Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Rabu, 10 Oktober 2012

Cemburu Seorang Isteri

Salam semua,

Semalam saya menziarah anak driver bos yang demam panas. Saya pergi bertiga dengan Mar dan Misha dengan menaiki teksi. Hujan renyai-renyai masa tu. Lalu-lintas juga agak lapang tak sibuk macam biasa. Kami sampai di Wad Pediatrik dalam lima minit perjalanan je. Sampai di sana kami terus mencari wad KK6 katil 22. Pada mulanya saya pelik juga kenapa saudara driver bos tu ramai sangat. Segan saya nak tegur jadi saya suruh Mar yang tegur. Tapi masih pelik lagi sebab anak driver bos perempuan. Baby tu lelaki. nasib baik la Misha bagitau dah tukar katil no. 14. Fuhhh lega. Saya pon menonong la pergi ke katil no. 14  yang tercorot di hujung situ. Dah bagi salam tapi isteri driver bos x bagi respon. Perlahan sangat ke suara saya ni? Soal saya dalam hati. Dua kali bagi salam tetap tiada sambutan terus saya minta Mar pula yang bagi salam. Barulah isteri driver bos bagi respon. Kelihatan anak dia dah sihat sikit. Lasak budaknya. Lepas salam dengan akak tu (tak tau name pe), saya terus rase dahi si anak. Namanya Nur Farah Fatini. Panggil Fatini. Alhamdulillah..suhu badan dah semakin kurang. Cuma masih panas lagi dahi dan badannya. Tak la panas dengan suhu 40 darjah celsius sebelum ni. Pada mulanya Fatini menangis bila saya nak dukung. Ye la kan, budak yang demam panas memang la akan merengek je. Pulak tu jarang jumpa kami memang la tak mahu didukung. Saya tanya macam-macam kat akak tu pasal anak dia la. Sebabnya, kebetulan masa kami baru sampai driver bos sampai juga. Name pun kebetulan kan. Masa bersembang tu terdetik di hati kenapa akak ni tak jawab ape yang saya tanye. Dia duk bercerita dengan Mar. Kecik hati la jugak sebab kita datang nak ziarah anaknya yang demam tapi dilayan sebaliknya. Agak sinis la pada mulanya. Ingatkan saya seorang saje berperasaan macam tu. Rupe-rupenya Misha pun rase sama apa yang saya rasa. Bukan prejudis atau bersangka buruk tapi memang rase macam tu. Dalam hati saya dah bermonolog seorang diri. Saya terfikir akak ni mesti tak senang hati bila tengok muke saya dan Misha kot. ye la almaklumlah kami berdua ni masih lagi bujang trang tang tang. Mesti akak ni terfikir sesuatu. Ya Allah..saya dan Misha hanya mendiamkan diri je pada awalnya. Kemudian barulah saya tanya macam-macam pasal kesihatan Fatini. Barulah akak tu menjawab apa yang saya tanye. Mata akak tu agak "tajam" la. Saya bukan pandang suami dia pun. Hanya duk main-main dengan anak dia je. Macam ni la kan cemburu seorang wanita bergelar isteri. Kalau saya pun tak mahu suami saya dikacau oleh perempuan lain. Tapi agak-agak la kan. Kami rakan sekerja dan beza umur kami jauh tu. Antara memahami hati wanita dan kecik hati, saya buang perasaan negatif tu jauh-jauh. Saya cuba letakkan saya dalam keadaan akak tu. Mungkin saya akan bertindak macam tu jugak. Seram sejuk jugak la saya semalam. Tak pernah berdepan dengan situasi sinis macam tu sebab saya bukan jenis yang menggoda suami orang. Driver bos sendiri kate saya garang jadi macam tak patut la akak tu layan kami macam tu. saya pun sedar diri saya ni yang masih single and available. Bukan tak laku tau tapi belum sampai masa lagi nak berumahtangga. Keinginan ada dan persiapan ke arah tu pun saya dah prepare. Tunggu calon bakal suami je. Sedih tau bila ade sesetengah wanita yang pandang sinis pada kami yang masih bujang ni. Kalau betul saya nak goda suami orang tu dari dulu lagi saya buat. Macam-macam lelaki hensem n baik tapi suami orang yang saya jumpa. Saya masih ada maruah dan harga diri yang pegang pada prinsip bukan peruntuh rumahtangga orang. Moga semalam pengalaman pertama dan terakhir saya la. Semoga akak tu dapat menjalinkan ukhuwah dengan saya sebaiknya selepas ini. Semoga Fatini cepat sembuh ye..:)

p/s : sejak akhir-akhir ni saya sedar saya juga terjebak dengan virus cemburu. kenapa ni????

3 ulasan:

SueZ berkata...

dayah...dia jeles tu sebab dayah selalu bg lesung pipit mahal and mata bulat tu....hhahahha... Dayah patut bangga tau sebab ada orang jeles....

sufi berkata...

Baru perasan ada entri baru. hehehe...xsangka ada orang jeles kat senyuman kot. Maklum la kalau layan budak comel memang nampak sangat keibuannya. Isteri tu terlalu sayang suami. Harap tabah yea. Saya pun takut kalau baik dengan suami orang ni. Haru kalau bergaduh dengan si isteri. Be your self. betul dok ejaan tu.hahaha

Senyuman Manis berkata...

hehehehe..xmo la saya cari pasal dengan isteri org tu..nahas..tapi saya x perlu patah semangat la semata2 dilayan sinis..pengalaman sungguh la..pas ni kena lebih berhati2 n peka ngan keadaan sekeliling..:)