Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Isnin, 19 Mac 2012

Gerak Hati

Salam semua,

Saya baru dapat berita yang seorang guru kelas saya masa tingkatan 5 Hafsah, Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu tahun 2001 meninggal dunia petang semalam akibat serangan jantung. Kebetulan pulak mata kiri bawah saya bergerak-gerak seolah-olah memberi petanda saya akan dapat berita kematian. Saya sungguh berdebar saat itu lantas wajah suci ma dan pa saya melayari mata. Dalam hati saya berdoa semoga mak ayah saya sihat walafiat. Saya juga terbayangkan seseorang kot-kot la saya akan dapat berita sedih. Saya belum bersedia kehilangannya. Macam-macam saya fikir dan teringatkan kat orang-orang yang rapat dengan saya. Doa saya titipkan buat mereka supaya dalam lindungan dan rahmat Illahi sentiasa. Sewaktu berjalan-jalan dengan Yanti (bekas rakan serumah di Shah Alam dulu) pun macam saya ni berjalan di awan-awangan. Air muka cool tapi dalam hati bergelodak setiap kali mata kiri bawah bergerak-gerak. Saya rindu sangat-sangat nak berjumpa dan mengusik arwah. Bila berjumpa kawan-kawan SMAKH, sudah pasti nama arwah akan menjadi topik kami. Al-Fatihah untuk arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalang orang beriman. Segala ilmu yang dicurahkan dulu akan saya amalkan sebagai pahala sedekah untuk arwah. Sedih la..sob sob sob.. Harap kawan-kawan yang lain tahu berita sedih ni..:(

Saya memang percaya pada gerak hati yang diilhamkan sebagai satu anugerah untuk diri saya. Cuma apabila saya mendapat lintasan macam ni, saya akan mohon petunjuk supaya tidak salah tafsir bentuk gerak hati. Kadang-kadang saya abaikan juga gerak hati saya walaupun apa yang saya fikir adalah benar 100%. Macam satu kisah di mana saya dapat rasa kesedihan,kemurungan dan kegembiraan orang sekeliling saya. Jikalau orang menyampah kat saya pun dapat rasa jugak. Cuma saya akan ambil langkah berdiam diri la selepas tu. Mungkin orang rimas, lemas dan menyampah dengan sifat "penyayang" saya. Kalau orang salah faham memang akan kata saya buat baik bersebab sedangkan sifat semula jadi saya macam tu. Tapi takpe, saya terima semuanya kerana suatu hari nanti orang akan cari saya jugak. Kelebihan gerak hati saya bukan boleh digunakan sebarangan. Lebih-lebih lagi salah guna anugerah yang diberi. Sebab tu, kalau orang tipu saya memang saya takkan melenting dan marah. Cukup sekadar senyum kerana orang tu akan rasa serba salah dengan saya. Tak perlu buat apa-apa pun. Cuma sekuntum senyuman akan bongkar segalanya. Saya tak tanya apa-apa pun orang boleh menceritakan segalanya pada saya. Itulah rahsia gerak hati..;)

p/s:semalam mimpi sahabat baik saya cik sufi. siap lalu jambatan pulak tu..air laut cantik sangat..ape maksudnya? 

Tiada ulasan: