Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Isnin, 24 Oktober 2011

Cuci Mata di Taiping

Salam..

hujung minggi baru ni saya dan dua orang kawan telah bercuti ke Taiping untuk menziarahi ayah kawan kepada kawan saya yang tak berapa sihat. kami bertolak dari KL pukul 9.00 pagi dan sampai di Taiping jam 2.00 petang lebih2 sikit. sepanjang perjalanan memang menyeronokkan dan bersembang2. almaklumlah lame tak berkumpul tiga orang charlie's angel..hehehe..saya pulak syok berbalas mesej sepanjang perjalanan. rasa bahagia je. mesej dengan sape?..biarlah rahsia..emm yang pasti salah satu adalah mesej ayah saya tanya pasal kesihatan anak dara dia sorang ni. mau tak tanye kan sebab saya kan baru baik demam. pas tu dah mula gatal kaki berjalan. mak ayah saya tak boleh nak kate apa dah kat saya ni sebab heroin bongsu diorang ni suka berjalan2. bila jumpa geng yang sekepala lagi la haru. jalan2 cari makan sambil cuci mata la jawabnya. masa bujang2 ni la nak berjalan dengan kawan2 tau. bila dah kawen nanti lain cter la kan. jalan2 dengan suami terchenta pulak. hahahaha.. nak tau tak sepanjang dua hari kat Taiping, kawan kepada kawan saya ni ajak kami jejalan meronda bandar Taiping dan makan2 je. petang sabtu kami pergi Bukit Merah. cantik tempatnya. ape lagi berposing la kami kat sana sini cam model lagaknya. malam tu pulak kami makan mi udang kat Matang. sedap hingga menjilat jari la. undang dah la segar bugar..banyak pulak tu. berbaloi la harga rm7 semangkuk tu. tapi kan saya makan mi tak abis malam tu. kekenyangan sangat2. mujur la saya order bersama air laici suam. kalu tak mesti terkeluar semula mi dan udang2 tu. alhamdulillah dengan rezeki malam tu. tengahari dah makan kari udang. malam makan udang lagi. esoknya sebelum balik KL, kami singgah ke Taman Tasik Taiping. siap naik bot pusing2 tasik lagi. best sangat2. pas tu makan kue teow Doli. cam bese la saya order air laici suam. lebih best lagi bila laici beso2 dan chubby. sedapppp..lepas tu kami bertolak pulang ke KL semula. kami bergilir2 drive. saya drive dari Tapah hingga ke Subang. seronok jugak drive kete hyundai getz ni. alhamdulillah kami selamat sampai. bye2 Taiping..;)

p/s: itulah kenangan kami bertiga..saya namakan minggu lepas sebagai minggu makan undang..

Tiada ulasan: