Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Sabtu, 13 April 2013

Ilmu Agama : Kasih-Sayang

As salam semua,

Hari ini  saya mendapat jemputan untuk menghadiri satu majlis pencerahan ilmu agama oleh Datin Nik Noraini. Jemputan ini adalah dari salah seorang klien saya yang dipanggil Aunty Siti Zaharah. Majlis kali ini membincangkan tajuk "Kasih-Sayang". Tiba-tiba saya senyum seorang diri sebab banyak sangat kebetulan yang berlaku pagi tadi. Pertamanya, saya dan Datin Nik Noraini pakai baju kurung warna sama iaitu UNGU dan ramai yang ingat saya ni kaum kerabat Datin (aduhhhh segan saya tau). Keduanya, sewaktu dalam kereta tadi saya dan Aznah memang bercakap tentang kasih sayang dalam cerita-cerita Hindustan. Macam dapat hint tentang tajuk yang akan dibincangkan je. Selanjutnya, dalam majlis ilmu tadi diceritakan juga kisah Nabi Ibrahim a.s di mana hikmah tentang perasaan cemburu Siti Sarah terhadap siti Hajar dan Nabi Ismail. Permintaan Siti Sarah supaya Siti Hajar dan anaknya keluar dari rumah memberi hikmah yang cukup besar kepada umat Islam hingga ke hari ini. Betapa Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Setiap apa yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi. Nabi Ibrahim mendapat wahyu supaya meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Apabila Nabi Ismail menangis kelaparan di situlah bermua segalanya hikmah yang ingin diberikan kepada umat Islam apabila Siti Hajar berlari ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali.Kemudiannya, bagaimana punca air zam zam keluar apabila Nabi Ismail menghentak kaki ke bumi. Subhanallah pujian hanya untuk Mu ya Allah. Terasa betapa kerdilnya diri ini berbanding dengan segala nikmat yang telah diberikan melalui sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah. Disebabkan peristiwa tersebutlah wujudnya Kaabah dan air Zam-zam dengan hikmah Allah sehingga ke hari ini menjadi tempat yang paling mulia dan dikunjungi umat Islam. Ahhh rindunya saya nak solat depan Kaabah. Labbaikallah hummalabbaik. Saya sempat bermonolog tadi betapa perancangan Allah amat teliti dan mengandungi rahsia dan penuh kejutan untuk hambaNya yang bersabar. Yang penting kita mendapat rahmat dan berada dalam kasih sayangNya.

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud "Orang yang belas kasih, dikasihi oleh Allah (ar-rahman) kerana itu rahmatillah (kasihanilah) orang di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh yang di langit". Riwayat oleh Imam al-Qurtubi dari Anas bin Malik ra.

"Alhamdulillahi rabbil 'alamin"

Sesungguh ucapan tersebut lebih berat dan berharga dari dunia dan segala-gala yang menjadi miliknya. 

Apa yang anda faham tentang huraian ayat di atas? Perkataan Alhamdulillah amat besar fadhilat dan kesannya. Ia menunjukkan bahawa lafaz kesyukuran seorang hamba terhadap Pencipta. Tiada lafaz semulia ucapan kesyukuran padaNya di atas segala kurniaan yang diberikan tanpa dipinta. Betapa Allah amat mengasihi dan menyanyangi kita sebagai hambaNya di dunia ini sehingga kita dapat merasakan betapa Allah itu hampir dan dekat dengan kita sekiranya dihayati sepenuhnya dengan kekusyukan dan bersyukur padaNya tanpa putus. Begitu juga sesama manusia apabila kita menyayangi seseorang sudah pasti kita akan menjaga hubungan baik dan tidak menyakiti hati dia. Sentiasa membahagiakan insan yang kita sayang. Sama juga dengan hubungan kasih sayang dengan Allah di mana jika kita menyayangi Allah sejengkal Allah akan menyayangi kita sedepa. Jika kita berjalan untuk mencari kasih sayangNya maka berlari Dia mendapatkan kita. Betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Subahanallah. Beruntung sangat saya dapat hadir ke majlis ilmu pagi tadi. Itu antara pengisian yang dapat saya kongsi kali ini. Satu lagi perkara penting yang disampaikan oleh penceramah tadi bahawa kita tidak boleh mendoakan kekejaman pada manusia tak kira apa-apa bangsa dan agama sekalipun. Bukan hak kita untuk mendoakan kebinasaan seseorang. Tetapi berdoalah semoga seseorang itu diberi petunjuk dan kembali ke pangkal jalan bukan dengan cara berdoa yang buruk-buruk. Ini kerana Allah masih memberi peluang dan masih kasih terhadap hambaNya sekalipun telah melakukan kemaksiatan dan dosa-dosa besar. Taubat adalah ibu segala penyakit-penyakit hati yang mati. Inshaallah akan diterima tauibat orang yang bersungguh-sungguh untuk kelaur dari dunia kegelapan kepada cahaya. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangnya serta dilindungi dari segala kejahatan iblis dan konco-konconya. Aamiin.

nota penting !!! : saya baru tau kibas yang diganti sebagai korban Nabi Ismail adalah kepunyaan Habil yang diangkat korbannya dan disimpan di syurga..Subhanallah.

p/s : menyendiri bukan bererti tidak disayangi sebaliknya dilindungi untuk mendapat hadiah teristimewa dariNya.

4 ulasan:

sufi berkata...

Alhamdulillah...

dah macam ustazah bagi ceramah pula. Saya juga baru tau pasal kibas tu kepunyaan Habil. Masya Allah. Besarnya keagungan Allah.

Saya termimpi pergi Mekah semalam. Harap dapat sampai sana dalam masa terdekat. Insya Allah :)

Senyuman Manis berkata...

ALHAMDULILLAH..patutlah kita digalakkan mendengar ceramah agama kan..besar inputnya..jangan ceramah politik dah..oppppsss..hehehehe..semoga cik sufi akan dipilih menjadi tetamuNya nanti..inshaallah..:)

sufi berkata...

Sejak kebelakgn ni byok ceramh yg myakitkn telinga. Saling salah myalahkn. Malah sesama bangsa dan islam. Apa cerita negara kita yea? Terima kasih comey. Nak pergi jadi tetamuNya. Moga mdapat jemputan :)

Senyuman Manis berkata...

ntah la kan..politik makin kotor..Islam hanya ditoyang sebagai boneka je..kata nak perjuangkan Islam tapi dalam ISlam xde pulak suruh brgaduh dan mengata dalam berpolitik..bosan saya. emmmm baik kita bercakap pasal tanah suci sejuk jugak hari sesejuk air zam zam..semoga kita sama-sama akan menjadi tetamuNya dalam masa terdekat ni ye..labbaikallahummalabbaik..baca talbiah banyak2 ye cik sufi..:)