Amir dan Amirah
menghadapi masalah rumahtangga yang rumit dan rasa tawar hati untuk meneruskan
perkahwinan mereka. Sedangkan mereka berkahwin atas dasar cinta serta direstu
kedua-dua pihak keluarga. Usia perkahwinan mereka hampir masuk 10 tahun. Walau
bagaimanapun, Amirah masih dalam dilema untuk membuat permohonan cerai di
Mahkamah. Ikutkan hati Amirah memang ingin bercerai tetapi apabila memikirkan
nasib dua orang anak mereka menyebabkan beliau tangguh dulu hasrat hati. Apatah
lagi Amir tidak mahu melafazkan talaq kepada Amirah secara baik. Oleh itu,
Amirah telah pergi ke Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, Selangor dan
menceritakan masalah rumahtangganya dengan Amir kepada seorang pekerja Mahkamah yang bertugas di kaunter. Dalam sesi
rundingcara tersebut, petugas Mahkamah tersebut telah menasihatkan Amirah untuk
memohon perceraian melalui fasakh kerana berdasarkan cerita beliau, Amir yakni
suami Amirah telah memenuhi alasan-alasan dalam peruntukkan undang-undang.
Alasan yang digunakan oleh Amirah adalah Amir cuai memberi nafkah lebih dari
tiga bulan, Amir lazim menyakiti dan menjadikan kehidupan beliau menderita dari
segi emosi dan fizikal dan juga Amir berperangai keji apabila mempunyai
hubungan sulit dengan perempuan lain.

Fasakh bermaksud
pembubaran perkahwinan disebabkan oleh kecacatan yang wujud pada pasangan sama
ada pada lelaki (suami) mahupun kecacatan pada wanita (isteri).
Langkah pertama
yang perlu diambil oleh Amirah ialah beliau hendaklah mengisi borang permohonan
perceraian melalui fasakh yang diperuntukkan di bawah seksyen 53 Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah. Borang
permohonan tersebut merangkumi saman dan penyata tuntutan dan perlu dibuat
dalam tiga (3) salinan iaitu satu salinan untuk Mahkamah, Amir dan Amirah.
Setiap salinan borang permohonan tersebut juga hendaklah dilampirkan bersama dokumen-dokumen
yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan Amirah, sijil nikah Amirah dan
Amir, sijil kelahiran anak-anak, laporan polis, laporan perubatan sekiranya
ada. Bayaran bagi set lengkap permohonan fasakh tersebut adalah sebanyak
RM25.00.
Kemudiannya,
Amirah diberi pilihan untuk menyerahkan permohonan tersebut kepada Amir secara kediri ataupun
melalui Mahkamah yang mana penghantar notis Mahkamah yang akan menyerahkan
saman permohonan tersebut kepada Defendan. Cuma bayaran akan dikenakan
sekiranya penyerahan dibuat oleh Mahkamah dan masa yang diambil agak lama. Sekiranya
Amir tinggal di luar kawasan Selangor maka Amirah hendaklah membuat permohonan
saman luar bidangkuasa terdahulu di Mahkamah sebelum membuat serahan kepada
Amir.
Setelah Saman dan
Penyata Tuntutan fasakh tersebut berjaya diserahkan kepada Amir maka Mahkamah
akan menyiapkan Afidavit Penyampaian sebagai bukti serahan saman telah berjaya
dan Amir tahu tarikh sebutan pertama kali di Mahkamah. Pada tarikh sebagaimana
yang tercatat dalam saman tersebut, Amirah dan Amir hendaklah datang ke
Mahkamah. Amir juga perlu menjawab tuntutan fasakh oleh Amirah secara bertulis.
Kemudiannya, Amirah pula diberi peluang untuk menjawab Pembelaan Amir yang
dipanggil Jawapan Kepada Pembelaan. Setelah lengkap pliding-pliding tersebut
(Saman dan Penyata Tuntutan, Pembelaan dan Jawapan Kepada Pembelaan) barulah hakim akan bagi satu tarikh untuk perbicaraan. Namun, kebiasaannya hakim
akan mengarahkan pihak-pihak melantik Peguam Syarie kerana perjalanan prosiding
fasakh amatlah sukar bagi yang tidak tahu prosedur Mahkamah dan perjalanan kes
dalam jangka masa yang panjang.
Semasa peringkat
sebutan bagi menyempurnakan pliding, sekiranya Amir tidak hadir sebanyak tiga kali
Amirah boleh mohon kepada Mahkamah untuk perbicaraan secara sebelah pihak.
Prosiding masih sama di mana bermula dengan keterangan Amirah yang akan disoal
oleh peguam Syarie yang dilantik dan Mahkamah juga akan menyoal Amirah
sekiranya perlu. Kemudiannya diteruskan dengan keterangan saksi-saksi Amirah
yang akan disoal oleh Peguam Syarie Amirah dan Mahkamah. Cuma kelebihan
perbicaraan sebelah pihak ini tidak ada soalan soalbalas dari pihak Amir atau Peguam
Syarienya dan menjimatkan masa Mahkamah untuk membuat keputusan setelah Peguam
Syarie Amirah menfailkan hujah penggulungan secara bertulis.
Kemudiannya,
Hakim akan menetapkan satu tarikh untuk keputusan. Pada hari keputusan ini
Amirah diwajibkan hadir kerana Hakim akan perintah beliau untuk bersumpah yang
dipanggil sebagai Sumpah Istizhar. Sumpah ini perlu bagi menguatkan
keterangan Amirah kerana tanpa kehadiran Amir.
Kesan daripada
perceraian secara fasakh ini adalah apabila Mahkamah mensabitkan fasakh ke atas
Amirah maka beliau dan Amir tidak boleh ruju’ atau berbaik semula. Namun,
mereka boleh berkahwin semula dengan akad baru walaupun ianya dilangsungkan
semasa tempoh menunggu (eddah).
p/s: kisah ini mungkin boleh menjadi pedoman dan panduan buat mereka yang menghadapi situasi seperti di atas..selamat membaca dan saya sedia menerima komen-komen anda..;)
14 ulasan:
susah juga prosedurnya. sy tak berape faham lagi sebab street sgt ayat tu. kne baca byk kali ni...
ayat undang2 mmg payah nk paham..nnt sy akan buat cerita yg lg mudah org nk paham ek..percubaan pertama selalunya x memuaskan..hehehehehe..;)
salam..saya terbaca post saudari nie..saya nk mtak pandangan..saya ade seorang kawan baik dimana beliau sudah berkahwin namun rumah tangga beliau menjadi bermasalah apabila suami kehilangan kerja..dalam masa pengangguran suaminya, kwn saya telah seday upaya menanggung keluarga..namun apa yang mengecewakan suaminya tidak atau kurang menunjukkan kesungguhan untuk memperbaiki keadaan malah membuatkan kwn saya menjadi lebih tertekan...setelah sekian lama, kwn saya telah bertengkar dan bertindak keluar dari rumah..saya tahu isteri tidak boleh keluar tanpa keizinan suami..namun apa yg mengecewakan suaminya tidak pernah mencari dan telah berlanjutan selama dua bulan..adakah kawan saya boleh menuntut fasakh atas kegagalan suami menjalankan tanggungjawab kepada isterinya??boleh tak bantu saya?
boleh saya tahu sejak bila suami kwn anda mula tidak bagi nafkah?suami dia oernah pukul atau memberi tekanan emosi pada kwn anda?
Salam.. Saya mahu minta pandangan. Saya adalah seorang isteri tetapi saya dan suami telah bernikah di Siam. Kami masih belum mendaftar pernikahan kami di Malaysia. Ditakdirkan kami dikurnia seorang cahaya mata. Hubungan kami sekarang sudah retak menanti belah. Ini disebabkan sikap suami saya yang curang dan berbuat keji di belakang saya. Setiap kali perangai curang dan perangai kejinya terbongkar dan saya melenting, setiap kali itulah saya akan dipukul dan dibelasah separuh mati. Tak kira masa saya sarat mengandung, masa saya pantang, saya tetap diperlakukan sebegitu. Saya jarang balik ke rumah kerana masih belajar. Dia selalu memuaskan nafsunya dengan perempuan perempuan di internet dengan cara masing masing bercakap kotor dan menayangkan tubuh masing masing. Saya rasa itu perbuatan zina dan keji lagi lagi ianya berlaku di dalam sebuah ikatan pernikahan. Saya tidak tahu adakah mereka ada juga berjumpa untuk melempiaskan nafsu. Saya pernah keluar rumah untuk masuk belajar dan terus tidak pulang lebih dua bulan kerana terlalu kecewa dengan sikap suami yang sebegitu rupa. Dia malah tidak pernah mengendahkan saya sepanjang dua bulan itu. Saya cuba ubat hati dan pulang demi anak. Tetapi kemudian berlaku lagi kecurangan dari pihak dia dan saya masih dibelasah seperti biasa. Dia masih sama. Kami tinggal di rumah ibunya. Ibunya sentiasa membela kesilapannya walaupun sudah terbukti terang terangan anaknya salah. Saya sering dipersalahkan, dituduh cemburu buta dan bermacam macam lagi. Saya seolah tidak mampu berbuat apa kerana ibunya yang banyak melaburkan wang dan bersusah payah menjaga anak saya.
Saya telah pulang ke kampung halaman pada bulan Jun lalu seorang diri kerana ingin menziarahi bapa saya yang sakit. Tetapi akibat sikap suami yang masih sama dan berlaku pertelingkahan, saya kini masih di rumah ibu bapa saya. Sudah hampir tiga bulan dan suami saya tidak cuba berbuat apa untuk pernikahan kami sebaliknya terus mengabaikan saya sehingga sekarang. Dia pernah melafazkan bahawa dia sudah tidak mahukan saya. Saya suruh dia lepaskan saya dengan cara baik tetapi dia enggan. Ibunya juga asyik menyalahkan saya dan sudah berbulan saya terpisah dengan anak saya. Apakah saya punya hak untuk membuat laporan polis sekiranya saya dihalang menemui dan mengambil anak saya daripada mereka? Ibu mertua saya sering membuat seperti anak itu hak mutlaknya kerana dia yang menjaga dan buat saya tidak punya hak langsung. Bila saya ada di rumah sebelum ini pun, dia seolah tidak bagi anak rapat dan manja dengan saya. Anak saya sekarang berusia 8 bulan. Saya kasihan pada anak saya tapi saya tidak sanggup lagi menanggung derita dan terseksa di rumah itu. Malahan pula aurat saya dan adik ipar lelaki di rumah itu. Saya berdosa selama ni tidak melindung aurat saya jadi itu juga penyebab saya berat untuk pulang. Suami saya pula selalu kerja di luar kawasan. Jadi anak saya tidak ada ibu atau ayah bersamanya. Saya ingin menjaganya tetapi sudah pasti mendapat tentangan ibu mertua. Bagaimana saya ingin mengambil anak saya? Apa pula yang harus saya lakukan dengan pernikahan saya? Adakah saya mempunyai hak untuk menuntut fasakh sedangkan pernikahan kami masih tidak berdaftar di sini? Bagaimana dengan hak jagaan anak? Saya dibuat seolah olah tidak mempunyai hak apa apa pada anak saya oleh keluarganya. Saya pernah diugut ibunya akan membuat laporan polis sekiranya saya membawa keluar atau membawa pergi anak saya. Saya jadi takut untuk kemana mana dengan anak saya. Saya buntu. Hampir tiga bulan suami saya langsung tidak mencari saya, bertanya khabar, cuba memulihkan keadaan apatah lagi nafkah. Bagaimana pula kes dipukul dibelasah? Silapnya saya tidak pernah membuat laporan polis juga memeriksa kesihatan saya walaupun saya sampai lembik hampir pengsan dan pernah terhentak kepala b berkali kali. Dia juga pernah menggunakan parang untuk menghalang saya menjenguk anak saya. Mahkamah pastinya mahukan bukti dan saksi sedangkan semua itu berlaku antara saya dan dia. Dia memukul saya semasa orang di rumah tiada. Kalau adapun hanya anak. Saya tidak ada gambar, video atau apa apa. Bila saya lebam lebam dia suruh saya lindung daripada orang. Bila saya lembik dikerjakannya dan ibunya ada, ibunya tidak membenarkan orang lain membawa saya ke klinik atau hospital kerana takut ditanya oleh doktor. Saya tidak tahu nak buat apa lagi. Bila saya cuba cakap dengan suami saya sepanjang hampir 3 bulan ini, dia sentiasa salahkan saya sedangkan punca semuanya daripada dia. Saya jadi emosi. Saya baru 21 tahun dan saya tidak tahu saya harus berbuat apa. Bantulah saya :'(
Slm...nk tnye mcm mn plk klu dh tiada perasaan syg...tp suami tiada apa mslk h...
Slm puannila nasip awk mcm sy
Tp sy bkhwen mgikut undang2
Pn ila sedih cerita awk.smga org traniaya doa nya akn dangakt oleh ALLAH.cm sy suami n mk mntua xbg tgok ank slma 3bln.sy g mahkamah tggi s.alm.failkan hak jagaan ank ..byk gakla prisidur awk buat report polis ade bukti lg ok.cm sy masa 1st dpt tau ank sy xdpt sy rekod bbualan mkmentua xbg sy ambik ank mcm2la.alhamdulilah dgn
ape sy failkan akhirnye
Sy dpt hak ank sy.kne tggu surat dri mahkamah...
maaf lambat respon dan baca semua komen kerana banyak kesulitan berlaku..puan ila boleh email saya hidayah_nur2002@yahoo.com atau call sy di talian 013-3720102. mesej dulu sebelum call sebab kalau saya dalm court mmg x angkat call..
bagi yg tanpa nama yg tiada perasaan lg pada suami, bole terangakan lebih lanjut kenapa puan hilang rasa saying pada suami?..bole hubungi sy di talian 013-3720102- hidayah
Salam... Sy nk bertanya mengenai proses perceraian...
Salam...sy nk brtanya tentang tuntutan fasakh
salam..saya mahu minta pandangan.saya dan suami dh berkahwin 2thn dan mempunyai seorang anak berumur 1thn llebih.suami saya seorang yang panas baran di mana ape yg saya buat mesti slh pd pandangan mata dia.dia suka mengungkit apabl membeli @memberiakn apa sj utk saya & anak.cth nye byr sewa rmh,beli mkn,pakaian.dia juga jrg bg nafkah kepada saya alasan saya bekerja.jk bg pon dia akan suruh saya guna duit yg sama utk beli mkn dia& mtk balik bl tgh bulan.sekarang dia dh abaikan tggjwb nafkah pd saya & anak dengan alasan gjnya xckup.tp bl dikira dia hanya bayar sewa rumah,bil letrik & astro shj.dia juga suka ckp sumpah seranah pd saya.dia xsuka bergaul ngn jiran@ saudara mara.dia membenci,tidak hormat pd keluarga saya hinggakn mengeji& mengutuk ibu bapa saya.setiap kali ibu bapa saya dtg ke kl mahu jumpa saya& anak, dia xbenarkan dtg ke rumah.rumah yg saya duduki skrg adalah rmh saya ms bujang lg dimana klau dulu ibu bapa saya bl2 masa blh dtg melawat.dia juga selalu ajar ank ajaran yg salah seperti pggl nama saya bukan dengan pggilan ibu tetapi nama,menyuruh ank memukul menyepak saya,mengajar anak sentuh tempat yg xsepatutnye.wlpun ank msh kecil tetapi dia dalam proses menerokai banda baru.saya pernah bg peluang pada sebyak 2x dimana bl bgaduh besar dia memukul saya,saya akan keluar rumah.dia memujuk saya n anak balik rumah n berjanji xkn ulang lg.tetapi jnji hanya tunai 2hr sj selepas itu ulang lg.perasaan benci saya padanya dh tahap hilang nafsu utk bersama.setiap kali dia da dirumah saya n anak msti gelisah n tidak bebas berada dlm rumah.bantu la saya :(
Catat Ulasan