Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Khamis, 25 April 2013

Demi Pengesahan Anak Kariah

As salam semua,

Lama rasenya saya tak menjengah blog Senyuman Manis saya ni. Tapi setiap hari saya senyum dengan manis sekalai tau walaupun stress dan muka serius sepanjang di ofis. Tapi sambil siapkan "kerja-kerja" yang tak pernah habis ni saya senyum dengan manis sekali tau. Tak caya??? Senyum. Hah tengok kan saya dah senyum kan. heheheehehe.

Ok la. Hari ni saya nak cerita pengalaman saya demi nak dapatkan tandatangan dan cop pengesahan anak kariah bagi klien saya warganegara Iran ni. Apa yang anda fikir bila saya sebut Iran? Sudah pasti pasal Syiah kan. Saya pun duk mencari maklumat pasal tu juga sejak akhir-akhir ni. Terima kasih buat sesiapa yang sudi berkongsi maklumat pasal tu kat saya. Tapi kali ni secara live saya bersoal jawab pasal ni kat klien saya. Nanti-nanti la saya kongsi pasa syiah ni ye. Orangnya comel sangat. Saya suka tengok mata dia yang besar, bulu mata lebat dan lentik serta anak mata coklat. Cantik sangat. Subhanallah dengan ciptaan Allah.

Petang tadi saya dan klien Iran ni sama-sama berjumpa dengan Ust Zaki di PULAPOL kat Padang Tembak, KL ni. Pertama kali saya masuk kat pusat latihan Polis ni. Ada sorang klien saya yang kerja kat sini. Sampai di PULAPOL saya terpaksa meninggu Ust Zaki ni hampir sejam sebab dia ada mesyuarat. Dah buat appoinment tapi terpaksa menunggu jugak. Saya ok je sebab ye la kan jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan efisyen. Nak masuk sini bukan mudah. Kena ambil pas pelawat bagai. Tinggalkan IC kat jaga. Dah la budak-budak muda yang jaga. Baya adik-adik saya la kot. Alhamdulillah dapat masuk gak. hehehehehe. Saya diminta pergi ke Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) di bangunan baru di aras 2. Bila Ust Zaki sampai saya dan klien Iran ni diminta masuk dalam bilik dia. Dugaan pertama saya bila Ust ni tak dapat nak tandatangan sebab tempat tinggal klien saya bukan dalam kawasan jagaannya. Aduhhhhh. Nasib la ust ni bagi solusi minta saya ke Masjid Abu Ubaidah aj-Jarrah kat Sri Rampai gak tapi berjumpa Ust Nizam. Sebelum ni saya dah call Ust Taufik banyak kali tapi gagal untuk ditemui. Semoga ust tu dapat taufik dan hidayah sekali la ek. Payah beno nak jumpa. Alhamdulillah sekali lagi bila USt Nizam bersetuju untuk berjumpa malam ni. Jadi saya berjanji dengan klien ni untuk ambil dia dan pergi berjuma Ust Nizam sama-sama. Sementara menunggu Ust Zaki sampai kan saya berbual-bual dengan klien ni macam-macam topik. Speaking London saya hari ni. Goreng je la labu. Masa tu la saya korek rahsia pasal syiah ni. Bertambah lagi pengetahuan pasal syiah ni. Alhamdulillah. Oh ye sebenarnya kan klien saya ni sebaya saya. Suami dia pon same gak. Tapi air muka dia nampak matang la berbanding dengan saya yang macam kanak-kanak riang ni. 

Berbalik kisah tadi saya telahpun pergi ke Masjid Abu Ubaidah aj-Jarrah ni dan berjaya bertemu dengan Ust Nizam. Sebelum dapat tandatangan dan cop keramat tu macam-macam soal jawab berlangsung. Rasa macam kena soal oleh polis untuk seisi siasatan sesuatu kes jenayah je. Boleh pulak Ust Nizam tanya saya "awak ni lawyer dia ke?" Ayoyoyoyo ust ni. Saya siap pakai baju hitam putih hari ni sebab ada sebutan kes di MAhkamah Syariah KL pagi tadi. Macam ada keraguan je pada riak muka ustaz ni. Aishhhh tak caye lak saya ni peguam syarie. Bila saya keluar hujah-hujah kepeguaman syarie saya baru nak caye. Ape la ustaz. Kang saya pertikai ustaz ni layak ke jadi pegawai jaga anak kariah haru je kang ustaz..hehehehehe. Akhirnya ust pun tandatangan dan cop empat (4) salinan yang saya buat. Allahamdulillah juga saya dan klien ni dapat bungkusan makanan sebab ada tahlil di masjid tu tadi. Rezeki tergolek-golek la. Syukur berkat kesabaran mendapat cop pengesahan anak kariah. 

Lupa pulak nak cerita kisah selepas pulang dari PULAPOL tu. Sewaktu saya nak pulangkan kad pelawat dan ambil semula ic saya tu dah mula hujan. Bila saya nak pulangkan kad pelawat tu boleh pulak adik-adik polis yang lelaki ni duk bersoal jawab pulak dengan saya. Siap pegang ic saya dan baca apa-apa yang patut. Saya dah tau dah mesti tengok no ic ni nak tau umur saya selain tengok nama. Akak dah tua la dik. Tak sesuai nak jadi calon anda. Bukan calon mengundi ye. hehehehehe. Siap berlambai-lambai bertabik bagai lagi lepas tu. Amboiiiiii dik. Akak hanya orang biasa je bukan warga polis pun walaupun minat cerita kepolisan Hong Kong. Masuk je dalam kereta kan terus hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Takut gak saya masa tu. Lebat sangat hujannya. Sempat la jugak saya baca doa hujan ni. Dalam hati dah terdetik pasti banjir kilat ni. Saya hantar klien ni ke tempat tinggal dia. Sambil-sambil tu bersembang. Adakalanya saya dengar alunan zikir dari Hafiz Hamidun di kala hujan-hujan ni. Tawakal je saya redah hujan dan banjir. Mujur tak seteruk banjir di UM. Syukur ya Allah dipermudahkan segala urusan saya walaupun diduga dengan macam-macam hal. Alhamdulillah

Saya dan klien ni kan semakin rapat dan dia selesa untuk berkomunikasi dengan saya. Tapi saya hanya jalankan tugas saya demi mencari rezeki yang diberkati. Kalau ikut penat memang penat sebab pagi ni saya ada sebutan lagi di MRSKL. Kemudian bergegas ke MRSGT (Keramat) nak failkan kes baru. Luse saya dah mula cuti panjang jalan-jalan rehatkan minda terbang ke seberang. Tak sabar nak qada' tidur ni. Alhamdulillah la hujah kembali taat dah siap dan boleh difailkan esok walaupun lambat tiga hari. Ada yang lebih menggembirakan hati saya hari ni bila klien Iran saya ni suke warna kegemaran saya tau. Tak sangka dia minat warna UNGU gak. Dalam kereta saya kan banyak hiasan dan bantal-bantal kesayangan saya warna UNGU. Jangan jeles saya ada sepasang bantal terung tau. Comel sangat. Ada sepasang bantal love gak dan bantal kecik strawberi warna sama. hehehehehehe. I love purple like love myself. Cewahhhhhh..Senyum je la saya hari ni kan..Itulah kisah yang saya lalui hari ni..:)

nota penting!!! : klien saya ni nak minta fasakh sebab suaminya pukul dia sampai tahap dapat perintah tegahan dari gangguan suaminya (IPO-orang undang-undang paham la mede alah ni)

p/s ; nak tergelak rase bila teringat sorang budak lelaki comel datang peluk saya tetiba di Mahkamah tadi. selalu je jadi macam tu. Hari tu sorang budak comel gak nak ikut saya balik. macam-macam la..:)

Tiada ulasan: