Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Isnin, 12 Disember 2011

Terima Kasih Semua

Salam,

Saya terharu sangat-sangat dan berTERIMA KASIH kat semua yang bagi ucapan hari lahir kat saya. Macam-macam jenis ucapan yang saya dapat. Apa yang pasti kebanyakannya mendoakan saya cepat kahwin. Adoiiii geli hati saya baca dan dengar. Menunjukkan bahawa kamu semua prihatin dan inginkan saya bahagia dengan seseorang yang bergelar "suami". TERIMA KASIH sekali lagi. Saya pun berharap dan tak putus-putus berdoa semoga 2012 bersamaan 1433 H merupakan tahun jodoh saya. Ameen. Lebih mengharukan lagi apabila sahabat baik saya masa zaman universiti sehingga sekarang membelikan kek keju bluuberry. Itu kek kegemaran saya. Tak sangka dapat kek lagi hari lahir tahun ni daripada insan tersayang pula tu. TERIMA KASIH sahabatku. Seronok berjumpa semalam dapat la lepas rindu kat si kecil hero kesayangan sahabat baik saya ni. Semalam juga saya dapat undang makan tengahari di rumah seorang lagi sahabat saya masa di universiti. Saya memandu si putih kesayangan saya ke Sri Gombak semalam dalam keadaan hujan lebat. Alhamdulillah selamat pergi dan balik. Seronok sangat-sangat semalam sebab dapat berjumpa semula selepas tamat pengajian di UM dulu. Masing-masing dah bertukar status sebagai isteri dan suami serta bergelar ibu dan abi. Tinggallah saya yang terkontang-kanting bersendirian lagi. Belum sampai seru lagi. Wahai pemilik tulang rusukku, muncullah dikau padaku. hehehehe. Semalam memang gembira la sebab dapat makan apa yang saya suke. Dapat kek keju blueberry, air laici dan kek coklat (walaupun saya kurang menggemari coklat tapi gembira dapat kek lagi). Terharu dengan sahabat-sahabat sekalian. Balik dari Sri Gombak saya pergi Midvalley pulak dengan adik bilik. Berjalan je saya ni. Kami pergi pameran buku MPH. Sempat saya beli novel 4 biji tau. Wah, sakan betul saya ni. Pantang pergi pameran buku. Saya juga beli buku untuk dihadiahkan kat mak saya sempena hari lahir beliau hujung bulan ni dan juga buku agama untuk adik bongsu saya yang baru berkhatan baru-baru ni. Seronok la semalam sampai saya kepenatan. Syukur bahagia dan gembira sempena ulangtahun kelahiran saya. Syukur alhamdulillah padaMu ya Allah dan  TERIMA KASIH SEMUA.

p/s: mudah-mudahan 10.12.12 akan datang akan meraikan hari istimewa dengan yang tercinta pula..;)

Tiada ulasan: