Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Khamis, 25 April 2013

Bukan Rezeki Kami

As salam semua,

Lama dah saya nak kongsi cerita ni tapi masa amat mencemburui saya minggu ni. Sibuk mengalahkan PM je saya skang ni. Bukan nak mengempen tapi nak berhiperbola kononnya sibuk la sangat. hehehehehe. Saya tak pasti samada dah serita ke belum tentang klien warganegara Kyrgystan anak beranak Afghanistan, Pakistan, Gohek gostan (ada ke nama tu) la kot. Tapi saya dimaklumkan yang tempat tu dekat sempadan antara Tibet dan Mongolia. Tak pasti la saya nanti akan tanya ngan atuk google map kat mane tu. Tapi klien saya ni muke dia ala-ala cam orang Tibet dan Mongolia la. Ala macam sape tuh yang kene bunuh dengan bom tu. Emmmmmm Altantuya. Lebih kurang la. Klien saya ni failkan kes Hak Penjagaan Anak Kekal (Hadhanah). Kiranya 30hb April ni dah nak mula bicara melalui keterangan utama secara afidavit yakni bertulis bukan secara lisan bagi memudahkan Mahkamah kerana pihak-pihak dalam kes ni tak pandai berbahasa Melayu la pulak. Al-maklumlah bukan warganegara Malaysia. 

Baru saya terperasan yang klien-klien Syariah sejak akhir-akhir ni ramai yang "orang luar" la. Macam-macam budaya dan kes yang mencabar untuk saya dan bos handle. Tapi bagus jugak kan menambahkan perisa pengalaman kami dalam praktis sebagai Peguam Syarie ni. Saya hampir berjaya menyiapkan 90 peratus afidavit tu hingga stay kat ofis sampai jam 5 pagi semata-mata fokus pada afidavit tu. Tapi ye la kan kalau bukan rezeki kita pasti akan ada halangan kan. Terbuktilah memang kes ni bukan untuk kami di mana pagi semalam bos terima satu Permohonan Interlokutori Bantahan Awal Perlantikan Peguam Syarie klien saya ni. Alasan permohonan tu adalah si bekas suami klien saya ni pernah datang jumpa bos untuk wakil dia dalam kes cerai. Tapi bos saya tak terima sebab cara pernikahan mereka adalah secara sivil bukan melalui prosedur syariah. Kes sekarang ni adalah Hadhanah. Si bekas suami klien saya ni kata timbul conflict of interest terhadap dia memandang mamat tu dah cerita semua kisah fakta penting masalah rumahtangga mereka. Geram pulak saya baca permohonan tu. Bukan main lagi saya bersengkang mata hampir siapkan afidavit tu.

Rasa terkilan juga la dengan Peguam Syarie Defendan tu sebab kes klien saya kuat dan harapan untuk mendapatkan hak jagaan tu tinggi. Apatah lagi klien saya bekerja di Malaysia dan mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. Tapi takpe la kan alhamdulillah la. Bukan rezeki kami kali ini. Inshaallah ada rezeki besar yang lain pulak masuk nanti. Tak perlu la saya bersedih bagai dengan kes ini. Tapi saya akan cuba siapkan afidavit tu sebaiknya dan mencarikan peguam syarie yang berkaliber untuk kes klien ni. Sayang  bila kes kuat dan bermerit tetiba wujud bantahan awal macam ni. Inilah cabaran kami dalam dunia keadilan mempertahankan hak kepada yang berhak. Normal dah situasi macam ni. Rezeki peguam syarie lain la tu nak dapat kes ni. Kesian juga kat klien ni sebab dia baru je nak ceria dan konfiden dengan kes dia ni. Untuk makluman, perbicaraan kes ini juga dijalankan dalam bahasa Inggeris kerana kedua-dua pihak tak pandai berbahasa Melayu. Haru betul la saya. Speaking London lagi kan. Patut la saya rasa penat pelik je bulan ni. Rupa-rupanya bebanan kerja berganda sebab kena buat dokumen dala dua bahasa. Minggu ni memang jadi pusat penterjemah bahasa la. toink toink toink. Baru saya sedar. hehehehehe.

Papepun saya doakan semoga kes ni dipermudahkan dan hak jagaan anak dapat pada si ibu. aamiin..:)

p/s : sape nak ikut saya terbang ke petang esok? cuti-cuti Malaysia..:)

2 ulasan:

sufi berkata...

Ameeenn...moga dipermudahkn urusan senyuman manis :)

Senyuman Manis berkata...

terima kasih suri..pengalaman kan..:)