Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Jumaat, 18 November 2011

Akhirnya

Salam Jumaat yg barakah semua..;)

saya baru dapat berita yang amat menGEMBIRAkan saya tadi. cube teka ape berita GEMBIRA tu?..jeng..jeng..jeng..alhamdulillah..akhirnya saya lulus dalam temuduga sijil amalan sebagai Peguam Syarie di negeri Selangor bulan Julai baru2 ni. syukur sangat2 dan berterima kasih pada family tercinta yang banyak bagi sokongan moral pada saya. tak lupe juga buat sahabat2 rapat dan orang sekeliling yang sentiasa mendoakan saya. saya sayang kamu semua. dah lame saya tunggu berita ni sebenarnya. ni la kemuncak kejayaan kerjaya saya sebab nak dapat sijil ni teramatlah payah. rakan2 senior saya terpaksa lalui temuduga ni banyak kali sebelum dapat praktis sebagai "Peguam Syarie di Selangor". betapa mahalnya harga sijil Selangor ni. tak sabo nak tunggu majlis tauliah yang agak berbeza dan harmoni dari majlis tauliah negeri lain. dengar cerita majlis tauliah ni lagi seronok dan feeling dari konvokesyen lagi. betul ke tau wallahua'alam..tunggu dan lihat je la nanti. majlisnya mungkin tahun depan. tapi takpe la janji dah lulus..alhamdulillah sekali lagi. dah buat sujud syukur pun tadi dan kongsi berita gembira dengan family tercinta dan orang tersayang. hehehehehe..semoga saya akan lebih berdedikasi dan lebih produktif lagi dalam kerjaya yang mencabar dan mulia ini. saya hanya mengharapkan keberkatan dan keredhaanNya dalam kerjaya ni. dulu saya hampir putus asa jugak dalam bidang ni. mujur ade sorang senior menyedarkan saya betapa pentingnya bidang dan kerjaya saya ni. dia suruh saya bertahan dan kuatkan semangat. tak ramai yang sanggup nak kekal dalam bidang ni. cuma satu je yang saya nak kongsi..saya rasa puas hati dan gembira sangat bila dapat tolong orang mendapatkan hak mereka yang sepatutnya. saya benci pada kekejaman, kepalsuan, penipuan dan segala macam yang negatif. doakan saya terus istiqamah dalam bidang ni dan menjadi Peguam Syarie wanita yang beriman dan berlandaskan syariat Islam..sesuai ngan slogan MELETAKKAN HAK PADA YANG BERHAK..;)

p/s: bertambah gembira bila dapat ucapan tahniah daripada seseorang..so sweet..(sy pon tumpang epi ngan awak)...eh kebetulan pulak ek..;)

4 ulasan:

sufi berkata...

Saya tumpang gembira utk awak.hehehe...

Bagusnyer orang tu kan. Bagi sokongan padu lagi. Alhamdulillah

Moga Dayah istiqamah memperjuangkan hak yang sepatutnya dalam Islam.

Teruskan usaha wahai kawanku =)

senyuman manis berkata...

hehehehe..lawak la rase..ucapan tahniah yg cukup bermakna bg saya..tdo sambil senyum la sy mlm ni..terima kasih ye sofiyyah..;

beruntung saya dapat sahabat macam kamu semua..

sufi berkata...

Tidur sambil senyum...
Mati syahid la tu.
Jadi 'syahidah' beriman =)

senyuman manis berkata...

x ingat dah malm tu saya tdo sambil senyum ke x..penant sangat n teruja untuk hari esoknya..hahaha