Selamat Datang ke Senyuman Manis

http://www.emocutez.com

Ahad, 7 April 2013

RM 1 Juta

As salam semua,

Apa yang korang buat sekiranya dapat duit RM 1 juta???? Ada kisah di sebalik nilai RM 1 juta ni. Masa saya buat umrah tahun lepas entah macam mana saya boleh terfikir pasal duit sejuta ni dan berdoa dalam bilik hotel. Doa tu terkeluar bila ade seseorang yang bercakap berlagak dengan saya pasal duit secara automatik terkeluar dari mulut saya balik Malaysia nanti saya dapat sejuta. Bila depan Kaabah saya tak ingat pun pasal sejuta ni. hehehehehe. Ntah apa-apa je. Tapi saya dah niatkan dalam hati andainya satu hari nanti RM 1 juta menjadi rezeki saya, saya akan melangsaikan segala hutang piutang saya tanpa tinggal satu sen pun. Kemudiannya, saya nak bawa semua ahli keluarga, ipar duai, rakan-rakan terapat, saudara mara yang banyak membantu keluarga saya dan orang-orang terpilih untuk menunaikan umrah. Pada tahun yang sam juga saya nak menunaikan haji sekiranya terpilih menjadi tetamuNya. Itulah impian saya dengan duit RM 1 Juta. Pada orang mungkin mereka fikir saya ni merapu dan kuat berangan tapi Allah lebih Mengetahui apa yang saya perlukan. Sekurang-kurangnya niat saya dengan duit sebanyak sejuta banyak memberi inspirasi untuk saya terus mengukuhkan iman di dada apatah sekarang ni dunia sudah akhir zaman dan bermacam-macam kisah durjana berlaku. Moga kita semua dilindungi dari kemungkaran dan kemaksiatan serta sentiasa dalam rahmat Allah. Aamiin. Walaupun gila-gila saya tetap menjadikan Tanah Suci tempat tertinggi yang selalu mendapat tempat di hati saya. Itulah antara impian saya yang tak mustahil tercapai dengan kasih sayang Allah kan. Inshaallah..Tapi kan agak-agaknya lelaki takut tak nak masuk meminang saya nanti?...:)

p/s: tiap-tiap hari saya tengok Kaabah live. sekurang-kurangnya saya tau keadaa semasa di Masjidil Haram..

Tiada ulasan: