Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Ahad, 21 April 2013

Anak-anak Angkat

As salam semua,

Semalam saya berjaya juga upah kain pasang untuk baju pengapit pengantin sahabat baik saya sejak zaman belajar di universiti dulu. Kain diberi bulan Mac lagi tapi saya lupa nak upah dek kerana kesibukan yang melanda bulan ini. Alhamdulillah selesai bahagian upah sebab nak pakai baju tu masa majlis perkahwinan dia awal Jun ni. Ingat nak pencen dari jadi pengapit lagi tapi bila diminta oleh sahabat baik saya yang manis ni, Cik Z membuatkan saya serba salah sikit. Duk jadi pengapit orang je bila pulak diri sendiri nak diapit. hehehehehe. Plan asal saya semalam nak bermalam di rumah sahabat baik saya di zaman sekolah menengah dulu, Cik Sufi di Negeri Sembilan tetapi terpaksa dibatalkan dengan alasan nak masuk ofis semalam. Tapi malangnya semalam saya tak sempat nak masuk ofis kerana menguruskan hal tempahan kain tu dulu. Jadi saya ubah plan last minute bermalam di rumah sahabat saya yang sorang lagi di Puncak Alam. Upah baju di Meru dengan tukang jahit yang saya selesa pakai baju jahitan makcik ni. Kalau nak tahu saya ni agak cerewet bab tempahan baju sekiranya tak memenuhi keselesaan saya terutamanya di bahagian bahu. Baju tempahan saya WAJIB ada span di bahu dan poket di sebelah kiri untuk baju kurung la. Tapi semalam saya tempah baju kurung pahang. Nak buat kain duyung tapi takde contoh la. 

Oleh kerana pulang dari rumah makcik tukang jahit tu dah lambat terus saya ubah plan yang asal nak terus balik KL kepada bermalam di rumah sahabat baik saya, Pn. Noi yang lemah lembut dan ayu ni. Alang-alang dah sampaikan baik saya habiskan masa dengan anak-anak angkat saya ni yang bernama Bang Aqil dan Alif. Sewaktu saya sampai di rumah Noi petang hari dia baru balik dari kenduri di rumah jiran. Bila dijemput masuk ke dalam rumah terus saya bermain-main dengan si kecil Alif. Dia ni special sikit sebab down sindrom/sindrom down (tak tau la saya mana satu yang betul). Tapi kan tersentuh sangat saya dengan Alif ni bilamana melayan saya sewaktu saya mendukung dia lalu di sentuh dan main-main dagu saya. Subhanallah tak tau saya nak gambar rasa hati saya macam mana masa tu. Bayangkanlah umur baru enam bulan tapi dah pandai nak melayan orang dewasa. Mungkin tu cara Aliff menghargai kedatangan saya sebagai mak angkat dia dan Bang Aqil ke rumah mereka. Lagipun agak lama saya tak jumpa mereka kerana kekangan masa. Abang Aqil pun seronok bila saya datang bawa biskut oreo dan chipsmore untuknya. Seronok melayan karenah diorang ni. Hilang stress dan penat bekerja tau. Tetiba rasa macam nak dapat anak cepat-cepat tapi kenalah kahwin dulu. Ayoyoyoyoyo..Oh jodohku datanglah padaku..

Semalam Noi, Alif dan saya tidur dalam bilik tetamu manakala suami Noi dan BAng Aqil tidur di ruang tamu.  Katanya mereka memang selalu tidu macam tu kerana Bang Aqil tak tahan panas dan berpeluh sebab kulitnya sensitif peluh. Semalam juga saya lalui pengalaman menarik bila Bang Aqil payah nak tidur dan Alif terjaga malam untuk menyusu badan. Agak lama saya tak lalui pengalaman ni. Kali terakhir sewaktu jaga adik bongsu saya di tahun 2000. Walaupun mengantuk dan penat saya rasa betapa nikmat dan sukarnya peranan sebagai ibu untuk menjaga, membesar dan mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Musim sekarang ni agak panas terutama di waktu malam. Saya sering terjaga dari tidur dek badan berpeluh dan tak selesa nak tidur. Air masak sentiasa stand by di sisi. Apatah lagi budak-budak kecik yang tak selesa tidur dengan kepanasan yang luar biasa. Saya banyak kali terjaga bila Alif menjerit-jerit kecil sebab lapar. Kalut jugak saya masa tu. Tak dapat dibayangkan macam mana keadaan saya bila lahir anak sendiri dan lalui apa yang Noi sedang lalui sekarang. Pasti huru hara saya masa tu. Dah la saya jenis cepat gelabah. Tapi semalam saya memang kagum la dengan Noi boleh hadapi situasi tu dengan sabar dan penuh kasih sayang. 

Bangun pagi tadi pun saya masih bergurau senda dengan Alif. Awal dia bangun. Saya tidur-tidur ayam lepas solat Subuh tadi. Mengantuk sangat tapi berjaga-jaga kot-kot Alif menjerit lagi. Bila saya letak Alif atas riba saya tetiba dia pegang tangan saya kemas-kemas. Terasa mengalir kasih sayang pada dia. Abang Aqil pun macam tu jugak. Suka sangat bila saya melayan dia baca buku gambar-gambar binatang sebelum tidur. Pagi tadi sewaktu saya, Noi dan suaminya sarapan tetiba Bang Aqil datang pada saya dan terus memeluk dan menyembam muka kat paha saya. Tergamam jap saya masa tu. Tindakan refleks tu. Rupanya Bang Aqil silap orang la. Dia ingat saya ni ibu dia. hahahahahaha. Kelakar pulak. Saya selalu mengalami pengalaman di mana anak-anak tersalah sangka saya ni ibu mereka. Siap nak ikut saya balik lagi. Haru betul la. hehehehehe. 

Sedih pulak bila saya nak balik tadi. Ye la nak kena masuk ofis nak siapkan hujah tuk difailkan esok. Sayu pulak hati ni. Betapa tenang dan lapang hati bila memandang muka anak-anak kecik yang suci dari dosa. Ketulusan dan kasih sayang yang mengalir ni membuatkan naluri keibuan saya tersentuh. Bila agaknya saya diberi peluang untuk merasai nikmat kesempurnaan seorang wanita bila bergelar seorang ibu tu. Inshhallah pasti masa saya akan tiba nanti. Pujuk hati lagi. Saya jutawan kasih sayang yang amat mengasihi anak-anak kecil..:)

p/s : alhamdulillah dapat penjelasan ringkas dan padat tentang syiah dari sahabat kesayangan ku yang jauh di sana..al-Fatihah untuk awak ye..:)

3 ulasan:

sufi berkata...

Amboi...kepiingin anak...cari la bapanya dulu. Hehehe....sy doakn moga cik senyuman manis dipercepatkn jodoh...cepat dapat anak n jd jutawan penuh kasih sayang hingga ke syurga. Aminnn :)

Senyuman Manis berkata...

hehehehehe..luahan hati je..tapi bila teringat umo yang 'semakin muda" ni jadi gelabah jap..:)

iticserati berkata...

macam mana nk pergi ke rmh tukang jahit tu..saya teringin nk cuba jahit baju kt situ ....
kalau ada address atau no tel boleh la bg kt saya ..no saya 013 3000142