Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Isnin, 27 Februari 2012

Bidan Terjun Lagi

Salam semua,

Hari ini saya masuk ofis dalam keadaan pening-pening lalat. Penat, mengantuk dan berdepan dengan jem selama sejam tengah. Hujung minggu baru ni saya menghadiri majlis kahwin bekas rakan serumah masa saya menyewa di Shah Alam dulu. Namanya Yanti. Saya bertolak pergi ke Kg Bukit Pasir, Muar, Johor pada pagi Sabtu. Sebelum itu, saya sempat curi masa cuci kereta di kedai kegemaran saya kat Pantai Dalam (PD). Dalam pukul 11.00 pagi saya mula memandu seorang diri ke Muar. Bosan jugak memandu sorang-sorang tapi nak buat macam mana kawan-kawan ramai dah kahwin. Jadi, saya harus tabah berjalan sensorang. Asalnya saya dah janji dengan Nani nak pergi sama-sama sebab kami nak bermalam di rumah Yanti tetapi kerana aral melintang tak dapatlah si adik Nani ikut saya. Alhamdulillah sepanjang perjalanan saya dapat memandu dengan tenang walaupun otak rajin bebenor nak berfikir. Macam-macam hal pulak tu difikirkan. Mujurlah masih dapat fokus memandu. Haru betullah. Nasib baik saya dah siap minta Yanti petakan saya jalan nak ke rumahnya. Siap saya lukis peta siap-siap bagi memudahkan perjalanan saya. Sebelum saya membebel panjang saya nak cerita sikit. Beberapa hari sebelum majlis kahwin Yanti, dia ada mesej saya minta saya jadi pengapitnya masa akad nikah dan sanding. Tau tak apa dalam fikiran saya masa tu? Saya terlupa yang saya sering jadi pengapit bidan terjun kawan-kawan, saudara-mara n kakak saya. Tak sangka pulak tahun ni saya akan jadi pengapit pengantin lagi. Saya nak kahwin tahun ni. Saya nak orang pulak jadi pengapit saya. hehehehehe.

Lima tahun berturut saya jadi pengapit bermula tahun 2008 saya jadi pengapit kakak sepupu saya Kak Nor. Kemudiannya, 2009 Kak Long saya kahwin pun saya jadi pengapit jugak. 2010 sekali lagi saya jadi pengapit adik junior kesayangan saya nun jauh di Kuala Nerang, Kedah. Yang ni best sebab Ina nikah masa ulang tahun hari lahir saya. Seronok seronok. Paling kelakar tahun 2011 saya jadi pengapit tuk banyak pasangan pengantin. bermula kakak sepupu saya Kak Ja pada bulan Mac, kemudiannya adik sepupu saya Sa dan adik sebilik di Shah Alam pada bulan Mei. Tiga bulan berturut tu saya jadi pengapit. Bulan September pulak saya jadi pengapit untuk Kak GG. Tahun lepas bukan main glemer saya jadi pengapit bidan terjun ni. Kenapalah diorang pilih saya?..Saya tiada jawapan. Yang penting saya cuma sedaya upaya memudahkan majlis dan meraikan hari bahagia orang. Tak salah kita tolong orang kan.  Tapi kan..ada orang kata kalau kita jadi pengapit nanti kahwin lambat. Betul ke?

Balik semula pada kisah majlis perkahwinan Yanti. Sekali lagi syukur saya ucapkan sebab majlis akad nikah Yanti dan suami berjalan lancar. Dengan dua kali lafaz mereka sah bergelar suami isteri. Saya rasa sebak masa tu. Sempat fikir macam mana ye majlis nikah saya nanti ek. Terasa tau sebab kawan-kawan rapat ramai dah berumahtangga. Saya ni pulak tak tahu apa status saya. Single mingle, bujang trang tang tang ke dah berpunya ke. Kalau dah berpunya mana empunyanya? Hah sape nak jawab tu. Lupa nak bagitahu Yanti nikah hari Sabtu lepas Zohor. Majlis sanding dan kenduri esoknya. Alhamdulillah juga dipermudahkan segalanya. Kawan-kawan kami yang datang terkejut tengok saya jadi pengapit. Saya juga dapat soalan cepumas dari pengantin lelaki. Saya jawab dengan gelak ketawa je. Jawapan paling selamat yang saya rasa pada masa tu. Tapi seronoklah tengok Yanti dan suami ceria, gembira dan senyum je. Harap diorang berpuashati dengan kerja saya sebagai pengapit pengantin..;)

Ada cerita sangat kelakar bagi sayalah. Tak tahu la korang macam mana. Dah dua kali saya jadi pengapit pengantin tapi orang sangka saya ni MAK ANDAM. Ada ke patut. Tak sesuai langsung. Kali ketiga orang tegur macam tu saya berhenti kerjaya sekarang dan buka butik. hehehehehe. Dah la mekap saya ntah hape hape je. Saya jarang bermekap kecuali ke majlis-majlis tertentu dan hari raya. Geli tali pusat saya bila orang boleh fikir saya ni mak andam. Takde bakat langsung saya tau. Mekap sikit-sikit boleh la lulus atas tong. Lawak betul la diorang ni. Nasib baik la saya ni jenis slumber.

Lupa lagi nak cerita warna tema sepanjang majlis Yanti. Masa akad nikah tema pink belacan. Saya pakai baju warna apa ntah. Tak tau nak kata warna apa tapi masuh ikut tema la. Malam bacaan Yasin dan tahlil, Yanti pakai jubah oren. Saya pakai baju kurung biasa je warna biru ungu. Majlis sanding warna kegemaran saya "ungu". Sepanjang hari kenduri tu saya seronok je sebab dalam rumah ungu, luar umah ungu, dalam bilik pun ungu. Saya pun pakai baju bercorak bunga ungu. Semuanya ungu. Saya suka ungu. hehehehehe..:)

p/s: nak pencen dah dari jadi pengapit pengantin lagi..

    

2 ulasan:

sufi berkata...

status insyaallah akan ada...cuma Allah sahaja yang tau. Moga kesabaran milik kita.

Alhamdulillah
"permudahkan jangan menyusahkan"
Moga ada ganjaran di sisiNya.

Senyuman Manis berkata...

ye bersabar sebaiknya walaupun pedih n sakit.pengantin gembira saya pun rasa gembira jugak..;)