Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Isnin, 27 Februari 2012

Al-Fatihah

Salam semua,

Saya baru sahaja dikejutkan dengan satu berita yang menyedihkan di mana salah seorang pembantu dewan 5 Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur telah kembali ke rahmatullah semalam akibat asma. Arwah pergi bersama-sama anak yang dikandungnya. Innalillahiwainnaillahi rajiuun. Saya sedih sangat sebab agak rapat dengan arwah. Agak lama saya tak pergi Mahkamah Syariah KL sebab kes tangguh je minggu lepas. Esok baru ada kes. Baru je rancang nak jumpa arwah nak tanya pasal renew sijil Peguam Syarie kawan saya. Setahu dan seingat saya arwah dijangka bersalin pada bulan Mac ni. Allah lebih menyayangi arwah dan anaknya. Al-Fatihah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sayulah hati saya. Masih terbayang-bayang senyuman arwah. Ramah dan lembut orangnya. Senang kalau minta tolong. Bila berjumpa kami akan bersembang macam-macam seolah-olah dah lama kenal. Lagilah sewaktu nak ambil sijil saya yang dah diperbaharui ada masalah pada bilangan no pada sijil. Arwah minta maaf dengan saya beriye-iye sangat. Saya sampai cakap "tak pe Azne saya pun baru perasan gak kesilapan tu. Jangan risaulah. saya tak marah." Saya cakap sambil senyum dan tanya khabar tentang kandungan arwah. Sedih bila teringat. Menulis ni pun air mata saya bergenang je. Rindu kat arwah. sob sob sob..

p/s: esok akan dapatkan berita lanjut dari staff mahkamah..:(

Bidan Terjun Lagi

Salam semua,

Hari ini saya masuk ofis dalam keadaan pening-pening lalat. Penat, mengantuk dan berdepan dengan jem selama sejam tengah. Hujung minggu baru ni saya menghadiri majlis kahwin bekas rakan serumah masa saya menyewa di Shah Alam dulu. Namanya Yanti. Saya bertolak pergi ke Kg Bukit Pasir, Muar, Johor pada pagi Sabtu. Sebelum itu, saya sempat curi masa cuci kereta di kedai kegemaran saya kat Pantai Dalam (PD). Dalam pukul 11.00 pagi saya mula memandu seorang diri ke Muar. Bosan jugak memandu sorang-sorang tapi nak buat macam mana kawan-kawan ramai dah kahwin. Jadi, saya harus tabah berjalan sensorang. Asalnya saya dah janji dengan Nani nak pergi sama-sama sebab kami nak bermalam di rumah Yanti tetapi kerana aral melintang tak dapatlah si adik Nani ikut saya. Alhamdulillah sepanjang perjalanan saya dapat memandu dengan tenang walaupun otak rajin bebenor nak berfikir. Macam-macam hal pulak tu difikirkan. Mujurlah masih dapat fokus memandu. Haru betullah. Nasib baik saya dah siap minta Yanti petakan saya jalan nak ke rumahnya. Siap saya lukis peta siap-siap bagi memudahkan perjalanan saya. Sebelum saya membebel panjang saya nak cerita sikit. Beberapa hari sebelum majlis kahwin Yanti, dia ada mesej saya minta saya jadi pengapitnya masa akad nikah dan sanding. Tau tak apa dalam fikiran saya masa tu? Saya terlupa yang saya sering jadi pengapit bidan terjun kawan-kawan, saudara-mara n kakak saya. Tak sangka pulak tahun ni saya akan jadi pengapit pengantin lagi. Saya nak kahwin tahun ni. Saya nak orang pulak jadi pengapit saya. hehehehehe.

Lima tahun berturut saya jadi pengapit bermula tahun 2008 saya jadi pengapit kakak sepupu saya Kak Nor. Kemudiannya, 2009 Kak Long saya kahwin pun saya jadi pengapit jugak. 2010 sekali lagi saya jadi pengapit adik junior kesayangan saya nun jauh di Kuala Nerang, Kedah. Yang ni best sebab Ina nikah masa ulang tahun hari lahir saya. Seronok seronok. Paling kelakar tahun 2011 saya jadi pengapit tuk banyak pasangan pengantin. bermula kakak sepupu saya Kak Ja pada bulan Mac, kemudiannya adik sepupu saya Sa dan adik sebilik di Shah Alam pada bulan Mei. Tiga bulan berturut tu saya jadi pengapit. Bulan September pulak saya jadi pengapit untuk Kak GG. Tahun lepas bukan main glemer saya jadi pengapit bidan terjun ni. Kenapalah diorang pilih saya?..Saya tiada jawapan. Yang penting saya cuma sedaya upaya memudahkan majlis dan meraikan hari bahagia orang. Tak salah kita tolong orang kan.  Tapi kan..ada orang kata kalau kita jadi pengapit nanti kahwin lambat. Betul ke?

Balik semula pada kisah majlis perkahwinan Yanti. Sekali lagi syukur saya ucapkan sebab majlis akad nikah Yanti dan suami berjalan lancar. Dengan dua kali lafaz mereka sah bergelar suami isteri. Saya rasa sebak masa tu. Sempat fikir macam mana ye majlis nikah saya nanti ek. Terasa tau sebab kawan-kawan rapat ramai dah berumahtangga. Saya ni pulak tak tahu apa status saya. Single mingle, bujang trang tang tang ke dah berpunya ke. Kalau dah berpunya mana empunyanya? Hah sape nak jawab tu. Lupa nak bagitahu Yanti nikah hari Sabtu lepas Zohor. Majlis sanding dan kenduri esoknya. Alhamdulillah juga dipermudahkan segalanya. Kawan-kawan kami yang datang terkejut tengok saya jadi pengapit. Saya juga dapat soalan cepumas dari pengantin lelaki. Saya jawab dengan gelak ketawa je. Jawapan paling selamat yang saya rasa pada masa tu. Tapi seronoklah tengok Yanti dan suami ceria, gembira dan senyum je. Harap diorang berpuashati dengan kerja saya sebagai pengapit pengantin..;)

Ada cerita sangat kelakar bagi sayalah. Tak tahu la korang macam mana. Dah dua kali saya jadi pengapit pengantin tapi orang sangka saya ni MAK ANDAM. Ada ke patut. Tak sesuai langsung. Kali ketiga orang tegur macam tu saya berhenti kerjaya sekarang dan buka butik. hehehehehe. Dah la mekap saya ntah hape hape je. Saya jarang bermekap kecuali ke majlis-majlis tertentu dan hari raya. Geli tali pusat saya bila orang boleh fikir saya ni mak andam. Takde bakat langsung saya tau. Mekap sikit-sikit boleh la lulus atas tong. Lawak betul la diorang ni. Nasib baik la saya ni jenis slumber.

Lupa lagi nak cerita warna tema sepanjang majlis Yanti. Masa akad nikah tema pink belacan. Saya pakai baju warna apa ntah. Tak tau nak kata warna apa tapi masuh ikut tema la. Malam bacaan Yasin dan tahlil, Yanti pakai jubah oren. Saya pakai baju kurung biasa je warna biru ungu. Majlis sanding warna kegemaran saya "ungu". Sepanjang hari kenduri tu saya seronok je sebab dalam rumah ungu, luar umah ungu, dalam bilik pun ungu. Saya pun pakai baju bercorak bunga ungu. Semuanya ungu. Saya suka ungu. hehehehehe..:)

p/s: nak pencen dah dari jadi pengapit pengantin lagi..

    

Jumaat, 24 Februari 2012

Doa Rindu

Salam pagi Jumaat yang barakah semua,

Hari ini saya nak kongsi mutiara kata sebagai doa untuk insan yang masih menunggu seperti saya. Doa ini saya tujukan khas lagi istimewa buat seseorang.

"Jika rindu ini bertatah, aku berHARAP biarlah untuk Allah. Andai rindu ini menarik resah, aku PASRAH andai pencarian ini masih BELUM KUTEMUI. Ya Allah, damaikanlah hati ini, biarlah resah menarik sepi, biarlah kecewa meratap PERGI, biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin, kepadaMu aku MENGADU HATI, SERIKANLAH taman hati bukan pada fikiran yang belum layak buat diriku tapi pada REDHAMU. Saat aku merinduinya, lebih kuat aku BERMUNAJAT kepadaMu, leboh pantas aku MENINGKATKAN dan MEMPERBAIKI keperibadianku. Ya Allah, hanya Engkaulah PENYUSUN terbaik buatku"..ameen 

Ungkapan rindu tak semestinya diluahkan dalam bentuk kata-kata. Cukuplah sekadar kita dan Allah sahaja yang tahu. Bermunajatlah semoga rindu ini sampai dan bersatu dan menyentuh hati empunya diri yang kita rindui itu. Dengan cara ini akan terpeliharalah rasa rindu kita kerana Allah dan bukan kerana mengikut hawa nafsu semata-mata. Iblis sentiasa mencari ruang untuk mempedayakan anak Adam. Berhati-hatilah wahai kawan-kawan.

"Jika rindukan seseorang pejamkanlah matamu dan berdoalah : Ya Allah, dekatkanlah hatiku dengan hatinya, jadikanlah dia sebagai jalan untuk aku mendekatiMu. Ya Allah, jauhilah hati ini daripada perkara yang membuatkan aku lalai dari mengingatiMu"..ameen

Amalkanlah doa-doa ini ye kawan-kawan. Apabila saya rindu padanya saya akan pejam mata dan berdoa dengan harapan rindu saya sampai padanya. Diam tak bermakna tak mengingati. Hargailah anugerah Allah apabila dikurniakan perasaan RINDU ini. Cuma perlu untuk berlapikkan syariat Islam dan tidak terpesong ke arah nafsu yang akan mejerumuskan kita ke lembah maksiat. Renungan buat diri saya yang lemah ini dan juga kawan-kawan juga..;)

p/s: di kala ini saya rindu sangat nak berdoa sambil mengeluarkan air mata depan Kaabah secara langsung..

Selasa, 21 Februari 2012

DENDAM TERLERAI



Moga kesempatan ini menjadi dendam terlerai..

p/s : dulu saya pernah tengok drama "Dendam Terlerai" lakonan Rusdi Ramli dan Shirly Merlis (cam salah eja je). Sedih sangat cerita ni..

Majlis Ilmu

Salam semua,

Pagi semalam saya pergi kerja bertemankan hujan sepanjang jalan. Saya memandu bb kesayangan saya sebab pagi-pagi lagi bos dah mesej suruh bawa kereta. Jam 11.45 pagi kami ada satu perbicaraan bagi kes Kembali Taat di MRSKL. Hari ini saya sepatutnya menghadiri perbicaraan kes gantirugi perkahwinan tetapi dibatalkan pulak last minit. Bukan cerita perbicaraan yang ingin saya kongsikan tapi satu majlis ilmu yang cukup meninggalkan mesej yang bermakna sepanjang saya berada dalam majlis tersebut. Dua hari hujung minggu baru ni, saya manfaatkan masa dengan menghadiri Konvensyen Fiqh Ummah 2012 yang diadakan di PWTC. Seramai 20 orang pembentang kertas kerja mengikut bidang kepakaran ilmu masing-masing iaitu Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Dr Zaharuddin Abd Rahman, Dr Zahazan Mohamad, Dr Abdul Basit Abd Rahman, Dr Ahmad Wifaq Mokhtar, Ramadhan Fitri Elias (senior saya), Mohd Aizam Mas'od, Imam Muda Asyraf (junior merangkap ex-classmate saya), Dr Mohd Khairuddin Aman RAzali, Dr Maszlee Malik, Mohd Zamri Zainuldin (Mari Mengaji), Ahmad Fauwwaz Fadzil (anak arwah ustaz Fadzil Nor), Mohammad Nidzam Abd KAdir, Syed Norhisham Tuan Padang al-Idrus, Dr Mohd Sukki Othman, Abdullah Bukhari Abd RAhim, Mohd Izhar Ariff, Ahmad Husni Abd Rahman, Xifu Abdul Naser Abdul Rahman dan Ustaz Roslan Mohamed. Saya yakin dan pasti anda semua pasti kenal majoriti penceramah-penceramah tersebut.

Dalam banyak-banyak pembentangan, saya paling tertarik dengan kertas kerja Xifu Naser berkaitan "Wasatiyyah Dalam Dakwah". Dalam pembentangan tersebut beliau menceritakan bagaimana berlaki salah faham orang bukan Islam sebelum memeluk Islam. Perkara ini nampak remeh tapi cukup memberi impak besar terhadap tanggapan orang luar terhadap Islam. Mentaliti orang yang kununnya dilahirkan sebagai ISlam tetapi tidakpun mengamalkan ajaran dan tuntutan Islam sepenuhnya. Pada mereka Islam hanyalah sekadar pada kad pengenalan yang tertera perkataan ISLAM semata-mata. Amalan tak perlu ditonjilkan kerana itu antara diri mereka dengan Allah. Lagipun, kubur kan masing-masing. Astaghfirullah..Betapa kuno pemikiran mereka ini. Patutlah dari pemerhatian saya sebilangan golongan muallaf lagi Islam berbanding kita yang mengaku Islam ni. Kita terlalu mengambil mudah soal keislaman tetapi golongan muallaf ini lebih mementingkan keredhaan Allah kerana sebelum diberi hidayah Allah mereka telah berada dalam kesesatan dan mereka cukup menghargai peluang tersebut. Islam sebenarnya luas dan tidak membebankan dalam dunia tanpa sempadan ini. Terlalu banyak cara berdakwah yang bersesuaian dengan kemajuan teknologi tanpa melanggar batasan syariat. Cuma segelintir pemikiran masyarakat masih jumud dan ortodoks membuatkan Islam dipandang hina dan dicemuh orang luar. Saya suka memerhati keletah masyarakat sekeliling saya walaupun bila jalan sorang-sorang saya hanya menonong tanpa peduli orang kiri kanan saya. hehehe. Tapi saya masih dapat membaca sesetengah karektor orang. Selain itu, saya juga suka membaca tak khusus hanya pada novel semata-mata tetapi pada semu jenis bahan bacaan. Di sini saya dapat menilai dan membuat kesimpulan bahawa golongan muallaf lebih menghargai Islam daripada golongan yang sememangnya telah dilahirkan sebagai Islam. Teringat pulak watak Umar Aisy dan Hilman Yong yang mana seorang muallaf yang masuk Islam bukan kerana cinta pada gadis Islam tetapi kerana mendapat hidayah Allah dan menjadi contoh terbaik buat pasangan yang dilahirkan sebagai Islam. Saya cukup tersentuh dengan watak-watak ini dan menjadi idola saya juga sebenarnya kerana karektor mereka mengingatkan saya pada seorang sahabat saya. Subhanallah..betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan di luar kesedaran kita. Saya tak tahu nak luahkan macam mana perasaan saya sewaktu mendengar pembentang Xifu dan rasa tersentap. Rupa-rupanya di luar sana masih ramai yang ingin memeluk agama Islam tapi belum terpilih untuk diberi hidayah Allah. Alangkah beruntungnya kita yang dilahirkan sebagai Islam bukan? Sepanjang pembentangan selama dua hari tersebut, nama saya asyik meniti di bibir para penceramah dalam menggambarkan hidayah itu milik Allah. Sejuk dan bersyukur sangat-sangat kerana saya juga mendapat tempias doa nama saya yang bermaksud petunjuk. Alhamdulillah. Bolehlah anda letak nama "hidayah" untuk anak-anak anda ye. Hidayah begitu sinonim dengan al-Quran yang diturunkan sebagai petunjuk untuk umat Islam. Jelas bukan sebenarnya kita perlu wasatiyyah dalam kehidupan kerana Allah tidak memandang pada harta benda, rupa paras, baik buruk tetapi hanya menilai tahap keimanan seseorang dan sejauh mana kita beribadat padaNya. Terasa kerdilnya diri ini dan hina sangat-sangat bila mengenangkan apakah amalan-amalan saya selama ini cukup untuk saya menempah tiket ke Syurga. Terasa iman saya lebih nipis dari kulit bawang dan masih banyak kekurangan amalan di sisi Allah. "Ya Allah, pimpinlah hambaMu ini ke jalanMu dan tetapkanlah hatiku ini hanya padaMu..Janganlah engkau memesong pegangan hambaMu ini. Limpahkanlah rahmat dan hidayahMu kepadaku.ameen"

Gembira sangat dapat berjumpa semula dengan senior dan junior saya. Masa belajar dulu saya cukup kagum dengan Ustaz Ramadhan Fitri. Sehingga kini saya masih kagum dan respect beliau. Masih seperti dulu tetap ramah dan cukup menghormati orang walaupun saya ni bukan dari kalangan pimpinan masa kat APIUM dulu. Beliau seorang yang bijak pandai dalam akademik dan juga mempunyai bakat kepimpinan yang luar biasa. Seiring dalam mendokong dakwah Islam sehinggakan penentang pada syariat Islam juga tidak boleh buat apa pada zaman kepimpinan beliau.

Begitu jugak IM Asyraf yang mana belum sempat saya bagi salam beliau ucap salam pada saya terlebih dahulu. Ramah seperti dulu juga dan paling terharu bila beliau masih mengenali dan mengingati saya. Betul tekaan saya dulu yang beliau bukan sebarangan orang. Walaupun sempoi tapi beliau sembunyikan identiti sebenar beliau di mata orang. Sewaktu saya konvo tahun 2007 juga beliau ucap tahniah pada saya semasa nampak saya. Kami sama-sama ambil subjek Fiqh Budaya dulu di mana saya satu-satunya pelajar muslimah tunggal dalam kelas tersebut dan merupakan senior mereka. Yang lain adalah lelaki seramai 10 orang termasuk IM Asyraf. Setiap kali masuk kelas saya suke pandang muka beliau. Pandang curi-curi je. Terasa sejuk mata memandang dan rasa tenang je jiwa ni. Aura orang yang tinggi ilmu agama. Bila giliran saya membuat pembentangan assingment, pasti beliau akan memberi respon dan bertanya soalan pada saya. Apatah lagi jika pembentang tersebut melibatkan undang-undang pasti saya dihujani soalan. Indahnya terkenangkan zaman belajar di universiti dulu.

p/s : xdapat nak masukkan gambar pulak..masalah teknikal.huhuhu

Jumaat, 17 Februari 2012

Bertemu di Pintu King Abdul Aziz

Saya merenung awan di luar tingkat kapal terbang Gurf Air menuju ke Bahrain. Penerbangan kali ini akan transit di Bahrain sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah. Hati saya rawan dan bergelora hebat. Terasa tak sabar nak melihat Kaabah depan mata dan jauh hati dengan seseorang yang akhirnya membawa saya ke tanah suci lagi. Apakah tepat tindakan saya ini? Persoalan ini berlegar di ruangan fikiran yang sesak dengan pelbagai masalah. Tetapi saya yakin dan percaya apabila seseorang hamba dijemput sebagai tetamuNya, sudah pasti dipermudahkan segalanya sekalipun secara logik akal kewangan tidak mencukupi. Yang penting terpanggil untuk berada di rumah Allah. Labbaikallahummalabbaik..saya membaca talbiah berulang kali melahirkan rasa syukur dipilih sekali lagi menjadi tetamu Nya disaat yang getir ini. Alhamdulillah yang mampu diucap dalam hati. Perjalanan selama lapan jam dari KLIA, Malaysia terasa seperti lapan tahun. Saya banyak termenung sepanjang perjalanan sehinggalah juruterbang memaklumkan kapal terbang akan mendarat dalam beberapa minit lagi. Syukur separuh perjalanan musafirku telah dipermudahkan. Berbaki separuh lagi untuk menyempurnakan umrah. Saya dan penumpang lain turun dari kapal terbang ini untuk berehat selama tiga jam sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah. Di kesempatan ini saya ambil peluang untuk solat jamak takdim dan qasar Zohor dan Asar. Sampai di Jeddah nanti saya dan rombongan yang lain akan menziarahi Madinah dahulu selama tiga hari Kemudian barulah ke Mekah.

Tiba di Madinah hampir waktu Subuh. Selesai mandi dan menyusun barang, saya terus ke Masjid Nabawi untuk solat berjemaah Subuh. Nyaman dan damai sekali perasaan saya. Lupa semua perihal kerja dan keserabutan masalah yang bertimpa. Betapa saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjejak kaki di sini lagi. Hanya tiga hari saya berada di Madinah. Sempat jugalah membeli sedikit kurma dan kismis untuk keluarga di Malaysia. Hari akhir di Madinah, hati sebak sewaktu ucap selamat tinggal pada Rasulullah saw. Melambai-lambai dalam keadaan air mata menitis. Sungguh murah air mataku sejak hari pertama tiba di tanah haram. Pasti saya akan merindui Masjid Nabawi. Makam Rasulullah saw berada bersebelahan masjid mulia ini.

Akhirnya, sekali lagi saya dapat melihat Kaabah depan mata. Sayunya hati ini saat mula-mula nampak kiblat umat Islam. Mungkin kali ini kehadiran saya dalam situasi yang lemah dan hampir berputus asa menyebabkan hati saya begitu sensitif dan mudah mengalirkan air mata. Biarlah saya selesa begitu. Air mata boleh mengurangkan bebanan masalah yang saya tanggung sekarang ini. Selesai berdoa saya terus menyempurnakan ibadat umrah saya bermula niat ihram, tawaf tujuh keliling Kaabah, saie antara bukut Safa dan Marwah dan diakhiri dengan tahlul yakni gunting beberapa helai rambut. Kemudiannya, saya menunaikan beberapa solat sunat dan mengelilingi Kaabah semula untu tawaf sunat. Selesai ibadat umrah untuk hari ini. Esok saya akan mencium Hajarul Aswad pula. Kedudukan hotel saya menginap berdekatan dengan Masjidil Haram tetapi saya lebih selesa menghabiskan masa berada dalam Masjidil Haram. Di waktu senggang saya akan minum air zam zam dan solat sunat. Kadang-kadang saya merenung Kaabah seolah-olah saya tidak berdepan dengan masalah. Tenang dan damainya hati saya. Inilah hikmah berada di rumah Allah yang penuh barakah. Segala keresahan, kebimbangan, kesedihan malahan kekecewaan yang keterlaluan mengundang hikmah sehingga saya berada di tanah suci. Syukur ya Allah kerana masih menyayangi hambaMu yang lemah lagi hina ini. Saya masih diberi  untuk menjejak kaki ke tempat suci yang penuh berkat dan mengabdikan diri padaMu ya Allah. Semoga hambaMu ini akan bertemu jodoh di sini. Itu pintaku lewat doa-doa yang dibaca. 

Selanjutnya adalah ziarah di Jabal Rahmah. Ya inilah tempat yang saya tunggu-tunggu untuk berdoa tentang jodoh. Mak ayah juga berpesan sewaktu menghanatr saya di KLIA dulu supaya berdoa dipermudahkan temu jodoh semasa di Jabal Rahmah. Di sinilah tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Siti Hawa setelah diturunkan ke dunia akibat terpedaya dengan godaan iblis. Betapa lemah dan hinanya saya rasa diri ini. Bertempat di puncak Jabal Rahmah, saya titipkan doa untuk bertemu dengan pemilik sebenar tulang rusukku di pintu King Abdul Azizi di Masjidil Haram sebelum pulang ke tanah air. Saya berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat jodoh yang terbaik bagi melayari bahtera rumahtangga aman bahagia dengan insan istimewa tersebut. Selesai sudah hajat saya untuk berdoa di Jabal Rahmah. Kini, saya hanya perlu berdoa dan terus berdoa sehinggalah doa saya dimakbulkan. Sepanjang berada di Mekah saya tidak putus-putus melakukan solat sunat Istikharah memohon petunjuk dan ditetapkan hati supaya ditemukan jodoh yang baik untuk saya. Salah satu sebab saya membawa hati yang lara ke tempat mulia ini. Saya semakin kuat menghadapi kekecewaan dalam hidup.

Esok merupakan hari terakhir saya berada di Mekah dan dijangka penerbangan saya ke Malaysia jam 3.00 petang dariu Jeddah. Saya mengambil peluang keemasan untuk melakukan ibadat-ibadat sunat sebanyak yang mungkin dan berdoa seolah-olah tiada esok untuk saya. Terasa sedih pula hendak meninggalkan Kaabah. Pasti saya akan merindui untuk menatap Kaabah depan mata. Kesedihan mula bertapak di hati saya walaupun masa masih panjang menunggu hari esok. Sambil merenung Kaabah setelah berdoa, terlintas di fikiran saya wajah seseorang yang tidak disangka-sangka. Saya tersenyum sambil mendoakan kesejahteraan beliau. Semoga dia juga mengingati saya sekarang. Sementara menunggu azan Asar saya sempat membuat tawaf sunat sendirian dengan kusyuk. Setelah selesai solat berjemaah dan solat jenazah saya berkira-kira ingin pulang ke hotel untuk rehatkan diri. Sewaktu lalu di pintu King Abdul Aziz saya telah ditegur oleh satu suara yang cukup saya kenal. Baru sahaja saya terkenangkannya tadi. Takkanlah orangnya dah muncul depan saya. Terdetik di hati satu perasaan halus yang saya tak pasti apa rasanya. Bila saya mendongak alangkah terkejutnya bila kata hati saya benar. Ya Allah, apakah maksud yang tersirat di sebalik pertemuan ini?

Sewaktu saya mula melangkah masuk di pintu King Abdul Aziz Masjidil Haram bagi menunaikan solat Subuh berjemaah, sekali lagi saya bertemu dengan orang yang sama. Kami hanya berbalas senyuman sahaja. Kemudiannya, saya terus melangkah ke dalam masjid dan mencari saf di bahagian muslimat. Kira-kira jam 7 pagi saya melakukan tawaf wida' iaitu tawaf selamat tinggal sebelum berangkat ke Jeddah. Sayu hati sewaktu melambai ke arah Kaabah. Benarlah Allah memakbulkan doa Nabi Ibrahim yang berdoa apabila umat Islam datang ke tempat barakah ini akan rindu untuk datang lagi ke sini. Subhanallah betapa berkuasanya Allah yang tidak dapat ditandingi mahkluk lain. Sekali lagi buat kali terakhir saya terserempak dengan insan yang sama tiga kali berturut di tempat yang sama pintu King Abdul Aziz. Adakah doa saya sewaktu di Jabal Rahmah dimakbulkan? saya tertanya-tanya dalam hati. Muka saya terasa panas dek kerana malu dengan pertemuan kali ini. Dada juga berdegup pantas. Dia tegur saya dengan kalimah salam. Senyuman yang terukir di bibirnya membuatkan saya terkedu dan kelu untuk membalas salamnya. Hanya menjawab dalam hati sahaja. Dia seorang yang cukup saya kenali. Benarlah, tiada yang mustahil dengan kasih sayang Allah.

p/s : ini adalah cerpen pendek pertama saya dalam blog ini. sila tinggalkan komen anda ye..;)

Bercinta Selepas Kahwin

Salam Jumaat yang penuh barakah semua,

Semalam saya keluar opis lambat dan sampai rumah pun dah jam berapa. Agak lewat jugak la sebab singgah beli nasi goreng cili api jap. Sampai rumah saya terus mengadap rezeki malam setelah seharian tak makan nasi. Saya jarang makan nasi malam-malam tapi semalam nak makan ubat demam jadi saya makan la nasi. Bukan diet tau. Sambil makan saya buka tv dan elok pulak rancangan semanis kurma yang terpasang. Tajuk perbincangan semalam adalah "BERCINTA SELEPAS KAHWIN". Kelakar je saya rasa sebolehnya saya memang nak bercinta selepas kahwin pun. Tak sangka pulak rasa. Kebetulan je kot.hehehehehe. Sambil mengunyah sambil tengok perbincangan tu. Menarik jugak la. Artis jemputan adalah Diana Rafar manakala ustaz jemputan pulak Ustaz Jazlan. Macam-macam perkara yang dikongsikan dalam semanis kurma semalam. Tajuk pun dahlah menarik pasti ramai yang menonton. Sebenarnya, saya jarang sangat-sangat tengok semanis kurma ni. Alasan saya biarlah rahsia. Saya kan jarang tengok tv kalau tengok pon leboh kepada drama cina hong Kong. Apatah lagi kalau Kevin Cheng berlakon. Teruk kan saya ni. Giler sangat kat citer cine. Mungkin faktor keturunan banyak mempengaruhi saya kot. Saya baru tau yang keluarga saya belah ayah ade campuran india cina. Walaupun, muka saya tiada iras india mahupun cina tapi hati saya berjiwa kecinaan. Ish dah melalut saya ni. Sambung semula pasal semanis kurma tu ye. Tak salah tau bercinta sebelum kahwin pun tapi kenalah pandai jaga batasan diri dengan pasangan. Tiada hukum yang mengatakan haram bercinta sebelum kahwin cuma tidak digalakkan sahaja. Saya yakin pasti ramai yang tak puas hati kalau ade yang kata haram bercinta sebelum kahwin sedangkan ramai je pendakwah Islam bercinta jugak sebelum kahwin kan. Contohnya Ustazah Siti Norbahyah dengan Ustaz Wan Akashah. Yang jadi haram tu bila pasangan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim duduk berdua-duaan sehingga menaikkan nafsu untuk melakukan zina. Itu memang jelas haram la dik oiii. Dalam Islam pun diharuskan pasangan yang ingin bernikah berkenalan dulu dalam erti kata yang menurut syarak la. Bukan hentam keromo je. Bercinta selepas kahwin pun ada pro dan kontranya jugak. Bukan senang nak melangkah ke alam perkahwinan ni sebenarnya. kahwin bukan bermakna untuk menghalalkan hubungan suami isteri sahaja tetapi datang bersama pakej tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam rumahtangga. Sekiranya berkahwin untuk seronok maka keseronokan sementara la yang akan anda dapat. Tetapi sekiranya berkahwin kerana Allah dan bersedia untuk memikul tanggungjawab maka hasilnya kebahagiaan yang akan dikecapi. Nampak macam seronok je kan berkahwin padahal indah khabar dari rupa. Bercinta selepas kahwin banyak juga kebaikannya. Itulah sebenarnya cinta yang akan kita dapat daripada pasangan. Sebaliknya pula kalau bercinta sebelum kahwin di mana tempoh bercinta tersebut hanyalah tempoh untuk bergaduh sahaja. Tempoh bercinta yang sebenarnya adalah selepas berkahwin. Bukan saya yang kata tau tapi pengalaman orang yang dah kahwin. Saya pun mungkin akan rasa manisnya bercinta selepas kahwin nanti kerana saya telahpun terbuka hati untuk menerima cinta seorang lelaki yang tidak pernah lupa akan cinta pada Nya. Bukan bermakna saya terlalu memilih tetapi harus memilih untuk kebahagiaan rumahtangga saya kelak walaupun bahagia terlalu subjektif tuk dihuraikan. Saya bersetuju dengan tajuk di atas tanpa menyangkal di sebaliknya. Bercinta tak salah cuma kena pandai jaga diri dan maruah agar bisikan iblis berlalu bagai mencurah air ke daun keladi. Tepuk dada tanya iman. ;)

p/s : utamakan cinta padaNya sebelum mencintai sesama manusia.

Rabu, 15 Februari 2012

Dengarlah

Salam,

Kepada sesiapa yang resah bila orang sekeliling asyik bertanyakan soalan cepumas "bila nak kahwin?"
jangan cepat melatah ye kawan-kawan yang masih belum ketemu jodoh kerana jodoh kamu ada cuma belum tiba masa lagi. Jadi saya sajikan lagu nasyid Jodoh dan Takdir buat semua..;)




Cuma ku dambakan insan sepadan
Kasihnya sejati bukannya keterpaksaan
Biarpun derita yang menjadi rintangan
Ketulusannya yang tiada bandingan

p/s: saya tetap setia menunggu pemilik sebenar tulang rusuk saya yang bakal menjadi imam solat saya suatu hari nanti. bersabarlah.

Mesej Dari Filem

Salam semua,

Saya nak kongsi satu video berkaitan dengan persahabatan dan cinta. Saya yakin dan pasti anda semua tahu lagu apa yang saya tayangkan.hehehehehe. Semoga terhibur dan jangan lupa fikirkan mesej di sebalik lagu ini.





Sejak diawal tayangan filem ini lagi saya cukup tersentuh dengan jalan cerita yang mengisahkan persahabatan dan pengorbanan dalam persahabatan walaupun mengalami kekecewaan. Antara persahabatan dan percintaan, mana satu yang anda pilih? Jawab sejujurnya ye.

p/s: tiap kali tgk filem ni mesti sedih..seolah-olah sayalah watak Anjali tu..huhuhu

Damai Dalam Jem

Salam semua,

Permulaan hari saya pagi ini sungguh ceria. Selesai solat Subuh saya bertolak pulang ke rumah sewa saya di Kl. Semalam saya bermalam di USJ 1, Subang Jaya rumah kakak serumah dulu. Saya balik kerja lewat semalam kira-kira jam 9.00 malam. Saya terus ke Subang Jaya kononnya nak sambung buat soalan perbicaraan bagi kes "Kembali Taat" pada Isnin minggu depan. Sapa sana pun dah lewat dan saya menonton cerita seram dan makan malam dulu. Kak Nani belikan bihun sup kegemaran saya. Macam tau-tau je saya terasa nak makan sup.hehehehehe. Lupakan hal semalam. Cerita pagi ini lagi menarik. Saya bergerak pulang dari rumah Kak Nani jam 6.30 pagi dan lalaun di jalan raya agak perlahan kerana saya terpaksa lalui jem bermula di USJ lagi. Walau bagaimanapun, perjalanan pagi ini sungguh mendamaikan jiwa saya. Nak tahu kenapa, cuba teka? Salahlah. Sepanjang perjalanan saya dengar bacaan mathurat kubra dua kali. Jem agak teruk pagi ini dan saya mengambil masa selama satu jam untuk sampai Vista Angkasa. Alhamdulillah jiwa saya diresap dengan alunan bacaan mathurat yang sungguh menyentuh perasaan. Saya tak jiwang pagi-pagi ek. Cuma nak kongsi rasa je sebab saya rasa tenang dan damai. Saya pun ikut sama membaca mathurat kubra tersebut. Selama ni saya hanya baca yang sughra je. Tak sangka pulak yang kubra ni tak la ambil masa yang lama. Tak rugi saya beli cd ni masa tunggu bus nak ke Muar di TBS dulu. Dari semalam lagi saya pasang cd ni. Perjalanan satu jam saya rasa sekejap je dan dipermudahkan saya memandu pagi ni. Sahabat saya yang merupakan seorang ustazah pernah bagitau saya yang ayat-ayat mathurat ni sebagai pelindung daripada ilmu sihir. Bila saya membaca artikel pasal tu memang diakui betul sebab dinyatakan surah-surah yang disarankan untuk diamal sebagai pendinding ada dalam mathurat ni. Yang paling menarik dibacakan juga doa Rabitah di penghujungnya untuk menghubungkan kasih sayang. Anda semua cubalah juga amalkan mathurat ni tak kisahlah sughra ataupun kubra. InshaAllah kita semua sentiasa dalam lindunganNya. ;)

p/s: tau tak sebelum tidur saya sempat membuat kira-kira berkaitan jodoh melalui kedah pengiraan tarikh lahir. seronok sekali sekala mengira. 2012 macam tahun gembira dan jodoh saya je..berangan la..hahahaha

Isnin, 13 Februari 2012

Rehat Yang Panjang

Salam semua,

Lamanya saya tak mencoret sesuatu di blog kesayangan saya ni. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku pada saya akhir-akhir ini. Di samping juga KL cuti panjang dan saya pula sakit mata akibat jangkitan kuman menyebabkan saya bercuti panjang. Tajuk kat atas sekadar gimik tau. Jangan cemas dan risau ye. hehehehe. Sekadar berkongsi cerita di mana mata saya semakin bengkak pada hari Maulidur Rasul. Hari tersebut saya bermalam di rumah sahabat muslimah saya di Lukut. Lama kami tak berjumpa dan saya kebetulan bosan berada di rumah sebab tak balik kampung. Lalu saya pun mesej sahabat muslimah saya, cik Sufi untuk menghabiskan cuti di rumahnya. Saya nak bercerita dengan dia dan luahkan segala keresahan, kegelisahan di hati saya. Lagipun, seronok bersembang dengan dia sebab kami se"kepala". Yang paling penting saya memerlukan pandangan dia. Berkaitan apa tu biarlah rahsia dulu ye. Bila dah jadi dan semuanya dipermudahkan saya akan bercerita juga suatu hari nanti. InshaAllah. Sambung senula cerita saya tadi. Hari Rabu minggu lepas mata saya masih lagi bengkak tak surut-surut. Risau jugak saya lalu saya pun pergi jumpa doktor lagi. Emmm doktor kata mata saya kena jangkitan kuman dan tak berjangkit. Doktor bagi saya cuti sakit yang panjang kerana nak saya rehatkan mata dari menonton tv, menghadap komputer dan membaca. Waaaaaaaa..saya tak kisah sangat kalau tak dapat tengok tv atau bukak komputer tapi bila dihalang untuk membaca memang la saya tak dapat ikut. Saya pantang tengok bahan bacaan apatah lagi saya berusaha dengan jayanya untuk habiskan membaca novel kesayangan saya "Bayangan Rindu" walaupun ulangan kali ke berapa pun saya dah tak ingat. Sedih la tapi saya langgar jugak pesanan penaja dari doktor.hehehehe. Almaklumlah saya kan mempunyai perangai degil yang payah nak dengar kata orang. Dalam perjalanan balik ke rumah lepas ambil ubat, saya terfikir nak balik kampung je. Alang-alang dapat cuti sakit lama baik saya balik kampung. Padahal saya punyalah bersiap nak masuk opis lepas jumpa doktor terus je saya batalkan. Saya balik rumah makan ubat dan berkemas untuk balik kampung serta merta. Rancangan asal nak berjalan ke Kota Tinggi Jumaat lepas pun terpaksa dibatalkan memandangkan mata saya semakin bengkak dan sepet macam amoi cina sesat je. Tak selesa saya nak berjalan. Alhamdulillah syukur sangat ada bus nak balik kampung. Tak payahlah saya bersusah nak naik bus lompat ke Kuantan dan naik bus ke Kemaman kampungku tercinta. Apa lagi mak saya, kak long saya dan adik-adik semuanya gembira bila tahu saya nak balik dan sempat jugak diorang ketawakan saya sakit mata. Sabar je la. Seronok cuti sakit di kampung tau. Walaupun dalam keadaan sakit mata saya tetap berjalan sakan ke sana ke mari. Alasan saya yang sakit hanyalah mata saya. Kaki masih boleh berjalan dan mulut masih boleh makan. Bagus tak alasan saya tu?hahahahaha. Paling membahagiakan malam saya sampai kampung tu ketika sedang bermesej dengan sahabat tersayang saya tu tetiba dia telefon la. Apa lagi seronok tahap tak tahu nak kata apa la. Saya sambut panggilan dia dengan gelak ketawa je sebab tersangka dia nak telefon. Dia kata malas nak taip mesej jadi senang telefon je la. Saya layan je la walaupun masih ada rasa curiga dengan alasan dia. Lama kami bersembang. Cuma yang pelik kali ni suara saya bergetar sepanjang bersembang dengan dia. Kenapa ntah jadi macam tu.Terkejut sangat kot sampai berdebar je. Jantung berdegup macam baru tamat berlari pecut.hahahahaha. Ntah apa-apa saya ni. Yang penting malam tu saya rasa tenang sangat-sangat. Tak macam sebelum ni sekalipun lepas buat solat sunat pun masih rasa tak senang. Alhamdulillah malam tu lain sekali. Tidur pun lena je mungkin tidur sambil senyum.hahahahahaha. Oh ye..saya jugak dah habiskan baca novel kesayangan saya tu. Sempat juga ulang baca novel "Akhirnya Aku Kawen". Membaca je kerja saya ni. Kerja rumah pun saya buat jugak tau. hehehehehe. Semalam masa saya pergi rumah Tokcik saya tetiba tempat bengkak kat mata saya tu keluar nanah campur darah. Fuhhhh lega rasanya. Bengkak dah semakin surut dan semakin baik.Tak pernah saya sakit mata macam ni. Semalam balik KL naik bus awal tak lambat macam biasa. Masa cari tempat duduk baru saya sedar yang kerusi saya no. 19A. Suratan atau kebetulan?..Macam-macam hal berlaku di awal tahun 2012 ni. Mungkinkah sejuta hikmah tersembunyi di sebalik apa yang berlaku atau tahun ini saya akan mendapat "sesuatu" yang saya tak duga. Hanya Allah yang Lebih Mengetahui. Semoga saya terus tabah dan sabar menghadapi mehnah dunia hari ini. :)

p/s: sempat layan Kuch Kuch Hota Hai..terasa sesuatu dalam hati ini..hahahahaha..layannnnnnnn