Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Jumaat, 12 April 2013

Berkampung di MTS SA

As salam semua di hari Jumaat yang mulia,

Hari ini saya telah menghabiskan kebanyakan masa kerja saya di Shah Alam je. Dari pagi hingga ke petang saya duk berkampung di sana. Tak selesai urusan di pagi hari sambung semula selepas lunch hour. Sebelum pergi Shah Alam sempat la saya masuk ofis jap untuk berjumpa bos dan selesai pape kerja tertangguh. Hari ini memang ditetapkan untuk filing dan selesaikan kerja-kerja di MTSSA je. Alhamdulillah hanya satu kerja je tak selesai. Yang lain selamat difailkan. Fuhhhhh lega saya kerja penting selesai. Yang tak selesai tu saya sambung hari Isnin depan la. Pagi saya akan hadiri kes di MTS KL dulu. Kemudian, barulah saya akan ke MTS SA. Bos cover la kes di MTS SA tu. Sewaktu saya failkan kes baru bagi perceraian dengan kebenaran Mahkamah (seksyen 47), tiba-tiba datang YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, Dato Mukyiudin Ibrahim iaitu abang kepada allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani tegur saya. Terkejut juga sebab YAA Dato bagi salam kat saya dulu. Sangat merendah diri dan mesra orangnya. YAA Datuk tanya saya failkan kes apa. Saya jawab la dengan penuh sopan santun dan berhemah. Ye la kan orang berbudi kita berbahasa. YAA Dato juga beramah mesra dengan staf Mahkamah di kaunter yang sedang key in maklumat kes saya. Dulu YAA Ketua Hakim Wilayah Persekutuan tegur saya. Semuanya mesra dan rendah diri. YAA Hakim Rayuan juga banyak kali tegur saya. Tak sangka la kan saya yang hanya Peguam Syarie hingusan pun dikenali oleh YAA Hakim otai dan disegani. Terasa diri ini segan sangat-sangat. Tapi jujur saya cakap la saya memang tak mampu untuk pikul tanggungjawab sebagai Hakim Syarie wanita tau. Memang tak layak dan tak sesuai dengan saya. Hancus pihak-pihak nanti. hehehehehehe. Berat tu tanggungjawab sebagai hakim ni untuk berlaku adil dan saksama. Emmmmm, alhamdulillah sekali lagi bila ada orang belanja makan tengahari. Seronok sangat sebab saya dapat berjumpa dengan rakan-rakan geng futsal masa bekerja di Shah Alam dulu. Rindunya nak main futsal. Dulu setiap hari Selasa mesti kami akan berkumpul di gelanggang futsal seksyen 19, Shah Alam. Sejam bermain futsal dan mengeluarkan peluh. Seronok dan bahagia je hidup saya. Geng-geng futsal saya orang penilaian hartanah. Orang gomen. Diorang pun pelik macam mana orang yang kerja macam saya boleh minat aktiviti lasak macam tu. Saya ni memang suka bersukan dan aktiviti lasak. Cuma tak berkesempatan nak daki gunung je lagi setakat ni. Harap sebelum kahwin sempat la nak merasa dan menikmati keindahan alam di puncak mana-mana gunung. Yang pasti bukan gunung Everest la. Oh ye saya betul-betul tak sangka dapat berjumpa dengan kak Mona, jiran ofis lama saya dulu dan juga jumpa bekas majikan saya. Alhamdulillah. Terharu bila kak Mona masih ingat dan boleh sebut nama penuh saya. Memang akak kawan yang baik. Dia pun gembira jumpa saya. Rupa-rupanya saya masih lagi dikenali walau di mana-mana saya pergi. Di Mahkamah pun masih ada yang mengenali saya dan boleh bergurau senda walaupun kali pertama berjumpa terutamanya adik-adik. Aura apa ye yang saya bawa sampai boleh masuk geng la dengan sapa-sapa yang saya jumpa hatta YAA Hakim?..hehehehehehehe. Gurau je tau sebab ramai kata saya garang tapi masih lagi ada yang sudi mendekati dan tegur saya. Ok la tu kan. Tak la saya ni rasa macam kera sumbang je. syukur la saya lalui hari yang penuh barakah ni dengan penuh kegembiraan dan dimurahkan rezeki. Minggu ni memang murah rezeki dan ramai yang belanja saya makan. Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah. Semoga hidupku akan penuh dengan bungan kebahagiaan, dimurahkan rezeki selalu dan sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. aamiin

p/s : saya harap staf kat ofis akan lebih tabah dan cekal hadapi dugaan..:)

Tiada ulasan: