Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Rabu, 4 April 2012

Pentas Debat

Salam semua,

Rindunya la nak berceloteh dan membebel sorang-sorang dalam blog ni. Apa khabar semua? hehehehe. Semalam pentas akhir Pertandingan Debat Terbuka Astar 2011/2012 di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya. Pasukan yang berjaya ke ke final adalah pasukan tuan rumah, UM lawan dengan UiTM. Usul yang diberi bertajuk "Andai Tunku Abdul Rahman Masih Ada, Tunku Pasti Menangis". Satu usul perdebatan yang tidak berat sebelah dan yang paling penting dua-dua pasukan baik pihak Kerajaan mahupun Pembangkang ada hujah dan otoriti masing-masing untuk dibuktikan pada para hakim yang bijaksana. Saya sampai di sana dah lambat dan tak sempat nak dengar pembukaan usul oleh YAB Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, saya masih boleh tangkap apa pendirian pihak Kerajaan dan Pembangkang. Tajuk usul cukup bernas dan pembentangan hujah yang menarik beserta fakta yang tepat oleh pendebat amat menggembirakan saya. Mereka teguh dengan pendirian masing dan lontaran fakta serta bidasan menjadi makanan ruji untuk menyakinkan para juri betapa usul harus diTERIMA ataupun di TOLAK. Dengan juri 6-1 margin 2.5 usul telah diTOLAK dan pasukan UM selaku Pembangkang menjadi johan Debat Terbuka Astar. Tahniah buat adik-adik pendebat yang bertungku lumus memerah otak dan kemukakan hujah dengan baik.  Lebih manis lagi apabila pendebat terbaik disang oleh adik Adam Danial. Tahniah sekali lagi. Kejuaraan ini mengulang kembali sejarah kemenangan UM dalam Debat Astar pada tahun 2004 yang pada ketika itu diwakili oleh K Mayang, Jaamat dan Zizul. Mohis pula sebagai pendebat simpanan. Saya pada waktu itu baru lagi menyertai Kelab Orator & Puisi UM lalu diberi peranan sebagai researcher bagi pasukan yang menang. Kemudiannya, saya juga pernah menyertai Debat Terbuka Astar pada tahun 2005 atau 2006. Saya pun dah tak ingat. Sekurang-kurangnya saya merasa pengalaman sebagai seorang pendebat UM walaupun tidak berjaya masuk suku akhir. 

Rindu sangat-sangat waktu saya begitu aktif dan komited dengan Kelab Orator & Puisi UM suatu masa dahulu. Selaku salah seorang Majlis Tertinggi memerlukan saya banyak berurusan dengan pegawai-pegawai dan juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Lebih haru lagi apabila orang atasan daripada Arkib Negara masih mengenali saya sewaktu berjumpa di Debat Arkib dulu-dulu. Sepanjang saya berada dalam kelauraga Orator UM terlalu banyak suka duka yang kami lalui bersama dan kemenangan demi kemenangan menjadi milik kami sehingga UM menjadi musuh ketat UIA dalam pertandingan debat. Di luar pertandingan kami masih lagi baik dengan pendebat-pendebat di serata universiti di Malaysia. Dunia debat banyak mengajar saya erti kehidupan, persahabatan, glamour dan yakin pada diri sendiri. Pergaulan yang luas dengan golongan pendebat senior, otai dan junior membolehkan kami bertukar pendapat dan perkembangan diri. Semalam juga saya jumpa dengan pendebat-pendebat otai seperti Tra (USM), Pak Dat (UTM), dan ramai lagi tapi saya tak ingat nama. Lepas ni saya nak aktif semula dengan Orator dan ingin memberi sumbangan idea dan ilmu debat buat adik-adik UM demi memertabatkan kegemilangan UM di pentas debat. 

p/s : saya taklah pandai berdebat tapi suka berbicara..yang penting yakin dengan kemampuan diri..;)  

Tiada ulasan: