Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Selasa, 21 Februari 2012

Majlis Ilmu

Salam semua,

Pagi semalam saya pergi kerja bertemankan hujan sepanjang jalan. Saya memandu bb kesayangan saya sebab pagi-pagi lagi bos dah mesej suruh bawa kereta. Jam 11.45 pagi kami ada satu perbicaraan bagi kes Kembali Taat di MRSKL. Hari ini saya sepatutnya menghadiri perbicaraan kes gantirugi perkahwinan tetapi dibatalkan pulak last minit. Bukan cerita perbicaraan yang ingin saya kongsikan tapi satu majlis ilmu yang cukup meninggalkan mesej yang bermakna sepanjang saya berada dalam majlis tersebut. Dua hari hujung minggu baru ni, saya manfaatkan masa dengan menghadiri Konvensyen Fiqh Ummah 2012 yang diadakan di PWTC. Seramai 20 orang pembentang kertas kerja mengikut bidang kepakaran ilmu masing-masing iaitu Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Dr Zaharuddin Abd Rahman, Dr Zahazan Mohamad, Dr Abdul Basit Abd Rahman, Dr Ahmad Wifaq Mokhtar, Ramadhan Fitri Elias (senior saya), Mohd Aizam Mas'od, Imam Muda Asyraf (junior merangkap ex-classmate saya), Dr Mohd Khairuddin Aman RAzali, Dr Maszlee Malik, Mohd Zamri Zainuldin (Mari Mengaji), Ahmad Fauwwaz Fadzil (anak arwah ustaz Fadzil Nor), Mohammad Nidzam Abd KAdir, Syed Norhisham Tuan Padang al-Idrus, Dr Mohd Sukki Othman, Abdullah Bukhari Abd RAhim, Mohd Izhar Ariff, Ahmad Husni Abd Rahman, Xifu Abdul Naser Abdul Rahman dan Ustaz Roslan Mohamed. Saya yakin dan pasti anda semua pasti kenal majoriti penceramah-penceramah tersebut.

Dalam banyak-banyak pembentangan, saya paling tertarik dengan kertas kerja Xifu Naser berkaitan "Wasatiyyah Dalam Dakwah". Dalam pembentangan tersebut beliau menceritakan bagaimana berlaki salah faham orang bukan Islam sebelum memeluk Islam. Perkara ini nampak remeh tapi cukup memberi impak besar terhadap tanggapan orang luar terhadap Islam. Mentaliti orang yang kununnya dilahirkan sebagai ISlam tetapi tidakpun mengamalkan ajaran dan tuntutan Islam sepenuhnya. Pada mereka Islam hanyalah sekadar pada kad pengenalan yang tertera perkataan ISLAM semata-mata. Amalan tak perlu ditonjilkan kerana itu antara diri mereka dengan Allah. Lagipun, kubur kan masing-masing. Astaghfirullah..Betapa kuno pemikiran mereka ini. Patutlah dari pemerhatian saya sebilangan golongan muallaf lagi Islam berbanding kita yang mengaku Islam ni. Kita terlalu mengambil mudah soal keislaman tetapi golongan muallaf ini lebih mementingkan keredhaan Allah kerana sebelum diberi hidayah Allah mereka telah berada dalam kesesatan dan mereka cukup menghargai peluang tersebut. Islam sebenarnya luas dan tidak membebankan dalam dunia tanpa sempadan ini. Terlalu banyak cara berdakwah yang bersesuaian dengan kemajuan teknologi tanpa melanggar batasan syariat. Cuma segelintir pemikiran masyarakat masih jumud dan ortodoks membuatkan Islam dipandang hina dan dicemuh orang luar. Saya suka memerhati keletah masyarakat sekeliling saya walaupun bila jalan sorang-sorang saya hanya menonong tanpa peduli orang kiri kanan saya. hehehe. Tapi saya masih dapat membaca sesetengah karektor orang. Selain itu, saya juga suka membaca tak khusus hanya pada novel semata-mata tetapi pada semu jenis bahan bacaan. Di sini saya dapat menilai dan membuat kesimpulan bahawa golongan muallaf lebih menghargai Islam daripada golongan yang sememangnya telah dilahirkan sebagai Islam. Teringat pulak watak Umar Aisy dan Hilman Yong yang mana seorang muallaf yang masuk Islam bukan kerana cinta pada gadis Islam tetapi kerana mendapat hidayah Allah dan menjadi contoh terbaik buat pasangan yang dilahirkan sebagai Islam. Saya cukup tersentuh dengan watak-watak ini dan menjadi idola saya juga sebenarnya kerana karektor mereka mengingatkan saya pada seorang sahabat saya. Subhanallah..betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan di luar kesedaran kita. Saya tak tahu nak luahkan macam mana perasaan saya sewaktu mendengar pembentang Xifu dan rasa tersentap. Rupa-rupanya di luar sana masih ramai yang ingin memeluk agama Islam tapi belum terpilih untuk diberi hidayah Allah. Alangkah beruntungnya kita yang dilahirkan sebagai Islam bukan? Sepanjang pembentangan selama dua hari tersebut, nama saya asyik meniti di bibir para penceramah dalam menggambarkan hidayah itu milik Allah. Sejuk dan bersyukur sangat-sangat kerana saya juga mendapat tempias doa nama saya yang bermaksud petunjuk. Alhamdulillah. Bolehlah anda letak nama "hidayah" untuk anak-anak anda ye. Hidayah begitu sinonim dengan al-Quran yang diturunkan sebagai petunjuk untuk umat Islam. Jelas bukan sebenarnya kita perlu wasatiyyah dalam kehidupan kerana Allah tidak memandang pada harta benda, rupa paras, baik buruk tetapi hanya menilai tahap keimanan seseorang dan sejauh mana kita beribadat padaNya. Terasa kerdilnya diri ini dan hina sangat-sangat bila mengenangkan apakah amalan-amalan saya selama ini cukup untuk saya menempah tiket ke Syurga. Terasa iman saya lebih nipis dari kulit bawang dan masih banyak kekurangan amalan di sisi Allah. "Ya Allah, pimpinlah hambaMu ini ke jalanMu dan tetapkanlah hatiku ini hanya padaMu..Janganlah engkau memesong pegangan hambaMu ini. Limpahkanlah rahmat dan hidayahMu kepadaku.ameen"

Gembira sangat dapat berjumpa semula dengan senior dan junior saya. Masa belajar dulu saya cukup kagum dengan Ustaz Ramadhan Fitri. Sehingga kini saya masih kagum dan respect beliau. Masih seperti dulu tetap ramah dan cukup menghormati orang walaupun saya ni bukan dari kalangan pimpinan masa kat APIUM dulu. Beliau seorang yang bijak pandai dalam akademik dan juga mempunyai bakat kepimpinan yang luar biasa. Seiring dalam mendokong dakwah Islam sehinggakan penentang pada syariat Islam juga tidak boleh buat apa pada zaman kepimpinan beliau.

Begitu jugak IM Asyraf yang mana belum sempat saya bagi salam beliau ucap salam pada saya terlebih dahulu. Ramah seperti dulu juga dan paling terharu bila beliau masih mengenali dan mengingati saya. Betul tekaan saya dulu yang beliau bukan sebarangan orang. Walaupun sempoi tapi beliau sembunyikan identiti sebenar beliau di mata orang. Sewaktu saya konvo tahun 2007 juga beliau ucap tahniah pada saya semasa nampak saya. Kami sama-sama ambil subjek Fiqh Budaya dulu di mana saya satu-satunya pelajar muslimah tunggal dalam kelas tersebut dan merupakan senior mereka. Yang lain adalah lelaki seramai 10 orang termasuk IM Asyraf. Setiap kali masuk kelas saya suke pandang muka beliau. Pandang curi-curi je. Terasa sejuk mata memandang dan rasa tenang je jiwa ni. Aura orang yang tinggi ilmu agama. Bila giliran saya membuat pembentangan assingment, pasti beliau akan memberi respon dan bertanya soalan pada saya. Apatah lagi jika pembentang tersebut melibatkan undang-undang pasti saya dihujani soalan. Indahnya terkenangkan zaman belajar di universiti dulu.

p/s : xdapat nak masukkan gambar pulak..masalah teknikal.huhuhu

3 ulasan:

Senyuman Manis berkata...

sempat dapatkan tandatangan dan beramah mesra dengan sebilangan penceramah. antaranya ustaz zamri..zsangka dapat jumpa live..biasa tgk lam tv je..;)

sufi berkata...

Alhamdulillah...adik comey dikelilingi ilmuan2 Islam tanah air. Beruntung sesipa yg pergi majlis tu =)

Senyuman Manis berkata...

tu la..xterluah perasaan ms duk dalam mjls tu.saya yang "sakit" pun rasa sihat..pembentangan yang baik..saya x tidur pun sepanjang majlis..amazing..;)