Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Rabu, 18 Januari 2012

Padah Ingkar Arahan

Salam,

Semalam saya dan bos menghadiri satu perbicaraan yang sungguh menarik dan memenatkan kerana melanggar perintah Mahkamah dan dituduh sebagai menghina Mahkamah. Perintah yang dilanggar adalah berkaitan Hak Jagaan Anak Sementara yang mana Mahkamah memberikan hak jagaan sementara seorang anak perempuan kepada ibunya sehinggalah hak jagaan kekal diputuskan. Malangnya, si bapa telah membawa lari anak sebelum daripada si bapa dan si ibu bercerai lagi. Bayangkanlah seorang anak kecik yang secara logik akal begitu manja dan rapat dengan ibu telah dipisahkan secara menegejut. Sungguh kejam tindakan si bapa tersebut. Lebih menyayat hati apabila perintah interim dikeluarkan pun si bapa masih lagi gagal menyerahkan anak kepada si ibu. Anakguam saya adalah si ibu yang merupakan warganegara Pakistan. Si ayah warganegara Malaysia dan merupakan seoarng ahli perniagaan. Ada apa dengan harta kekayaan andai diri bersifat seperti binatang. Si ayah ni telah mencabar undang-undang syariah dan kewibawaan YA Hakim apabila masih gagal membawa anak tersebut ke Mahkamah semalam. Apa lagi YA Hakim telah menggunakan kekuasaan yang diberikan dan memarahi si ayah itu dengan panjang lebar. Nada yang tegas dan sungguh kecewa dengan tindakan si ayah tersebut yang dengan sengaja mengingkari arahan YA Hakim. Saya begitu fokus dan sama-sama berkongsi amarah dengan YA Hakim kerana kebiadapan si ayah itu. Sekiranya saya masih budak-budak sudah pasti saya akan  mempamerkan aksi-aksi kurang matang sebagai tanda gembira si ayah itu dimarahi YA Hakim. Puas hati saya masa tu. Orang licik memang patut dimarahi sewdemikian rupa. Padam muka. Sebelum mula perbicaraan lagi Peguam Syarie si ayah yang baru dilantik dan bergelar Dato bagi menggantikan Peguam Syarie sebelum ni mohon untuk tangguh perbicaraan tetapi saya dengan tegas tidak bersetuju walaupun mengukir sekuntum senyuman manis buat beliau. Kebetulan nama ayah kami serupa. hehehehe. Macam-macam taktik dan tipu daya yang digunakan untuk melambat-lambatkan kes ini kerana saya dan bos akan memohon kepada Mahkamah untuk memasukkan si ayah dalam penjara. Itulah tekad kami demi memperjuangkan hak anakguam kami. Sesuai dengan prinsip MELETAKKAN HAK PADA YANG BERHAK. Kes ini memang mencabar minda, emosi, dan etika saya sebagai seorang Peguam Syarie. Saya perlu bersikap profesional dan tidak boleh membiarkan emosi mengawal kewarasan saya.  Setiap kali selepas perbicaraan kes ini saya dan bos sungguh penat dan kami akan membincang semula apa yang berlaku semasa perbicaraan tadi. Kemuncak kes ini sudah pasti saya akan mengalami tekanan yang amat sangat untuk menyiapkan hujah yang bernas dan mempengaruhi keputusan Hakim. Yang pasti si ayah akan dimasukkan ke dalam penjara sebagai pengajaran supaya jangan menghina Mahkamah dan mencabar kredibiliti Hakim apabila mengeluarkan keputusan.

p/s: ayah-ayah di luar sana jadikan kisah ini sebagai pengajaran penting. sekalipun dah bercerai dengan ibu hjangan jadikan anak sebagai mangsa. jagalah kebajikan dan maslahah anak. ;)

2 ulasan:

sufi berkata...

Kesiannya si anak. Brape umurnya cik senyuman manis?

Si ayah mementingkan diri sendiri dan mengabaikan hak seorang ibu yang melahirkan si anak. Mungkin si ayah juga terlalu sayang terhadap anaknya dan tidak mahu berjauhan dengan anaknya.

Moga anak ini tabah menghadapi dugaan hasil perpisahan ibu bapanya. Dunia222

Senyuman Manis berkata...

empat tahun. perempuan pulak tu. si ayah memang penting diri sendiri tanpa poedulikan perasaan anak yg perlukan kasih sayang mak. sy da jumpa anak ni mmg comel sangat2.rs nk cubit2 pipi dia.kesian pun ade.