Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Isnin, 30 April 2012

Kisah "Cinta"

Salam semua,

Hari ni saya pasif sikit. Almaklumlah puasa sunat hari Isnin. Kerja saya agak banyak sekarang dan perlu disiapkan sebelum 14hb Mei ni. Semoga dipermudahkan segalanya. Rabbil yassir wala tu'assir. Emmm saya ade sesuatu nak dikongsikan. Semuanya kisah "cinta". Tengok tak carekarama Sabtu baru ni? Ala yang tajuk Mencintaimu lakonan Eman Manan dan Sharifah Amani. Saya cukup tersentuh dengan cerita ni. Walaupun  penat saya sanggup tahan mata dan tunggu hingga tamat cerita. Mula-mula saya ingat tajuk cerita ni macam novel tapi bila tengok jalan cerita memang di luar jangkaan la. Ni kisah realiti masyarakat apabila anak gadis jatuh cinta pada lelaki yang berusia. Saya cukup suke watak Eman Manan sebagai en. Izwan. Banyak mesej dan penuh falsafah kata-kata dia. Ayat paling touching "bila kita mencintai seseorang kita perlu bersedia untuk menangis kerananya". Terdiam jap saya. Sebelum tu dah la Izwan bersembang dengan anak buahnya, Zaim tentang Cinta Lima Jari. Terkedu lagi saya. Dah la baru baca artikel pasal tu beberapa hari sebelumnya. Apakah maksud semua ni? Berfikir lagi. Tapi ending cerita ni tak syok la. tergantung. Geram saya. eeeeeeeeee.

Esoknya, sebelum keluar lunch dengan kawan sempat la saya layan drama Melayu di TV1. Tajuknya Cinta Tosai. Kisah "cinta" lagi. Tapi cerita ni memang lawak la. Kisah tomboy dengan lelaki spesis sotong. Lakonan mantap dari Kenchana Dewi dan Zizan Nin. Lawak la. Saya duk gelak je tengok cerita ni. Kali ni memang macam novel la. Mula-mula gaduh, menyampah, benci la kununya. Akhirnya kerana suka makan tosai jatuh cinta pulak. Si tomboy la pembuat tosai. Si sotong pulak penggemar tosai. Elok la tu. Macam-macam hal. Sabo je la. Ada-ada je kisah "cinta" ni. Payah jugak ber"cinta" ni kan???


Moral : Jangan bersedih bila putus cinta dengan manusia. Tapi bersedihlah jika putus cinta dengan Illahi.

p/s : Sedih tak dapat pergi Pesta Buku Antarabangsa KL kali ni. waaaaaaa..kene siapkan keje sebab nak cuti panjang pas ni... :(

2 ulasan:

sufi berkata...

sy pun tengok citer tu. penuh makna kan.hehehe...tp eman manan tu bekas kekasih mak amani (dlam citer tu). umur pun lebih kurang sama mcm ayah n anak. tp kl jodoh mne tau kan. banyak drama pasal 'cinta' lening. musim cinta kot.hahaha...
selamat bertugas la yea. nak cuti pjg???ada agenda ke? hehehe

sufi berkata...

sy pun tengok citer tu. penuh makna kan.hehehe...tp eman manan tu bekas kekasih mak amani (dlam citer tu). umur pun lebih kurang sama mcm ayah n anak. tp kl jodoh mne tau kan. banyak drama pasal 'cinta' lening. musim cinta kot.hahaha...
selamat bertugas la yea. nak cuti pjg???ada agenda ke? hehehe