Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Jumaat, 24 Februari 2012

Doa Rindu

Salam pagi Jumaat yang barakah semua,

Hari ini saya nak kongsi mutiara kata sebagai doa untuk insan yang masih menunggu seperti saya. Doa ini saya tujukan khas lagi istimewa buat seseorang.

"Jika rindu ini bertatah, aku berHARAP biarlah untuk Allah. Andai rindu ini menarik resah, aku PASRAH andai pencarian ini masih BELUM KUTEMUI. Ya Allah, damaikanlah hati ini, biarlah resah menarik sepi, biarlah kecewa meratap PERGI, biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin, kepadaMu aku MENGADU HATI, SERIKANLAH taman hati bukan pada fikiran yang belum layak buat diriku tapi pada REDHAMU. Saat aku merinduinya, lebih kuat aku BERMUNAJAT kepadaMu, leboh pantas aku MENINGKATKAN dan MEMPERBAIKI keperibadianku. Ya Allah, hanya Engkaulah PENYUSUN terbaik buatku"..ameen 

Ungkapan rindu tak semestinya diluahkan dalam bentuk kata-kata. Cukuplah sekadar kita dan Allah sahaja yang tahu. Bermunajatlah semoga rindu ini sampai dan bersatu dan menyentuh hati empunya diri yang kita rindui itu. Dengan cara ini akan terpeliharalah rasa rindu kita kerana Allah dan bukan kerana mengikut hawa nafsu semata-mata. Iblis sentiasa mencari ruang untuk mempedayakan anak Adam. Berhati-hatilah wahai kawan-kawan.

"Jika rindukan seseorang pejamkanlah matamu dan berdoalah : Ya Allah, dekatkanlah hatiku dengan hatinya, jadikanlah dia sebagai jalan untuk aku mendekatiMu. Ya Allah, jauhilah hati ini daripada perkara yang membuatkan aku lalai dari mengingatiMu"..ameen

Amalkanlah doa-doa ini ye kawan-kawan. Apabila saya rindu padanya saya akan pejam mata dan berdoa dengan harapan rindu saya sampai padanya. Diam tak bermakna tak mengingati. Hargailah anugerah Allah apabila dikurniakan perasaan RINDU ini. Cuma perlu untuk berlapikkan syariat Islam dan tidak terpesong ke arah nafsu yang akan mejerumuskan kita ke lembah maksiat. Renungan buat diri saya yang lemah ini dan juga kawan-kawan juga..;)

p/s: di kala ini saya rindu sangat nak berdoa sambil mengeluarkan air mata depan Kaabah secara langsung..

Tiada ulasan: