Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Isnin, 16 Januari 2012

Siapkan Hujah Hadiri Perbicaraan

Salam,

Pagi tadi saya ada perbicaraan bagi kes Permohonan Sijil Faraid di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Kisah perebutan harta peninggalan si mati yang berupa sebidang tanah tapi hanya 3/13 bahagian sahaja yang dituntut sebab hanya itu sahaja bahagian si mati. Permohonan ini dibuat oleh si adik bongsu yang satu-satunya saudara lelaki dalam ramai-ramai ahli waris yang lain. Lebih memilukan lagi apabila mereka tidak lagi sehaluan walaupun mempunyai hubungan darah daging yakni sebagai adik beradik kandung. Mereka cumalah berempat sahaja. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Malangnya, kakak ketiga tidak begitu "baik" dengan adik beradik yang lain. Pelik juga saya pada mulanya untuk menyiapkan pliding penting iaitu Permohonan Untuk Mendapatkan Sijil Faraid bersama Afidavit Sokongan Pemohon. Dokumen-dokumen penting seperti sijil kematian si mati, isteri si mati dan mak ayah si mati juga menjadi satu masalah kerana waris-waris tidak mahu memberi kerjasama. Akhirnya, saya membuat satu Akuan Sumpah yang perlu dibaca oleh salah seorang ahli-ahli waris. Alhamdulillah, pliding tersebut siap dan dapat didaftarkan di Mahkamah dan ditetapkan hari ini untuk kali pertama. Sebaik sahaja sampai di Dewan 1, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, seperti biasa saya akan semak senarai kes yang bersidang pada hari ini. Kemudiannya, saya dimaklumkan untuk kes faraid akan dimulakan dengan siasatan dahulu di depan Pendaftar. Kira macam perbicaraan secara tidak formal la. Cuak jugak saya tau sebab ini kali pertama saya bawa kes faraid di depan pendaftar. Sebelum ini terus bicara depan Yang Arif Hakim. Saya berperanan untuk membantu anakguam saya dan saksinya untuk melancarkan prosiding Mahkamah. Perbicaraan bagi kes faraid cukup mudah dan tidak seperti perbicaraan kes-kes lain. Cuma saya agak ralat bila saksi anakguam saya mempertikaikan alamat yang digunakan oleh anakguam saya tadi. Terkejut jugaklah saya dan Pemohon tadi sebab alamat dah memenuhi bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur kerana mengikut alamat dalam kad pengenalan Pemohon yang beralamat di Kuala Lumpur. Mujurlah Pendaftar bijak menangani keadaan tersebut dan saya menjelaskan keadaan sebenar setelah terdapat salah faham antara Pemohon dengan saksi. Selanjutnya, keputusan bagi kes faraid tersebut akan didengar pada 29hb Februari, 2011 jam 9.00 pagi. Itulah perjalanan perbicaraan saya hari ini. Sampai ofis tadi saya terus sambung menyiapkan hujah balas rayuan jenayah khalwat yang perlu dihantar ke Mahkamah pada 19hb Januari, 2011 iaitu pada hari Khamis ini. Berpinar mata dan tepu otak saya nak siapkan hujah ni mengikut prosedur jenayah yang agak memeningkan. Esok ada satu lagi perbicaraan berkaitan menghina Mahkamah. Ya Allah..permudahkanlah segala urusan kerja saya..;)

p/s : hari ini saya agak moody dan serius sahaja riak muka saya. staf pun tegur muke saya nampak penat. memang pun sebab stress. masa ni jugak rase nak makan macam-macam..prosperity beef McD la..air strawbery ice blended trutti frutti la..aiskrim la..abc frado la..cucuk janggut sotong la..ish..ish..ish.. 

4 ulasan:

sufi berkata...

Alahai 3/13 bahagian..berapa sangat dapat. Pasal harta percuma ni pun nak bermasam muka dengan darah daging sendiri. Zaman pentingkan diri sendiri. Moga kita dijauhi dari perkara ini.

Amanah yang Dayah pikul menjadi saksi keadilan yang cuba Dayah kendalikan. Moga Hidayahku tabah melalui liku2 sebagai peguam syarie yang mengikut syariatnya. Aminnn :)

sufi berkata...

Tahniah Dayah...

Dah boleh buka fail syariah ni. Saya lebih berminat untuk mengetahui perkembangan kes ni. Harap Dayah boleh kongsi lagi. Usaha lagi!!!

Senyuman Manis berkata...

hehehe..tu la pasal. nilaian tanah 3/13 tu mencecah juta ringgit. yg over sgt tu ipar duia yg xde kene mengena sbg ahli waris. perkembangan kes ni hanya tggu keputusan pd 29hb feb ni. biasanya kes faraid x la lame macam kes2 lain.nnt sy kongsi pengalaman tuk kes lain pulak ye..terima kasih atas sokongan moral cik sufi..;)

Tanpa Nama berkata...

Assalam. Saya nak tanya. Hari ni siang tadi saya ada bicara kes faraid arwah ibu saya. Dan tuan hakim menyatakan selesai. Soalan nya selepas ini apakah lngkah yg perlu lagi saya buat. Terus ke amanah raya kah dan prosesnya rumit lagi kah trm kasih