sempat nak dengar pembukaan usul oleh YAB Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, saya masih boleh tangkap apa pendirian pihak Kerajaan dan Pembangkang. Tajuk usul cukup bernas dan pembentangan hujah yang menarik beserta fakta yang tepat oleh pendebat amat menggembirakan saya. Mereka teguh dengan pendirian masing dan lontaran fakta serta bidasan menjadi makanan ruji untuk menyakinkan para juri betapa usul harus diTERIMA ataupun di TOLAK. Dengan juri 6-1 margin 2.5 usul telah diTOLAK dan pasukan UM selaku Pembangkang menjadi johan Debat Terbuka Astar. Tahniah buat adik-adik pendebat yang bertungku lumus memerah otak dan kemukakan hujah dengan baik.  Lebih manis lagi apabila pendebat terbaik disang oleh adik Adam Danial. Tahniah sekali lagi. Kejuaraan ini mengulang kembali sejarah kemenangan UM dalam Debat Astar pada tahun 2004 yang pada ketika itu diwakili oleh K Mayang, Jaamat dan Zizul. Mohis pula sebagai pendebat simpanan. Saya pada waktu itu baru lagi menyertai Kelab Orator & Puisi UM lalu diberi peranan sebagai researcher bagi pasukan yang menang. Kemudiannya, saya juga pernah menyertai Debat Terbuka Astar pada tahun 2005 atau 2006. Saya pun dah tak ingat. Sekurang-kurangnya saya merasa pengalaman sebagai seorang pendebat UM walaupun tidak berjaya masuk suku akhir. 

Rindu sangat-sangat waktu saya begitu aktif dan komited dengan Kelab Orator & Puisi UM suatu masa dahulu. Selaku salah seorang Majlis Tertinggi memerlukan saya banyak berurusan dengan pegawai-pegawai dan juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Lebih haru lagi apabila orang atasan daripada Arkib Negara masih mengenali saya sewaktu berjumpa di Debat Arkib dulu-dulu. Sepanjang saya berada dalam kelauraga Orator UM terlalu banyak suka duka yang kami lalui bersama dan kemenangan demi kemenangan menjadi milik kami sehingga UM menjadi musuh ketat UIA dalam pertandingan debat. Di luar pertandingan kami masih lagi baik dengan pendebat-pendebat di serata universiti di Malaysia. Dunia debat banyak mengajar saya erti kehidupan, persahabatan, glamour dan yakin pada diri sendiri. Pergaulan yang luas dengan golongan pendebat senior, otai dan junior membolehkan kami bertukar pendapat dan perkembangan diri. Semalam juga saya jumpa dengan pendebat-pendebat otai seperti Tra (USM), Pak Dat (UTM), dan ramai lagi tapi saya tak ingat nama. Lepas ni saya nak aktif semula dengan Orator dan ingin memberi sumbangan idea dan ilmu debat buat adik-adik UM demi memertabatkan kegemilangan UM di pentas debat. 

p/s : saya taklah pandai berdebat tapi suka berbicara..yang penting yakin dengan kemampuan diri..;)