Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Jumaat, 11 November 2011

Kegembiraan Berganda

Salam 11.11.11 semua..

semalam saya dapat berita gembira berganda. syukur alhamdulillah saya panjatkan pada Illahi di atas kurniaan berita gembira ini. walaupun berita gembira ini tiada kaitan dengan diri saya tapi saya tumpang gembira untuk orang sekeliling saya. pertamanya pasal sahabat saya lulus temuduga sebagai pensyarah. saya tumpang gembira lagi untuk dia. alhamdulillah rezeki akhirnya berpihak pada sahabat saya. berkat kesabaran dan perngorbanan dia untuk gembirakan hati mak dia. kagum saya kat sahabat saya ni. tahniah ye sahabatku. keduanya, salah seorang klien saya di Johor mesej bagitau yang permohonan pertukaran mengajar ke Johor telah diluluskan. alhamdulillah sekali lagi saya tumpang gembira dan bersyukur sangat-sangat. akhirnya berkat kesabaran mereka ini telah mendapat hikmah yang menggembirakan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang pada setiap hambaNya. syukur pada Mu ya Allah. saya rasa sangat-sangat berpuashati apabila dapat tolong orang walaupun dengan sepotong ayat..bergembiralah dan bersyukur dengan kurniaan serta rezeki Illahi..amin..;)

p/s: senyum sokmo ye..(saya suke tengok wajah senyuman sahabat saya ni sebab sejuk mata memandang dan rasa tenang je..air muke klien saya pon same gak..)..

2 ulasan:

sufi berkata...

saya tumpang gembira sama.hehehe

senyuman manis berkata...

hehehe..tq..semalam hari yg menggembirakan saya la..alhamdulillah..;)