Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Rabu, 3 April 2013

Musim Bercerai

Salam semua,

Saya makin rajin update perkembangan terkini diri saya dan kisah semasa. Apa yang dapat saya katakan sekarang ni adalah MUSIM BERCERAI. Sana sini banyak kes perceraian. Macam-macam jenis perceraian yang difailkan di Mahkamah Syariah. Antaranya cerai dengan persetujuan bersama dengan kebenaran Mahkamah, perceraian secara fasakh, ta'liq, khuluk (tebus talaq) dan lian. Tapi saya banyak terima kes perceraian dengan kebenaran Mahkamah dan juga fasakh. kadang-kadang terlintas di fikiran saya kenapa la diorang ni nak bercerai setelah bertemu jodoh masing-masing dan hidup bersama dengan janji sehidup semati. Apakah kata-kata klise "sudah tiada jodoh" tu relevan digunakan atau sekadar pengubat lara di hati saja. Apa pendapat anda semua? Saya cukup sedih setiap kali klien datang berjumpa untuk failkan kes cerai.  Adakala saya akan bagi khidmat rundingcara dulu. Adakalanya saya akan cuba hantar surat cadangan penyelesaikan secara baik dulu dan adakalanya saya akan terus failkan kes di Mahkamah bergantung keadaan klien pada masa tersebut. Selagi rumahtangga mereka masih boleh diselamatkan saya akan terus pertahankan dan cuba memberi sepatah dua kata secara berhemah bagi mengelakkan berlaku perceraian. Sekiranya keadaan semakin parah dan samapai tahap kronik terpaksalah saya guna solusi bercerai bagi kebaikan kedua-dua pihak. Anda semua tentu tahu tentang dali yang menyatakan bahawa talaq merupakan perkara halal yang PALING dibenci Allah. Kenapa hukum talaq adalah harus dan bukannya haram kerana Allah lebih Mengetahui keadaan hamba-hambaNya dan tidak menjadikan hukum talaq adalah haram. Cantik kan aturan Allah. Subhanallah. Bila terbabit dalam bidang undang-undang Syariah membuatkan saya buka mata seluas-luasnya dan banyak berfikiran tentang permasalahan yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga sehingga goyah bila dilanda badai. Ianya bukan bermakna saya takut dan menolak untuk berumahtangga sebaliknya saya ambil pengajaran daripada kisah kegagalan rumahtangga klien-klien saya, rakan-rakan dan orang sekeliling saya. Mencegah lebih baik dari mengubati merupakan ungkapan yang sesuai untuk mengelak kesakitan dalam  rumahtangga. Jadi, jangan bersedih ye kawan-kawan yang masih membujang di luar sana. Rahsia Allah tak perlu kita campuri. Berbalik pada kisah perceraian di mana ada satu kisah klien saya yang merupakan golongan profesional dan akademik memilih untuk bercerai. Kes ini pada saya amat menyedihkan apabila si isteri yang masih dalam program menyiapkan tesis PhDnya terpaksa menarik diri dari meneruskan penulisan tesis tersebut di sebuah universiti di luar negara apabila mendapat tahu si suami berpoligami tanpa kebenaran dan berkahwin di luar negara. Bayangkanlah bagaimana keadaan emosi si isteri pada saat kritikal untuk bergelar seorang doktor falsafah berhadapan dengan masalah rumahtangga yang sedemikian. Si isteri tidak menolak hukum berpoligami. Dia masih boleh menerima tamparan hebat berita yang menyayat hati tersebut tetapi hati isteri amat terluka apabila si suami mula mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya dan juga anak-anak. Secara zahirnya si suami langsung tidak mampu untuk berpoligami. Bekerja sebagai seorang ustaz yang memberi ceramah pada orang lain tentang tetapi tidak mengaplikasikan apa yang diceramah untuk diri sendiri. Hairan bin pelik la saya dengan golongan manusia macam ni. Bercakap pasal agama bukan main lagi berdegar-degar tapi habuk pun tarak. Perangai mengalahkan apa juga. Tuntutan agama tak dilaksanakan pun. Ustaz tahi kucing saya gelarkan untuk mereka ni. Disebabkan perangai tak semengah macam ni la merosakkan nama baik ustaz di mata masyarakat. Gelaran ustaz tu cukup mulia bagi yang mempunyai pengetahuan agama yang tiada tandingan. Tolong jangan memalukan nama baik ustaz. Harap maklum!!!!!! Inshaallah minggu depan saya akan baca wakalah oerlantikan peguam untuk si isteri ni. Doakan semoga segala urusan saya dipermudahkan ye. Harap dapat membantu anda semua dengan perkongsian yang tak seberapa ni demi kebahagiaan rumahtangga yang sakinah mawaddah wa rahmah ye. 

p/s : macam mana ni PRU 13 dijangka hujung bulan ni. saya pulak ada misi terbang jejak kasih..waaaaaaaa

Tiada ulasan: