Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Jumaat, 11 Mei 2012

Cuti Panjang

Salam Jumaat yang penuh barakah semua,

Hari ni hari terakhir saya kerja sebelum cuti panjang. Cuba teka kenapa saya cuti panjang? Cuti kahwin..salah. Inshaallah selepas cuti panjang saya akan dipermudahkan dalam urusan jodoh. Ermmmm kawan-kawan sekalian, saya akan berangkat ke Tanah Suci pada 14hb Mei ni. Hari tu jugak besday sahabat baik saya Noi. Tu yang jadi hari ni hari terakhir saya kerja. Cuti saya dah diluluskan selama mana saya berada di Tanah Suci. Hati saya dah mula rasa berdebar-debar dub dab dub dab. Hari juga saya akan habiskan sisa-sisa kerja penting. Semoga dipermudahkan segalanya. Itulah doa yang basah di bibir saya setiap kali selesai menunaikan solat waktu. Mohon dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat. Mengantuk betul saya hari ni. Almaklumlah minggu ni setiap hari pergi Mahkamah dan balik rumah lambat. Lepas tu, ada kawan-kawan jauh dekat nak jumpa. jadi, saya penuhilah hajat mereka. Tak salahkan kita berjumpa dengan orang yang berhajat nak jumpa kita apatah lagi saya akan berangkat ke Tanah Suci yang jauh beribu batu dari sini. Malam ni pun saya akan berjumpa sahabat baik saya Noi di Meru. Berjalan sakan saya ni.hehehehe. Tapi saya puas hati sangat bila orang gembira dan senang hati dengan saya. Alhamdulillah. Mudah-mudahan rezeki saya semakin diperluaskan dan diberkati. Saya cuma nak rezeki yang diberkati walaupun sikit tapi mencukupi perbelanjaan harian saya. Yang lebih penting saya dapat bayaran hutang-hutang saya dengan konsisten. Amiin. Tak sabar nak solat dalam Masjid Nabawi. Nak tengok kubah hijau. Tak sabar jugak nak solat dalam Masjidil Haram. Nak tengok Kaabah. Rindu sangat-sangat nak solat depan Kaabah. Nak beribadat dengan penuh kekusyukkan. Rasa nak menangis sepuas-puasnya pada-Nya. Dah tak tahan menahan air mata ni. Macam-macam nak doa untuk diri sendiri, mak ayah,adik beradik, sahabat handai, saudara mara dan seluruh umat Islam. Kali ni saya nekad nak cium hajaral aswad dan solat sunat sebanyak mungkin dalam kawasan Hijir Ismail. Inshaallah. Semoga dipermudahkan niat baik saya ini. Doa-doa kiriman kawan-kawan juga say tak lupa. Semoga saya dipermudahkan untuk membaca doa-doa tersebut sebanyak mungkin. Semoga wajah saya juga akan lebih bercahaya nur dan sejuk mata yang memandang. Moga juga hidayah dan taufiq menjadi milik saya sentiasa selari dengan nama saya sendiri. Taufiq pula sentiasa di hati saya. Moga-moga saya juga akan berjumpa dengan "taufiq" saya dalam mimpi sewaktu di Tanah Suci..;)

gambar ni saya ambil tahun 2009

p/s : doakan saya dipermudahkan segala urusan sepanjang di Tanah Suci. Kali ni ni naik Saudi Arabia Airline.. Labbaikallah hummalabbaik..Aku menyahut panggilan Mu ya Allah..

2 ulasan:

Senyuman Manis berkata...

gambar Kaabah ni juga jadi Wallpaper pc sy sejak 2009 sehingga sekarang di mana-mana tempat saya bekerja. hari-hari saya tatap Kaabah..alhamdulillah ...;)

Senyuman Manis berkata...

gambar Kaabah ni juga jadi Wallpaper pc sy sejak 2009 sehingga sekarang di mana-mana tempat saya bekerja. hari-hari saya tatap Kaabah..alhamdulillah ...;)