Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Ahad, 21 April 2013

Gun Metal Grey

As salam semua,

Tamat jua drama kepolisan tayangan TVB ni, GUN METAL GREY. Beriye saya keluar ofis awal semata-mata nak tengok episod akhir drama ni. Saya tertanya-tanya dan buat pelbagai andaian apa yang berlaku di antara Tuan Mad, Stone dan Kim di akhir cerita. Berdebar ada cemas pun ada. Bila tengok endingnya saya hanya tersenyum sorang diri. Akhirnya happy ending hero dan heroin hidup bahagia hingga hujung nyawa. Biasa kan ending cerita macam tu tapi bagi saya dalam GUN METAL GREY ni suatu yang menyentuh perasaan la. Macam-macam pengajaran yang dipaparkan dalam ni. Kisah kekeluargaan, persahabatan, dendam, percintaan yang tulus, kesetiaan dan kepercayaan, amanah kerja, semangat kerja berpasukan dan berusaha dalam membuktikan sesuatu kes. 

Kenapa saya suka cerita kepolisan Hong Kong ni? Satu persoalan yang timbul pada siapa yang mengenali saya. Jawapannya cukup mudah sebab banyak mesej yang saya dapat serta ada kaitan dengan undang-undang. Jalan cerita bagi setiap jenayah yang berlaku cukup kemas dan meyakinkan saya untuk terus lihat hingga ke episod akhir. Macam mana berlaku sesuatu jenayah, punca berlaku, cara siasatan, pembuktian, semangat berpasukan untuk selesaikan sesuatu kes jenayah sehinggalah tertangkapnya penjenayah tersebut. Bagai memukau minda saya untuk memahami secara tersirat bagaimana polis di Hong Kong dan negara lain termasuk Malaysia menjalankan tugasan mereka dalam menjaga keselamatan negara. 

Sinopsis cerita
Drama GUN METAL GREY ni mengisahkan seorang polis yang telah dihukum penjara selama 15 tahun kerana telah menyebabkan kematian seseorang sedangkan dia bukan pembunuh sebenarnya. Tetapi kerana tiada bukti yang cukup dan kemas untuk meragukan kes pembunuhan tersebut  tahap beyond reasonable doubt dan kes pulak cukup sifat tahapo prima facie menyebabkan hakim menjatuhkan hukuman penjara pada Stone. Kemudiannya, sewaktu menjalani hukuman di penjara isteri beliau iaitu Kwan telah menfailkan perceraian sedangkan Stone teramat sayang pada Kwan. Apabila dibebaskan dari penjara, Stone telah diterima masuk bekerja sebagai polis dan ditempatkan di unit siasatan jenayah bersama dengan rakan baiknya Tuan MAd. Tuan MAd merupakan seorang ketua bagi pasukan siasatan jenayah. Walau bagaimanapun, disebabkan dendam kerana duhukum penjara, Stone yelah bertindak sendiri untuk menghukum penjenayah. BAgi beliau undang-undang tidak adil dan akan menghukum orang yang salah. Berbeza pula dengan pendapat Tuan Mad kerana beliau hanya menjalankan tugasan sebagai polis untuk mencari seberapa banyak bukti untuk mendakwa setiap penjenayah. Keadilan akan ditentukan pula oleh Mahkamah. Polis cuma membantu Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman kepada setiap penjenayah. Percanggahan pendapat inilah menjadikan siasatn kes semakin rumit. Dalam masa yang sama Tuan Mad telah disahkan menghidapi tumor otak tahap serius dan dinasihati oleh doktor supaya tidak trerlibat dalam siasatan kes jenayah lagi serta menjaga emosi agar tumur tersebut tidak pecah. Tuan Mad telah jatuh hati pada Kim kakak kepada Sze anak buahnya dalam pasukan polis. Kerana sayang yang teramat oada KIm hinggakan Tuan Mad sanggup memenuhi impian Kim untuk mendapatkan bilik tidur idaman serta membelikan kereta idaman Kim. Tetapi apabila bercakap soal perkahwinan membuatkan Tuan Mad diam dan tukar topik lain kerana tidak berani untuk memberitahu Kim tentang tumor di kjepalanya. Keadaan ini menyebabkan banyak salah faham timbul sehinggalah Stone berjaya mempengaruhi Kim supaya  tidak mempercayai Tuan Mad lagi. Manakala Sze pula dicintai oleh Carson yang merupakan rakan pasukannya juga sehinggalah Carson terbunuh dalam satu insiden untuk mencari bukti Stone telah membunuh suspek penjenayah. Keadaan makin parah apabila Stone cuba untuk menawan hati Kwan semula untuk hidup bersama dengan seorang anak perempuan mereka. Tuan Mad amat sedih dengan kematian Carson dan terpaksa melibatkan Sze untuk menggantikan tugasan Carson supaya dapat menghalang Stone daripada membunuh lagi. Tambahan pula Kim telah mendapat panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali untuk menjual video rakaman pembunuhan yang dilakukan oleh Stone sehinggalah Stone berjaya memerangkap Kim dan kirung dalam satu gudang dan diugut bunuh dengan bom. Keadaan menjadi semakin cemas dan kritikal apabila Tuan Mad berjaya berdepan dengan Stone dan berbalas bicara demi menyelamatkan kekasih hati dan menyelamatkan jiwa kawan baik daripada dendam yang tak berkesudahan daripada membunuh hinggakan Tuan Mad pengsan di sebelah Stone apabila dengar bunyi letupan bom di sebuah gudang kerana menyangka Kim telah terbunuh. Akhirnya, tumor di kepala semakin kecil dan koma selama 6 bulan. Tuan Mad terjaga semula dari koma apabila bermimpi Kim selamat dari letupan bom. Manakala Stone pula dipenjarakan dan mengalami gangguan jiwa yang teruk. Tuan Mad dan Kim hidup bahagia di mana Kim berhenti kerja sebagai wartawan majalah untuk menjadi suri hidup Tuan MAd selamanya. Sze pula dapat menerima kematian Carson dan hidup bahagia dengan dirinya. 

layannnnnnnn

Watak-watak

Tuan Mad 
Seorang ketua yang tegas dan penyayang terhadap anak buah serta sangat melindungi kekasih hati. Pada saya Tuan Mad sangat berkarisma walaupun agak tua tetapi ada "sesuatu" yang membuatkan saya suka dengan watak Tuan Mad.

Kim
seorang kakak yang penyayang dan agak meterialistik serta workaholic. Tersangat berani dalam mencari maklumat untuk dicetak dalam majalah terbitan syarikatnya. Kim juga manja sebenarnya dan amat sepadan dengan Tuan Mad walaupun selalu bertelagah pendapat macam anjing dengan kucing.

Carson
Seorang yang tegas dan serius apabila bertugas dan amat penyayang dan melinduingi kekasih hatinya Sze. Walaupun Sze pada mulanya tidak menyukai Carson tetapi kerana kejujuran dan ketulusan cinta Carson telah menambat hati Sze. Sering mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan Sze sewaktu dalam tugasan. Malangnya, mereka tidak sempat kahwin tetapi telah menyediakn sebuah rumah yang selesa untuk Sze serta meninggal wang simpanan yang banyak untuk Sze teruskan hidup. So sweet.

Sze
Seorang polis yang tegas dan juara bertinju dalam pasukan. Cantik dan tidak mudah percaya pada cinta. Bila  hati terusik dengan cinta amat menyayangi seseorang sedalamnya. Selalu juga bergaduh dengan Carson sehingga sebelum Carson mati pun masih bergaduh mempertikaikan sikap Carson yang melawan Tuan MAd. Padahal itu cumalah gimik sahaja untuk memerangkap Stone. 

Stone
Seorang polis yang dedikasi dalam tugasan yang diberi tetapi kerana sifat dendam yang mendalam akibat dipenjarakan menyebabkan Stone berubah menjadi seorang polis yang menghukum setiap penjenayah dengan cara tersendiri. Amat licik dalam rancangan pembunuhan. Seorang yang romantik dan penyayang pada Kwan dan anak perempuan mereka sehinggakan apabila ada lelaki lain mendekati Kwan akan ditentang habis-habisan tapi tidaklah sampai membunuh.

Sepanjang tempoh episod cerita ni saya sanggup tahan mata daripada ngantuk kerana drama ni bermula jam 11.00 malam di NT7 setiap hari Isnin hingga Rabu je. Untuk tiga hari tu saya akan pastikan kerja saya habis sebelum jam 10.00 malam. Kalau siapa-siapa nak berjumpa saya di hari-hari tersebut harap maaf la ye. Tuan Mad menanti saya di NT7. hehehehehe. Bila jam melepasi 10.00 malam saya dah mula kalut sebab taknak tertinggal satu episod pun. Penat macam mana pun saya akan ketepikan semata-mata nak "berdating" dengan Tuan Mad. Dasyat tak saya???? hahahahahaha. Diorang di ofis dah faham la saya ni "hantu cina" dan tiada konpromi bila membabitkan drama Hong Kong yang saya suka. Semua yang dekat dengan saya akan saya promote drama GUN METAL GREY ni. Tensen je diorang termasuklah kak long, adik-adik dan mak saya pun jadi mangsa. Nasib la Cik Sufi sporting layan je saya ni.hehehe..Oh ye masa Tuan Mad duk bergaduh mulut dengan Stone saya dah stand by genggam penumbuk kalau-kalau dia cederakan Tuan Mad saya. Sampai macam tu sekali reaksi saya. Nasib tengok sorang diri jadi tak la lepas laku sangat. hehehehehe.

p/s : ada filem baru la lakonan Aaron Kwok di wayang. Dulu saya tengok COLD WAR lakonan Aaron Kwok dua kali. Kisah kepolisan gak tu. hehehehehehe. Kali kedua orang belanja. :)

2 ulasan:

sufi berkata...

Xnak layan la lepas ni...hahaha...mcm best je citer niii...syg...rumh sy xnampak jelas ntv7...kl x...sy pasti layann...test sama je kita niii...hihihi

Senyuman Manis berkata...

hahahaha..mesti layan punya sebab kita sekepala kan..biasanya cter hong kong tvb ni yg best kat tv8 kul 7pm atau ntv7 kul 11 mlm..try la godek2 tv ek..hehehehe