As salam semua,
Sebelum saya mula tumpukan perhatian pada hujah nak jugak saya bercerita pengalaman di hujung minggu lepas sempenan Hari Malaysia. Sabtu dan Isnin baru ni saya hanya lepak dan buat kerja-kerja surirumah. Macam biasa la kan bila di rumah secara automatik saya menggalas tugasan tersebut. Hanya hari Ahad je saya berjalan ke Alor Gajah, Melaka. Saya ke sana atas jemputan adik bilik saya dulu, Irma dan family dia ada buat sedikit kenduri tahlil dan kesyukuran merangkap majlis tunang Irma selepas waktu Zohor. Kebetulan saya memang free hari tu dan rancang nak ke sana dengan Kak Yan rakan serumah saya sekarang. Kami bertolak ke sana jam 10.00 pagi tapi sebelum tu singgah mandikan si Putih saya dulu. Hampir dua minggu si Putih saya comot macam saya. hahahahaha. Kira-kira dalam jam 10.30 pagi jugak la kami gerak ke Alor Gajah. Macam biasa jugak saya akan mesej mak ayah untuk bagitau saya akan travel ke luar Lembah Klang. Saya memang didik diri ni kalau nak ke mana-mana keluar dari Lembah Klang mesti mesej mak ayah sepatah dua supaya cerita-cerita dongeng dapat dijauhi. Macam biasa jugak mak saya akan bagi pesanan penaja supaya saya bawa kereta hati-hati. Jangan bawa laju (mak saya dah tau saya suka drift kat jalan raya). hehehehe. Sampai nanti mesej. Tu la antara pesanan penaja yang saya dapat. Saya nak jadi anak solehah yang menyenangkan mak ayah di dunia dan akhirat. Tu cara saya. Cara korang saya tak tahu la kan. Boleh je kalu nak ikut cara saya. Yang baik ambil yang buruk tinggalkan ye.
Saya sampai di Alor Gajah lebih kurang jam 12.00 tengahari. Sampai je terus jumpa mak Irma dan empunya badan. Untuk makluman korang kan family Irma dah jadi keluarga angkat saya sejak dahulu kala lagi. Saya dan Kak Yan makan dulu dan tunggu sehingga majlis pertunangan Irma selesai. Syok sangat kami bergambar di setiap pelosok mini pelamin. Trend sekarang bertunang ada mini pelamin. Irma kan anak sulung dan merupakan cucu sulung. Jadi, memang meriah la majlisnya walaupun hanya sedara mara terdekat dan rakan-rakan terapat macam saya yang datang. Cantik sangat Irma dalam persalinan tunang yang penuh bermanik. Subhanallah. Berseri-seri la pendek kata. Kawan dia, Nini yang mekap dan jahit manik pada baju tu. Memang kreatif. Mekap pon tak la over sangat. Nini buat part time mekapkan orang. Buat side income la. Saya hanya mekap simple je janji muka tak nampak lesu. Paling penting biar nampak awet muda. hehehehehe
Saya tumpang gembira dengan majlis pertunagan Irma. Kisah cinta dia dan tunangnya yang dua-dua junior yang rapat dengan saya sewaktu di UM. Irma di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan manakala tunang Irma pulak di Fakulti Akaun. Kami berjumpa sewaktu menjadi urusetia Debat Kemerdekaan di mana UM jadi tuan rumah. Indahnya saat-saat tu. Semoga jodoh diorang dipanjangkan hingga ke akhir hayat. KAlau dah jodoh pasti akan bersama jugak kan. Fikiran ni mula la nak menerawang cari sape jodoh saya.hahahahaha.
Gurau je la. :)
Balik dari sana saya singgah pula ke Klang, rumah rakan sekolah menengah dulu sewaktu di Alfalah. Ya Allah tak sangka kami dapat berjumpa kembali. Syukur alhamdulillah. Gembira sangat hati saya bila berjumpa kembali dapat la lepas rindu yang terpendam. Akhirnya jumpa semula dengan Zaeza dan Suaibah. Diorang kata muka saya tak berubah langsung. Lama tak jumpa masih boleh cam muka saya. Saya senyum je la kan. Seronok dapat jumpa kawan-kawan. Balik rumah baru rasa kepenatan drive je sepanjang hari. Tapi sempat lagi saya basuh baju. hehehehehe.
p/s : seronok sangat masak mi goreng basah..yummy..yummy..:)
Memaparkan catatan dengan label kasih sayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kasih sayang. Papar semua catatan
Rabu, 18 September 2013
Ahad, 21 April 2013
Anak-anak Angkat
As salam semua,
Semalam saya berjaya juga upah kain pasang untuk baju pengapit pengantin sahabat baik saya sejak zaman belajar di universiti dulu. Kain diberi bulan Mac lagi tapi saya lupa nak upah dek kerana kesibukan yang melanda bulan ini. Alhamdulillah selesai bahagian upah sebab nak pakai baju tu masa majlis perkahwinan dia awal Jun ni. Ingat nak pencen dari jadi pengapit lagi tapi bila diminta oleh sahabat baik saya yang manis ni, Cik Z membuatkan saya serba salah sikit. Duk jadi pengapit orang je bila pulak diri sendiri nak diapit. hehehehehe. Plan asal saya semalam nak bermalam di rumah sahabat baik saya di zaman sekolah menengah dulu, Cik Sufi di Negeri Sembilan tetapi terpaksa dibatalkan dengan alasan nak masuk ofis semalam. Tapi malangnya semalam saya tak sempat nak masuk ofis kerana menguruskan hal tempahan kain tu dulu. Jadi saya ubah plan last minute bermalam di rumah sahabat saya yang sorang lagi di Puncak Alam. Upah baju di Meru dengan tukang jahit yang saya selesa pakai baju jahitan makcik ni. Kalau nak tahu saya ni agak cerewet bab tempahan baju sekiranya tak memenuhi keselesaan saya terutamanya di bahagian bahu. Baju tempahan saya WAJIB ada span di bahu dan poket di sebelah kiri untuk baju kurung la. Tapi semalam saya tempah baju kurung pahang. Nak buat kain duyung tapi takde contoh la.
Oleh kerana pulang dari rumah makcik tukang jahit tu dah lambat terus saya ubah plan yang asal nak terus balik KL kepada bermalam di rumah sahabat baik saya, Pn. Noi yang lemah lembut dan ayu ni. Alang-alang dah sampaikan baik saya habiskan masa dengan anak-anak angkat saya ni yang bernama Bang Aqil dan Alif. Sewaktu saya sampai di rumah Noi petang hari dia baru balik dari kenduri di rumah jiran. Bila dijemput masuk ke dalam rumah terus saya bermain-main dengan si kecil Alif. Dia ni special sikit sebab down sindrom/sindrom down (tak tau la saya mana satu yang betul). Tapi kan tersentuh sangat saya dengan Alif ni bilamana melayan saya sewaktu saya mendukung dia lalu di sentuh dan main-main dagu saya. Subhanallah tak tau saya nak gambar rasa hati saya macam mana masa tu. Bayangkanlah umur baru enam bulan tapi dah pandai nak melayan orang dewasa. Mungkin tu cara Aliff menghargai kedatangan saya sebagai mak angkat dia dan Bang Aqil ke rumah mereka. Lagipun agak lama saya tak jumpa mereka kerana kekangan masa. Abang Aqil pun seronok bila saya datang bawa biskut oreo dan chipsmore untuknya. Seronok melayan karenah diorang ni. Hilang stress dan penat bekerja tau. Tetiba rasa macam nak dapat anak cepat-cepat tapi kenalah kahwin dulu. Ayoyoyoyoyo..Oh jodohku datanglah padaku..
Semalam Noi, Alif dan saya tidur dalam bilik tetamu manakala suami Noi dan BAng Aqil tidur di ruang tamu. Katanya mereka memang selalu tidu macam tu kerana Bang Aqil tak tahan panas dan berpeluh sebab kulitnya sensitif peluh. Semalam juga saya lalui pengalaman menarik bila Bang Aqil payah nak tidur dan Alif terjaga malam untuk menyusu badan. Agak lama saya tak lalui pengalaman ni. Kali terakhir sewaktu jaga adik bongsu saya di tahun 2000. Walaupun mengantuk dan penat saya rasa betapa nikmat dan sukarnya peranan sebagai ibu untuk menjaga, membesar dan mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Musim sekarang ni agak panas terutama di waktu malam. Saya sering terjaga dari tidur dek badan berpeluh dan tak selesa nak tidur. Air masak sentiasa stand by di sisi. Apatah lagi budak-budak kecik yang tak selesa tidur dengan kepanasan yang luar biasa. Saya banyak kali terjaga bila Alif menjerit-jerit kecil sebab lapar. Kalut jugak saya masa tu. Tak dapat dibayangkan macam mana keadaan saya bila lahir anak sendiri dan lalui apa yang Noi sedang lalui sekarang. Pasti huru hara saya masa tu. Dah la saya jenis cepat gelabah. Tapi semalam saya memang kagum la dengan Noi boleh hadapi situasi tu dengan sabar dan penuh kasih sayang.
Bangun pagi tadi pun saya masih bergurau senda dengan Alif. Awal dia bangun. Saya tidur-tidur ayam lepas solat Subuh tadi. Mengantuk sangat tapi berjaga-jaga kot-kot Alif menjerit lagi. Bila saya letak Alif atas riba saya tetiba dia pegang tangan saya kemas-kemas. Terasa mengalir kasih sayang pada dia. Abang Aqil pun macam tu jugak. Suka sangat bila saya melayan dia baca buku gambar-gambar binatang sebelum tidur. Pagi tadi sewaktu saya, Noi dan suaminya sarapan tetiba Bang Aqil datang pada saya dan terus memeluk dan menyembam muka kat paha saya. Tergamam jap saya masa tu. Tindakan refleks tu. Rupanya Bang Aqil silap orang la. Dia ingat saya ni ibu dia. hahahahahaha. Kelakar pulak. Saya selalu mengalami pengalaman di mana anak-anak tersalah sangka saya ni ibu mereka. Siap nak ikut saya balik lagi. Haru betul la. hehehehehe.
Sedih pulak bila saya nak balik tadi. Ye la nak kena masuk ofis nak siapkan hujah tuk difailkan esok. Sayu pulak hati ni. Betapa tenang dan lapang hati bila memandang muka anak-anak kecik yang suci dari dosa. Ketulusan dan kasih sayang yang mengalir ni membuatkan naluri keibuan saya tersentuh. Bila agaknya saya diberi peluang untuk merasai nikmat kesempurnaan seorang wanita bila bergelar seorang ibu tu. Inshhallah pasti masa saya akan tiba nanti. Pujuk hati lagi. Saya jutawan kasih sayang yang amat mengasihi anak-anak kecil..:)
p/s : alhamdulillah dapat penjelasan ringkas dan padat tentang syiah dari sahabat kesayangan ku yang jauh di sana..al-Fatihah untuk awak ye..:)
Sabtu, 13 April 2013
Ilmu Agama : Kasih-Sayang
As salam semua,
Hari ini saya mendapat jemputan untuk menghadiri satu majlis pencerahan ilmu agama oleh Datin Nik Noraini. Jemputan ini adalah dari salah seorang klien saya yang dipanggil Aunty Siti Zaharah. Majlis kali ini membincangkan tajuk "Kasih-Sayang". Tiba-tiba saya senyum seorang diri sebab banyak sangat kebetulan yang berlaku pagi tadi. Pertamanya, saya dan Datin Nik Noraini pakai baju kurung warna sama iaitu UNGU dan ramai yang ingat saya ni kaum kerabat Datin (aduhhhh segan saya tau). Keduanya, sewaktu dalam kereta tadi saya dan Aznah memang bercakap tentang kasih sayang dalam cerita-cerita Hindustan. Macam dapat hint tentang tajuk yang akan dibincangkan je. Selanjutnya, dalam majlis ilmu tadi diceritakan juga kisah Nabi Ibrahim a.s di mana hikmah tentang perasaan cemburu Siti Sarah terhadap siti Hajar dan Nabi Ismail. Permintaan Siti Sarah supaya Siti Hajar dan anaknya keluar dari rumah memberi hikmah yang cukup besar kepada umat Islam hingga ke hari ini. Betapa Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Setiap apa yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi. Nabi Ibrahim mendapat wahyu supaya meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Apabila Nabi Ismail menangis kelaparan di situlah bermua segalanya hikmah yang ingin diberikan kepada umat Islam apabila Siti Hajar berlari ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali.Kemudiannya, bagaimana punca air zam zam keluar apabila Nabi Ismail menghentak kaki ke bumi. Subhanallah pujian hanya untuk Mu ya Allah. Terasa betapa kerdilnya diri ini berbanding dengan segala nikmat yang telah diberikan melalui sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah. Disebabkan peristiwa tersebutlah wujudnya Kaabah dan air Zam-zam dengan hikmah Allah sehingga ke hari ini menjadi tempat yang paling mulia dan dikunjungi umat Islam. Ahhh rindunya saya nak solat depan Kaabah. Labbaikallah hummalabbaik. Saya sempat bermonolog tadi betapa perancangan Allah amat teliti dan mengandungi rahsia dan penuh kejutan untuk hambaNya yang bersabar. Yang penting kita mendapat rahmat dan berada dalam kasih sayangNya.
Hadis Rasulullah saw yang bermaksud "Orang yang belas kasih, dikasihi oleh Allah (ar-rahman) kerana itu rahmatillah (kasihanilah) orang di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh yang di langit". Riwayat oleh Imam al-Qurtubi dari Anas bin Malik ra.
"Alhamdulillahi rabbil 'alamin"
Sesungguh ucapan tersebut lebih berat dan berharga dari dunia dan segala-gala yang menjadi miliknya.
Apa yang anda faham tentang huraian ayat di atas? Perkataan Alhamdulillah amat besar fadhilat dan kesannya. Ia menunjukkan bahawa lafaz kesyukuran seorang hamba terhadap Pencipta. Tiada lafaz semulia ucapan kesyukuran padaNya di atas segala kurniaan yang diberikan tanpa dipinta. Betapa Allah amat mengasihi dan menyanyangi kita sebagai hambaNya di dunia ini sehingga kita dapat merasakan betapa Allah itu hampir dan dekat dengan kita sekiranya dihayati sepenuhnya dengan kekusyukan dan bersyukur padaNya tanpa putus. Begitu juga sesama manusia apabila kita menyayangi seseorang sudah pasti kita akan menjaga hubungan baik dan tidak menyakiti hati dia. Sentiasa membahagiakan insan yang kita sayang. Sama juga dengan hubungan kasih sayang dengan Allah di mana jika kita menyayangi Allah sejengkal Allah akan menyayangi kita sedepa. Jika kita berjalan untuk mencari kasih sayangNya maka berlari Dia mendapatkan kita. Betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Subahanallah. Beruntung sangat saya dapat hadir ke majlis ilmu pagi tadi. Itu antara pengisian yang dapat saya kongsi kali ini. Satu lagi perkara penting yang disampaikan oleh penceramah tadi bahawa kita tidak boleh mendoakan kekejaman pada manusia tak kira apa-apa bangsa dan agama sekalipun. Bukan hak kita untuk mendoakan kebinasaan seseorang. Tetapi berdoalah semoga seseorang itu diberi petunjuk dan kembali ke pangkal jalan bukan dengan cara berdoa yang buruk-buruk. Ini kerana Allah masih memberi peluang dan masih kasih terhadap hambaNya sekalipun telah melakukan kemaksiatan dan dosa-dosa besar. Taubat adalah ibu segala penyakit-penyakit hati yang mati. Inshaallah akan diterima tauibat orang yang bersungguh-sungguh untuk kelaur dari dunia kegelapan kepada cahaya. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangnya serta dilindungi dari segala kejahatan iblis dan konco-konconya. Aamiin.
nota penting !!! : saya baru tau kibas yang diganti sebagai korban Nabi Ismail adalah kepunyaan Habil yang diangkat korbannya dan disimpan di syurga..Subhanallah.
nota penting !!! : saya baru tau kibas yang diganti sebagai korban Nabi Ismail adalah kepunyaan Habil yang diangkat korbannya dan disimpan di syurga..Subhanallah.
p/s : menyendiri bukan bererti tidak disayangi sebaliknya dilindungi untuk mendapat hadiah teristimewa dariNya.
Langgan:
Catatan (Atom)