Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Selasa, 22 November 2011

Dalam Dilema

Salam,

Baru je beberapa hari lepas saya gembira. Hari ni saya dalam dilema pulak. Ya Allah bantulah hambaMu ini. Permudahkanlah aku membuat pilihan terbaik dalam hidupku. Berikanlah pertunjukMu ya Allah. Lapangkanlah dadaku dan tenangkanlah fikiranku dari gangguan iblis yang direjam..Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa saya berdoa macam tu kan kan kan?..Cam ni, petang semalam sebelum balik saya ade terima satu email daripada firma guaman di Brunei. Email tersebut adalah "Letter of Offer" bekerja di sana sebagai Eksekutif Syariah bagi tempoh 3 bulan pertama. Kemudiannya barulah akan dinaikkan pangkat menjadi Peguam Syarie yang beramal di Brunei Darul Salam. Ala korang janganlah ternganga mulut tu. nanti masuk lalat la. hehehe. Oppsss sorry..sorry..saya tengah kebingungan sekarang ni. Tu yang jadi tak betul sikit. Jangan marah daa.. Emmm tak sangkakan saya akan mendapat peluang keemasan ni lagi setelah saya pernah tolak tawaran daripada seorang lecterer undang-undang dulu. Ye la kan, masa tu saya baru habis belajar la. Pengalaman kerja kosong. Tu yang mak saya awal-awal lagi dah bangkang usul saya.Tak sempat nak gulung hujah dah kena tolak. Kalah tanpa bertanding ni. Tapi kali ini berbekalkan pengalaman saya sebagai seorang Peguam Syarie Amatur merangkap bakal bergelar profesional suatu masa nanti maka kedua ibu bapa saya pasti tidak keberatan untuk mengizinkan serta merestui pilihan saya sekiranya berhasrat untuk menerima tawaran tersebut. Alahai dah macam berhujah dalam Mahkamah je. Ayat pun berbelit-belit je. Tapi ada satu masalah juga sekiranya saya menerima tawaran ini. Agak-agak pasal ape???..Ape..Cakap kuat sikit..Hah.. Pasal "jodoh"???..Pandai la korang. Ni yang saya semakin sayang kat korang..hehehe. Pasal ni pun satu masalah buat saya. Memang saya tau jodoh di tangan tuhan tapi tentulah mak ayah saya di kampung akan guna alasan baik ni untuk menghalang saya dari kerja jauh-jauh. Apatah lagi saya masih berstatus bujang trang tang tang. Pas ni jangan pulak ade yang berebut nak masuk meminang saya ye. Jangan tambahkan perisa kepeningan saya lagi. Amaran keras dari saya tau. Tolong sangat-sangat ye..hahahahahaha.. Datang dah sengal saya ni. Saya sekarang ni memang rasa 50:50 la. Sekajap nak pergi sekejap taknak pergi. Rezeki saya datang serentak. Begitu jugak dengan pilihan jodoh saya juga. Saya perlu membuat pilihan terbaik demi masa depan yang bahagia, gemilang, terbilang, menarik, berkualiti dan produktiviti. Saya juga harus membuat pilihan terbaik ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus tepung pulak tak bersepah. Selain solat sunat Istikharah dan perbincangan serta restu ibu bapa, ape lagi yang patut saya buat ye? Bagi la idea. Saya betul-betul ting tong sekarang. Kerja sekarang ni pon teramatlah ok dan saya seronok dengan kerjaya sekarang dan paling penting bos yang sporting gler. Cuma tawaran baik datang tergolek depan mata dan diiringi dengan kejayaan dalam sijil Selangor yang cukup bermakna ni buat saya serba salah dalam memilih yang terbaik. Berat jugak kan ujian pilihan kerjaya yang saya lalui sekarang ni. Tak pernah terlintas secara langsung akan diduga dan diuji macam ni. Alhamdulillah yang tak terhingga kerana menjadi hamba pilihan lagi. Ape-apepun saya tetap yakin dengan rezeki, jodoh, ajal maut yang telah ditetapkan sejak di Loh Mahfuz lagi. Pasti ada berita gembira buat saya nanti. InshaAllah. doakan yang terbaik buat saya ye. Tak semua yang dapat peluang serentak macam saya. Bersyukur padaMu ya Allah.

p/s: Terharu dengan respon kawan2, rakan2 dan sahabat sekalian. Tak sangka ramai yang prihatin dengan saya. ade dua orang insan yang betul2 buat saya serba salah sekarang ni. Ade menyokong ade yang membantah dalam sokongan (halus betul cara kamu ye). Menunggu respon mak ayah pulak..Semestinya yang terbaik..;)

2 ulasan:

sufi berkata...

Moga Allah tenangkan hati dayah utk wat pilihan. Husnu Dzan =)

senyuman manis berkata...

hehehe..alhamdulillah saya da ade keputusan..semoga keputusan saya akan menyenangkan semua pihak. lebih2 lagi mak ayah saya. restu mak ayah amt penting pada saya. semoga rezeki saya semakin dimurahkan lagi pada ms akan datang..;)