Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Jumaat, 13 Januari 2012

Berebut Hadhanah Anak

Salam Jumaat yang barakah semua,

Semalam saya kerja luar daerah. Destinasi saya kali ini adalah ke utara yakni menghadiri perbicaraan bagi kes fasakh dan hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh, Perak. Klien saya merupakan Defendan dalam kedua-dua kes tersebut. Saya hanyalah Peguam Syarie pemerhati memandangkan saya belum mempunyai lesen (Sijil Amalan Negeri Perak). Sepatutnya semalam telah ditetapkan perbicaraan untuk kedua-dua kes tersebut tetapi malangnya Peguam Syarie Plaintif berhasrat untuk berbincang dan merekodkan persetujuan depan Hakim sahaja. Terkejut saya apabila Peguam Syarie yang kami lantik di Perak memaklumkan hal tersebut. Saya tidak bersetuju kerana saya dan Defendan datang jauh dari KL manakala Defendan pula terbang pulang dari Kuching untuk menghadiri perbicaraan tersebut. Berkaitan perbincangan hal tersebut tiada masalah sebaliknya suasana agak tegang apabila saya, Defendan, En. Saiful (Peguam Syarie Perak yang mewakili Defendan), Plaintif serta Peguam Syarie Plaintif duduk semeja. Defendan bersetuju untuk melafazkan talaq sekiranya Plaintif bersetuju dengan syarat-syarat beliau berkaitan hadhanah anak. Malangnya juga apabila Plaintif langsung tidak bersetuju dengan syarat-syarat Defendan. Peguam Syarie Plaintif seolah-olah cuba untuk psiko Defendan supaya melafazkan talaq dan merekodkan persetujuan berkaitan tiada tuntutan Plaintif terhadap nafkah eddah, mutaah, nafkah tertunggak, hutang dan harta sepencarian selepas Defendan lafaz talaq. Cuma akan meneruskan perbicaraan berkaitan hak penjagaan anak-anak sahaja. Untuk makluman, Plaintif dan Defendan mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Saya terpaksa campurtangan dan mempertahankan Defendan setelah diasak dengan pelbagai soalan yang tidak masuk akal. Lagipun, saya dah pun menasihati Defendan supaya membantah sekiranya Peguam Syarie Plaintif tetap berkeras untuk merekodkan perceraian. Bayangkanlah dua Peguam Syarie lelaki dan saya seorang sahaja Peguam Syarie wanita yang terlibat dalam perbincangan tersebut. Sayalah yang paling muda dan menjadi sangat tegas untuk membuat pertimbangan yang wajar. Tak sangka saya sangat-sangat tegas apabila melibatkan isu perebutan hak jagaan anak-anak semalam. Mungkin semua terkejut bila saya bersuara dan mengemukakan hujah-hujah saya kerana tak sangka saya boleh bertindak sedemikian. Walaupun saya masih belum berkahwin tetapi saya cukup peka dan sensetif dengan hal tersebut. Saya memang banyak bersuara semalam dan mengambil keputusan untuk mendapatkan tarikh perbicaraan lain sahaja memandangkan tiada persetujuan dalam perbincangan tersebut. Dan kesempatan yang ada saya memberitahu Peguam Syarie Plaintif dan Plaintif sendiri untuk membenarkan Defendan serta ibu dan adiknya berjumpa dengan anak-anak. Saya yang menjadi saksi pertemuan tersebut. Defendan banyak bercerita tentang kisah rumahtanggannya, kerjaya dan kisah hidupnya seharian. Daripada perbualan tersebut dapatlah saya mengenali Defendan bagi memudahkan saya terlibat dalam perbicaraan akan datang. Plaintif agak beremosi semalam. Dalam keadaan tersebut saya banyak memainkan peranan bagi membolehkan Defendan berjumpa anak-anak dengan tenang dan damai. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Anak perempuan seorang kanak-kanak yang bijak dan ramah. Macam-macam kami bersembang dan saya layan je anak tersebut bercakap. Kami cukup mesra dan bergelak ketawa sahaja walaupun ada sendu dalam hati saya sebenarnya. Saya tak dapat nak huraikan perasaan saya pada masa tersebut. Anak lelaki masih bayi dan saya sempat dukung bayi tersebut. Sewaktu saya main agah-agah bayi tersebut terus memandang saya dan senyum sahaja. Comel sangat muke bayi tu. Banyak persoalan yang bermain di minda saya berkaitan kes anakguam saya tu. Saya akan cuba untuk menjaga kebajikan anak-anak tersebut tanpa mengenepikan hak ibu dan bapa anak-anak tersebut. Dalam gati sempat mengomel "ada sebab kenapa saya masih menyendiri lagi. Sedangkan yang dah berkahwin macam-macam masalah mereka hadapi walaupun kahwin sebab cinta". Hanya senyuman yang mampu saya berikan kepada Defendan dan menasihati beliau supaya tabah menghadapi semua ini. Beza umur saya dan Defendan hanya dua tahun je. Ibarat nasihat adik kepada abang la. Semoga kes-kes ini selesai dengan cara berhemah dan pihak-pihak mendapat hak masing-masing..;)

p/s: Gelagat Defendan mengingatkan saya pada seseorang. Jenuh saya fikir tapi tak dapat jawapannya. Macam siapa ye???  

2 ulasan:

sufi berkata...

Macam siapa yea...saya terfikir sama. hehehe...
Ada baik dan buruk bila mak ayah bercerai ni. Moga anak mereka selamat dari masalah sosial akan datang =)

Senyuman Manis berkata...

tu la..masa tengok muke anak-anak klien saya memang rasa sayu sangat2..kadang2 peranan org tengah amat diperlukan dan banyak membantu untuk menyelesaikan sesuatu masalah..;)