Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Selasa, 27 Mac 2012

Bayangan Rindu

Salam semua,

Hari ini saya ingin buat sedikit ulasan berkaitan dengan novel kesayangan saya yang bertajuk "BAYANGAN RINDU". Novel ni hasil karya daripada Pn. Anis Ayuni seorang Penolong Kanan 1 di SMK Seri Saujana, Bandar Baru Petaling. Dah lama saya nak kongsi ulasan saya tapi setiap kali nak mula membebel pasti ada halangan yang menyekat hasrat saya. Lalu saya memilih hari ini untuk meluahkan segalanya. 

Novel ini memaparkan kisah cinta anak-anak zaman persekolahan sehinggalah watak-wataknya menginjak ke lama dewasa dan mengenali cinta dalam erti kata yang sebenar. Lymrahnya setiap insan ingin hidup bahagia dalam bercinta dan berkasih sayang, tetapi segalan sesuatu yang terjadi adalah ketentuan Allah swt. Tiada siapa yang boleh menolak takdir Ilahi yang telah tersurat sejak di azali. Kisah sebuah persahabatan, cinta monyet, kesedihan, kekecewaan, dan macam-macam lagi mesej berguna yang dipaparkan serta diolah dengan baik sekali oleh penulis. Watak utama dalam novel ini adalah Iddya dan Umar Aisy. Latar tempat yang digunakan adalah sekolah menengah mereka dahulu, Kompleks Astria iaitu tempat perniagaan Umar Aisy dan Sim, Perth, Australia yang banyak memberi kenangan tersendiri. Yang paling penting tema dalam novel ini adalah "pokok jacaranda" dan "kereta Mini Cooper S bewarna hitam". Itulah kereta idaman saya yang tak tahulah bila saya akan memandunya. Unsur warna yang digunakan pula adalah UNGU merupakan warna kegemaran saya. yeahhh I love purple more than I love ..... hehehehehe. Lagu yang dinyanyikan dalam novel ini "Penawar Rindu" nyanyian dari penyanyi lama iaitu Orkid Abdullah. Tag line dalam novel ini pula adalah "Que Sera, Sera. Whatever will be..will be..The future's not ours to see. Que Sera, Sera. What will be..will be.

Sebelum saya berceloteh panjang lagi, saya ceritakan dulu sinopsis novel ini. 

"Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. namun, perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yang juga teman sekelasnya. Andaian Iddya; cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain. Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi malangnya, ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tidak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan. 

Umar Aisy : Penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. I akan terus menunggu sampai I pasti "dia" bukan jodoh I.

Iddya : Aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata; tak dapat memakna cinta dengan Lutfi dan cinta Baein pula sudah kecurian, barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta.

Que Sera, Sera. Whatever will be..will be..The future's not ours to see. Que Sera, Sera. What will be..will be"

Itulah sedikit sinopsis daripada novel tersebut. Pada cover depan novel ini terdapat kata-kata syahdu yang cukup mencuit perasaan saya. "Salam kasih siapakh yang singgah mengusik ke sanubari ini?". Saya dah banyak kali baca novel ni sebenarnya. Setiap kali saya bersedih pasti saya akan mencari novel ini dan pegang novel ni sambil merenung jauh ke langit. Bila seorang kawan saya pinjam novel ni dan tidak pulangkan semula pada saya terasa bagai kehilangan separuh dari jiwa cinta saya. Ini novel kesayangan saya kerana kisah dalam novel ini hampir sama dengan kisah hidup saya. Sebab itulah bila saya bersedih saya akan cari novel ini selain dari membaca al-Quran. Biarlah orang nak kata saya jiwang karat atau terdesak nak kahwin ke apa ke. Pada saya minat masing-masing. Hati saya tak siapa yang tahu. Sekalipun saya buat baik orang tetap kata. Baik saya buat apa yang saya suka selagi mana tak melanggar syariat dan melekakan saya. Betul tak?..

Novel ni pada saya cukup sarat dengan ilmu pengetahuan tidak tumpu hanya pada agama. Malah, ilmu sains perubatan juga diselitkan dengan jelas di mana sup ketam dapat membantu pesakit yang menghidap demam denggi berdarah untuk menaikkan semula platelet count. Selain itu, ilmu automobil juga dimasukkan sebagai pengetahuan am pembaca contoh berkaitan kereta Mini Cooper S yang berenjin BMW. Sebelum membaca novel ini saya kurang berminat dengan automobil apatah lagi nak ambil tahu tentang enjin. Tapi sebaliknya pula berlaku selepas membaca. Kisah pengislaman Umar Aisy yang sebelum ini berbangsa Cina juga digarap dengan baik sekali. Betapa hidayah Allah diberikan kepada insan yang terpilih dan sangat kukuh di hati bila hambaNya itu berusaha bersungguh-sungguh untuk terus mendekatkan diri padaNya. Subhanallah, indah sungguh jalan cerita yang ditonjolkan oleh penulis. 

"Kuntuman jacaranda yang berwarna ungu lembut mendamai perasaan, membuai rasa hati hingga aku hendak tidur di atas kuntumannya yang bertaburan di atas rumput. Aku melayan perasaan sendiri sambil membayangkan bagaimanalah perasaan bila dilamun cinta? Tentu kalut perasaan apabila kali pertama mata bertentang mata. Lidah yang kelu tidak mampu melahirkan walaupun sepatah kata. Oh, alangkah saat itu!"

Iddya pada saya adalah yang ceria, periang dan cukup disenangi orang sekeliling walaupun seorang yang degil juga. Dia juga seorang yang cukup sensetif dan amat menghargai sebuah persahabatan. Saya suka perwatakan Iddya ni dan merasakan diri saya ada dalam watak Iddya. Mungkin secara kebetulan yang tidak disengajakan. Tambahan pula, Iddya juga seorang pekerja yang berdedikasi dan merupakan arkitek muda yang cukup berpotensi pergi jauh. 

Saya juga nak kongsi kata-kata menarik berkaitan cinta dan persahabatan yang menjadi perbincangan hangat di antara Iddya, Umar Aisy dan juga rakan-rakan sekelasnya. 

* Most divine ten letters "FRIENDSHIP" - mantain it. Friendship... persahabatan inilah yang patut kita kekalkan sampai bila-bila. ~Iddya~

* Sahabat sejati..seseorang yang selalu hadir masa kita sedih dan kesepian. Selalu bersama saat duka lara...memahami dan boleh menghiburkan. Tak pandang kaya atau miskin. Seseorang yang membantu kita bangun tatkala kita jatuh. Sama-sama menitiskan airmata  bahagia masa kita senang..jadi teman yang menghiburkan masa kita tak punya sesiapa untuk bersandar. ~Kiew~

* LOVE- value it ~Iddya~

* Cinta lahir dalam hati dan bukan dalam bicara. Maknanya cinta tak perlu diucapkan ~Iddya~

* Cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa. Cinta pada Allah saja yang abadi ~Mizan~

* Cinta itu adalah satu anugerah terindah. Cinta itu cuma satu patah perkataan, maknanya berbeza bagi setiap insan ~Renita~

* Ramai orang pandai mengucapkan dan menhayati cinta, tapi tidak ada sesiapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukannya objek yang boleh dilihat dengan mata kasar, sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalaui hati dan perasaan.

* Cinta tidak boleh dipaksa. Nantikan kehadirannya dengan sabar..cinta datang pada saat yang tak terduga. Jangan lari dari cinta kerana cinta itu indah ~Renita~

* Cinta tak harus saling memiliki ~Puteri Hazirah~

* Cinta sangat misteri. Punya kekuatan yang sangat luar biasa. Bukan untuk difahami, tapi dirasa. Cinta adalah mencintai dan dicintai oleh insan yang ditakdirkan untuk kita. Hanya saat kita merasakan cinta, kita akan tahu apa itu cinta  ~Umar Aisy~

* Cinta bukan dari kata-kata tapi dari segumpal keinginan yang diberi kepada hati yang memerlukan ~Sulaiman~

* Kalau kita tiba-tiba jatuh cinta pada sahabat kita sendiri, perasaan itu jangan kita tunjukkan kerana cinta akan merosakkan nilai sebuah persahabatan yang merupakan satu anugerah dari Allah ~Umar Aisy~


                                                            
HACKS berperisa anggur
Hanya Aku Cinta Kau Seorang


I'll lend you my shoulder for you to cry on, my ears to listen to, my hands for you to hold, my feet to walk with you, but I can't lend you my heart...coz' it already belongs to you  ~Umar Aisy~

Begitulah sedikit sebanyak ulasan saya tentang novel kesayangan saya ni. Seronok baca buku ni sebab saya membayangkan Iddya tu saya. Emmm siapa pula Umar Aisy? One fine day I will introduce him ti you all..Just wait and see. Doakan saya ye..;)

p/s : kata-kata indah banyak memberi sumber inspirasi pada saya supaya kuat dalam mencari Cinta Suci saya..