Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Isnin, 26 Mac 2012

Bidadari Dunia

Salam semua..

Lama sungguh saya tak berceloteh di ruangan blog kesayangan saya ni. Ada banyak cerita yang saya nak kongsi dengan anda semua. Tau tak..cuti hujung minggu baru ni, saya bersama dua orang sahabat saya iaitu cik Sufi dan Cik Z telahpun menghadiri "Konvensyen Bidadari Dunia" di PICC, Putrajaya. Selama dua hari konvensyen ini berlangsung saya cukup berpuashati dengan setiap slot yang dijalankan walaupun terdapat sedikit gangguan daripada masalah teknikal yang tidak terkawal. Alhamdulillah, syukur semua berjalan lancar. Konvensyen ini telah mengumpulkan ramai tokoh wanita hebat di negara kita antaranya adalah Ustazah Fatimah Syarha yang merupakan ustazah yang cukup saya minati hasil tulisan beliau, Ustazah Zawiah, Mummy Nikki, Dato Siti Bahyah, Datin Zaleha, Prof. Dr. Muhaya, Pn Jamilah, Ummi Ros, Dr. Rubiah dan Dr. Harlina. Hebat bukan mereka dalam bidang masing-masing. Dalam menjalani kehidupan harian, sebagai wanita kita perlu mencari "SOLEHAH" supaya kehidupan kita lebih terjamin di sisi Allah. Tidak perlu merasa gundah gulana andai orang sekeliling mempertikai keSOLEHAHan kita. Manusia tidak layak untuk menghakimi siapa kita pada pandangan Illahi. Namun, dalam mencapai objektif SOLEHAH untuk bergelar "Bidadari Dunia" perlulah ada ilmu dan istiqamah dengan amalan yang kita lakukan. Terlalu banyak input dan ilmu yang diperolehi dalam konvensyen ini. Sehingga saya tak dapat nak kongsi semua dengan kalian. tiga hari tiga malam takkan habis bila saya mula bercerita. Saya kan suka bercerita apatah lagi bila ada yang sudi mendengar. Cuma, apa yang saya kongsikan di sini adalah kesimpulan dan rumusan yang saya buat berdasarkan keseluruhan slot yang telah dijayakan. 


Apa yang dapat saya ambil dari setiap slot tokoh-tokoh wanita hebat adalah seperti berikt :-

 'Nak jadi cantik, anda kena yakin anda cantik bukan dengan rasa anda cantik.' 

'Siapa yg tidak kisah akan kecantikan, dia tidak cukup syarat untuk menjadi solehah.' - Dr Rubiah dalam slot Solehah itu Indah. ♥

‎'Kita nak merubah orang, kita merubah dulu.' - Ummi Rose, dalam slot Sesucinya Mawar Putih. ♥ 

‎'Cukuplah sisters. Cukuplah kita diam.' - Dr Harlina, dalam slot Wanita & Dakwah.  

‎"If we feel complete, we don't have to show off" -Datin Zaleha Omar- 

‎"We emphasize so much on our physical self. But Allah says- the best cloth is taqwa. Purify our hearts with taqwa" -Wardina Safiyyah- 

Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupa paras. Akal mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu & kepintarannya. Hati mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlak & agamanya. Semoga berjaya menjadi wanita yg solehah - Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.

Dua perkara yg kita boleh tamak iaitu ilmu dan pengampunan Allah swt. - Prof Dr Muhaya. 

Ini je la yang dapat saya kongsikan bersama kalian. Bolehlah la kita sama-sama amalkan apa yang telah tokoh-tokoh wanita hebat di atas kongsikan bersama.

p/s : saya juga ingin jadi "Bidadari Dunia" buat suami saya..nak dampingi dia di syurga. tak mau bagi bidadari syurga yang dampingi..hehehehe 

2 ulasan:

sufi berkata...

Memang best pergi sana. Rasa dipayungi oleh para malaikat. Ini lah salah satu taman-taman syurga. Kutip ilmu walau dimana sahaja. Ilmu para tokoh wanita 'bidadari syurga' ini dapat kita contohi sedikit demi sedikit. Moga kita semua dapat manfaat :)

Senyuman Manis berkata...

kutip ilmu dan amalkan sekali..seronok berada dalam majlis ilmu..sejuk hati dan tenang je rasanya.hehehe..;)