Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Jumaat, 21 Oktober 2011

Malas nak layan la

Salam..

sabo je saya. punya la panjang saya taip cter nak update blog saya ni. sekali ade masalah la. pelik la. tapi tak pe saya post yang baru ye. fikir positif je la..;) emm saya dapat mesej dari seorang mamat ni pagi tadi. tak cukup mesej dia kol saya pulak. kata nak tanye khabar berita saya sebab no saya n hp dia hilang. saya peduli apa kan sebab kitorang da tak de pape lagi. bukan membenci, sayang jauh sekali tapi disebabkan satu tindakan yang pendek akal pada saya membuatkan saya dah malas nak layan dia ni lagi. hatta nak anggap sebagai kawan yang biasa2 pon malas. apatah lagi kawan yang luar biasa kan. sendiri pikir la. saya memang tak balas mesej2 dia. macam2 mesej jugak la yang dia hantar dengan ayat2 syahdu di pagi jumaat yang mulia ni. dah la cuaca pon syahdu kat luar, saya pulak diganggu oleh mesej2 syahdu yang langsung tak berbekas di hati. hah tengok la skang hati saya dah kering. siapa yang susah..jawab sendiri la ye. pada saya kebenaran akan muncul suatu hari nanti. saya harap pada masa tu dia tak akan datang cari saya untuk mengungkapkan kata2 maaf. sebelum buat tu pikir la 100 x dulu. dah takde jodoh nak buat macam mane kan. anda setuju dengan saya?..bagus2..tapi ingatlah wahai mamat ni yang tindakan awak tu akan makan diri awak jugak suatu hari nanti. saya berdoa semoga cahaya keinsafan akan singgah di hati awak nanti. siapalah saya nak hukum awak kan. tapi alasan awak tu memang tak boleh diterima akal apatah lagi hati saya ni. kalau saya boleh doakan kebahagiaan awak apa salahnya kalau awak pon doakan kebahagiaan saya jugak. tapi awak nak jugak berdendam dengan saya. kenapa ni?..macam ni ke awak nak saya terima awak jadi kawan saya lagi..oh tidak..saya yang tanggung segala kesakitan dan kesengsaraan ni tau. ape faedahnya awak buat saya macam ni. takde kesudahan pon. segala yang berlaku dengan izinNya tapi pembalasan Dia juga menanti awak. jangan lupe tu. jangan marah saya bila saya dah malas nak layan awak ek. saya dah tak kisah ape yang awak nak buat lagi. awak jangan cabar kekuasaanNya kelak awak juga yang merana. sekalipun sayang kat seseorang jangan sampai sayang awak tu makan diri sendiri. kalau saya ade buat salah kat awak sehingga awak kecik hati atau terase hati saya mintak maaf banyak2. sekali saya sayang orang saya akan hargai orang tu dalam hidup saya. tapi bila sayang hilang dari hati saya maaf la ye saya dah tak boleh bagi peluang kedua lagi. tu kelemahan diri saya yang sangat2 saya akui. sebab tu saya tak suke nak cari pasal dengan orang dan biar je orang cari pasal dengan saya. selagi saya boleh bersabar saya akan sabar. tapi bila saya dah terluka siap la orang tu. tak kira la dia seorang wanita ke lelaki ke tua ke muda ke ape ke selamat la korang. diam bukan sebarang diam. diam saya demi menjaga sebuah persahabatan yang tak ternilai harganya. cukup2 la nak sakitkan hati saya lagi..bila saya malas nak layan jangan kecik ati ye..

p/s: korang rasa kejam tak saya ni?

2 ulasan:

sufi berkata...

Susahnya nak bagi peluang kedua kan. Tak payah la layan mamat tu. Moga dia diberi hidayah dan kesedaran. insya Allah =)

senyuman manis berkata...

mmg x layan pon tp dia x jugak serik2 mesej sy. bila lelaki x pedulikan sy..sy da ade jwpn ape yg berlaku..bersabar la wahai hati..pasti ade hikmah semua ni berlaku..;)