Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Khamis, 24 November 2011

Banjir laaa

Salam,

Petang semalam saya dapat berita yang rumah saya di Kg. Bukit Kuang banjir. Lepas tu adik saya post gambar2 banjir dalam laman mukabuku. Terkejut jugaklah saya tengok. Banjir yang amat luar biasa semalam. Inilah sejarah banjir paling teruk sepanjang umur saya. Dulu masa mak dan ayah saya menunaikan fardhu haji kat Mekah tahun 2009 dah banjir. Memang air dah masuk dalam dapur pun tapi taklah seteruk semalam. Kuasa Allah tak siapa boleh duga dan atasi. Berdasarkan cerita ayah saya dan kakak saya juga, hujan cumalah beberapa jam sahaja tetapi lebatlah. Akhirnya terjadilah banjir kilat. Bayangkan ape perasaan saya masa tengok gambar2 banjir tu? Ya Allah tak tergambar ape yang saya rasa mase tu. bercampur baur cam rojak dah. Ade rasa terkejut, bimbang, risau, takut, dan macam2 lagi. Saya rase nak terbang je balik kampung masa tu. Tapi mestilah ayah dan mak saya tak bagi walaupun sebenarnya mak ayah saya suke kalau saya balik. Biasa la kan perasaan orang tua bila anak jauh dari pandangan mata. Perempuan pulak tu. Sehari sebelum banjir tu, adik bilik saya demam panas dan sakit2 selurug badan dan sendi. Memang suspek denggi la. Saya memang tak senang duduk dah masa tu. Saya pun pernah kene denggi. Dah la seklarang ni musim hujan je. Risau la saya. Kalau kamu semua nak tahu, kalau saya yang demam saya tak la risau sangat sebab bila saya deman saya lebih suke tidur dan rehat dengan berkelubung satu badan. Semestinya saya akan pakai baju sejuk kesayangan saya yang tebal tu. Lepas tu akan tutup muka saya dengan bantal ungu kesayangan saya. Satu lagi saya akan pastikan air 100+ ade sebelah saya sebab saya tak suke nak makan ubat. Kalau demam teruk baru makan ubat jugak..terpaksa la. Masuk opis petang semalam tengok gambar banjir pulak memang mencemaskan la. Rumah saya dah macam di tengah2 lautan. Air memang penuh dan menyeramkanlah. Paras air jugak tinggi. Tapi saya legalah bila dah bercakap dengan ayah saya semalam. Saya masih boleh gelak ketawa dengar cerita ayah saya. Ade cerita kelakar la. Saya dah agak mesti berlaku hal tu. Alhamdulillah lega la Saya dapat hadapi semua ni dengan lapang dada dan tenang walaupun dalam hati ni dah berkocak pelbagai rasa. Betul2 dugaan dan ujian Nya pada saya dan keluarga. Pasti ada hikmah tersembunyi di sebalik apa yang berlaku. Banjir ni penutup tahun 1432 H. 27hb ni kan dah nak masuk tahun baru Hijrah. Saya nak balik kampung malam esok. Semoga dipermudahkan segalanya. Doakan saya ye. ;)

p/s: saya dah lama tak main banjir ni tapi saya takut jumpa binatang tu...

(Maal Hijrah ni adik bongsu saya berkhatan. Saya perlu balik kg untuk bagi sokongan moral kat adik saya. Saya perlu buat pengorbanan demi keluarga tercinta..I Love my family..) 

Tiada ulasan: