Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Jumaat, 17 Februari 2012

Bercinta Selepas Kahwin

Salam Jumaat yang penuh barakah semua,

Semalam saya keluar opis lambat dan sampai rumah pun dah jam berapa. Agak lewat jugak la sebab singgah beli nasi goreng cili api jap. Sampai rumah saya terus mengadap rezeki malam setelah seharian tak makan nasi. Saya jarang makan nasi malam-malam tapi semalam nak makan ubat demam jadi saya makan la nasi. Bukan diet tau. Sambil makan saya buka tv dan elok pulak rancangan semanis kurma yang terpasang. Tajuk perbincangan semalam adalah "BERCINTA SELEPAS KAHWIN". Kelakar je saya rasa sebolehnya saya memang nak bercinta selepas kahwin pun. Tak sangka pulak rasa. Kebetulan je kot.hehehehehe. Sambil mengunyah sambil tengok perbincangan tu. Menarik jugak la. Artis jemputan adalah Diana Rafar manakala ustaz jemputan pulak Ustaz Jazlan. Macam-macam perkara yang dikongsikan dalam semanis kurma semalam. Tajuk pun dahlah menarik pasti ramai yang menonton. Sebenarnya, saya jarang sangat-sangat tengok semanis kurma ni. Alasan saya biarlah rahsia. Saya kan jarang tengok tv kalau tengok pon leboh kepada drama cina hong Kong. Apatah lagi kalau Kevin Cheng berlakon. Teruk kan saya ni. Giler sangat kat citer cine. Mungkin faktor keturunan banyak mempengaruhi saya kot. Saya baru tau yang keluarga saya belah ayah ade campuran india cina. Walaupun, muka saya tiada iras india mahupun cina tapi hati saya berjiwa kecinaan. Ish dah melalut saya ni. Sambung semula pasal semanis kurma tu ye. Tak salah tau bercinta sebelum kahwin pun tapi kenalah pandai jaga batasan diri dengan pasangan. Tiada hukum yang mengatakan haram bercinta sebelum kahwin cuma tidak digalakkan sahaja. Saya yakin pasti ramai yang tak puas hati kalau ade yang kata haram bercinta sebelum kahwin sedangkan ramai je pendakwah Islam bercinta jugak sebelum kahwin kan. Contohnya Ustazah Siti Norbahyah dengan Ustaz Wan Akashah. Yang jadi haram tu bila pasangan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim duduk berdua-duaan sehingga menaikkan nafsu untuk melakukan zina. Itu memang jelas haram la dik oiii. Dalam Islam pun diharuskan pasangan yang ingin bernikah berkenalan dulu dalam erti kata yang menurut syarak la. Bukan hentam keromo je. Bercinta selepas kahwin pun ada pro dan kontranya jugak. Bukan senang nak melangkah ke alam perkahwinan ni sebenarnya. kahwin bukan bermakna untuk menghalalkan hubungan suami isteri sahaja tetapi datang bersama pakej tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam rumahtangga. Sekiranya berkahwin untuk seronok maka keseronokan sementara la yang akan anda dapat. Tetapi sekiranya berkahwin kerana Allah dan bersedia untuk memikul tanggungjawab maka hasilnya kebahagiaan yang akan dikecapi. Nampak macam seronok je kan berkahwin padahal indah khabar dari rupa. Bercinta selepas kahwin banyak juga kebaikannya. Itulah sebenarnya cinta yang akan kita dapat daripada pasangan. Sebaliknya pula kalau bercinta sebelum kahwin di mana tempoh bercinta tersebut hanyalah tempoh untuk bergaduh sahaja. Tempoh bercinta yang sebenarnya adalah selepas berkahwin. Bukan saya yang kata tau tapi pengalaman orang yang dah kahwin. Saya pun mungkin akan rasa manisnya bercinta selepas kahwin nanti kerana saya telahpun terbuka hati untuk menerima cinta seorang lelaki yang tidak pernah lupa akan cinta pada Nya. Bukan bermakna saya terlalu memilih tetapi harus memilih untuk kebahagiaan rumahtangga saya kelak walaupun bahagia terlalu subjektif tuk dihuraikan. Saya bersetuju dengan tajuk di atas tanpa menyangkal di sebaliknya. Bercinta tak salah cuma kena pandai jaga diri dan maruah agar bisikan iblis berlalu bagai mencurah air ke daun keladi. Tepuk dada tanya iman. ;)

p/s : utamakan cinta padaNya sebelum mencintai sesama manusia.

4 ulasan:

Unknown berkata...

akak pun tgk jugak...
memang mantap pengisian mlm tadi.....

tapi memang ada beza tau dayah bercinta sblm kawin mahupun slps kawin...

sebelum: kalau si dia merajuk, susah payah lelaki pujuk, pakat tak lenalah tido malamnya kalau kita tak angkat tepon

selepas: pujuk gitu-gitu aje.... kalau tak jalan jugak, ambik bantal... truss dia lena....prinsip: bini aku esok baikla rajuknya tu...

hahaa tu satu contoh la tu...


bercinta sblm kawin mmg patut ada sekatan, bukan main taram sume.....

moga dayah akan peroleh cinta si dia berpaksikan cintaNya yang agung!


jgn lupa jemput akak mkn ns minyak nanti tau....

Senyuman Manis berkata...

best kan k syikin pengisian semalam. terasa nak kawen je..hahaha..i/Allah sy akan jemput.sy x pernah lupe wlpn sy kehilangan no akak.bercinta lepas kawen ni blh elakkan pembaziran..hehehehehehe..betul x k syikin?

sufi berkata...

Selagi kita tak kawen...selagi tu kita masih mencari cinta Allah. Moga adik comey dapat suami yang diidamkan kerana Allah =)

Senyuman Manis berkata...

sekalipun dah kawen cinta Allah tetap ranking pertama selamanya..hehehe..ameen n tq kak sufi..moga doa anda dimakbulkan..;)