Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Jumaat, 30 Disember 2011

Penutup tahun 2011

Salam Jumaat semua,

Lama saya tak membebel dalam blog Senyuman Manis saya ni. Senyum sikit kawan-kawan. hehehe. Hari ini merupakan hari terakhir saya bekerja untuk tahun 2011. Saya rasa kawan-kawan jugak macam tu kan. Hari ini cuaca di KL agak mendung. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk terus beribadat dan berbuat baik sesama insan. Sedar tak sedar tirai 2011 hampir ke penghujungnya. Banyak kisah suka duka saya sepanjang tahun 2011 ini. Paling saya bersyukur sangat-sangat apabila tahun ini merupakan tahun rezeki untuk saya. syukur alhamdulillah ya Allah. Banyak kali buat sujud syukur tahun ni. Banyak dapat rezeki yang tidak terduga. Kesabaran saya selama ini dibalas dengan bermacam-macam hikmah yang tak disangkakan. Allah duga kita kerana Dia sayang kita dan ingin berikan kita sesuatu yang berharga untuk kita. Jangan bersedih bila dipilih untuk diuji. Alhamdulillah tak putus-putus meniti kalimah mulia itu dibibir saya sepanjang tahun ini. Apa yang penting saya dapat menggembirakan hati kedua ibu bapa tercinta saya walaupun jasa mereka tak terbalas jika dibandingkan dengan apa yang mereka korbankan semasa membesar, mendidik saya hingga mencapai tahap sekarang. Terima kasih ma dan pa. Orang sayang sangat-sangat ma dan pa. Tanpa ma dan pa, saya tidak mungkin berada di tahap sekarang. Pahit manis yang saya lalui sepanjang tahun 2011 ini banyak memberi pengajaran dan manfaat untuk saya lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di tahun-tahun akan datang. Saya lebih tahu siapa saya. Pekakkan telingan dan butakan mata dengan apa yang orang nak kata. Pengalaman sebelum ini membuatkan saya lebih menjadi "hati kering" dalam meniti onak duri kehidupan. Semua itu mematangkan saya dan menjadikan saya lebih tabah, berani, cekal, sabar, optimis dan menghargai peluang yang ada. Saya bertambang gembira dan tumpang bahagia bila tengok orang-orang sekeliling saya gembira dan bahagia. Kegembiraan orang membuatkan saya turut gembira. Saya juga telah memaafkan segala kesalahan orang kat saya dan belajar untuk memberi peluang kedua kat orang. Banyak kena perbaiki diri ni untuk tahun 2012.hehehehe. Moga-moga tahun 2012 nanti adalah tahun jodoh saya pulak. Ish..ish..ish..dah datang penyakit kegatalan saya ni. hahahaha. Emmmm selamat tinggal 2011 dan ahlan wasahlan 2012..Semoga hidup saya dan keluarga saya sentiasa diberkati dan dilindungi di bawah payungan rahmatNya.

p/s: selamat tahun baru 2012/ 1433 H semua..ape azam tahun baru saya ye...(sambil garu-garu kepala)

Isnin, 12 Disember 2011

Terima Kasih Semua

Salam,

Saya terharu sangat-sangat dan berTERIMA KASIH kat semua yang bagi ucapan hari lahir kat saya. Macam-macam jenis ucapan yang saya dapat. Apa yang pasti kebanyakannya mendoakan saya cepat kahwin. Adoiiii geli hati saya baca dan dengar. Menunjukkan bahawa kamu semua prihatin dan inginkan saya bahagia dengan seseorang yang bergelar "suami". TERIMA KASIH sekali lagi. Saya pun berharap dan tak putus-putus berdoa semoga 2012 bersamaan 1433 H merupakan tahun jodoh saya. Ameen. Lebih mengharukan lagi apabila sahabat baik saya masa zaman universiti sehingga sekarang membelikan kek keju bluuberry. Itu kek kegemaran saya. Tak sangka dapat kek lagi hari lahir tahun ni daripada insan tersayang pula tu. TERIMA KASIH sahabatku. Seronok berjumpa semalam dapat la lepas rindu kat si kecil hero kesayangan sahabat baik saya ni. Semalam juga saya dapat undang makan tengahari di rumah seorang lagi sahabat saya masa di universiti. Saya memandu si putih kesayangan saya ke Sri Gombak semalam dalam keadaan hujan lebat. Alhamdulillah selamat pergi dan balik. Seronok sangat-sangat semalam sebab dapat berjumpa semula selepas tamat pengajian di UM dulu. Masing-masing dah bertukar status sebagai isteri dan suami serta bergelar ibu dan abi. Tinggallah saya yang terkontang-kanting bersendirian lagi. Belum sampai seru lagi. Wahai pemilik tulang rusukku, muncullah dikau padaku. hehehehe. Semalam memang gembira la sebab dapat makan apa yang saya suke. Dapat kek keju blueberry, air laici dan kek coklat (walaupun saya kurang menggemari coklat tapi gembira dapat kek lagi). Terharu dengan sahabat-sahabat sekalian. Balik dari Sri Gombak saya pergi Midvalley pulak dengan adik bilik. Berjalan je saya ni. Kami pergi pameran buku MPH. Sempat saya beli novel 4 biji tau. Wah, sakan betul saya ni. Pantang pergi pameran buku. Saya juga beli buku untuk dihadiahkan kat mak saya sempena hari lahir beliau hujung bulan ni dan juga buku agama untuk adik bongsu saya yang baru berkhatan baru-baru ni. Seronok la semalam sampai saya kepenatan. Syukur bahagia dan gembira sempena ulangtahun kelahiran saya. Syukur alhamdulillah padaMu ya Allah dan  TERIMA KASIH SEMUA.

p/s: mudah-mudahan 10.12.12 akan datang akan meraikan hari istimewa dengan yang tercinta pula..;)

Sabtu, 10 Disember 2011

Selamat Hari Lahir

Salam,

Hari ni hari Sabtu dan hari ni jugak hari istimewa saya. SELAMAT HARI LAHIR. Bertali arus saya dapat mesej ucapan tu hari ni. Seawal jam 12.00 tengahmalam lagi telefon bimbit saya tak henti-henti berbunyi. Syukur alhamdulillah masih ada yang mengingati tarikh yang cukup istimewa dalam hidup saya. Terima kasih semua. Saya gembira sangat-sangat dengan ucapan kamu semua. Lebih-lebih lagi ahli keluarga saya adalah orang pertama yang ucap. Terharu sangat-sangat sampai tak terkata dan senyum gembira. Sempena hari istimewa saya juga, adik bilik saya telahpun belanja saya makan abc aiskrim di kedai kegemaran saya semalam. Lepas tu, kami bergerak ke Kg. Baru untuk berjumpa kawan mak ayah saya pulak. Sekali saya dapat sebekas bubur asyura segar dari Terengganu. Alhamdulillah syukur pada-Mu ya Allah. Baru terdetik di hati petang semalam nak makan sangat-sangat bubur asyura. Di hari istimewa saya ada orang hantar makanan tersebut untuk saya. Subhanallah tak terucap kesyukuran tu. Petang tadi saya masuk pejabat jap untuk siapkan sedikit kerja penting. Lebih mengharukan lagi bila saya bukan pintu pejabat, bos saya dan isteri dia menyanyi lagi SELAMAT HARI LAHIR untuk saya. Hilang kata-kata saya. Sungguh terharu. Beriye-iye bos saya nyanyikan untuk saya. Dari semalam lagi dah nyanyi. Hari ni pulak dua kali nyanyi. Sekali dalam telefon semasa saya buat panggilan kat bos. Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Isteri bos bagi saya 4 biji rambutan segar dan dua biji kuih lepat pisang. Murah rezeki la hari istimewa saya tahun ni. Alhamdulillah lagi. Doa yang paling banyak pula adalah berkaitan jodoh. InshaAllah tahun 2012 bersamaan 1433 H nanti sampai waktu dan masa untuk saya membina masjid yang diberkati dan diredhaiNya. Yakin dan percaya dengan ketentuanNya. Dia dah rancang yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Bila tiba saat itu akan dipermudahkan dan pasti berlaku. Kun fayakun. Terima kasih untuk semua yang mengingati hari istimewa saya dan mendoakan kesejahteraan saya. Sayang kamu semua..;)

p/s: Awak lupe hari istimewa saya? takpelah, janji saya tak pernah lupe hari istimewa awak..;)

Jumaat, 9 Disember 2011

Berdebar Bawa Bos

Salam Jumaat yang penuh barakah semua,

Hari ini pertama kali dalam sajarah saya pergi mahkamah bawa bos. Pemandu bos kena pergi filing dekat Kompleks Mahkamah Persekutuan di Jalan Duta. Saya pun pergi Jalan Duta juga tadi tapi tempat yang berlainan walaupun berdekatan. Cemas dan berdebar juga la saya bila tahu kene bawa bos dan sama-sama pergi mahkamah untuk perbicaraan pagi tadi. Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat balik ke pejabat semula. Lepas hantar bos balik pejabat, saya terus balik rumah hantar my lovely bb whity. Balik kerja nanti nak merayau-rayau. Petang ni mesti jem. Lagipun, saya betul-betul tak larat nak memandu lagi. Emmmmm saya cerita serba ringkas perjalanan ke mahkamah pagi tadi ye. Asalnya saya nak masuk pejabat awal pagi ni tapi sekali terjaga lambat. Masa nak turun panaskan enjin kereta tetiba saya sakit perut pulak. Saya naik semula ke rumah dan melepaskan hajat yang bergelodak. Lepas tu turun semula. Perjalanan saya ke pejabat sungguh damai hari ni. Berkat hari Jumaat kot. Cuma terperangkap jem agak lama kat Jalan Kg. Baru tu. Masuk pejabat jap untuk selesaikan kerja-kerja kemaskini dokumen dan bawa turun fail-fail kerana hari ini perbicaraan bagi dua kes bagi klien yang sama. Saya dan bos bergerak ke mahkamah anggaran jam 9.10 pagi. Sampai mahkamah cukup-cukup masa 9.30 pagi. Dalam perjalanan bos saya nyanyi ucap selamat hari lahir kat saya. Adussss terharulah saya yang tengah memandu tadi. Terima kasih Tuan Haji. Perbicaraan mula agak lambat tadi. Lebih kurang jam 10.30 pagi baru mula bicara dan berakhir pada jam 11.50 pagi. Hari ini perbicaraan agak terhad dan tergesa-gesa memandangkan kaum Adam ade tanggungjawab penting lagi WAJIB ke atas Yang Maha Esa. Perjalanan balik dari mahkamah juga dipermudahkan. Lega saya. Fuhhhhh hilang sudah debaran di hati. Walaupun agak tertekan dengan perbicaraan tadi tapi syukur semua dipermudahkan. Alhamdulillahirabbil a'alamin.

p/s : Perbicaraan klien yang sama juga pada tarikh hari lahir saya tahun lepas. Hari yang sama juga hari Jumaat tapi haribulan berlainan sebab tahun ni awal sehari. Tahun ni pun masih dalam perbicaraan juga, cuma berbeza kes sahaja iaitu soal "hak penjagaan anak". Satu kebetulan pulak. ;)

Rabu, 7 Disember 2011

Awalnya Bagi Ucapan

Salam,

Saya geli hati la minggu ni. Ramai sangat yang salah sangka dengan tarikh sebenar ulangtahun hari lahir saya. Bertubi-tubi saya dapat ucapan "Selamat Hari Lahir". Paling kelakar bila dapat mesej "Hepi Belated Besday". Adussss macam mane boleh jadi "belated" ni??? Macam-macam hal la kawan-kawan saya ni. Papepun terima kasih bebanyak sebab terlalu peka dan prihatin dengan saya sampai bagi ucapan awal pulak. Tarikh sebenar tu jangan lupe pulak ye. hehehehehe. Emmmm kalau nak tahu, saya sebenarnya cuba nak lupekan tarikh ulangtahun hari lahir saya. Tapi masih tak berjaya. Macam mane ye orang lain boleh lupe tarikh istimewa dalam hidup diorang ek..Cuma saya harap pada tarikh istimewa tu nanti dipermudahkan segala urusan saya dan diberi kesihatan yang baik. Saya cuma mahu bergembira dan bahagia je sekarang ni. Sesuailah dengan nama blog saya ni kan..;)

p/s: tak tau nak jawab ape bila kawan2 tanye nak hadiah ape tahun ni..segan la. terharu pun ye jugak sapa kelu lidah..hehehe

Isnin, 5 Disember 2011

Ujian Sakit Lagi

Salam,

Ape khabar semua? Hari ni saya baru masuk opis semula setelah cuti Awal Muharam di kampung baru-baru ni. Balik dari kampung saya demam tiba-tiba. tiga hari saya dapat cuti sakit. Sebelum saya balik kampung, adik bilik saya disyaki terkene jangkitan denggi. Semasa saya masih di kampung pula, adik bilik saya masuk wad. Empat hari jugak dia masuk wad. Tapi saya tak sempat nak ziarah dia kat wad sebab sampai dari kampung pagi Rabu tu saya terus demam tiba-tiba. Saya dah rasa tak sedap badan masa tunggu kereta api elektrik kat stesen PWTC tapi saya cuba gagahkan diri untuk sampai ke rumah sewa. Bila sampai je kat rumah sewa saya masuk rumah dalam keadaan menggigil dan terus minum air masak. Rasa dahaga yang teramat sangat pulak. Lepas tu saya terus baring atas toto ungu kesayangan saya dan tidur tanpa tukar baju. Saya berkelubung selimut satu badan sambil peluk bantal-bantal ungu kesayangan saya jugak. Badan saya panas sangat dan saya mengalami sakit dan lenguh-lenguh di seluruh badan. Rasa sakit kat sendi-sendi saya ni. Niat di hati nak pergi klinik nak mintak cuti sakit tapi saya betul-betul tak larat. Nak bangun mandi pon saya tak berdaya. Makan minum langsung tak ade dalam agenda saya sepanjang hari tu. Bila badan saya terlalu panas, saya paksa diri untuk bangun dan mandi. Tak tahan sangat badan rasa panas. Lepas mandi saya jalan-jalan satu rumah dan jenguk kereta saya di parking bawah. Cuaca agak bagus hari tu, lega saya. Nak pergi klinik masih terbantut sebab saya memang tak larat nak jalan sorang-sorang. Pengsan nanti susah saya. Akhirnya saya sambung tidur je. Hari tu saya memang habiskan masa dengan tidur je. Sekali petang tu hujan lebat pulak, siap dengan kilat guruh bermacam rupa. Aduhhhhh..macam mane ni. Saya dah la takut duduk rumah soarang-sorang dalam keadaan macam ni. Ape lagi tudir la jawabnya. Nasib baik saya memang tak berdaya masa tu, jadi mudah la nak tidur tanpa gangguan. Alhamdulillah. Esoknya, saya pergi klinik sebelum pergi ke opis. Kununnya badan dah segar sikit boleh la pergi kerja. Doktor bagi saya cuti sakit sampai hari Jumaat untuk ambil darah. Ayoyoyo..takut la pulak dengan jarum ni. Jenuh la saya pujuk hati malam tu supaya tak takut nak ambil darah. Lepas pergi klinik saya terus pergi opis. Badan masa tu suam-suam kuku je. Tapi sebab ada urusan penting saya kena masuk opis jugak. Hari Jumaat dan hari Sabtu saya kene ambil darah. Dalam sejarah hidup saya, ini la kali pertama saya pergi klinik berturut-turut dan ambil darah lebih dari sekali. Sungguh tragis. Tetiba terlintas di fikiran saya masa tu.."alangkah bagusnya kalau saya mempunyai seseorang tersayang, pasti dia takkan biarkan saya bersendirian sakit. mak ayah jauh di kampung." Bayangkanlah hal macam tu boleh saya fikir..Ntah ape-ape je. Hahahahahahahahahahaha. Malunya saya tau. Apa yang buat saya terharu sangat bila kawan-kawan datang ziarah saya dan bawa sup ketam dan nasi ayam lagi. Selera saya memang kurang sikit masa demam tu. Adik rumah pun masak sup ketam jugak. Sedap la. Tapi makan masa sakit tak seberapa sangat la. jenuh jugak nak habiskan. Sekarang saya dah beransur sembuh dan sihat semula. Inilah ujian sakit saya di awal tahun Hijrah. Alhamdulillah..;)

p/s: Saya akan lebih menghargai kesihatan lepas ni..huhuhu