Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Selasa, 10 Julai 2012

Jemputan Kahwin Redza & Irma

Salam semua,

7.7.2012 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Hari ini saya nak kongsi apa yang berlaku pada hujung minggu baru2 ini. Pada 7hb Julai, 2012 saya telah mengikuti satu Bengkel Penyediaan Pliding Siri 2 di Pusat Info Jakess di Jalan Othman, Petaling Jaya. Peserta yang terlibat adalah Peguam Syarie senior mahupun junior serta adik-adik chambering. Penceramah pula adalah Yang Arif Hakim Mahkamah Rendah Syariah Bandaraya Shah Alam iaitu Tuan Atras dan juga Yang Arif Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat (Kuang) iaitu Tuan Kamaruzaman. Baru saya tahu rupa-rupanya Tuan Kamaruzaman ni bujang lagi. Sungguh tak ku sangka. hahahahahaha. Bengkel ini lebih kepada latihan dalam kumpulan di mana kami dikehendaki membuat satu pliding Penyata Tuntutan berdasarkan fakta kes yang diberi pada setiap kumpulan. Saya telah diletrakkan dalam kumpulan bersama-sama dengan senior iaitu Kak Ruby dan Kak Liza. Kami bertiga dikehendaki membuat Penyata Tuntutan berkaitan Nafkah Anak. Macam-macam idea kami sewaktu menyiapkan Penyata Tuntutan tersebut. Saya telah dilantik secara rasmi untuk menaip Penyata Tuntutan mengikut format sebenar. Dalam perbincangan kami cuba untuk menyediakan pliding yang ringkas, padat dan tepat mengikut Tatacara Mal. Kemudiannya, kami dikehendaki menjawab Penyata Tuntutan kes Nafkah Eddah dari kumpulan lain dan perlu menyediakan Penyata Pembelaan. Melalui latihan berkumpulan ini membuatkan kami semua lebih peka dan faham apa kehendak Hakim dalam menyediaan pliding. Apatah lagi para Hakim amatlah sporting dan boleh bergurau. Kalau dalam Mahkamah terpaksa jaga double standard formal antara Hakim dengan Peguam Syarie dan orang ramai. Masa macam ni la kami ambil peluang mencedok segala ilmu dari para Hakim ini. Lagi pun, berkumpulan dengan senior dan otai amat berguna bagi saya kerana kami akan bertukar pendapat dan memberikan idea yang bernas bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Makanan yang disediakan pun sedap. Makan tengahari siap ada ikan cencaru besar lagi. Ada air asam dan smbal belacan kegemaran saya. Wah..syukur sangat dengan rezeki Allah. Alhamdulillah. Bengkel ini tamat jam 5.00 petang. Balik rumah saya terkocoh-kocoh bersiap untuk ke kenduri sambut menantu artis kesayangan ramai Irma Hasmie di Kelab Darul Ehsan. 

7.7.2012 (jam 8.00 malam hingga 11.00 malam)

Saya keluar rumah jam 7.45 malam selepas menunaikan solat Maghrib. Malam tu saya naik tren je ke stesen Cahaya. Kak Ana tunggu saya di sana kerana kami berjanji akan ke majlis tersebut bersama-sama. Sampai di KDE tersebut kami terus masuk ke dalam dan mencari tempat duduk. Saya dimaklumkan tetamu yang hadir terlalu ramai dan di luar jangkaan tuan rumah. Tapi alhamdulillah makanan cukup. Sedap pulak tu. Dalam majlis ini saya bertemu dengan rakan-rakan Peguam Syarie dan Peguam Sivil. Kira macam acara jejak kasih la  pulak. Paling syahdu bila dapat berkumpul semula bekas Peguam Syarie di Tetuan Radzuan Ibrahim & Co. Saya pula hanyalah seorang pelajar praktikal di ketika itu dan masih keep in touch dengan Dato Radzuan Ibrahim. Sebab tu la saya mendapat jemputan ini. Sewaktu pengantin tiba dan diarak masuk serta bersanding di pelamin nan indah, saya sempatlah bangun dan curi-curi pandang ke arah pengantin sambil mencari-cari kelibat senior saya iaitu Abg Yeop dan Kak Su serta anak-anak mereka. Cantik betulah pasangan pengantin baru ni Redza dan Irma. Sejuk mata memandang. Tak sangka pula saya salah seorang tetamu yang hadir di majlis perkahwinan yang melibatkan artis. Tak pernah terlintas di hati saya untuk melalui semua ini. Syukur padaMu ya Allah diberi kesempatan untuk merasai nikmat Mu ini. Saya sempat ke meja makan beradab pengantin dan bersembang dengan Irma. Bergambar pun ye jugak. hehehehe. Lepas tu, saya jumpa pula tuan rumah iaiti mak ayah pengantin lelaki. Dato dan Datin gembira bila ternampak kelibat saya dan tak putus-putus ucap terima kasih di atas kehadiran saya. Sebelum balik sempat bergambar demgan mereka. Niat di hati ingin pulang awal sebab pagi esoknya saya menyertai larian Olimpik. Tapi dihalang oleh tuan rumah. Datin suruh saya tunggu dahulu dan suruh kami semua bersalam dengan pengantin. Bagus jugak kan. Boleh beramah mesra dengan pengantin kan. Artis pulak tu. Sampai giliran saya dan Kak Ana, Irma tetiba bertanya saya dan Kak Ana adik beradik ke sebab kening dan mata kami nampak sama katanya. Tergelak saya dan Kak Ana. Redza bagitahu kat Irma yang Kak Ana adik Kak Hajar, Peguam di firma guaman bapa dia.Kak Ana pun Peguam Syarie jugak. Kami duk gelak dan bersembang je. Kemudiannya, bersalaman dan berlaga pipi. Baik betul la Irma ni. Beruntung kamu Redza. Saya puji Irma sebab ramah melayan tetamu yang hadir dan sentiasa murah dengan senyuman. Tak sangka dia ingat saya sebab masa makan beradap tadi saya dah beramah mesra dengan dia. Tahniah diucapkan pada tuan rumah menerima menantu yang baik walaupun bergelar artis. Tiada  yang mustahil dengan kasih sayang Allah kan. Kalau jodoh tak ke mana. Lepas ni giliran saya pula. Ambil berkat pengantin baru dulu..;)

p/s : sejak akhir-akhir ni rindu kat sahabat saya sorang tu. kenapa ye?

3 ulasan:

sufi berkata...

Assalamualaikum.

Rasa nak komen kali ini. Tuan hakim masih bujang? Ada peluang untuk tuan blog ini. hehehe.

Beruntung dapat jumpa pengantin baru ini. Nak tengok gambar. Jika benarkan. Moga dapat tempias pengantin...

Asyik teringat orang tu. Kenapa lambat sangat 'majlis' itu. hihihi

Senyuman Manis berkata...

wslm..hahahaha..baru tau masih ramai hakim yang bujang rupanya..gambar ada dalam hp kakak2 senior..ada nanti sy post kat fb ek.cantik sangat irma..sopan santun dan ramah mesra sgt..da kirim doa kat ayah di Mekah pasal jodoh saya. inshaallah lepas ni..hehehehe..

entah nape la saya duk teringat je kat dia..semalam dia dah muncul di fb..tergamam jap..apakah maksudnya ek? ke mainan syaitan?

Unknown berkata...

salam dayah

boleh x tinggalkan no pon dayah kt email akak.. urgent..... mamasyikin!gmail.com
tq